D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 25 ( Zharif terasa ke Hanis ? Sawi ohhh Sawi )
Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 25 ( Zharif terasa ke Hanis ? Sawi ohhh Sawi )

Tengah hari itu, Tomatoes 8976 yang diletakkan di atas meja kayu itu melalak lagu Alright mintak di angkat oleh si tuan punya handphone. Malangnya, tuan punya phone sedang sibuk melayan kerenah para penuntut university yang sedang menggamit ruang koridor biliknya. Zharif yang turut berada di ruangan bilik itu telah pun memangjangkan urat leher bagi menjenguk dan seterusnya mencapai telefon bimbit berwarna kuning keemasan itu. Ternyata satu mesej masuk telah pun diterima. Tanpa diduga, Hanis sempat lagi memberi kebenaran kepada Rif untuk membaca mesej tersebut. Bimbang sekiranya mesej tersebut diterima daripada Jabatan Pendidikan yang sedang bergalak berurusan dengannya.
Hanis, nanti tolong fetch Kaisara kat taska dia. Kindergarten School For Kid, Jalan Merpati 3, Taman Kota Sawi. Pukul 3 nanti tau. Abang tak sempat nak fetch sebab nak hantar Ahin gi site sekejap. Lepas hantar Abang amik Sara pada Hanis okay. Sorry menyusahkan, hujung minggu belanja Magnum ! :)  ‘
Zharif tersengih sendiri. Tanda ‘ok’ dihalakan ke  arah Hanis menandakan mesej itu bukanlah diterima daripada pihak atasan. ‘Taman Kota Sawi ? Mak aih, jauh betul. Si Hanis macam tau je dekat mana.’.
“Zharif, sapa text ?”, di tangannya masih lagi membelek fail kuning yang diterima tadi.
“Your husband, Im,” penuh selamber Rif menjawab.
Mata Hanis dibesarkan. Hampir saja tangannya merayap mencubit lengan Zharif. Mujur lelaki itu sempat mengelak.  Jika tidak, berlebamlah kulit kau tu, Zharif . “Mulut tu, dah ada insurans PIDM ke?”. Dengusan kasar turut kedengaran.

“Dah tu, siap suruh fetch anak. Bukan husband ke ? Dah ler, makan nasi minyak tak berundang. No wonderlah 5 tahun lepas kau to..”. Belum pun sempat kata-katanya dinokhtahkan. Hanis segera memintas. Jelas sekali, Zharif sudah salah faham. Nada kecewa yang terdapat di sebalik kata-katanya dapat segera dikesan oleh Hanis. “ Zharif look ! Misjudge ! Dia bukan husband, bukan fiancé, bukan pakwe, bukan crush dan bukan segala bukan. yang penting dia bukan sape-sape. Dia cuma sedare. Cousin je. Kaisara tu pun anak sedara aku sendiri. Takkanlah salah kot nak jemput anak sedare sendiri ?,” dalam satu helaan nafas yang panjang, segala-galanya dihamburkan. Moga Zharif faham.
“Betul ? Tak tipu ke ni ? Macam auta jek ”, Zharif mula serba salah. Salah satu cara nak mengembalikan suasana yang ceria hanyalah dengan membuat lawak yang hambar sehambarnya.
“Yes, aku tipu kau Rif !............................ Eish, dah ler tuduh pakai main serkap jarang . Dosa tau tak fitnah orang !”.
“Okay, Okay. Sorry lah dear prof already be. Kau tau ke Taman Kota Sawi kat mana ?.”
“Owh ye tak ye, kat mana hah ? Si Im ni pun satu, hantar anak jauh-jauh, lepas tu….,”
“Hah ! Tolong ikhlas tak ni ? Sia-sia kalau merungut !”
“Yelahhh pak ustaz ! Tak merungut. Tak mengeluh. K lah bye, nak pergi fetch Sara. Assalamualaikum.”
“Lah, marah terus ? ok bye. Wa’alaikumussalam.” Hanis telah pun melangkah laju. Gayanya tak ubah seperti di London dulu. Mogok setaraf Syria lah tu. Namun begitu, Zharif mampu lagi menarik perhatian Hanis yang sudah jauh di depan.
“Hanis, dah tau ke Sawi tu dekat mana ?”
“Taaaaaaak ! “.
“Habis tu nak pergi macam mana ?”
“Tanya je lah bangla tepi jalan yang bermurah hati nak menjawab. Tak payah ditanya macha yang annoying tuuuu. Buat sakit hati je. Kalau sesat pun berbaloi.”
“Owh berbaloi ea ? Ok fine. Kalau macam tu, hati-hati. Take care, have a safe journey. Rif balik dulu !”.
Dalam waktu yang sama, Hanis telah pun berpusing 180 darjah. Tepat menghadap Zharif. Matanya masih lagi sedingin kutub Atkantik. Seperti yang diagak oleh Zharif, “ Zhariiif ! Temanlah, GPS Hanis rosak, kalau Hanis sesat nanti macam mana ? Eish… bangla kaparat betullah dia ni.”
“Hah, nak mintak tolong pun masih berbangla lagi. Eelok betul perangai. Nasib baiklah, kadar simpati ni masih ada, kalau tak Rif tinggal je Hanis kat Taman Sawi tu, biar padan muka melalak panggil Rif.” Muka sengaja dipalingkan. Nadanya pula jelas mengejek Hanis. Tiba-tiba, Hanis ketawa kecil.
“Hanis dah kenapa ? Takde sense of humour okay sekarang ni.”
“Memanglah, Nak harap Rif memanglah takde sense humour. Cuma nama Sawi tu hah. Ade sense humour.”
“Means?”
“Dulu Hanis pernah buat Geng Sawi. Sengaja tak masukkan Zati, kawan Hanis mase sekolah dulu. Konon-konon nak main tak kawan-tak kawan lah masa tu.”
“Adui, macam-macam genglah dia ni. Haritu Kapak, WAZIES, ni SAWI pulak ?”
“Eh, Rif hafal ke ?”
“Hafallah kalau dah setiap hari bercerita benda sama. Hah, naik kereta Hanis je lah, kereta Rif parking kat bawah harini.”

“Okay”. Kedua-dua mereka telah pun menaiki Toyota CS Won X5. Kereta milik Hanis itu kelihatan putih berkilat.  Warna putih mutiara yang dipilih betul-betul sesuai dengan imejnya. Spot rim pula disuaikan dengan warna perak. Juga berkilat. Wau, high class kereta lu, Hanis !

Labels: ,