D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 2 (Qiera’s finding Wiwid)
Saturday 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 2 (Qiera’s finding Wiwid)

Keadaan bilik sederhana besar itu semakin gelap. Suasana yang mula menginjak malam itu mula dirasakan kedinginannya. Kemungkinan  suhu persekitaran sudah meningkat sehingga menyebabkan Qiera menggigil kesejukan.
‘ Lah, patutlah sejuk semacam. Air cond punyalah high !’ –bebel Qiera sendirian. Lantas, remote control pendingin hawa itu segera dicapai sebelum fungsinya dimatikan sepenuhnya. Sememangnya, musim sejuk yang sedang dilalui di negara Eropah itu pastinya tidak memerlukan khidmat pendingin hawa buatan Toshiba. Walaubagaimanapun, alat elektronik itu tetap disediakan bagi kegunaan para pelajar pada musim panas yang bakal menjenguk tidak lama lagi.
“Kau buat apa lagi ni ? Kan dah dinner time  ?” Dian yang masih lagi berdiri di hadapannya itu direnung tepat.
“ Aku buat assignment ni lagi sikit. Ada slight problem. Typing error. Komputer kau tu disaster,” sambil melayang-layangkan kertas bersaiz A4 itu, Qiera mula menunjukkan riak tidak berpuas hati dengan kegagalan system komputer rakannya yang seorang itu. Jika bukan disebabkan kecuaiannya sendiri meninggalkan laptopnya di perpustakaan tadi, pasti setiap assigmentnya sudah siap dikepilkan.
“Eh nyonya, kau tu yang cuai, nak salahkan komputer aku pulak. Backhand nak ?”, Dian mula mempamerkan wajah bengisnya.
“Sorry lah. Emotional error. Kau ni cepat touching. “
“Dah la tu. Jes kata dia dah upload gambar yang kau minta tu kat Insta dia. Pergilah tengok. Aku nak makan dulu. Bye.”
“Okay. Thanks for the info. Bye.” Qiera mula membuka i-pad J8 miliknya itu.  Laman instanya segera dibuka. ‘Eh, lupa pulak nak suruh Sya tapau makanan. Haish. Kebulur aku kat sini.’
Qiera mula merenung tepat gambar yang terpampang besar di skrin i-padnya itu. Nampak menarik. Gambar itu amat diperlukannya bagi menyiapkan assignment terakhirnya sebelum menamatkan pengajian yang masih berbaki 4 bulan itu.
Setelah puas dengan kiriman yang diterima, Qiera mula melihat kosong gambar teman rapatnya yang sedang bermesra dengan rakan persekolahannya dulu. Daripada salah satu gambar yang dikirim oleh Fiz, tahulah Qiera bahawa rakannya itu sedang seronok bertemu dengan rakan persekolahannya ketika menyertai Majlis Reunion yang dihadirinya malam tadi. Secara tidak sengaja, kotak ingatan Qiera bagaikan diketuk. Ketukan yang diterimanya itu membuatkan tangannya mula menaip laju beberapa nama yang dikenali melalui petak Carian yang tersedia di laman tersebut.
•          Farhanis Ayuni
•          Najwa Haidany
•          Durrah Syairah

Setelah beberapa lama mencari , Qiera mula menemukan hasil pencariannya.
Najwa_Danie 98 on Instagram
Wiwid is here, Spending my time with many students around is not an awkward to me, Searching or maybe still in a process of identifying someone to be with, Super dupa active in this site, Sorry for rambling ! :)

Gulp ! Air liur yang ditelan terasa begitu pahit. Lidahnya pula seperti berpasir. Mahu sahaja Qiera berkumur dengan produk Listerine yang berperisa strawberry itu bagi menghilangkan debaran di dadanya yang semakin menggila. Biodata pemilik laman itu mula dibaca. Jelas lagi nyata, pemilik laman itu sudah memperkenalkan serba sedikit tentang dirinya kepada sesiapa sahaja yang melawat laman sosialnya itu. Jelas, Wiwid, atau teman rapatnya yang pernah dikenali sebagai Knife itu sama sekali tidak mengalami perubahan yang ketara. Masih sporting dan cheerful macam dulu. Kecomelan yang diwarisi daripada ibunya itu juga masih lagi terpamer.  Herm, Wiwid oh Wiwid………….. Ingatan Qiera melayang lagi

Labels: ,