D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 34 ( Annual Dinner )
Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 34 (Annual dinner )
(i) (Zharief & Hanis parody couple seminggu)

Jam dah hampir menginjak 8.15 malam. Hanis masih sendirian. Telefon bimbit ditangan direnung kosong. Kasutnya ditanggalkan dan diletakkan di tepi kerusi. ‘Berjam-jam tunggu. Bangla ni pergi mana ? Tak nampak bayang.’-Hanis dah sakit hati. Lupa langsung kata-kata Zharif yang dia bakal lewat sedikit malam itu. Baru saja Hanis berhajat nak ke dapur bagi membasahkan tekak. Tiba-tiba, sebuah kereta Hyundai Plane telah selamat diparkir di depan pagar rumahnya. Lelaki yang berusia 26 tahun itu dah pun menunjukkan diri. Di tangannya hanya memegang telefon bimbit canggihnya. Hanis berlari anak ke pagar.
“Wahai Encik Muhammad Zharif Adli bin Syamsul Haziq, awalnya datang ?”
“Oh, sorrylah Cik Farhanis Ayuni binti Hamid, tadi ada hal. Kan dah bagitau pagi tadi. Tu pun lupa ke ? Huh. “ Zharif buat muka Donald Duck.
Dalam hati Hanis, dia sendiri terkejut melihat penampilan Zharif. Sempoi habis, kamejanya dibiarkan tak tuck in. Butangnya pula tidak dikancing sampai ke anak tekak macam selalu. Tiada tali leher yang menceriakan suasana. Tiada juga gaya rambut yang penuh etika dan kemas. Segala-galanya serba biasa. Rambut yang dulunya rapi disisir telah diubah jadi sedikit tercacak bila buat gaya macam orang hilang sikat rambut. ‘Wuuu Zharif dah maju !’. Hanis tersengih sendiri. Malangnya, perasaannya tak dapat disembunyikan dengan baik. Hilang terus bakat main hide and seek yang disimpan. Habis terburai isi perut dia ketawa.
“Kau kenapa ?” Zharif pelik. ‘Nak kata ada ribut……macam sepoi-sepoi je angin. Nak kata ada tsunami……..tak nampak air pun. Hanis dah kenapa?’.
“Smart lah kau harini. Kelakar pulak aku rasa !”, Hanis masih dalam sisa ketawanya. Zharif pula dah macam nak tersedak tahap tak ingat. “Puji ke perli?”. Hanya itu yang mampu dijawab.
“Gila nak perli ? Of course lah puji, haaa baru boleh masuk entrance dengan aku !” keningnya diangkat macam Ziana Zain. Muka pula memang bahagia tahap takda tahap yang mampu menentukan. Melihatkan reaksi pasif Zharif, Hanis jadi panik. “Kau marah ke ? Alah, kan aku puji.”. Hanis dah serba salah gila-gila. Tak pernah tengok Zharif senyap macam tu.
Hanis bersuara lagi. “Sorry again Mr. Muhammad Zharif Adli ?”. Sekali lagi, Zharif diam.
“Kalau taknak cakap sekalipun, angguk je tanda kau tak marah”. Hanis menanti lama. Again, kaku tak bergerak juga si Zharif.
“Zhariiiiif . Kalau kau pakai macam biasa pun aku tetap masuk entrance tu dengan kau jugak. Takkan dengan orang lain kot. betul ! Sumpah tak tipu. Tengok tangan saya ni, tengok ni ! Saya janji , saya tak cakap macam tu lagi. Saya janji saya masuk entrance dengan awak. Saya janji saya tak ketawa lagi. Saya janji saya jadi budak baik.Dan yang penting, kita dah kawan 5 tahun tau !”. Hanis memujuk cara panjang lebar pula. Jari telunjuknya juga beberapa kali dihalakan ke  arah tapak tangan. Tak ubah seperti fenomena ‘couple seminggu’ yang pernah menular di laman sosial dulu.
Zharif dah tak boleh tahan. Niat hati saja je nak gertak Hanis. Bukannya dia touching sangat dengan statement Hanis tadi. “Hanis buat parody couple seminggu ? This is…”, belum sempat dia menyambung kata, Hanis dan Zharif dah ketawa sendiri. Macam orang tak betul pun ada. Sorang dalam pagar rumah, sorang lagi kat luar pagar rumah . Boleh pulak elok ketawa sama-sama , serius macam mental disorder.
“Dah, pergi amik kunci kereta cepat. Hanis drive dulu, Rif ikut dari belakang.” Zharif segera mengembalikan kewarasan masing-masing.

“okay ! Sekejap ea.”, Hanis kembali ke dalam rumah. Enjin kereta dihidupkan. Sengaja tak pergi sekereta. Bimbang pula sekiranya majlis nanti akan tamat lewat malam. Tak elok pula nak share kereta. Lebih baik masing-masing drive, barulah merasa penat driving lewat malam !

(ii) (Izaa with Izzat )

“Dah pergi ke belum ?”
“Belum lagi. Tengah bersiaplah ni.”
“Amboi, lambatnya, nanti kena marah baru tau !.
“Eh, tak sayang mulut betul ! Lagi setengah jam majlis start. Kejap lagi Izaa pergi lah.”
“Okay, drive safe-safe. Don’t potong-potong.  Naik kereta baca doa’.”
“Okay.Mr hubby merangkap pak ustaz kesayangan ! Hahaha”
“ Perli nampaknya ?”
“Mana ada ! Puji ni !”
“Dah la, pergi siap cepat. Nanti kalau lambat abang pulak yang dipersalahkan. Macamlah tak boleh agak !”
“Eh, of course. Bye. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam. Eh, Izaa bila nak balik ?”
“Tengoklah kalau Izaa dah puas melancong kat JB ni.”
“Nak rotan ke hanger ?!”
“Hahaha, dua-dua taknak. Esok dah balik, eh line macam truuut…truut…trut”
Taliannya dimatikan. Kalau dah berbual, memang tak ingat alam luar. Izzah sengih sendiri. Suka-suka je matikan talian masa suami sendiri tengah membebel. “Eh, dah pukul 8.15 ? Alamak ! Majlis start 8.30, ni salah Izzat lah call tadi. Kan dah lambat !”.
Sepantas kilat kunci kereta dicapai. Penampilannya dibelek sekejap. Blouse putih labuh berkain lace dipadan elok dengan skirt labuh yang juga berwarna putih. Jaket nipis berwarna hitam disarungkan sebagai pelengkap gaya. Selendang  pula selamat dibelit menyerupai Imaa Sahaja. Nampak ringkas tapi bergaya. Kasut tumit dua inci berwarna kuning terang disarung ke kaki. ‘Harap-haraplah ada kawan kat sana’. Dalam hati, Izzah memanjatkan doa’.
Sejak dua minggu yang lepas, Izza sudah tak keruan. Surat undangan yang diterima jelas bukan calang-calang. Tawaran menyertai Malam Bermakna UPM. Bukan dia tak mahu melibatkan diri dengan universiti yang terkenal serata Malaysia tu, cuma………….jauh sangat. Jarak antara Johor Bahru dengan Sarawak sungguh tak  terkata. However, ever and ever, Mr Hubby merangkap ustaz kesayangan dah bagi green light awal-awal. Sebagai tanda hormat atas jemputan yang diberikan konon-kononnya. Akhirnya, Izzah kini dah pun selamat berada di tanah semenanjung. Tawakkal je lah !
(iii) (Zharief late with HaniS, scold by Mikhail )

Malam tu, dewan yang biasanya terhias indah dengan hiasan kontemporari gaya English modern berubah sekelip mata. Gaya night garden menjamu suasana. Beratus-ratus bunga segar dihiaskan. Rumput hijau terletak sana sini. Mikail dan Syuhanna juga tak dapat dinafikan kadar keterkejutan mereka. Memang tak dapat diterima akal. Luar alam !
“Cantik kan?” Syuhanna memulakan perbualan.
“Memang.. tak dapat nak describe..” Mikhail hanya menjawab ringkas. Mereka mula mengambil tempat yang telah disediakan.
“Apa susah ? Cantik macam Hanis kan ? Eh, kenapa tak pergi dengan dia je?” Syuhanna dah start soalan maut. Taraf terjun gaung.
“Ha ? Hanis kan pergi dengan Zharif. Alah, biarlah diorang.”
“Eh, Mikhail marah ea?Sorry. diorang tu ada apa-apa ke ? Mikhail macam mana ?”
“Eh, tak marah pung.. Riang ria kuih raya je. Depa berdua tu ? Ntahla, takde relay apa-apa pun. Kitorang kawan rapat 5 tahun dah. Jangan salah faham. Mikhail dengan Hanis lagilah takde kaitan. Mana ada kes feeling-feeling ni.”
“Owh yeka. Rif tua setahun dari korang kan ? Boleh pulak berkawan rapat.”
“Takdir Tuhan. Alhamdulillah, lagipun dia tu okay je.”
“Eh diorang mana ?” Syuhanna masih mengajukan soalan. Tak berhenti dari tadi. Kalah train terlebih arang. Mikhail hanya angkat bahu. Dalam hati, ‘berperang dunia ke budak berdua tu?’.
Tengah syok-syok Mikhail bermonolog sendiri, bahunya disentuh kasar. Si pendatang asing yang tak beretika itu dah pun duduk di hadapannya. Mikhail angkat muka, tangan pula dah ready genggam penumbuk.
“Ek eleh, aku ingat Nepal mana singgah tadi. Mangkuk double decker ni rupanya.” Mikhail melepaskan genggaman. Matanya memerhatikan gaya pakaian Zharif. “Amboi, Nepal kau kata aku ? Masing-masing nak cari pasal. Nasib baiklah mood aku sihat walafiat !” kerusi di sebelahnya ditarik bagi membolehkan Hanis duduk. Zharif sambung berbual dengan Mikhail.
“Zharif, kau nampak………macam dulu..” matanya tak lepas-lepas memerhati. Mikhail dah macam mesin scan harga dekat Kip Mart. Bezanya ? Mikhail tak buat bunyi tret…tret…tret… Hanis dengan Syuhanna dah macam nak tumbuh halkum. Diam tak terkata terus. Mata pulak macam orang tercekik biji durian. “Dulu Rif macam ni ?” Syuhanna yang pertama sekali pulih dari sumpahan kaku 5 saat.
“A’ah. Masa sebelum study kat UPSI dulu. Aku rasa Hanis pun first time nampak Zharif macam ni. Dulu, dia memang macam nilah, mana ada tie yang terjerat kat leher, mana ada rambut macam tauke kedai Gatsby. Memang macam….” Zharif bulatkan mata.  “Dahlah, tak habis-habis dengan lawak dia. Majlis dah start.” Hanis pandang Syuhanna. Syuhanna pandang Hanis. Dalam hati masing-masing, macam tengah monolog tanpa suara. ‘Kau percaya ? Macam tak boleh caya kan semua ni. Tapi kau kena percaya. Eh, tadi Mikhail nak cakap apa huh yang Zharif potong tu ?’ Last-last, Hanis dengan Syuhanna tersengih sendiri.

(iv) ( Zharif & Hanis sweet couple )

Hanis pandang kiri, pandang kanan. Zharif dah hilang ntah ke mana. Mikhail pula sedang rancak berbual dengan Syuhanna. ‘Mesra semacam je budak berdua ni. sampai aku pun terabai.’. Hanis mencari lagi. geram pula rasanya ditinggalkan sedemikian rupa. ‘Zharif ni pun satu, dah nak puncak majlis baru nak hilangkan diri. Eish !’.
Tiba-tiba kerusi di sebelahnya ditarik.
“Hai. Sorry, tadi ada hal kejap.” Zharif dah sampai. Hanis buat muka dek. Kata-kata MC di pentas tak dilayan langsung. Tak sempat nak masuk telinga kanan, terus keluar ditepis.
“Tak habis-habis hal dia !”
“Haik ! Belum-belum dah jadi queen control ?” Zharif ketawa terdekih-dekih. Dia menyambung kata lagi, “Tak baik tau jadi queen control. Syurga isteri kan..”
Hanis dah panas muka. “Merepek !”. tanpa disedari, tiba-tiba saja gegendang telinga Zharif dan Hanis kembali berfungi. Apa yang pasti, MC di pentas baru saja melaungkan nama mereka berdua. Hanis telan air liur. ‘Asal nama aku naik ni? Diorang dengar ke Rif cakap apa ? Eeeee, aku backhand juga bangla sebelah aku ni !’. Zharif pula dah terperanjat tahap kod merah. ‘Takkan buat bising sikit pun nak kena naik pentas. Macam perhimpunan sekolah pulak dah’.
Mikhail di sebelah Zharif dah pening.’ Lah, budak berdua ni dah kena electric shock kat TNB ke ? Keras kaku terus.’ Lalu, gaya lelaki paling budiman tahap kod merah, Mikhail memaniskan muka. Betul-betul menghadap Rif. “ Pak cik dan mak cik dipersilakan naik ke pentas.” Lembut je suaranya. Sengaja nak bergurau.
“Buat apa?”. Zharif dah berbisik perlahan. Meja bulat mereka dah menjadi tumpuan ramai. Hanis turut ikut serta dalam perbualan mereka. Syuhanna hanya tersengih tak mengerti apa-apa.
“Lah, kau bual apa sampai leka tak dengar kat depan?”
“Mikhail jawab soalan Rif tu dulu boleh ? Takyah nak tanya bukan-bukan. Hanis bagi flying kick baru tau !” Hanis dah bagi warning. Mukanya menyeramkan macam Annabell. Seperti menyembunyikan sesuatu. Mikhail hampir nak tersedak. ‘Amboi, budak blue belt ni dah nak warning. Amendalah agaknya yang diorang bual tadi.’ Sempat lagi Mikhail monolog sendiri.
“Korang jadi Pasangan Paling Sweet ! Hehehe aku lupa pulak nama award dia apa tadi. Tapi seerti dengannya lah tu !” giginya ditayangkan sebaris. Putih berkilat macam kereta Hanis.
“WHAT !”
Kedua-dua mereka melangkah ke pentas. Muka dimaniskan dalam kadar paling terpaksa. Masih lagi mencerna maklumat. Para hadirin pula masing-masing bersorak –sorai. Elak nak dibaling dengan selipar je mereka semua. Tak sedar agaknya betapa bengangnya kedua-dua manusia yang menjadi mangsa kat atas pentas tu.
“ Farhanis Ayuni binti Hamid dan Muhammad Zharif Adli bin Syamsul Haziq ! You’re the most sweet after all” laju je MC tu berkata-kata. Hanis dah pandang Zharif. Zharif dah pandang Hanis. Kedua-duanya berbisik perlahan, “ Eee. Amenda yang sweetnya?”  Mata pula membelek diri masing-masing. Hurm biasa je. Cuma colour tu TER matching. Ntah macam mana, warna peach putih dah jadi sedondon pula. Moleklah tu ! Klik..Klik..Klik.. flash kamera sana sini. Arghh ! Hanis rimas !

(v) (Azrin & Izaa met )

Hakikat sebenarnya, bukan Hanis dan Zharif saja yang hampir separuh mati di situ. Seorang insan yang lengkap berpakaian putih mutiara dah terbeliak mata tak berkelip. Gelas di depan mata hampir saja terbalik. Sebaik saja nama Hanis dan Zharif diumumkan di pentas, Izaaa dah tersembur air oren. Nasib baik mejanya bukan jenis bulat. Tapi, berbentuk segi empat. Jika tidak, habis basah lencun pensyarah di depannya. Haih Alhamdulillah !
Izaa merenung pensyarah yang sedang berdiri di atas pentas sana. Tinggi, muka macam dah berubah sikit. Kalau tak dengar namanya, mesti Izaa tak cam. Izaa memerhati lagi. tangannya terus membawa keluar telefon bimbit dalam tas tangannya. Dengan kadar segera, sebuah gambar kenangan semasa Tingkatan3 dulu dipaparkan di skrin. Jelas, budak perempuan yang berdiri di sebelahnya dulu sudah jauh bezanya. Kalau berlaga bahu, ntah kenal, ntah tidak. dah berubah 360 darjah !
“Hurm.. Farhanis Ayuni binti Hamid ? Jadi pensyarah jugak akhirnya….”. Bibirnya mengukir senyum. Kalau ikutkan hati yang dah meronta ingin keluar dari tubuh, mahu saja Izaa berlari-lari ke  arah Hanis sekarang. Terjah pentas macam Nas Ahmad. Baru bikin panas !
“Hye Izaaa bukan main jauh menung. Sampai mana dah u ?, seorang pensyarah yang berasal dari UiA Kuala Lumpur baru saja menegur Izaa. Meskipun duduk semeja, ini kali pertama mereka bersuara. Malu barangkali. Nak-nak bila bertemu muka dengan rakan seperjuangan yang bersama-sama menggenggam misi yang sama. Izaa angkat muka. “Herm, sampai Turki dah. Tapi u kacau, terus tak sempat masuk Sydney.” Giginya yang putih tak rongak ditunjukkan kepada si penyoal.
“Amboi, loyar buruk ea. Herm, nama saya Azrin. Dapat tau nama awak pun sebab dengar ada orang panggil tadi. Hehehe sorry.”
“Lah, takyah sorry-sorry. Bukan salah pun. Azrin lecture mana ?” Izaa da berpaling menghadap Azrin. Sesekali saja matanya dilencongkan melihat Hanis yang sedang bertegang urat dengan rakan semejanya. ‘Gaduh-gaduh sayang agaknya’-fikir Izaa.
“I ajar kat UiA KL ..  Bidang Mathematics. Izaa pula?”
“Owh.. Izaa kat UTHM Sarawak. Cawangan yang baru buka. Bila tengok Azrin, teringat pulak dengan kawan satu kelas dulu. Nama dia Azrin jugak. Memang kaki Maths. Pernah dulu, waktu exam Maths semua cakap susah. Tapi dia dengan muka selamber cekodok je cakap senang. Nama dia pun Azrin jugak”
“Owh.. kebetulan. Izaa memang orang Sarawak ke ? Jauhnya.. Azrin tak pernah sampai sana lagi”, gelas di depan dicapai. Kering kontang terus anak tekak bila dah masuk chapter cakap-cakap ni.
“Takk, orang JB, Kota Tinggi je. Tapi dapat kat sana. Redha je lah.”
“Really ? Azrin pun orang Kota Tinggi jugak. Taman Kota Jaya.” Azrin dah membuntang biji mata. Semakin interesting pula cerita ni.
“What ? Azrin orang Taman Kota Jaya ? Sama macam Azrin kelas Izaa dulu. Nama penuh Azrin ni apa?” Izaa dah tak tahan lagi. too much kebetulan pun tak sihat jugak !
“Nurul Azrina Haziqah”
“Wow look. Dear Azrin yang dihormati dan disegani, kau memang mintak rotan !”, tangannya laju mencubit Azrin. Azrin dah panic sendiri. ‘Eh, kenapa pulak budak ni?’-getus Azrin.
“Hey Azrin, dah lupa u olls ke ? Menyampah betullah I alls macam ni !”, bibirnya dah menjuih ke depan. Setaraf bibir seksi Omas !
“ Ya Allah. Izzah Syahrina ! Gimana aku bisa lupa sama kamu ?!”. Azrin dan Izaa saling berpandangan. Dalam hati masing masing, 3…..2…..1… go ! Berderai ketawa masing-masing. Pensyarah lain yang turut duduk semeja hanya diam menikus. Pelik pun ada sebenarnya bila tengok gelagat dua manusia tu hah.
“Eh Azrin tak kenal pensyarah yang naik pentas tadi tu ke?”
“Yang sweet tadi tu ? Memang sweet kan diorang. Ahhh jeles I ! Eh, lupa pulak soalan Izaa tadi, kenapa dengan dia ?”
“Lah, tu kan Hanis. Classmate masa kelas Alusi dulu. Bestfriend dengan mak cik kepoh dua orang, Nurin dengan Izzati.”, panjang lebar Izaa bercerita. ‘boleh tahan jugak ingatan Azrin ni, mentang-mentanglah lepas Form 3 terus pindah sekolah !’-keluh hati kecik Izaaa.
“Mak aih ! Yang sweet tadi tu ? Eis, kita lupa pulak. Jumpa diorang jom ?”
“Jom !”

(vi) (Zharief & Hanis & Azrin & Jasmin & Izaa )

Hanis dah bosan. Setiap manusia yang mengunjungi meja mereka hanyalah menambahkan sesak di dada. Soalan yang paling menyampah nak didengar, ‘Korang ni couple ke ? Fiance ke ? Married ke ? Eeee… sweetlah korang..’ Paling buat Hanis nak terbelahak bila ada seorang penuntut UPM sendiri yang gatal mulut suruh mereka berdua berkahwin cepat. Alasannya ? Terlampau sweet. ‘Fuh, gila ni. apa kes nak kahwin semata-mata sebab sweet ?’.
Zharif sendiri berasa bosan. Hanis di sebelah dipandang sekilas. Sama. Dia pun rimas. “Hanis okay ?” Zharif bersuara tanpa memandang Hanis. Serba salah pula dia. Bukan dia tak tau, Hanis memang allergic kalau orang cakap pasal benda macam ni. “Herm, macam nak balik. “ Hanis menjawab tanpa mengangkat muka. Risau ada yang masih memerhati.
“Sorry, kalau Rif tak ajak Hanis masuk entrance dengan Rif mesti tak macam ni.”. mukanya diangkat memandang Mikhail. Mikhail tersenyum mengerti. Tak nak campur tangan. Tengok mata pun Rif dah tahu.
“Sorry ? Tak payahla. Bukan salah siapa-siapa pun”, sebaik saja Hanis mengangkat muka memandang Zharif, meja mereka didatangi seseorang. Hanis dah menjerit dalam hati. ‘Eeeeeeeeeeeeeee….. aku rendam dengan Fabuloso jugak budak-budak ni. gila apa buat award macam ni?’
“Congrates Zharif and Hanis”, tangannya dihulur sebagai tanda tahniah. Hanya Zharif yang menyambut. Hanis masih kaku. ‘Ingat kitorang kahwin ke sampai nak ber-congrates segala?’
“Korang pergilah menari kat sana dulu. Dah masuk lagu dah tu”, dalam waktu yang sama, Zharif hampir saja terbatuk-batuk. Mujur pakaiannya hari ini tidak dibutang sampai ke tekak, kalau tidak, wassalam agaknya Zharif di situ.
“Eh, takpelah, belum dihalalkan lagi nak buat macam tu”. Hanis menghela nafas panjang. Nasib baik Rif bijak menjawab. Dengar macam halus, tapi tajam jawapannya tu. Terus beredar pensyarah tadi.
“Gila apa nak suruh dancing ? Lagu dah la mendayu macam jenazah lalu”, Zharif dah geram.  Hanis ketawa sekejap. ‘Kelakar pulak tengok dia marah . Lol !’
“Assalamualaikum !”, meja Zharif dan Hanis didatangi lagi. Mikhail dan Syuhanna leka berbual. Tak diendah langsung pendatang tadi tu. “Wa’alaikumussalam.” Hanis menjawab. Dua orang gadis seusianya dah berdiri di depan mata. Zharif hanya melemparkan senyuman.
“U alls, sweet sampai tak ingat kat I alls ?” ,laju je si pendatang menegur. Gaya menegur pula macam dah beribu tahun kenal. Siap ber-all segala.
“Erk, I alls tak lupa u olls lah ? Hehe lawaklah korang……….Kenapa ni ?”, Hanis menjawab selambar, meskipun dalam hati dah pelik semacam dengan si pendatang.
“Hanis, ni Izaaa dengan Azrinlah. Budak Epic Alusians !”, Azrin dengan Izaa dah buat muka Obama. Muka yang sukar ditafsirkan.
Hanis memutar ingatan. Otaknya kembang kempis mencerna maklumat. Ala-ala otak Jimmy Neutron. Bezanya ? Kepala Hanis tidak sebesar kepala watak kartun tersebut. “Gosh ! Is that really you ? Wahhh long time no see woooooo”, Hanis menjerit kecil.
Mikhail dan yang lain turut tersentak. Zahrif hanya angkat bahu bagi menjawab persoalan yang bermain di minda Syuhanna dan Mikhail.
Azrin, Izaa dan Hanis saling berpelukan. Manik-manik air mata turut sama mengiringi. Hampir bertahun-tahun tak jumpa. Siapa tak sedih !
Setelah keadaan reda, Hanis memperkenalkan Zharif dengan rakan-rakannya lamanya. Mikhail dan Syuhanna dah tiada di situ. ‘Ambil makanan kot.’
“Kawan Hanis masa sekolah dulu ?”, Zharif bertanya mesra. Seronok melihat gelagat Azrin dan Izaa yang sejak tadi bertanya itu dan ini.
“Yup. Masa sekolah menengah dulu”, Hanis tersenyum bahagia. Zharif bersuara lagi , “Oooo. Macam Jasmin haritulah?”
Izaa dah terdiam. Tanpa diduga, badannya laju saja menghadap Zharif. “ Jasmin mana ?”
“Jasmin anak cik Hasyim “, laju je Zharif menjawab. Macamlah Jasmin tu kawan si Zharif.
“Amboi Rif,, macam dah kawan dia pulak ye ! Bukan main lagi nampaknya.”, Hanis dah tersengih menyakat. Tak sangka pula Zharif masih ingat pertemuannya dengan Jasmin masa di Taman Sawi dulu.
“Hanis jumpa Jasmin ? Kat mana ? Dia macam mana ?” Azrin dan Izaa serentak menyoal.
“Herm,,,,, jumpa kat tabika anak sedara haritu. Zharif tau pun sebab dia teman. Jasmine bravo tau sekarang. Tinggi macam Nasha Aziz. Kulit dah putih melepak macam Anzalna. Mata dia pun makin lawa. Dressing masih ayu ala-ala gadis melayu terakhir. Cara pakai tudung macam blogger terkenal tu hah, Ima Sahaja. Sekarang dia jadi cikgu tabika. Macam yang dia nak. Siap ada tabika sendiri. Relationship status..masih single katanya.” Hanis melepaskan nafasnya. Laju semacam dia menerangkan.
Izaa dan Azrin sambung berbual-bual dengan Hanis. Punya banyak soalan diorang bagi. Soalan paling panas, “Zharif tu pakwe kau ea ?”, Azrin buat muka selamber cekodok je.
“Eh, bukanlah. Kitorang dah 5 tahun kawan rapat. Kawan rapat 3 orang. Lagi sorang kat tempat makan tu hah, Mikhail. Kenal masa kat UPSI. Izaa dengan Azrin apa status sekarang?”. Hanis menukar topic.
“Herm, among us…you paling lambat maju. Haha, Izaa dah kahwin. Makan nasi minyak tak berajak langsung kan ? Azrin masih tunangan.”
“Wahhh. Izaa dak kahwin ? Dengan siapa ?”
“Dengan Izat Syamim. Kenal tak ?”
“Gila tak kenal ? Wauu, cinta zaman sekolah lol !”
“Jodoh. Ceh, ayat masing-masing nak poyo !”, Izaa dah ketawa berdekah-dekah. Diikuti oleh Hanis dan Azrin.

Labels: , , , , , ,