![]() © Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 12 ( Nurin and Izzati at I.S BAKERY ) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter 12 ( Nurin and Izzati at
I.S BAKERY )
The Only I.
S Bakery !!
Satu-satunya
tempat kegemaran Izzati pada ketika itu telah menjadi pilihan mereka untuk
menjamu selera. Sebuah i-pad yang tersedia di atas meja itu dicapai. Secara bergilir-gilir,
Izzati dan Nurin mula memilih menu pilihan mereka. Skrin i-pad itu disentuh
dengan penuh minat. Setiap menu yang disediakan mampu mengecurkan sesiapa sahaja yang melihat. Selepas puas
memilih, secara atas talian, menu tersebut terus dihantar kepada pelayan yang
setia menunggu di kaunter pengambilan order. Tidak perlu berdiri lama. Tidak
perlu menyusahkan diri menyebut nama-nama menu yang sememangnya mampu
membelitkan lidah para pelanggan kafe itu.
Nurin
tersengih sendiri. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kuasa 10 tahun yang
berlalu mampu membuatkan suasana serba canggih itu terwujud. Mujur makanan yang
telah siap disediakan masih lagi dihantar menggunakan khidmat tenaga manusia
dan bukanlah robot-robot yang telah siap diprogrammkan. Jika tidak, hancurlah
peluang pekerjaan yang sentiasa didambakan oleh warga yang mendiami yang Negara
Malaysia itu. Dengan itu juga, akan bertukarlah Malaysia menjadi Cybertron yang
serba canggih dan serba serbi berteknologi tinggi !
Dalam masa
15 minit, i-pad di meja mereka mula bordering. Deringan yang diterima
menandakan pesanan mereka telah pun siap dan akan dihantar dalam masa 2 minit
dari sekarang.
“Wau, kelas
giler!”. Nurin ternganga sekali lagi. Baginya, suasana yang sedang dialaminya
itu terlampau menakjubkan. Sungguh tidak dapat diterima oleh akal. Langsung
tidak dapat difikirkan bagaimana idea gila si pemilik kafe ini dapat
ditafsirkan ke alam realiti.
“Kau nak
makan lalat ke ?,” Izzati mula mengusik Nurin yang kelihatan jakun tidak
terkira itu.
“Aku… aku..aku…
huh. Speechlesssss !”. Dalam keadaan tergagap-gagap, Nurin masih mampu
menjawab. Hasrat hatinya semakin memuncak. Tidak kira apa yang berlaku, dia
perlu bertemu dengan pemilik kafe ini. Si pemilik yang gila. Si pemilik yang
hebat. Si pemilik yang sememangnya hilang akal.
“Kalau kau
rasa nak jumpa owner kafe ni, takyah mimpilah. Aku kenal pun tidak !”. Bagaikan
dapat membaca pemikiran Nurin, Izzati dengan selamba bersuara. Dalam waktu yang
sama, Oreo Fortaliazinchi Chaciato Choc itu dihalakan ke mulut. Menu itu sering
menjadi buruan utama Izzati setiap kali ke situ. Namun begitu, Izzati tidak
pernah sekali mencuba untuk menyebut nama hidangan itu di hadapan orang ramai.
Sungguh mengharukan !
Nurin
terdiam. Melihatkan hidangan di depan mata, Nurin jadi tak keruan. Westlyies
Mint Cruchy yang kelihatan begitu menarik itu segera diambil. Rasanya yang penuh dengan coklat itu mampu
membuatkan Nurin terdiam tidak berbahasa. Maka dengan itu, sunyilah kawasan
kafe itu daripada bebelan dan pujian yang datangnya daripada dua orang doctor
muda itu tadi.
Labels: Izzati, Nurin Dalia |