![]() © Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 39 (Meeting Izara a.k.a Miss Arrogant ) –Zharif, Hanis and Izara Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter
39 (Meeting Izara a.k.a Miss Arrogant ) –Zharif, Hanis and Izara
Keesokan
harinya, seperti yang dijanjikan, Hanis dan Zharif telah menuju ke I.S Bakery.
Sepanjang perjalanan, mereka berdua diam tak berkata. Nak kata bisu,
masing-masing masih boleh bercakap di kelas. Habis tu kenapa ? Ntah.. saja
mencari ketenangan mungkin.
“Kenapa
senyap je ?” Hanis bersuara. Bosan pula berdiam diri sejak tadi. Macam dalam
kelas tahanan je. Eee tak sesuai ! “Sakit tekak.” Jawapan Zharif membuatkan Hanis
terdiam lagi. ‘Ceh, sakit tekak apa ? Suara macho je aku dengar.’
Telefon
Tomatoes Hanis berbunyi. Satu pesanan ringkas telah diterima. Hanis ralit
menatap telefon pintar di tangan. Sesekali, jarinya menari-nari di atas skrin.
Zahrif hanya memerhati sejak tadi. “Siapa ?”, akhirnya, anak tekak Zharif berfungsi
macam biasa ! Alhamdulillah, syukur nimat !
“Kawan
lama”, Hanis menjawab jujur. Sememangnya Azrin dan Izaa yang menghantar mesej.
Memaklumkan tentang plan yang terpaksa dibatalkan. Izaa terpaksa balik awal
memandangkan ada urusan penting yang perlu diuruskan. Zharif diam tak bersuara.
Sekali lagi, Hyundai Plane berwarna coklat gelap itu dilanda kesunyian .Hanya
radio yang syok sendiri berbicara. Mujur jangka masa yang diambil untuk ke
kedai kek terkemuka itu hanyalah beberapa minit sahaja. Sengaja mereka keluar
awal sebelum waktu makan tengah hari menjengah. Jika tidak ? terperosok jauh
segala angan-angan untuk mengelakkan diri daripada kesesakan lalu lintas yang
memang tak pernah berkrompromi dengan mereka.
“Tak nak
turun?”, Zharif bersuara lagi. Dia semakin terasa hati tatkala melihat Hanis
yang masih ralit berbalas pesanan ringkas dengan kenalan lamanya. Khusyuk sangat sampai tak sedar destinasi
yang dituju dah lama berada di depan mata.
“Owh, okay.
Sekejap !”, tali pinggang keselamatannya dileraikan. Setelah memasuki kedai kek
tersebut, kaki segera dihalakan ke arah
kaunter yang terletak di sudut kedai. Terdapat sebuah i-pad yang tersedia di
atas kaunter tersebut. Memandangkan hanya sebuah saja i-pad yang disediakan,
Hanis membiarkan Zharif yang membuat survey dahulu. Manakala matanya segera
dijamu dengan pelbagai jenis hidangan barat yang ditampal di skrin LCD di
dinding. ‘Hish, kedai ni techno sangat ! Habis terliur dah ni !’. Hanis
mengubah pandangan. Dilihatnya Zharif sedang berbual-bual pendek dengan seorang
gadis merangkap pekerja di kedai tersebut.
“Any idea
?”, i-pad di tangan disuakan kepada Hanis. Hanis hanya menyambut huluran
tersebut lalu dengan lajunya membelek-belek senarai kek yang terpampang di
skrin. “Erm, aku jarang makan kek. Ikut kau lah !”. Hanis tersengih menahan
malu tatkala terpandang akan wajah pelik gadis yang berdiri di hadapannya.
Barangkali pelik dengan sikap Hanis yang tidak reti memilih kek. Sedangkan
kalau nak dibuat bancian, pastinya setiap gadis mempunyai selera yang bermacam-macam
terhadap kek. Haih ! Typical Malayan woman is not like that lah!
“Kau ni, kek
pun tak reti pilih ke ? Haish….” Matanya sekali lagi merenung koleksi kek yang
terdapat di skrin. Zharif sendiri pening kepala. Seingatnya juga, kali terakhir
dia makan kek merupakan beberapa bulan lepas. ‘Aduh, Hanis ni hampas kelapa
betul. Orang suruh ikut, nak kasi senang pilih kek. Aku jugak yang kena.’
Akhirnya,
setelah beberapa kali bertegang urat, kedua-dua mereka sepakat memilih Nutyan
Berries Cake. Beberapa biji strawberry dihiaskan di bahagian atas. Di lapisan
tengah pula diletakkan bermacam-macam jenis kekacang. Dari macadamian, cashew
nuts, pistacios, hazel, badam sampailah ke kuaci. Semuanya dipenyekkan di
lapisan tengah. Nasib baik kacang tanah tidak terdapat dalam senarai ramuan.
Kalau ada ? Geleng kepalalah Hanis dan Zharif. Warna yang membaluti kek
tersebut jelas mampu membuatkan air liur sesiapa sahaja mengalir deras
mengalahkan Air Terjun Sekayu. Tak usah rasa, dah boleh agak kesedapan yang
bakal menjelma.
“Hebat kan
bakeries ni. Butik kat atas ni pun sama. Sama owner kan, dik?”, sementara
menunggu pesanannya disiapkan, Hanis sempat berbual mesra dengan pelayan yang
masih setia menemani mereka.
“Ha ah. Saya
pun suka jugak. Techno betul !”, sungguh mesra pelayan itu menjawab.
Menambahkan minat Hanis untuk bertanya lanjut.
“Herm, nama
kedai ni pun macam unik. Teringin pulak nak jumpa dengan owner. Mesti high
class ek”.
“Nama kedai
ni sempena nama pemiliknya sendiri, kak. Kalau akak nak jumpa dia, harini
boleh. Memang tuah akak kot. Boss ada kat atas. Nak saya panggilkan ?”, pelayan
tersebut sudah mengangkat punggung menandakan dia akan mengangkat kaki. Hanis
sempat menarik lengan si pelayan sekejap. “Adik, apa nama dia ? Nanti pelik
pulak akak nak panggil apa.”. pelayan tersebut menyelak skrin i-pad yang sempat
dicapai. Serentak dengan itu, nama pemilik bakery bertaraf galaksi itu
terpampang besar di skrin.
‘Izara
Sofia’
Hanis dah
tersedak-sedak sendiri. Kacang hazel yang asyik dikunyah tadi telah menambahkan
lagi keharuan yang berlaku. Zharif yang sedang meneguk Founties Mint
berhampiran dengannya juga sudah angkat kaki mendekati. “Kau kenapa ?” Hanis
sudah merah muka menahan kesakitan.
Tersekat sekejap system pernafasannya. Belum sempat Zharif membuat apa-apa,
Hanis dah pulih sendiri.
“Rif, Izara
Sofea !”, hanya tiga perkataan yang mampu dituturkan oleh Hanis saat emergency
sedang menerpa diri. Matanya menangkap i-pad yang terletak di atas kaunter
tersebut. Segera dibelek-belek bagi mencari wajah ataupun imej si pemilik
kedai. Namun, hampa belaka ! Hanya koleksi bakery yang menjamu mata.
“Kenapa
dengan Izara ? Kot ye pun kalau excited nak jumpa boss, janganlah macam ni
sekali.”
“Alah, you
tak tau apa-apalah. Memanglah boleh cool!”, geram pula Hanis dengan Zharif. Tau
mengarah je, cuba kalau Zharif berada di tempat dia.
Dalam hati
Zharif, ‘sah dah kalut tahap kod merah. Aku pun dia dah panggil you-you je.
Haish, Hanis…Hanis… Haru !’
Setelah
kepenatan mencari, Hanis terduduk sendiri. Wajahnya masih lagi kusut. “Kau okay
tak ni ? Marah ?”, Hanis menghela nafas panjang. Kasihan pula dia dengan Rif.
Mangsa keadaan. ‘Ha ha ha nasib kaulah Rif !’
“Sorry..
emotion error. Izara tu ex school mate. Exclassmate for 3 years. Since sekolah
rendah sampai sekolah menengah. Tu yang Hanis macam ni.”
“Owh..
takpe, tak kisah pun. Tapi masa jumpa Jasmin, Azrin dengan Izaa dulu okay je.
Paling tak pun muka je yang cengeng habis. Ni bukan main kalut?”
“Diorang
kawan sekolah menengah. Kira boleh kawal emosi lagilah tu.”
“Pelik-pelik.
Dah tu, cari apa kat i-pad tadi tu?’, minumannya yang terabai sejak tadi
dicapai semula. ‘lambat pulak budak ni…panggil boss je kot’.
“Hanis cari
gambar dialah. Kot-kot ada. Tapi takde. Rasa macam nak jerit je sekarang ni !”,
Hanis dah menghentak-hentak kaki. Jelas sekali keinginannya itu bukan omongan
kosong-kosong. Zharif dah panic sekali lagi. “Eh, jangan jerit kat sini. Buat
malu je nanti.”. Hanis dah tergelak sorang-sorang. Muka Zharif dah cuak tahap
kod merah. “Gila ? Hanis waras lagi okay ! Ingat lagi tak pasal 10 years to be
dulu tu ?”, Hanis mengajukan soalan yang jelas sekali meminta Zharif memutar
ingatannya.
“Oh..ingat.
Dia mesti yang masuk geng WAZIES dengan SAWI tu kan ?”
“Ha.. good
boy ! Betullah tu..”
“Eeee. Takde
ayat lain ke?”
“Ceh, good
girl? Ha.. dulu Izara pernah cakap nak bukak bakery. Tapi tak jangka pula jadi
reality. High techno pulak tu.”
“Ada-ada je
yang Hanis soal kan ? Kalaulah Rif ada mase 10 tahun lepas, eish, seram je nak
jawab.. Ntah-ntah pasangan hidup pun korang cakap jugak kan? LOL !” Hanis hanya tersengih sumbing. Macam lawaklah pula
bila nak flashback 10 tahun lepas. Zharif dah buat muka toya. “Ha..adalah tu
kan ? Hanis dreaming nak dengan sapa ? Aaron Aziz?”
“Eeee apa
kelas dengan Aaron ? Hanis nak klon Si Won. Tapi nama dia Irfan. Ha, mesti
sweet !”, tangannya diangkat bagi menambahkan bayangan. Zharif dah ternganga
sendiri.
“Ha,
moleklah tu. nanti nak kahwin buat contest dulu . Kalau tak macam Si Won, tak
pass. Kalau bukan Irfan, tak pass. Gitu?”, sengaja Zharif menyakat. Perangai
macam ni pun Hanis ada ? Haih, hebat !
“Eh, tu
dreaming je. Kalau muka Si Won tu,, Zharif dah boleh pass kot. Tapi malang !
Nama bukan Irfan, terus rejected.”
“Ceh, takde
rayuan ?”
“Takde
langsung !”
Dalam waktu
yang sama …….Di Butik IS Revolution Fashion…
Izara sedang
membelek-belek i-pad yang baru saja diberikan oleh pekerjanya, Halimatun.
Beberapa kali juga Izara menggeleng laju. “Menu kat sini semua dah outdated.
Tukarlah !”. Halimatun yang sedang duduk di atas sofa empuk itu hampir saja
tergolek ke lantai. Seingatnya sendiri, baru bulan lepas menu kafe tersebut
diubahsuai mengikut permintaan Zara. ‘Haih, hebat betul citarasa boss aku ni !’
“Lagi satu,
kat ruangan ni kena letak i-pad lagi. macam berebut-rebut je orang nak pakai.
Okay tak?”, pandangannya kini menala ke
arah Halimatun sekali lagi. pekerjanya itu hanya mengiayakan setiap
kata-katanya. Jika diikutkan logic akal, tak perlu sebenarnya Zara bertanya
pendapat para pekerja kerana akhirnya, rentak kepalanya juga yang diikut. Setelah
penat meneliti skrin, Zara membuka majalah Hijabista yang telah dilanggan
setiap bulan. Sengaja dia duduk di pejabat butik pada hari tu. kakinya malas
pula hendak turun ke kafe bagi memantau pergerakan kafenya yang hanya terletak
di tingkat bawah butiknya sendiri. Cukuplah sekadar memerhati dari CCTV yang
sudah disistemkan di dalam I-PAD JQUERY miliknya sendiri.
“Kalau I nak
letak Walkman kat setiap meja okay tak?”, Zara menyoal lagi. Kali ini, tanpa
dapat dielak, Halimatun dah pun jatuh tergolek ke lantai parquet bilik bossnya.
“Erm, gila bravo boss ? Kalau kena curi macam mana?”
“Alah, I
pasanglah system kat pintu keluar tu. kalau ada barang-barang dalam kafe yang
dibawa keluar, straight forward pintu tu
akan berbunyi then terus tertutup rapat. Tak sempat lari punya.”
“Eh, ada ke
boss barang macam tu?” Halimatun dah tergaru-garu sendiri. Kalau nak tengok
paling canggih pun, kat AEON je kot. Itupun setakat bunyi decit-decit macam
adiknya kentut. Tak kaget langsung. Takdelah sampai pintu tertutup semua tu.
“Wah, mana nak dapat alat tu boss ?”
“Rahsia !”
ketawa jahat kedengaran. Zara sudah hilang akal ! Telefon bimbitnya yang
sememangnya terhangat di pasaran tersebut dicapai. Skrin tersebut tidak perlu
disentuh, cukup dengan berkomunikasi melalui speaker telefon bimbitnya. Terus
diprogramkan seperti yang di arahkan.
Sememangnya hanya 30 keluaran saja yang dapat dijual di Malaysia. Siapa yang
nak beli handphone sampai beribu-riban ? Zara ? Tu lain citer, mengalahkan
Kapten Kit gadget dia !
Tanpa
diminta, keasyikan Zara telah dirobek-robek oleh pekerja kafenya, Zya.
Terkedek-kedek Zya berlari mendapatkannya. Pintu yang sememangnya tidak ditutup
itu diredah saja. “Boss, ada orang nak jumpa”
“Hah ?
Majlis Daerah kan dah check minggu lepas ?” Zara dah terbelalak anak matanya.
Mujur contact lense yang dipakai masih kekal pegun pada anak mata.
“Bukanlah
boss. Ada customer. Dia suka sangat dengan kafe boss sampai nak jumpa Cik Zara
sendiri. Boleh tak?”, punggungnya dilabuhkan di sebelah Halimatun. Tangannya
bermain-main dengan note pad yang dibawanya tadi.
‘Owh.
Perempuan ni ke?”, Zara ralit menatap CCTV yang sudah diprogramkan di i-padnya.
Jelas sekali, identity si customer sedang diperhatikan dari hujung tudung
hingga ke hujung kasut. “Siapa lelaki kat situ?”
“Kawan
sekerja dia. Diorang datang beli kek untuk birthday kawan. Mikhail kalau tak
silap. Siap nak berdesign. Hanah dengan Jue tengah siapkan kek, sebab tu
diorang masih kat situ lagi. sambil-sambil, nak berborak dengan boss agaknya.”
‘Tudung
bawal campak-campak je? Eeee tak fashionista langsung. Kasut heel 2 inci je ?
Amboi, baik pakai selipar Jepun. Tapi, kawan dia punyalah smart. Macam Si Won
pun ada. Herm, kalau tengok balik semula, lawa jugaklah budak ni. Macam kawan
sekolah aku dulu. Eh ? kawan yang mana ? Ntahlah, tapi macam pernah nampak.’
Zara membebel dalam hati. Seronok pula memerhatikan orang dari skrin macam tu.
kalau nak mengutuk pun bukan dia tau !
“Boss, lama
nanti diorang tunggu. Cepatlah !”, Zya dah bersuara tegas. Boss dia ni
kadang-kadang senget jugak. Harap je high techno, kadang-kadang berangan sampai
planet Jupiter !
“Yelah, awak
ni. Tak manyabar ! Bukan nak jumpa menteri !” kakinya dilangkah laju. Halimatun
yang sejak tadi membatukan diri hanya tersengih mengiringi langkah kaki Zara.
Sebaik saja
menjejakkan kaki ke kafe tersebut, setiap pekerjanya mula menyapa mesra.
Berbakul-bakul ucap selamat diterima. Bagaimanapun, Izara masih ralit melilau
mata mencari kelibat si customer yang teringin bersua muka. Sebaik saja bertemu
mata, si customer sudah berdiri kaku. Aneh, cara dia memandang Izara macam ada
tak kena. Izara dah tak sedap hati. Automatic juga matanya menjadi scanner
pantas dengan meneliti keadaan diri. Kot-kot ada kain atau baju terbalik, buat
malu muka je ! Setelah berpuas hati, dia memberanikan diri mengangkat muka.
“Hye?”, hanya sepatah kata yang dapat diungkapkan. Tangannya masih lagi
memegang i-pad JQUERY yang dimiliki sejak enam bulan lepas.
“Haiiii. I’m
Hanis. Nice meeting you Izara.”, Hanis jadi tak tentu hala. Formal tahap kod
merah cara memperkenalkan diri. Sah, Hanis dah kalut !
“Owh, okay.
Hanis kerja apa?”, sekadar dengan niat untuk berbasa-basi, Izara sudah
kekeringan idea. Kemarau terus otak geliganya saat itu. ‘Haik, apahal aku tanya
dia kerja apa ni. bukan aku kisah pun. Adeih !’. Bangku di sebelah Zharif
ditarik merapati Hanis. Konon-konon nak berbual panjang. Aiceh~
“Erm,
lecture. Izara tak ingat Hanis ke? “, hampa terus wajah bercahaya tadi. Hanis
dah syok sendiri. Buat apa dia sorang je yang beriya. Buat malu tahap kod merah
je. Izara yang baru saja menerima soalan tahap cepumas itu pula sudah tergeliat
anak tekak. Lidahnya pula dah diikat tali rapia. Siap diletakkan reben sebagai
hiasan. ‘Ingat? First time kot, jumpa customer macam ni. Apa ni?’
“Owh okay..
ingat apa ni? Sorry kalau Izara ada mistaken or what so ever”, nada menyampah
dah kedengaran di hujung ayat. Pancreas dan duodenum Izara sudah membengkak
menahan perasaan. Hatinya pula sudah berbelah lapan belas berasap-asap.
Sesungguhnya, Izara Sofea sedang berasap menghadap customer di depan mata.
Hanis yang mengerti ketidaksenangan di hati Izara mula serba salah. Niat di
hati nak flashback kenangan 10 tahun lepas berkubur tanpa sempat ditanam
mahupun ditalqinkan.
‘Ah, sudah.
Aku kena interframe lah ni!’. Zharif berdehem berkali-kali. Urat tekak yang dah
berselirat sekejap tadi disusun semula mengikut kod warna yang telah
ditetapkan. Biar berpelangi, biar warna warni. “Miss Izara, you got to see
this. If I’m not mistaken, or maybe if Hanis is not mistaken, both of you
were exclassmate since the last 11 years
ago. Am I right?”. Zharif buat muka selamber. Meskipun masa darjah khas dulu
sudah berulang kali ustazah menasihati, dia tekad kali ini. ‘Menyampuk
seskali-seskala takpa kot. Untuk kebaikan lagipun !’
Izara
menelan liur beberapa kali. ’11 years ? Jap, masa tu umur berapa ek ?’ Ah sudah
! Izara gagal memutar kenangan. Otak IT miliknya sudah compact dengan segala
macam gadget keluaran 2026 akan datang. Tiada ruang untuk urat-urat otaknya
berpusing mencari wayar kenangan. Sudah ditimbus dengan gadget i-pad mungkin,
atau mungkin sudah ditanam tujuh hasta ke bawah bersama-sama dengan formula
BODMAS yang pernah dipelajari ketika di sekolah rendah dahulu. Sesungguhnya
Izara tak ingat. Izara sudah lupa !
“Its okaylah.
Izara dah lupa kot. By the way, congrates sebab dapat buka kafe ni. Just like
you wished for right. Herm, kenapa tak guna tagline ‘Santan Wangi’ ?” Hanis
tersenyum sendiri mendengar tagline yang pernah digembar-gemburkan oleh Nurin
suatu ketika dulu.
Tuk ! Tuk !
Tuk ! Otak kanan Izara diketuk-ketuk menandakan sebuah informasi baru sudah
selamat diterima. Kotak ‘inbox’ perlu dibuka bagi melihat sendiri informasi
yang baru saja diterima. TING ! ‘Farhanis Ayuni binti Hamid. Classmate since
darjah 4 sampai darjah 6. Geng WAZIES dan SAWI. Once ada skandal dengan kembar
skandal Izara sendiri. Pernah tanya pasal 10 years to be. Bla blab la………..’
Informasi
tersebut berlegar-legar di minda Izara. Setaraf wayang kulit yang
dipersembahkan oleh Tok Dalang di kampungnya dahulu. Izara hampir menjerit
kerana terkejut. Mujur kewarasan otaknya mampu mengawal tindak balas tubuh
badan. Izara sudah tersembur air teh bunga. Mulutnya tidak sabar-sabar untuk
terbuka dan tertutup bagi menyampaikan sebuah kenyataan. Akhirnya…
Hanis dah
tersengih suka. Zharif di sebelahnya hanya tersenyum bangga lantas mengangkat
bahu sebelum mendekati kek yang dipesannya. Kek tersebut sudah selamat
disiapkan. Malangnya, tempoh baginya menunggu di situ akan bertambah lagi
memandangkan adegan Korea baru saja melabuhkan tirai pembukaanya.
“Kau… eee
kenapa arrogant sangat sekarang huh ? Mengalahkan Azlee Khairi dah aku tengok
!”, Hanis dah memulakan serangan. Berbakul-bakul kata nista dilemparkan kepada
Izara yang baru saja berlagak tak ingat dunia depannya tadi.
“Hehe sorry.
Aku tak ingat kau. Tu siapa? Don’t tell me that one is Hifzhan ! I’m gonna
burst into tears now ! ”, mulutnya dijuihkan menghala ke arah Zharif yang sedang melaksanakan transaksi
pembayaran di kaunter.
“Lah,
Hifzhan amenda pulak ? Tu Zharif. Lecturer kat UPM jugak. Jap, asal nak nangis
kalau tu Hifzhan?”, matanya mencerun mencari sinar kejujuran di anak mata
Izara. Kalaulah mata Hanis ada flash laser berwarna biru yang mampu membunuh,
fuh, wassalam Izara tak sempat berwasiat jawabnya !
“Takdelah,
kalau Hifzhan…menyesal berlipat kaki tangan aku ! Macam hensem je. Macam smart
je. Macam solo je. Ea?”
“Solo ?
Herm..yelah tu. tanyalah dia, buat apa tanya aku.”
“Cis, nak
aku tanya dia ? Agak-agaklah…aku ni muka buku pun dah lama tak login. Ni pulak
nak login muka tembok !”
“Haa..
merepek. Eh, haritu aku jumpa Aeril ! Acah-acah handsome kot dia. Dia dah take
over Hotel Maya tu hah. Kau tau tak ?”
“Aeril ?
Watlek watpeace. Aku dah berapa kali jumpa dia. Dia selalu makan kat sinilah.
Gila kayersss dia sekarang wei.”
Zharif
menggeleng kepala lagi. ‘Betul-betul jejak kasih si Hanis ni’. Jam tangan
jenama Casio di tangan dah berjaya membuat satu pusingan lengkap. Namun Hanis
dan Izara masih asyik berbicara sendiri. Zharif dah tak senang duduk. Teringat
pula tentatif dia dan Hanis pada hari ini. Tanpa dapat ditangguh-tangguh,
Zharif mengangkat kaki mendekati mereka berdua.
“Sorry for
interrupting. Hanis, dah lupa niat?”
Hanis
tergaru-garu sendiri. Tudung bawal berwarna ungu terang di kepala hampir senget
letak duduknya. Beberapa saat kemudian, Hanis menjerit kecil. Dengan kadar semaksimun laju, Hanis
bertukar-tukar Phone ID dan seterusnya meminta diri berangkat ke destinasi lain.
“Hadiah dah
beli?”
“S.U.D.A.H”
Hanis menjawab dengan bangga.
“Proceed
okay !”
Hyundai
Plane Zharif meluncur laju di atas jalan raya. Destianasi utama ialah UPM yang
tercinta. Hanis perlu menyiapkan beberapa laporan penting sebelum meninggalkan
pejabatnya pada petang itu. Dengan itu, secara rasminya setiap kek, hadiah dan
segala macam perkara diserahkan bulat-bulat kepada Zharif yang akan terus
pulang ke rumah.
Labels: Farhanis Ayuni, izara, Zharif |