|
o w n e r ![]() c b o x
P r e v i o u s
c r e d i t
© Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 2 (Qiera’s finding Wiwid) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter 2 (Qiera’s
finding Wiwid)
Keadaan
bilik sederhana besar itu semakin gelap. Suasana yang mula menginjak malam itu
mula dirasakan kedinginannya. Kemungkinan
suhu persekitaran sudah meningkat sehingga menyebabkan Qiera menggigil
kesejukan.
‘ Lah,
patutlah sejuk semacam. Air cond punyalah high !’ –bebel Qiera sendirian.
Lantas, remote control pendingin hawa itu segera dicapai sebelum fungsinya
dimatikan sepenuhnya. Sememangnya, musim sejuk yang sedang dilalui di negara
Eropah itu pastinya tidak memerlukan khidmat pendingin hawa buatan Toshiba.
Walaubagaimanapun, alat elektronik itu tetap disediakan bagi kegunaan para
pelajar pada musim panas yang bakal menjenguk tidak lama lagi.
“Kau buat
apa lagi ni ? Kan dah dinner time ?”
Dian yang masih lagi berdiri di hadapannya itu direnung tepat.
“ Aku buat
assignment ni lagi sikit. Ada slight problem. Typing error. Komputer kau tu
disaster,” sambil melayang-layangkan kertas bersaiz A4 itu, Qiera mula
menunjukkan riak tidak berpuas hati dengan kegagalan system komputer rakannya
yang seorang itu. Jika bukan disebabkan kecuaiannya sendiri meninggalkan
laptopnya di perpustakaan tadi, pasti setiap assigmentnya sudah siap
dikepilkan.
“Eh nyonya,
kau tu yang cuai, nak salahkan komputer aku pulak. Backhand nak ?”, Dian mula
mempamerkan wajah bengisnya.
“Sorry lah.
Emotional error. Kau ni cepat touching. “
“Dah la tu.
Jes kata dia dah upload gambar yang kau minta tu kat Insta dia. Pergilah
tengok. Aku nak makan dulu. Bye.”
“Okay.
Thanks for the info. Bye.” Qiera mula membuka i-pad J8 miliknya itu. Laman instanya segera dibuka. ‘Eh, lupa pulak
nak suruh Sya tapau makanan. Haish. Kebulur aku kat sini.’
Qiera mula
merenung tepat gambar yang terpampang besar di skrin i-padnya itu. Nampak
menarik. Gambar itu amat diperlukannya bagi menyiapkan assignment terakhirnya
sebelum menamatkan pengajian yang masih berbaki 4 bulan itu.
Setelah puas
dengan kiriman yang diterima, Qiera mula melihat kosong gambar teman rapatnya
yang sedang bermesra dengan rakan persekolahannya dulu. Daripada salah satu
gambar yang dikirim oleh Fiz, tahulah Qiera bahawa rakannya itu sedang seronok
bertemu dengan rakan persekolahannya ketika menyertai Majlis Reunion yang
dihadirinya malam tadi. Secara tidak sengaja, kotak ingatan Qiera bagaikan
diketuk. Ketukan yang diterimanya itu membuatkan tangannya mula menaip laju
beberapa nama yang dikenali melalui petak Carian yang tersedia di laman
tersebut.
• Farhanis Ayuni
• Najwa Haidany
• Durrah Syairah
Setelah
beberapa lama mencari , Qiera mula menemukan hasil pencariannya.
Najwa_Danie 98 on Instagram
Wiwid is
here, Spending my time with many students around is not an awkward to me,
Searching or maybe still in a process of identifying someone to be with, Super
dupa active in this site, Sorry for rambling ! :)
Gulp ! Air
liur yang ditelan terasa begitu pahit. Lidahnya pula seperti berpasir. Mahu
sahaja Qiera berkumur dengan produk Listerine yang berperisa strawberry itu
bagi menghilangkan debaran di dadanya yang semakin menggila. Biodata pemilik
laman itu mula dibaca. Jelas lagi nyata, pemilik laman itu sudah memperkenalkan
serba sedikit tentang dirinya kepada sesiapa sahaja yang melawat laman
sosialnya itu. Jelas, Wiwid, atau teman rapatnya yang pernah dikenali sebagai
Knife itu sama sekali tidak mengalami perubahan yang ketara. Masih sporting dan
cheerful macam dulu. Kecomelan yang diwarisi daripada ibunya itu juga masih
lagi terpamer. Herm, Wiwid oh
Wiwid………….. Ingatan Qiera melayang lagi
Labels: Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 3 (Qiera’s talking about Kapak Gurlz involving Kapak’ members )
Chapter 3 (Qiera’s
talking about Kapak Gurlz involving Kapak’ members )
13 tahun
dulu………. Sekolah Agama Taman Sri Saujana riuh dengan suara kanak-kanak yang
sedang menghitung arah pusingan jam mereka
untuk pulang ke rumah. Tempoh persekolahan yang hanya berbaki 15 minit
itu dirasakan seperti 15 tahun. Ah, sungguh lama sehingga membuatkan Hanis,
Wiwid dan Durrah mula duduk berteleku di belakang pintu surau perempuan. Mereka
baru sahaja selesai menunaikan solat Asar. Ya, agak lambat. Segala-galanya berpunca daripada kecuaian
mereka sendiri yang asyik berbual tanpa mementingkan detik waktu yang sedang
berputar. Tanpa disedari, lagu Kebahgiaan Dalam Perpisahan dendangan Shahir itu
mula kedengaran di sebalik pintu. Ternyata, Durrah sudah terlampau bosan
sehingga mulutnya tidak mampu lagi menanggung kebisuan yang sedang melanda
mereka di situ. Tanpa disedari juga, Wiwid dan Hanis turut menyertai Durrah
yang sudah semakin agresif dengan mengubah rentak lagu itu menjadi lebih ganas
dan mengerikan. Aksi menghantuk –hantuk kepala ke dinding itu juga telah
dilakonkan oleh ketiga-tiga mereka. Tidak cukup dengan itu, masing-masing juga
seolah –olah sebulat suara telah mengubah arah nyanyian mereka kepada lagu
Bawaku Terbang yang lebih pop, lebih rancak dan lebih rock !
‘Nananana,
nanananana,
Mata ke
mata, ke hati,
Hati ke
hati, hati-hati,
Bibir ke
bibir, bicara janji,
Maka,
hanyutlah mereka semua dibuai derai ketawa yang turut disertai oleh beberapa
orang pelajar yang turut sama berkumpul di belakang surau itu. Kawasan di
belakang surau itu sememangnya menjadi tumpuan utama para pelajar perempuan
untuk melakukan sesuatu perkara mahupun aktiviti yang sedikit privacy daripada
pengetahuan pelajar lelaki. Ya, sesungguhnya kawasan itu seolah-olah telah
dijadikan tapak eksvakasi pelajar perempuan untuk menunjukkan belang mereka
tanpa pengetahuan pelajar lelaki.
“ Wei, boleh
buat geng !”, Wiwid mula bersuara memecahkan keharuan yang berlaku.
“Geng ganas,
tak pun geng pailang yang macam budak lelaki selalu cakap tu ?,” saki baki
ketawa masih lagi terkesan di sebalik kata-kata Hanis yang masih lagi
terbayagkan kegilaan yang baru saja merasuk mereka sebentar tadi. ‘Stress sebab
nak UPSR kot,’- sempat lagi Hanis menambah di dalam hati.
Tanpa
disengajakan, Qiera mula menyampuk sama. “ Pernah tengok Kung Fu Hutsle ?”.
“Erm,
pernah-pernah. Best !”.
“Lagi-lagi
part yang Geng Kapak keluarkan mercun tu. Smart !!”.
“Cerita tu
best lah. Ada mak cik power pulak tu. Ganas habis !”.
“Sekali
menjerit, bergegar bumi “.
Serentak
dengan itu. “Geng Kapak !”, mata Wiwid, Hanis, Durrah dan Qiera bercahaya
ibarat disinari cahaya spotlight. Terselit sedikit muslihat di situ. Tidak lama
kemudian, masing-masing berbisik sesame sendiri. Entah apa agaknya yang
dibisikkan oleh mereka berempat itu, tiada siapa yang tahu.
Labels: Durrah Syairah, Farhanis Ayuni, Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 5 (Hanis review story of Kapak Gurlz )
Chapter 5 (Hanis review story of Kapak Gurlz )
Malam itu,
keempat-empat mereka mula berkumpul di pondok wakaf yang terletak agak jauh
daripada pandangan pelajar lain. Keadaan di situ lebih gelap, lebih suram dan
yang pastinya, lebih seram ! Malam itu, kelas tambahan Matematik tetap akan
berjalan seperti biasa. Malam itu, sebuah geng yang tidak masuk akal akan
dicipta. Malam itu, persahabatan Durrah, Wiwid, Hanis dan Qiera akan berubah
menjadi bagai isi dengan kuku, bagai roti dengan kaya, bagai kain dengan baju
dan bagaikan Hanis dan Zharif. Eh ?
Seperti mana
yang telah dirancang, Hanis, Wiwid, Durrah dan Qiera kini lengkap dengan
seragam mereka. Tudung berwarna hitam tanpa sebarang corak itu dipakai
sedondon. T-shirt ringkas juga berwarna hitam gelap. Seluar pula hanyalah
seluar sukan yang juga berwarna hitam pekat. Hanya Wiwid yang mengenakan seluar
jeans biru gelap. Alasannya ? tidak dapat dikenal pasti. Tidak cukup dengan
itu, selipar dan kasut yang menghiasi kaki mereka juga menggunakan tema warna
yang sama. Ya, itulah yang dibisikkan mereka ketika sama-sama bersetuju untuk
menubuhkan sebuah persatuan yang tidak berdaftar itu. Persatuan yang dianggotai
oleh 4 orang pelajar yang masih lagi berusia 12 tahun itu digelar dengan Geng
Kapak ataupun lebih sopan dan ayunya lagi jika dikenali sebagai Kapak Gurlz.
Sungguh berbeza ! Sungguh ironi !
*****
Tiiit. Tiit.
Nada dering message mula kedengaran. Lamunan Hanis sekali lagi terganggu.
Telefon bimbit jenama Tomatoes 8976 itu dicapai. Dengan segera, skrinnya
disentuh bagi melihat isi pesanan ringkas yang diterima.
‘ Dear prof to be, tak nak ikut makan ? Around 15 minutes kitorang
tunggu depan pintu. Kalau tak nak, takyah reply…….. (: ’
‘No ! Wait for me ! ‘
Selepas
membalas kiriman ringkas yang diterima, Hanis segera mengambil tuala yang
bercorak tribal itu sebelum berlangkah laju ke bilik mandinya sendiri. Seharian
berada di luar membuatkan Hanis berasa seribu kali lemas dan rimas. Oleh itu,
dia tekad untuk menggunakan tempoh 15 minit yang diberikan oleh Zharif dengan
sebaik-baiknya. Hancur musnah segala harapannya yang baru sahaja hendak
melelapkan mata yang berat ibarat papan lapis yang dipaku secara serong.
Sungguh kukuh cengkamannya !
Labels: Durrah Syairah, Farhanis Ayuni, Najwa Haidany, Qiera Qalisha, Zharif Chapter 6 ( Qiera’s thanked for Dian )
Chapter
6 ( Qiera’s thanked for Dian )
“Qiera ! “
Tok ! serentak dengan itu, kedengaran suara Qiera mendodoi kesakitan akibat
daripada perbuatan Dian yang baru sahaja melemparkan buku berkulit keras
miliknya itu tanpa sebarang belas kasihan. Habis lembam kulit putih mulusnya
itu. ‘Mak aih ! hebat betul aku mengelamun’. Dian menggeleng lagi. “ Kau ni
kenapa ? Dah solat isya’ ke belum ? Kalau nak tidur sekalipun biarlah manners
sikit. Ini tidak, dengan mata terbuka, i-pad pula tak lock lagi. kalau aku
ceroboh i-pad tu, tau pulak marah”, persis Mak Dara moden, Dian mula membebel
setaraf ibu beranak lima. Qiera yang mula kembali ke alam realiti itu pula
terseyum sumbing. Dengan pantas, dia sempat menaip sesuatu di skrin i-padnya
itu sebelum segera menutupnya bagi mengikut jejak Dian yang mula ke bilik air
untuk mengambil wudu’. Boleh Jemaah sekali, berganda pahala.
Sememangnya
Qiera amat bersyukur kerana ditempatkan sebilik dengan Diana Amanda yang
sungguh kuat pegangan agamanya itu. Setiap kali waktu solat menjelang, rakannya
itu pasti melaungkan iqamat di telinga Qiera sekiranya Qiera masih lagi ralit
menatap assignmet yang tidak pernah surut itu hingga mengabaikan waktu solat
fardhunya. Tak ke seram macam tu !
Manakala auratnya pula sentiasa terjaga. Setiap kali Qiera terlepas pandang
perkara sedemikian rupa, Dian akan segera mengingatkan. Itulah fungsi rakan
sejati. Saling menasihati ke arah
kebaikan. Maklumlah, hidup di perantauan itu sering menyulitkan keadaan mereka
yang sering saja berinteraksi dengan setiap pelajar yang berbeza negara,
bangsa, agama mahupun cara hidup. Sememangnya mengekalkan auratnya terjaga
daripada penglihatan para pelajar perempuan yang berlainan agama itu amatlah
mencabar
Labels: Qiera Qalisha Chapter 7 ( Wiwid found Qiera )
Chapter
7 ( Wiwid found Qiera )
Malam itu,
Wiwid masih lagi dilanda kesibukan yang melampau. Manakan tidak, rakan
seperjuangannya, Professor Afif baru sahaja memohon cuti 2 hari yang lepas.
Semenjak tempoh tersebut, segala borang, dan persiapan bagi menjayakan Program
Tahunan Universitinya itu mula menjadi tanggungjawabnya. Secara tidak langsung,
bebanan kerja Wiwid menjadi dua kali ganda. Mula sukar. Mula menyesakkan. Dan
mula memualkan. Uwek ! Masuk kali ini, sudah tiga kali Wiwid termuntah di
rumah. Bukan apa, bebanan kerja yang ditanggungnya menyebabkan waktu makannya
turut terganggu. Secara tidak langsung, perut Wiwid yang sememangnya kosong
tidak berisi itu menjadi buruan angin. Habis pening kepala otaknya. Mahu sahaja
dia melemparkan fail-fail yang bertimbun di atas mejanya itu ke lantai. . Biar
aman meja kayu buatan Rusia itu. “Ah ! bila Afif nak balik ni ? Oh My God !
Afiiiiiiiiif !!”, Wiwid mula hilang kewarasan.
Serentak
dengan itu, telefon pintarnya mula bErdering menandakan satu pemberitahuan
daripada laman sosialnya telah diterima. Dengan penuh malas, telefon bimbit
berwarna merah terang itu diambil dengan kasar. Hampir sahaja telefon berjenama
Cabbage itu dihantukkan ke meja tatkala melihatkan pemberitahuan yang berpunca
daripada laman sosial Instagramnya. Jika tidak disebabkan nilai sentimental
yang terdapat di dalam telefon Kobis itu, sudah lama wassalam telefon itu
dibuatnya.
“ Qiera-Qaliesha17 has sent a
piece of talk to you “
What ?! Nama
itu sudah lama tidak menjengah kotak fikirannya. Semenjak Wiwid mula bertugas
di University Technology AND Automotive itu, dia mula mengabaikan usaha
pencarian rakan-rakan lamanya. Tidak dinafikan, dia juga hampir berputus asa
melihatkan usaha yang sering dilakukannya itu sering memberikan respond yang
hambar.
Tanpa
mempedulikan sandwich tuna yang masih berbaki separuh, Wiwid segera membuka
peti simpanan message. Pesanan ringkas itu ditulis dengan begitu ringkas.
Seringkas ringkasnya. Sehinggakan Wiwid yang sudah lama tidak menggunakan
bahasa pasar itu sendiri berjaya membuatkan lidahnya terbelit tahap maksimum
semata-mata mahu merungkai isi sebenar message yang dikirim.
“Gld 2 faun u. Hve bin sac a long tme no c. Hw r u ? I’m jst hpng
tht u stl rmbr m”
‘Mak oii.
Bahasa negara mana pula yang Qiera bagi aku ni ?’. Matanya semakin dirapatkan
ke skrin, manakala sandwich yang terpegang kejap itu diletakkan di atas piring
jenama Bonny. Lagu Heart Damage yang berdendangan daripada telefon kobisnya
juga telah dimatikan. Sesungguhnya, perhatian yang begitu kejap amat diperlukan
oleh Wiwid dalam usahanya yang ingin
mengetahui maksud sebenar si pengirim.
‘Glad to
found you. Have been such a very long time no see. How are you ? I’m just
hoping that you still remember me ‘
‘Ni ke
maksud budak ni ?’- getus Wiwid di dalam hati. Ah, betullah ni, sapa suruh
hantar kod moss kat aku. Kan dah haru ! dengan laju, Wiwid mula menaip kiriman
balas.
‘ Finally,
you found me. Auchakk ! Hope to see you soon. I hev been missing you for so
long till I can’t explain how it is. NTF, please give me your number or maybe
phone ID. LBNL, I’m in a very pink of health ! (: ‘
Send ! Yes !
Wiwid hampir saja menari poco-poco di dalam biliknya. Manakan tidak, rakan yang
sudah lama tidak dapat dikesan itu baru sahaja menghantar pesanan ringkas
kepadanya. Sedang asyik Wiwid melayan perasaan, suasana di dalam biliknya itu
bertukar gelap. Gelita! Tiada cahaya !
Labels: Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 9 ( Qiera in blurr )
Chapter
9 ( Qiera in blurr )
LBNL ? NTF ?
Kepalanya yang tidak gatal mula digaru. Hampir sahaja tudung buatan Tokyo itu
hilang letak duduknya. Menyedari keadaan tudungnya yang mula serabai, Qiera
berhenti menggaru. Otaknya masih ligat berfikir makna perkataan yang baru saja
diterima sebentar tadi.
‘Gila bravo
jugak bahasa budak Wiwid ni. Aku yang kaki bahasa pasar ni pun tergeliat otak
nak fikir’-gumamnya sendiri.
“Hye Qiera !
What are you doing here ? Found you with a lot of curious “
“Hah ? How
would you know ?”
“Just took a
very deep sneak at your face. And see, there are too many things that you’re
thinking about now, en en en ?” –Stella yang berkelahiran darah Belanda itu
mula meniru gaya percakapan Qiera dengan meletakkan perkataan en dia setiap
hujung katanya.
“You nailed
it ! Actually, I just figured out this new item. And sadly, I can’t find the
meaning of this word. Think quite hard. But, blanked !”
Stella
merenung skrin i-pad milik Qiera. Dia meneliti setiap bait-bait kata yang tidak
dapat difahami oleh pakar kaki pasar di hadapannya itu. Tidak sampai 2 saat
membelek, Stella melontarkan suara.
“Erm….Qiera
! This is too obvious ! NTF-not to forget and LBNL –last but not least”.
Senyuman
yang menghiasi bibir Stella berjaya mengubah rona wajah Qiera. Tidak ubah
seperti menggunakan produk pemerah pipi Revlon yang semakin meningkat naik di
negara kelahirannya dulu.
“Thanks
Stella ! Love you lots. Got to go now. Laila Saeda”.
“Okay. Just
a very small deal.”
Sebaik
sahaja bayang Qiera menghilang, Stella tergaru-garu sendiri. ‘Laila Saeda ?
Whats’s that ?’-fikir Stella di benaknya sendiri.
Labels: Qiera Qalisha CHAPTER 13 ( Wiwid got letter from Qiera )
CHAPTER
13 ( Wiwid got letter from Qiera )
Kertas
bersaiz A4 yang baru saja diterima tadi jelas menunjukkan surat itu satu notis
amaran. Haru Wiwid dibuatnya. Rakan serumahnya, Zura sudah kerap kali leka
dalam urusan pembayaran bil rumahnya itu. Bukannya tidak berduit, tetapi
kekangan masa yang dihadapi membuatkan kedua-dua gadis itu leka dan alpa.
Kesannya, sudah hampi 3 kali Wiwid dan Zura terpaksa bermalam tanpa kipas.
Tidak cukup dengan itu, pernah juga rumahnya itu diputuskan bekalan elektrik
sewaktu Wiwid sedang melakukan pemeriksaan akhir ke atas kertas kajiannya sebelum dikepilkan
untuk di hantar kepada pengarah university yang akan datang melawat unit
penjagaannya dalam masa yang terdekat. Secara tidak langsung, bagi
menyelamatkan kertas kajiannya yang sedang menjalani pemeriksaan terkahir itu,
Wiwid terpaksa bermalam di rumah jirannya, Kinah. Mujur jiran di sebelahnya
merupakan penuntut university tempatnya bertugas.
‘Tak boleh
jadi ni. Aku ajelah yang handle’-fikir Wiwid sendirian. Dia mengambil keputusan
untuk mengambil alih tugas Zura dalam urusan pembayaran bil . sebagai ganti,
Zura pula ditugaskan dalam urusan perbelanjaan keperluan dapur. Wiwid pasti
rancangannya itu akan berhasil memandangkan Zura sememangnya pantang peti ais
rumah perkongsiannya itu dalam keadaan kosong. Tidak setaraf dipanggil rumah
katanya.
“Setuju tak
?,”. Wiwid bersuara sambil matanya masih lagi tertancap kukuh pada helaian
kertas di tangannya itu.
“Erm. Okay.”
Ringkas saja jawapan balas yang diterimanya. Maklumlah, Zura sedang ralit
menonton drama Jepun kegemarannya. Sememangnya, drama Jepun mula meningkat naik
sehingga mampu menyaingi drama Korea yang
pernah menjadi kegilaan para remaja sejak 10 tahun yang lalu.
“Kau dah
baca surat kau ke belum?, Siapa bagi ?,” Zura masih lagi tidak mengubah arah
pandangannya.
“Surat
apakah ?”, Wiwid sekadar berbasa basi.
“Amboi,
cantik bahasa, prof ! Mana boleh letak ‘kah’ belakang ayat. Ntah, surat dalam
kotak surat tu lah. Pergi amik sendiri. Aku busy!,”. Lidahnya dijelirkan
ke arah Wiwid. Wiwid pula sudah mula
melangkah kaki ke arah kotak surat yang
dimaksudkan. Sambil itu, mulutnya sempat lagi menggumam sesuatu yang tidak
dapat ditangkap oleh pendengaran Zura, si mangsa bebelan.
“Taulah mak cik
ni lecturer BM. Dengan aku sekali dia nak jadikan mangsa”. Kepalanya
digeleng-gelengkan beberapa kali. Wiwid amat tidak berkenan dengan perangai
Zura yang gemar menonton drama mahupun filem yang dihasilkan oleh Negara
matahari terbit itu. Bagi dirinya, tindakan sedemikian tidak seharusnya
diiikuti oleh seorang pensyarah yang berketrampilan seperti Zura. Boleh jatuh
standard !
‘Siapa pula nak ajak bermain pena dengan aku
ni?,’. Sampul suratnya itu dikoyak. Setem yang tertampal di sampul surat itu sungguh berbeza dengan yang selalu dilihatnya. Hatinya mula berdebar saat membaca nama si pengirim. Labels: Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 14 ( Qiera ‘reviewing time with Reez at London Eye)
Chapter
14 ( Qiera ‘reviewing time with Reez at London Eye)
Beg
tanggannya yang hampir jatuh dari letak duduknya telah dibetulkan. Baju kapas
jenama Cotton On itu telah disuai padankan dengan sehelai jaket nipis berwarna
coklat gelap yang sungguh kasual.
Tudungnya pula telah dililit menyerupai watak Zaara Amira dalam sebuah
drama yang pernah ditayangkan di TV 3 suatu ketika dahulu. Memandangkan musim
sejuk di Negara Eropah itu mula menginjak pergi, pakaian tebal-tebal miliknya
telah pun disimpan jauh di dalam almari. Semenjak musim sejuk datang menjenguk,
Qiera jarang sekali mengenakan pakaian kasualnya yang selama ini tersimpan jauh
di dasar beg rodanya. Sengaja dia menyimpan pakaiannya di situ memandangkan
tempoh 3 bulan yang bakal dilaluinya itu dulu tidak akan memerlukannya memakai
pakaian yang kasual dan diperbuat daripada material yang nipis. Hanya yang
tebal saja diperlukannya.
Kini,
selepas 3 bulan setengah, bulan Mac telah pun menjelang. Serentak dengan itu,
pepohon bunga yang sudah lama disaluti salji dulu mula berbunga cantik. Jika
Qiera sedang merantau di Jepun, pasti dia tidak akan melepaskan peluang
keemasan ini untuk melawat taman bunga Sakura yang menjadi tarikan utama para
pelancong.
Meskipun
begitu, Qiera masih sedar diri. Dia sedar dirinya sudah lama tidak berada di
Negara itu. Tempoh pengajiannya sudah hampir tamat. Hanya tinggal beberapa hari
saja lagi dia akan meninggalkan Negara itu. Oleh itu, Qiera mula merebut
peluang yang ada ini untuk melawat tempat-tempat menarik di Negara itu.
Meskipun sudah hampir 3 tahun dia merantau di Kota London, dia masih lagi belum
menjejalah ke tempat-tempat percutian yang sinonim dengan Negara itu.
Seingatnya sendiri, satu-satunya tempat yang pernah dilawatinya hanyalah Big
Ben Tower sahaja. Pengajiannya yang sememangnya jauh lebih penting itu telah
menyebabkan Qiera tidak berminat untuk bersiar-siar di luar. Baginya, duduk di
dalam bilik sambil menelaah assignment jauh lebih bermanfaat. Aktiviti bercuti
tidak ingat dunia pula hanya akan dilakukannya apabila tempoh pengajiannya di
Uversity Edinburgh itu tamat sepenuhnya. Sepertimana yang sedang dilaluinya
sekarang.
Sebaik saja
destinasi tujuannya ditemui, Qiera segera memasukkan sampul surat berwarna biru
pekat itu ke dalam kotak bersegi empat tepat yang disediakan. Dia terpaksa
menghantar surat yang panjang berjela-jela kepada Wiwid bagi memaklumkan
kepulangannya ke tanah air . Sengaja dia mengambil pendekatan menulis surat
memandangkan talian internet di biliknya telah pun diputuskan beberapa hari
yang lalu. Masalah elektrik katanya.
Setelah itu,
Qiera mula memandang tepat ke arah wajah
rakan-rakannya yang setia menemaninya sejak tadi. Kini, ketiga-tiga mereka
telah sebulat suara membuat keputusan untuk meluangkan masa yang berbaki 5 hari
tersebut dengan menjelajah kota London. Stella yang sememangnya sering
bersiar-siar di sekitar London itu akan menjadi pemandu pelancong bagi
rakan-rakannya itu.
“So, jom
kita enjoy !”, ketiga-tiga mereka telah pun tersenyum riang sambil menjerit
ala-ala jeritan Riri dalam sitcom Puteri yang pernah ditayangkan 11 tahun yang
lepas.
“First of
all, kita pergi London Eye okay ?!”, Stella telah pun membuka tentatif lawatan
mereka pada petang itu.
Eh. London
Eye ? Qiera bagaikan mahu gugur jantungnya. Benar-benar tekejut. Benar-benar
terlupa. Nama tempat itu pernah menjadi saksi kepada sebuah insiden yang tidak
mungkin dilupakannya. Dia masih lagi ingat setiap perkara yang berlaku di situ.
Dia masih ingat lagi bagaimana pertemuan pertamanya atau lebih tepat lagi jika
digelar pertemuan tidak terduganya dahulu boleh terjadi di situ.
3 tahun
lepas, pertama kali Qiera melawat London Eye, dirinya telah disapa lembut oleh
seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Jika dilihatkan daripada luarannya,
Qiera sudah dapat mengagak bahawa lelaki itu merupakan seniornya. Qiera juga
berani berkata demikian setelah dia terpandangkan name tag lelaki itu yang
tersangkut kemas di poket kamejanya. Gaya pemakaiannya yang amat bersahaja itu
langsung tidak menggambarkan perwatakannya yang amat bersopan santun dan
berperibadi tinggi. Fikir Qiera, lelaki yang berada di hadapannya itu hanyalah
pelajar lelaki yang sememangnya biasa-biasa perwatakannya. Tiada yang menarik. Tiada
yang luar biasa. Semuanya serba biasa.
Namun
begitu, ucapan pertama yang terkeluar daripada mulut lelaki itu membuatkan
Qiera tergamam. Mujur, radius bukaan mulutnya masih lagi terkawal. Jika tidak,
pasti ada daun yang berguguran telah singgah ke dalam mulutnya nanti.
Maklumlah, musim luruh !
“
Assalamualaikum. “
“Wa’alaikumussalam.”
“Stundent
Edinburgh ke ? “
“Hurm. Ha ?
….Oh ye……. Ha’ ah.” Qiera mula tergagap-gagap sendiri. Tidak pernah dia
berkomunikasi dengan penuntut lelaki lain yang tidak dikenali tanpa peneman
setianya, Dian. Secara tidak sengaja, gaya pertuturannya juga menjadi tunggang
langgang.
“Owh.
Patutlah macam pernah nampak. Maaf, saya mengganggu ya. Saya nampak awak
sorang-sorang kat sini tadi. Niat nak tegur je. Saya minta diri dulu.” Lelaki
tadi mula serba salah melihatkan gaya komunikasi Qiera yang kelihatannya tidak
berapa menyenangi kehadirannya di situ.
“Eh, its
okay. Sebenarnya, saya tengah cuba nak jalan-jalan kat sini. Tapi ntah macam
mana termenung pulak.“ Qiera terbengang sendiri. Pengakuan jujurnya itu
meluncur laju tanpa dipinta. ‘Hisy, gatalnya mulut’-bentak Qiera di dalam hati.
Lelaki di
hadapannya itu tergelak kecil. “Termenung sebab tengok ciptaan Allah yang indah
ni kan? Walaupun saya dah 3 tahun merantau di sini, masih belum puas rasanya
menatap kecantikan persekitaran di sini. Terlampau mengagumkan. Kalau boleh
setiap waktu yang ada nak duduk kat sini. Kat sini, saya dapat rasakan
ketenangan yang tidak berbelah bahagi. Walaupun ramai pelajar yang datang sini,
mereka cuma mengagumi keunikan giganctic
ferris wheel tu aje. Bukan nak direnung kawasan yang sekelilingnya.
Alangkah….Eh, boleh pulak saya berpidato depan awak ni. Maaf lagi sekali.” Kali
ini, wajah lelaki itu pula yang merona merah. persis dikenakan pemerah pipi jenama
Avon !
‘Aduh
hebatnya dia ! Persis Mato. Eh, Qiera, never judge a book by its cover.’ Qiera
mula mengingatkan dirinya. Walaupun begitu, dia masih tidak dapat menahan
perasaan dan kehendak hatinya yang sememangnya masih lagi ingin mengenali hati
budi lelaki yang baru ditemuinya itu.
“Eh takpe.
Betullah apa yang awak cakap tu. Erm, saya rasa tak payah nak bersaya awak
sangatlah. Terlampau formal. Saya, Qiera.”Qiera mengambil pendekatan
memperkenalkan dirinya. Sejujurnya, dia sendiri tidak dapat mengenalpasti kata
ganti nama diri yang sesuai digunakannya . Abang ? Erk. Mustahil Qiera !
“Okay.
Memang pun, formal mengalahkan menteri dah kita ni. Saya, Irfan Hakimi. Irfan
for short. Kimi the shortest. Kalau nak longest, Muhammad Irfan Hakimi bin
Megat Iskandar. Nice meeting you, Qiera.” Mesra sekali Irfan memperkenalkan
dirinya.
“Qiera
prefer Irfan.”
“Up to you.
I just go on with what you say. By the way, dah nak senja ni, Irfan minta diri
dulu. Kalau diizinkan, kita jumpa lagi. Assalamualaikum.”
“Insya Allah.
Wa’alaikumussalam.”
Pertemuan
singkat itu diakhiri dengan senyuman yang menghiasi bibir masing-masing. Baru
saja berjumpa dalam masa 15 minit, Irfan sudah mampu menyedarkan Qiera terhadap
sesuatu perkara yang dianggap remeh baginya.
Sejujurnya,
Qiera bukanlah menungkan keajaiban alam yang terbentang di depan mata.
Sebaliknya, Qiera sedang leka mendengar lagu kegemarannya yang dapat ditangkap
oleh pendengaran ketika sedang berdiri sendirian di situ. Tambahan lagi,
selepas mendengar pendapat ikhlas Irfan sebentar tadi, barulah Qiera sedar
bahawa kehadirannya ke London Eye itu hanyalah bertunjangkan kekagumannya
terhadap ferris wheel yang besarnya berkali-kali ganda yang pernah dilihat oleh
Qiera sebelum ini. Sesungguhnya hati Qiera mula hiba. Dia tidak menyangka
pertemuannya sekejap tadi mampu menimbulkan titik kesedaran dalam hatinya.
Tanpa disedari, manik-manik air mata mula jatuh ke pipi Qiera.
Labels: Fareez Afham, Qiera Qalisha Chapter 15 ( Hanis, Zharif and Mikhail ) & Chapter 16 (Qiera nak balik )
Chapter
15 ( Hanis, Zharif and Mikhail )
Semenjak
pulang dari London kelmarin, Hanis jarang sekali bersua muka dengan Mikhail
mahupun Zharif. Ketiga-tiga mereka bagaikan dilanda Taufan Sandy yang menggila.
Projek yang dirancangkan juga perlu dibentangkan dalam beberapa hari saja lagi.
Oleh itu, setiap ahli kumpulan telah pun membuat keputusan untuk mengambil
peluang yang ada dengan menyiapkan bidang tugasan masing-masing. Tambahnya
lagi, aktiviti secara berkumpulan yang diadakan semenjak kehadiran mereka di
London dulu juga telah pun berakhir. Kini, masing-masing sedang ralit menghadap
computer masing-masing bagi memastikan setiap tugasan yang dilakukan telah
mencapai tahap yang diinginkan.
‘Semenjak
tak jumpa mamat litar pintas tu, dah
lama jugak aku tak ketawa’-gumam Hanis yang mula dihantui
kebosanan. Serentak dengan itu, koputer
ribanya ditutup. Matanya laju mengerling ke
arah jam dinding yang terlekat kukuh di hadapannya. Waktu makan tengah
hari bakal tiba sekejap lagi. Hanis mula mengatur langkah ke bilik Mikhail yang
terletak tidak jauh dari biliknya sendiri. Sememangnya suasana pejabat pada
ketika itu sungguh sunyi dan tidak semeriah sebelum ini. Manakan tidak, hanya
beberapa orang pensyarah sahaja yang masih menghadirkan diri ke pejabat
university itu memandangkan cuti pertengahan semester sedang rancak
berlangsung. Tambahan lagi, pensyarah yang terdapat di dalam pejabat itu juga
sedang sibuk mengalahkan menteri memandangkan projek yang dirancangkan bakal
dilancarkan tidak lama lagi.Sememangnya setiap pensyarah yang terlibat perlulah
memainkan peranan mereka dengan baik memandangkan peluang ini akan membolehkan
mereka mendapat gelaran Professor di university tempat mereka bertugas. Hal ini
demikian kerana, setiap pensyarah di UPM telah diwajibkan untuk menyumbang jasa
kepada pihak university bagi melayakkan diri mereka mendapat gelaran Professor
yang sememangnya didambakan oleh setiap warga pensyarah.
“Mikhail,
macam dah lama kan tak jumpa? !”. Badannya dihenyakkan ke atas sebuah sofa yang tersedia di hadapan Mikhail.
“Kau rindu
aku ke ? Wau ! macam tak caya.”Mikhail sudah pun memulakan lawak bodohnya itu
sebaik saja Hanis melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Kau takyah
perasan. Aku Cuma bosan je ni”.
“Yelah,
kalau bosan je cari aku. Aku tau.”
“Alah Mikhail,
marah ke. Hurm, aku balik bilik akulah macam ni.”
“Hanis ! Kau
takyah nak gedik. Aku dah lama tak lunch dengan kau. So, will you?”
“Eleh, will
you…….. what ?” Hanis menunjukkan wajah bengisnya yang menyerupai Kapten seram
dalam Pirates of Carribean dulu. Sengaja mahu menduga.
“Will
you………………………………………………………………………………marry me ?” Mikhail pula menunjukkan sebaris gigi
putihnya. Tak ubah seperti yang ditunjukkan di dalam iklan Darlie. Nampaknya,
sahutan cabaran Hanis telah pun menerima respon yang amat mempoyokan daripada Mikhail.
“I’m
honoured…………….Eh wait ! Simpang malaikat 44 !”
“Piirah. Aku
pun tak inginlah kat kau. ”
Sudahnya,
kedua-dua mereka dibuai gelak ketawa yang melampau. Tatkala kaki dihalakan ke
pintu, Mikhail bersuara lagi. “Kau tak ajak Rif ke ?”. Hanis tersenyum
sendirian. Bagaimanalah dia boleh melupakan rakannya yang seorang lagi tu.
dengan pantas, dia menjawab selamba soalan Mikhail sebentar tadi. Kedengaran
bersahaja sungguh. Tidak beriak, tidak berperasaan. “Takyah ajak pun dah
comfirm datang.”
“Haaa. Yelah
! Aku ni uninvited person.”. Mukanya mula dipalingkan menghadap dinding. Mikhail
yang memerhati sejak tadi mula berdekah-dekah melihat gelagat aneh rakannya
itu. Rupa-rupanya Zharif sudah lama terpacak di hadapan pintu Mikhail. Cuma
kesibukan yang memanjang membuatkan kedua-dua mereka tidak menyedari kehadiran
si Zharif.
“Hye Rif !
Lamanya tak jumpa lu !”. Hanis mula mengganas. Wajahnya ditambah sedikit lagak
egonya.
“Lu rindu
gua ke ? Oh lupa, lu kan rindu Mikhail je. Kan ?” Zharif mula mengangkat kening
menyerupai Ziana Zain.
‘Ah, sudah,
ada wayar sangkutlah tu. Malas aku nak hujah, kang, ada drama korea pulak kat
sini’-Hanis masih lagi berbisik sendiri. Last-last, bagi menjernihkan semula
keadaan, Hanis mula membuat announcement ala-ala Obama kat televisyen dulu.
Penuh berkuasa. Penuh dengan rasa . Ya, rasa keadilan dan kesaksamaan !
“Sapa lambat
turun, tak yah ikut. Aku tak kuasa nak tunggu Queen Elizabeth !”. kakinya pula
dihalakan laju ke luar pintu. Sebelum selamat mendarat keluar, Hanis berjaya
menangkap suara halus yang sedang mengeluh perlahan. Begitu perlahan. Ya,
khusus untuk pendengaran Hanis. “See,Dah makin bijak mengelak ”. Hanis terdiam.
Suara itu hampir saja membuatkan jantungnya berhenti dup dap dup dap. Mahu
sahaja wassalam dia di situ. Mujur, jangka hayatnya masih panjang.
Alhamdulillah. Syukur atas nikmat Allah.
Chapter
16 (Qiera nak balik )
Wajah
dihadapan cermin itu ditatap dengan penuh perhatian. Dirinya diperhatikan
sendiri. Selendang berwarna bitu turquoise itu dililit gaya Hana Tajima. Blouse
peplum berwarna kuning terang itu pula dikenakan dengan sehelai seluar Aladdin
berwarna merah jambu terang. Blocking sungguh warnanya. Ditambah pula dengan
kehadiran beg tangannya yang berwarna jingga terang itu, gaya Qiera tidak ubah
seperti hijabista terkenal, Liyana. Jika diikutkan pengiraan waktu, hari itu
Qiera akan berangkat pulang ke tanah air. Akhirnya, setelah 4 tahun merantau,
Qiera akan pulang. Pulang ke Malaysia. Pulang ke umi . Pulang ke ayah.
Sesungguhnya Qiera akan pulang ! Hooray, hooray ! Hooray, Hooray !
Labels: Farhanis Ayuni, Mikail, Qiera Qalisha, Zharif Chapter 21 ( Izzah in Africa ? ) & Chapter 21 (Qiera in KLIA )
Chapter
21 ( Izzah in Africa ? )
“Afrika ?
Mom, this is totally out of mind. I stay here. No matter what !”, Iza lantang
menyuarakan pendapatnya. Cadangan ibunya kedengaran agak gila. Bayangkan, ada
ke patut gadis seusianya perlu melanjutkan pelajaran di Afrika ? ‘Haish, masuk
asrama pun tak pernah. Ini kan pulak nak masuk university luar negara macam
tu.’- Iza membentak lagi. Ibunya, Puan Zieda melangkah mendekati anak sulungnya
itu. Dia pasti jawapan itu akan diterima oleh gegendang telinganya sekiranya
dia tetap berdegil mahu menghantar Iza ke Afrika. Dengan itu, dia mula
mengambil pendekatan memujuk. “Iza tak nak pergi Afrika ?”. Iza mengganguk
laju. “No matter what happen ye ?”, sekali lagi, Iza mengganguk. “Walaupun terpaksa
melukakan hati ibu sendiri yang teringin sekali nak tengok anak dia study kat
abroad U macam orang lain ? Walaupun terpaksa membelakangkan kata-kata ibu dan
ayah ? Walaupun terpaksa membiarkan ayah lesap duit sebab burnt bayar yuran U
kamu tu ? Walaupun terpaksa membiarkan ibu ni menjeruk perasaan sebab tak dapat
nak tengok Iza berdikari macam orang lain ? Macam tu sekali ke Iza ?”. Wajah
Puan Zieda kelihatan sayu, minta dikasihani.
Iza dalam
dilemma. ‘Aiyak ! Kalau dah macam ni memang terang tak bersuluh aku dah kalah
tanpa bertanding’. Iza tetap dengan keputusannya. Sesi pujuk rayu mula
diaktifkan.” Ibu, kalau Iza kat Malaysia ni pun boleh berjaya. Boleh je dapat
ijazah. Boleh je berdikari. Boleh je sampaikan hasrat ibu dengan ayah yang nak
tengok Iza jadi pensyarah satu hari nanti. Boleh je semua tu. Sama je, bu.
Terima je lah tawaran dekat UKM tu, please”.
“Hah, tengok
tu, Iza sendiri kata semuanya sama. Dah tu kenapa tak nak pergi sana ? Afrika
pun kat bumi jugak. Bukan kat Marikh ke Pluto ke. Masih selamat didiami.”,
Encik Zaki pula bersuara. Serentak dengan itu, kuasa veto ayahnya telah pun
membuat keputusan. “ No matter what happen, Iza kene study Africa. Ayah tak
kira. Discussion is over.”
Ayah dan
ibunya segera meninggalkan Iza sendirian di biliknya. Dengan itu, jelaslah Iza
perlu mengemas pakaiannya bagi berangkat ke U di Afrika pada hujung minggu ini.
Air matanya menitik perlahan. ‘ Nak tak nak, Afrika jugak aku pergi. Cubalah
pergi Scotland ke Iceland ke. Kan best sikit’. Iza tetap menguatkan hatinya.
Niat untuk menuntut ilmu perlu dikukuhkan. Segala-galanya dalam perancangan
Allah. Iza yakin dia layak bermimpi, dia layak berangan-angan, dia juga layak
merancang, tapi dia sedar, yang layak menentukannya hanyalah Allah S.W.T kerana
Iza yakin Allah juga merancang untuk dirinya. Dan yang lebih penting lagi,
perancangan Allah itu jauh lebih indah dari apa yang mampu dicapai dek akal
fikiran hamba-hambaNya. Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T yang memiliki sifat
Al-Alim iaitu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Rsanya baru
semalam perbalahan kecil itu berlaku, sedangkan kenangan itu telah berlalau
pergi sejak 6 tahun yang lalu. Iza Syahrina tersenyum lagi. jika bukan
disebabkan keputusan muktamad ayahnya dulu, tak mungkin Iza berpeluang untuk
menikmati segala kemudahan yang dimiliki ini .
Chapter
21 (Qiera in KLIA )
“Assalamualaikum.
Qiera dah sampai airport ni, umi.”
“Wa’alaikumussalam.
Ya Allah, Qiera, nak pergi mana lagi ni ? Kata lepas pergi Rusia haritu dah
takde ke tempat lain lagi. kursus haritu ada lagi ke ?”.
“Umi, Qiera
dah sampai Lapangan Terbang Kuala Lumpur ni, umi. Nak balik rumah umi.”
“Hah ? Qiera
?”.
Serentak
dengan persoalan yang mula menggunung tinggi itu, Puan Diba menrima jeritan
nyaring anaknya menerusi talian telefon bimbitnya itu.
“Surprise
brais umi !”. Puan Diba hampir saja jatuh tergolek ke lantai. Mop di tangan
juga dilepaskan tanpa pegangan. Matanya semakin lama semakin perit. Semakin
pedih. Tak sampai pun sekelip mata, hanya tangisan kesyukuran yang menyambut
kepulangan anaknya di talian itu. ‘Adeh, mak den dah feeling kemain lah tu.’.
Qiera sempat lagi bermonolog sendiri. Dengan tidak disangka, tiba-tiba saja
tangisan penuh hiba itu tadi menginjak pergi, malahan suara seceria kanak-kanak
Ribena pula yang kedengaran.
“Qiera
tunggu situ diam-diam. Umi dengan ayah nak pergi KLIA sekarang jugak.”
“Eh umi, tak
payah, Qiera baru je naik teksi ni nak singgah satu tempat dulu. Lepas tu,
Qiera terus balik rumah. Umi semua tunggu dekat rumah je. Lagipun barang-barang
tak banyak, semua Qiera pos.”
“Lah, gitu
pulak anak umi ni ?”
“Yek
gitulah, umi. Anak umi ni nak makan dulu, lapar yang amat. Umi dah makan?”.
“Ha,
okay-okay. Umi nak pergi kemas rumah dulu, nak bagitau along kamu dah balik.
Jaga diri baik-baik. Makan baca bismillah. Basuh tangan, check dulu sudu dengan
garfu, kalau kotor pergi basuh kat sinki lepas tu lap guna tisu. Makan
perlahan-lahan jangan sampai terbekik. Lepas makan baca doa’…….”
Belum pun
sempat Puan Diba berkata-kata terus, Qiera mula mencelah masuk. Bimbang
sekiranya uminya itu melarat sampai ke bab lain. Naya nak jawab nanti. “Okay
umi, Qiera tau dong. Bubye. Assalamualaikum !”.
“Ye,ye
wa’alaikumussalam.” Tidak lama kemudian, Puan Diba mula mengeluh, ‘bertuah
betul Qiera ni, aku baru nak tanya khabar si tunangnya.
Labels: Iza, Qiera Qalisha Chapter 22 ( Qiera review time again ) & Chapter 23 ( Qiera..fiance ? ) &Chapter 24 ( How about Reez, Qiera ?)
Chapter
22 ( Qiera review time again )
Pejam celik,
pejam celik, sudah hampir 3 tahun dia meninggalkan Bandaraya Kuala Lumpur itu.
Segala-galanya hampir berubah, apa yang Qiera pasti, hanya Menara Berkembar
KLCC saja yang masih kekal berdiri di tempatnya. Hanya itulah satu-satunya
petunjuk dan panduan untuknya meneruskan perjalanan di Kota Metropolitan itu.
Perbualannya dengan umi sebentar tadi langsung mengisi mindanya. Sudah hampir 3
tahun dia tidak bertemu secara langsung. Selama ini, hanya laman Skype dan Ovoo
saja yang menemukan mereka. Mujur adik bongsunya telah mengajar uminya cara
menggunakan laman sosial tersebut. Secara tidak langsung, terubat juga rindu
mereka sekeluarga.
Ternyata
tempoh masa tiga tahun dulu sungguh lama. Seingatnya sendiri, kali terakhir
Qiera menjejakkan kaki ke KLIA sendiri sudah menginjak 3 tahun setengah yang
lalu. Segala-galanya berpunca daripada pertunangan yang tidak terduga dulu.
Segala-galanya tak dirancang. Tidak terfikir. Tidak pernah juga terlintas di
fikirannya. Hampir saja pertunangannya itu menyerupai Minion Rush, pakai hentam
bedal je pisang mana yang sampat ambil, asalkan diri sendiri selamat tiba ke
destinasi yang dituju dan tidak terhantuk dek batu-batu besar yang menghalang.
Tanpa diminta juga, kotak ingatan Qiera bagaikan mahu menari. Irama ballet mula
berkumandang. Kenangan 3 tahun yang dulu berputar ligat di ruangan angkasa.
Chapter
23 ( Qiera..fiance ? )
“So bila nak
hantar paper ni ?”
“Qiera, I
think, baik kita hantar lusa je. Cuti semester kan baru start semalam. So,
rasanya Prof George pun balik kampung dia malam tadi.”. Jelas Isabella pada
Qiera, ketua kumpulan bagi projek Live The Life For Future di bawah bimbingan
Universiti Edinburgh.
“Owh really.
Okay then. Everything is going smoothly right ? I hope you guys already had
final checked with those papers”.
“Done,
Stella. Everything in a complete way. Just the way we discussed.”
Dalam
keriuhan setiap ahli kumpulan berbincang, tanpa sebarang signal dan
announcement, nama Nur Qierana Qalisha telah pun dilaungkan oleh salah seorang
teman sebilik Qiera.
“Qiera !
Qiera ! Phone call. From your mum. Malaysia. They asked you to go home now.
Emergency case !”. Mata Qiera hampir berlari keluar. Giginya terasa longgar.
Hidungnya terasa makin sempit. “What stupid thing are you talking about ? what
case ? What on Earth is going around ?” Melihatkan kesesakan yang dihadapi oleh
Qiera, Jaseline mula memberi penerangan lanjut. Lebar, panjang, tiada koma,
tiada nokhtah, terlampau panjang. Yang pasti segalanya diakhiri dengan tanda
seru. Ya, jeritan nyaring Qiera mampu mengejutkan setiap Godzilla yang sedang
enak beradu di dalam hutan. Sungguh bingit. Sungguh nyaring.
“Just now,
your mum called your phone. You left your phone in the room. I picked up the
phone as the ringtone was too loud. Common Qiera, Heart Attack by Lovato is
totally not suitable for ringtone, babe. Its too annoying, then, your mum Puan
Diba asked me to inform you some important things. First, she asked you to come
home immediately, max by tomorrow. Second, you need to bring up your
necessaries too. Third, there were a couple of spouse had came to your house.
They asked for you. Someone wanted to make you as his fiance.”
“FIANCE ? ME
? Whattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
!!”.
Chapter
24 ( How about Reez, Qiera ?)
Sebelum
melangkah keluar dari Lapangan Terbang Luton itu, Qiera sempat berbisik sesuatu
kepada Dian. “Kau bagitau benda ni kat Reez okay. Dia berhak tau.” Dia merenung
anak mata Qiera. Jelas lagi nyata, renungan itu mempunyai pengertian. Dalam,
amat mendalam. Menyedari akan kewujudan renungan setaraf mata galak Lady Gaga
itu, Qiera menyambung kata-katanya. “………….Herm, at least as a friend. He should
know”. Lidahnya perit. Matanya hampir berkaca. Bagi mengelakkan deraian air
mata tumpah bagaikan empangan pecah, Qiera segera lined up. Dalam tempoh 15
minit lagi flightnya akan diterbangkan. Dalam tempoh masa itu jugalah Qiera
berendam air mata. Dalam hatinya, berkecamuk tahap Navy menghentam Battleship.
‘Atuyai,
mamat mana pulaklah yang menggatal nak tunang dengan aku ni. Sesedap susu Cap
Teko je mamat ni ! Dia ni tak tau ke aku ni dah lama feeling dengan si
Re………..Eh Qiera, pasal si Reez tu, kau sorang je yang feeling syok sendiri. Dia
bukan ada feeling kat kau pun. Cubalah sedar diri sikit. Astaghfirullahaladzim
! Mengucap Qiera. Eh alamak, papers tu semua bila pulak Stella nak hantar ? Kan
semuanya dalam laci aku. Aduh, key pada aku pulak tu. Sekejap ! Aku dah bagi ke belum pendrive si
Lofa tadi ek ? Macam tertinggal atas meja study je. Oh no.. Reeeeeeeeeeeeeez !
Help me ! Amboi, apehalnya pulak Reez yang interframe ni? Betulkan balik. Oh
noooooooooooooo Tuuuuuuunangggggggggggggg ! Tolong aku !.’
Labels: Fareez Afham, Qiera Qalisha
|
Chapter 2 (Qiera’s finding Wiwid) Saturday, 9 November 2013 | 0 Comments

| a b o u t ; ![]()
| s t u f f ; ![]()
|
b i a s ; ![]() |