D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Put your pforile here ;



© Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Chapter 45 ( Reunion card to Qiera.)
Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Reunion card to Qiera.

Laman rumahnya telah selamat disapu. Tinggal daun-daun kering saja yang belum dikutip di ceruk pohon mempelam. Segala jenis penyapu dan berus pula sudah disusun di sudut stor. Fuh, Qiera penat yang amat. Seharian bertungkus lumus membersihkan rumah sewanya, bagai nak terkeluar pancreas dan duodenum. Pinggang pulak dah mula berbunyi-bunyi irama kayu patah. Sesungguhnya, tiga jam yang diluangkan berjaya membuatkan Qiera kehilangan berat badan sebanyak ½ kilogram. Wau, pencapaian yang amat memberansangkan !
Oppa Gangnam style.. Truuut..Truut..Truut.. Yeaaa.. Sexy lady… Nanana..Oppa Gangnam Style..

Nak tercabut jantung Qiera. Tak pernah pulak dia menetapkan lagu Gangnam sebagai nada dering e-mail miliknya. Tak lain tak bukan, Aizat, adiknya punya kerja. Laman e-mel versi Chikiboom itu dibuka. Sebuah kad elektronik terpampang di skrin.
‘Reunion invitation to all students from PMR Badge 98. Ex Sekolah Menengah Tun Habab. ?’. Headline e-mel tersebut berjaya menarik perhatian Qiera.  Lantas, dengan kadar terpantas yang dia mampu, nama Wiwid di telefon segera didail.
“Wid, dah ada buka Chikiboom tak ?”
“Agak-agaklah wei. Bagi salam pun tak. Dah, asal ?”
“Gitu je kau tanya aku? Reunion tu wei !”
“Hurm, aku tak boleh pergi. Universiti aku ada tournament Bowling. Aku in charge.”
“Alah, aku nak pergi….”
“Kau pergilah. Aku tak halang pun. Ajak Reez lah. Korang kan dah tunang. Jangan kau bawak orang bukan-bukan sudah.”
“Eeee. Reez ? Dia nak ikut ke kalau aku tak bawak sapa-sapa. Kau ni, dia tu mana nak jumpa dua-dua dengan aku. Aku pun tanak !”
“Lahai, bila masa aku suruh korang date ? Kan dah sampai hotel tempat majlis tu beriban-riban budak ada.”
“Owh, ye tak ye. Alah, kenapalah kau tak pergi…”
“Dah la, aku ada kelas ni. bye. Assalamualaikum !”
“Wa’alaikumussalam”

Talian dimatikan. Qiera termenung seketika. Setelah beberapa saat berfikir, nombor Fareez didail. Terangguk-angguk kepala Qiera menyampaikan maklumat. Takut-takut ada yang tertinggal. Akhirnya, kata sepakat telah dibuat. Fareez ikut. Dengan syarat, jumpa kat depan hotel. Aiha, kira okay lah tu. Qiera dah melompat-lompat persis Ussain Bolt yang nak memulakan larian. Kecut perut, tapi excited..

Labels: