D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 40 (Mikhail finding the soul )- The trios
Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 40 (Mikhail finding the soul )

Keadaan di luar semakin gelap. Awan komulonimbus mula berarak mendekati satu sama lain bagi membentuk kepulan awan yang lebih besar. Katak dan kodok masing-masing melontarkan vocal setinggi yang boleh. Ditambah pula dengan suara iringan Mikhail yang sedang bergoyang kaki sehingga ke lutut sambil menyanyikan lagu Nomad dengan caranya yang tersendiri. Sememangnya, Taman Tiara akan dihujani manik-manik air asid sebentar lagi. sememangnya jika dulu, Mikhail takkan pernah melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan hujan dengan berlari-lari di padang bagi merasakan sendiri nikmat manik-manik hujan yang jatuh di badan. Tapi kini, tidak lagi. Cukuplah dengan udara yang sudah tercemar, Mikhail tak betah bermandikan asid. Oh sesungguhnya tiada siapa yang berminat !
“Macam nak hujan je.”, tangannya mencapai payung Donald Duck yang dimenanginya ketika cabutan bertuah di UPSI empat tahun lepas. ‘Orang tua-tua kata, sediakan payung sebelum hujan. Haaa nah ! Aku sediakan Donald  Duck sebelum hujan.’ Meskipun hari ini merupakan hari terpenting dalam sejarah hidupnya, Mikhail tetap cool muka selamber. Tiada langsung riak excited mahupun terlebih riang. Bahkan, sedih pula menghambat diri. Maklumlah, semenjak sudah tidak duduk sebumbung dengan Zharif, mereka tidak dapat lagi meraikan ulang tahun kelahirannya sejak awal pagi lagi. berbeza, berbeza dan berbeza. Kalau mat salleh kata, Different. Kalau orang Melayu kata, tak sama. Kalau Mikhail kata, Tak Awesome !
Nissan Star Nine berwarna biru terang sudah pun dinyalakan lampunya menandakan si pemandu sudah bersiap sedia untuk meluncur di jalan raya. Entah ke mana agaknya Mikhail hendak melangkah. Semenjak menunaikan solat Zuhur sebentar tadi, kesunyian tahap kod merah telah menghambat dirinya. Dia hanya ingin menghirup udara luar. Yaaa , ingin strolling katanya !
Sebaik saja meluncur di jalan raya selama 45 minit, Mikhail sudah berada di persimpangan jalan raya. Kiri, Harris. Kanan, AEON. Akhirnya, setelah berfikir pendek, Mikhail menghalakan keretanya ke AEON. Sengaja ingin mencuci mata melihat koleksi terbaru DKNY yang terdapat di AEON.
Sambil matanya melilau memerhati keadaan, Mikhail terpandang akan sebuah softboard yang baru saja diletakkan di suatu sudut berhampirannya. Warna-warna yang diaplikasikan di atas board tersebut telah menarik Mikhail untuk mendekati lalu membaca bait-bait ayat yang terpampang di atas sehelai kertas yang telah dilekatkan. Earphone putihnya dibawa keluar. Dengan segera, gegendang telinganya telah menerima isyarat getaran yang baru saja melalui cuping telinganya. Kertas tersebut ditenung lagi. ‘Mak aih, nak buat contest cari menantu ? Heheeeee….’. Mikhail tersengih sendiri. Tanpa disangka, telefon bimbitnya bergetar minta perhatian.
Assalamualaikum Nepal ! Jumpa kat The Vans ! 5.00 p.m
‘Zharif ni, kacau sentimental betul ! Haish…’ Selepas menaip kiriman balas kepada Zharif, Mikhail terus melangkah ke The Vans memandangkan jam di tangan sudah menunjukkan jam 4.30 petang. Betul-betul emergency message. Nasib baik Mikhail dah mandi, dah bersiap, kot-kot kalau mood kerbau dia datang, memang berzamanlah Zharif kena tunggu dia !
********
“Assalamualaikum… Hye Nepal !”, Farhanis dah selamat sampai. Batang hidung Zharif masih tak nampak lagi. maklumlah, tukang bawa kek…. Delayed time lah ! Mikhail hanya tersengih sumbing, bukan dia tak tahu betapa udang di sebalik batunya Hanis dan Zharif. ‘ Konon-konon nak buat surprise. Kalau setakat nak bagi kek I.S memang tak terkejutlah aku ! ‘
“ Bangla mana ? Tak saing ke ?”
“Uishh bahasa.. Kalaulah dia dengar, kena double turning kick kau ! Jap,, saing ? Amboi… berapa kali je aku pernah pergi mana-mana saing dengan dia ?”
“Lah, sorry. Lupa ! Kalau tak silap, sekali, itu pun masa annual dinner tu lah kan ? But, lain-lain kereta, Mikhail menyusun rapat kesemua
 jari tangannya tanda memohon maaf.
“Herm, tiga kali. Pergi Taman Sawi, Annual Dinner.  Yang lagi satu, pagi tadi. Ada shocking work.”, Hanis buat dosa kering. Ceh, shocking work ? Planned work adalah. Tapi kes satu kereta tu memang shocking worklah. Mana tidaknya, kereta Toyata CS Won Hanis dah dikepung dengan dua buah kereta Volkswagen tak bertauliah. Memang betul-betul tak lulus lessen P !
Sedang kedua-dua mereka asyik berceloteh, Zharif dah pun menampakkan bayangnya. “Happy Birthday !”
Dengan itu, secara tidak langsung setiap adegan yang sering dilakukan dalam birthday party berlangsung di The Vans. Acara nyanyi-nyanyi. Potong-potong kek. Tiup-tiup. Dan macam-macam lagi. Mikhail yang sememangnya hati tisu Scott itu telah menitiskan air mata dalam masa 5 saat. Kenapa ? Terharu sebab dah lama tak sambut birthday dengan Zharif mungkin ?
“Lah, dah makan-makan cepat. Harini aku belanja Mikhail. Hanis…..please…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..BAYAR SENDIRI OKAY…. Kau bukan birthday lady!”, selamber cekodok basi je Zharif melaungkan pengumuman. Hanis buat muka dek. “Tak suruh kau belanja punlah !”
Mihail dah ketawa beriya. Tiba-tiba.. Kelting ! Mentol bercahaya kuning muncul seketika. Tangannya menyeluk poket seluar. Sehelai kertas hitam diberikan kepada Hanis yang duduk tidak jauh dari mereka. Tidak jauh ? Eh. Boleh tahan jauh juga. Adalah dalam jarak dua meja Jepun.
“Son in law contest ? Mana dapat ni ?”, Hanis dah membelek-belek kertas tersebut. Warnanya sungguh menarik. Nampak elegan, nampak vogue !

“Kat board tepi Subway tu hah. So, apa pendapat kau ?”
“Erm. Cantik. Aku suka !”, Hanis menjawab tanpa bersoal panjang. Ntah apa pendapat yang diminta pun Hanis tak sure.
“Akak, aku tak tanya cantik ke tidak. aku tanya OK ke tidak ?”
“Ok jelah. Kan cantik ni.” Hanis masih bengap-bengap sardine.
“ Aku nak masuk contest tu. boleh ? Eeee asal blur sangat harini kau Hanis?”
“OMG ! What ? Oi, kau desperate sangat ke ? Dah takde kerja ?”, Hanis dah separuh menjerit. Terkejut bukan kepalang.
“Farhanis Ayuni, behave ! Taufan apa singgah ni ? ”, Zharif yang baru saja mengambil minumannya telah bersuara. Pelik tengok perangai kedua-duanya yang ribut semacam Taufan Zuraidah.
“Behave you said ? Gosh, Mikhail nak masuk program Cari Menantu ni. Kot-kot kalau perempuan tu rongak ke, tak sepadan umur kau ke, dah berderet anak ke, macam mana ? Kau ni….”
“A.P.A ? Kau biar betul Mikhail. Bila contest ?”
“Malam ni. Alahai, aku rasa ini lah jodoh aku. Tengok warna kertas tu, semuanya favourite colour aku. Tengok calendar harini. birthday aku. Tengok characteristic yang dia nak. Semua ..Oppps Insya-Allah aku boleh pass tau. Tak ke itu petunjuk ? Lagipun aku betul-betul interested ni ! Please, jangan buat muka macam Obama baru lalu kat sebelah kau, okay ! “
Hanis hampir mati kejung. Sememangnya setiap alasan yang diberikan oleh Mikhail bukanlah suatu jaminan yang memuaskan. “Up to you. Any risk, sendiri tanggung ea.” Hanis dah memberi kata putusnya. Melihatkan Hanis sudah membuat kata putusnya sendiri, Zharif tutur bersuara bagi memberi pendapatnya. “Nak cakap apa lagi. Good luck jelah kan.”

Mikhail dah tersengih-sengih. Entah kegilaan apa yang melanda dirinya, dia sendiri tak pasti. Yang pasti, Mikhail memang nak pergi. Pergi mana ? Contest tu lah !

Labels: , ,