D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Put your pforile here ;



© Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Chapter 49 : REUNION PMR BADGE98 SMK TH at HOTEL MAYA
Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 49 : REUNION PMR BADGE98 SMK TH at HOTEL MAYA

Ruangan entrance ballroom Hotel Maya telah diubah seratus peratus. Tema alam persekolahan mula menggamit suasanana. Tidak cukup dengan itu, para penyambut tetamu yang seringkali memakai uniform berwarna lilac itu telah berubah 180 darjah. Setiap pekerja yang bertugas telah diarahkan agar memakai seragam sekolah yang sememangnya amat bertepatan dengan tema yang sedang dialami.
Baju merun, kain hitam, tudung pink, baju putih, kain biru, baju melayu putih, sampin berwarna merah hati, kasut hitam, kasut putih, vest hitam, semuanya menjadi penyambut suasana mata-mata yang memandang. Amat glamours gitu ! maklumlah, tauke hotel ada kuasa veto !
“Omg ! aku dulu pengawas. Baju tu yang aku pakai.”
“Eh, arhh tu baju librarian. So miss so much !”
Itulah nada suara yang mengiringi setiap langkah kaki tetamu di dewan besar itu. Jauh di sudut pintu, Himi dan Aeril tersengih sendiri. Bangga mula menular di dalam diri. “Tahniah bro !”, Himi meletakkan tangan kanannya di atas bahu Aeril. Aeril pula hanya membalas dengan senyuman yang lebar selebarnya. Speechless tahap kod merah lah tu. eish, menyampah !
Dalam masa yang sama,,,,,,
Izara terus melangkah masuk dengan hanya ditemani langkah kaki seseorang. Takde boipren. Takde suami. Tapi, ade tunang. Wau ?!
Okay, lepas puas menjelajah, takde seorang pun yang dikenalinya, hampir saja dia menelefon pemandu peribadinya agar segera menampakkan diri. Nak balik konon-kononnya. “You dah kenape ?”, Amir yang sejak tadi setia membuntuti Izara mula terkesan dengan tindak tanduk pelik Izara. “Nothing. Tak jumpa kawan.” Mendengarkan jawapan serba ringkas itu, Amir terus melangkah bagi mendapatkan segelas Ice Mounties bagi membasahkan anak tekak.
‘Haish, Amir ni minum je kerja !’. Izara mendengus geram, kalau diikutkan rentak hati, hampir saja Amir dipijak dan dilenyek bagi membentuk sekeping roti peratha yang lazat untuk dimakan. Nasib baik kewarasan akal Izara mampu tekan brek menahan nafsu. Fuh, fuh.
“Assalamualaikum.”, suara halus yang tak berapa nak halus mula menerpa eardrum Izara. Sebaik saja kepala ditolehkan 180 darjah, seorang gadis berbaju kurung moden berwarna biru muda mula menggamitnya. Melihatkan gaya pemakain gadis tersebut, Izara tergamam sekejap. Tak lama, 2-3 saat je. Baju biru yang berhiasankan butiran manik yang kemas tersusun membuatkan Izara terliur sendiri. ‘Insta mana dia dapat baju tu?’. Izara hanya mampu berteka-teki sendiri. “Hai Izara a.k.a Miss Arrogant. Hah, ni aku kenalkan Jasmin. Budak Alusians dulu. Ingat tak?”. Sambil itu, tangan si gadis tadi telah pun mengheret seorang lagi gadis yang sedang memegang kejap gelas kaca berisi jus oren berdekatannya.
“Owh, kenal. Jap, kau datang dengan siapa ni Hanis?”. Izara menyambut huluran tangan Jasmin dengan mesra sekali. Amboi, pandai pulak manners ye Izara ? o_o
“Dangan Zharif haritulah. Tapi dia dengan Mikhail dekat belakang sana. Kawan yang lain pun dekat sana. Jomlah.” Tangan Izara dan Jasmin diheret sekali lagi bagi mendekati sekumpulan lelaki yang sedang berkumpul mengelilingi meja yang telah disediakan. Nampak kepoh, nampak kecoh. Entah apa agaknya yang dibualkan oleh kumpulan maskulin tersebut.
“Oi, Hanis ! Awek mane kau bawak tu?”, Mikhail yang menyedari kehadiran Hanis di situ telah mengangkat muka sebagai tanda ‘hai’.
“Izara ! Tauke besar I.S Bakeri dengan I.S Revolution Fashion. A.k.a Miss Arrogant. Dulu ex-habab jugak. Korang kenal tak ?”.
Ternyata, ramai yang mengganguk tanda mengenali Izara. Tak kurang juga yang melopongkan mulut dengan penuh makna sekali. Melihatkan bentuk lopongan yang dibuat, Hanis yakin, 9 daripada 10 mereka sedang berkata ‘wau, macam tak percaya’.
Tanpa diduga, ketenangan yang sedang dirasai oleh mereka di situ hanya sementara. Seorang gadis yang seusia mereka telah datang mendekati. Pakaiannya simple sekali. Ala-ala, lantaklah-aku-nak-pakai-apa-yang-penting-selesa. Walaupunbegitu, baju kurung yang dipakai oleh gadis tersebut amat menyejukkan mata-mata yang memandang. Entah macam mana, air-cond di dewan itu terasa berubah menjadi -16 darjah celcius. SEJUK !
“Assalamualaikum, maaf ganggu. saya tak tahu dah nak tegur siapa sekarang ni. so, may I join you all?”, cermin mata yang terletak di atas batang hidung dibetulkan agar tidak senget.
Seperti biasa, kedatangan si gadis tersebut disambut meriah tanpa sebarang ayat kau-siapa-nak-join-kitorang.  Izara pula mengambil tempat Hanis memandangkan Hanis sedang sibuk mengatakan sesuatu kepada Zharif dan Aeril di meja tersebut.
“So, awak form 3 ape dulu ? Sorry, dah tak ingat muka. Mase Hanis tegur saya haritu , saya pun tak ingat dia.” Senyuman semanis Cap Teko dilemparkan.
“Saya Qiera. 3 Khaldun. Biasalah, muka manusia ni berubah mengikut usia. Apa orang putih kata, people changes, but memories don’t. herm, by the way, Hanis mana yang awak maksudkan tadi?”
Izara menarik kerusi untuk kedua-dua mereka. Jasmin yang berdiri berdekatan mula menyertai perbualan tersebut. “Owh, KAA ke. Saya Jasmin Alusi. Yang ni pulak Izara Farabi. Hanis yang Izara maksudkan tadi Hanis Ayunilah. Korang best friend dulu kan, Qiera ?”.
Qiera dah buat muka hah-kau-cakap-apa. Serentak dengan itu, laju saja mulutnya memberi jawapan balas terhadap Jasmin “So, mana Hanis ? Tak datang ke?”
Jasmin buat muka pelik. “Lah, yang berdiri pakai baju biru tadi Hanislah. Jap ea, Hannnnnnnnnnnn….Eh, mane Hanis ?”. Kepala ditolehkan ke  arah Zharif yang kelihatan leka berbual dengan Hanis sebentar tadi. Tatkala melihatkan reaksi angkat bahu si Zharif dan Aeril, Izara tersengih sendiri. “Hanis takde. Kejap lagi korang jumpalah tu. hahaha.”
“Hah, apa ni main ngumpat-ngumpat ni ? Dosa tau !”, Hanis muncul secara tiba-tiba. Dan secara mengejut juga, Qiera menerpa dengan tangisan yang konon-konon macam baru nampak jenazah. Hiba sehibanya.  “Hanis.. long time no see”. Hanis kaget. Selepas diberitahu tentang status empunya diri yang sedang memeluknya, Hanis terikut sendu-sendu. Jasmin dan Izara yang setia di sisi hanya ketawa melihat babak Senario yang masih belum ditayangkan di layar perak tersebut.
“Sorry, Wiwid tak dapat datang. Dia ada tournament.”, Qiera duduk sebelah Jasmin, Izara dan Hanis. “Nampaknya sesi mak jemah bakal start sekejap lagi !”, Izara tersengih sumbing. Rakan lelaki yang duduk berhampiran mereka turut tergelak mendengarkan ayat tak-boleh-blah tersebut.
“Speaking of mak jemah, mana Izzati dengan Nurin hah?”, Azad dah angkat muka tercari-cari. Melihatkan keadaan Azad yang mula meneropong itu, Izara dan Jasmin bersuara lagi. serentak. “Kau takyah beriye. Kot-kot Izzati dah tinggi, kau bukan kenal pon.” Satu, dua tiga, hilai tawa mereka sekumpulan mula bergema. Membuatkan para tetamu yang berkumpul di meja lain mencuri-curi pandang akan kemesraan mereka semeja.
“Amboi,,, beriye kau gelakkan aku ye, Azad !”, seutas tali dari beg tangan Clark mendarat tepat di  atas bahu Aeril. Aeril mengongoi sambil mengadu. “Apa ni ?! Aku Aeril lah, bukan Azad ! Azad sebelah Dian tu hah ! Adoii”. Izzati dah tersengih menahan malu. “Opps sorry, tak sengajalah, Aeril. Muka kau macam Azad dulu-dulu. “ Izzati menarik muka  sorry. Zariief yang menjadi peneman Izzati dah buat thumbs up membawa maksud ‘haa padan muka !’. Hampeh kau Zariieef.
Dalam masa yang sama, rakan-rakan yang mengelilingi meja tersebut hanya terdiam tanpa suara. Masing-masing tertanya-tanya akan status si pendatang tak bernama tersebut. Siapakah dia ? Kelas manakah dulu ? Yang lelaki tu siapa pulak ? Bermacam-macam tanda soal menghujani anak mata Hanis, Azad, Jasmin, Izara, Azrin, Himi dan Aeril sendiri.
“Okay, sorry. Aku dengar nama aku, sebab tu serbu sini. I’m Izzati. 3 Alusi dulu .. Okay, Izzati salah kelas ke ni ? Kenapa pandang pelik semacam ?”
Tiada respon. Izzati pandang Zariieef. Zariiee pula hanya tersengih sumbing. Statement tadi disambungkan. “Okay, yang sebelah aku ni, fiancé. Nama dia Zariieef Fikri. So, you guys ?”. Kening Ziana Zain diangkat.
Semua sekali bersorak sorai. Hanis dan rakan-rakan lain masing-masing terkejut melihatkan perubahan drastic Izzati. Tinggi woi, macam tak caye je, macam tak caye je.
“Ha, kan aku dah cakap, jangan judge aku dulu. Sekarang, aku dah setinggi Himi tau !”, terselit bunga-bunga bangga di situ.
“Eleh, baru tinggi sikit dah berlagak !”
“Eh, kau pakai bomoh ea jadik tinggi ?”
“Ceh, Izara.. yang kau tu tibe-tibe stylish sangat ni, kesampuk hantu mana ?”
“Amboi, Aeril…hotel kau ade cili tak?”
“Dah lah tu, bergaduh je kerja !”
“Eh kejap, yang dengan Qiera tadi tu siapa hah?”
“Assalamualaikum Izzati. Awalnya sampai !”, Nurin dah bercekak pinggang di sisi Adam.  Macam tadi, yang tak tau apa-apa tu buatlah muka okay-ni-siapa-pulak.
“Nurin ! Lambatnya sampai !”. Okay, Izzati, ni main vice versa ke  apa ni huh ? Yang lain bersorak lagi sekali. Sejak menyambut kedatang Mikhail dan Jasmin, Zharif dan Hanis, Azrin dan somebody, Qiera dan Fareez, Dian dan Azad, Izzati dan Zariief kini meja mereka dimeriahkan lagi dengan kedatangan Nurin dan Adam. Lebih mengharukan lagi, Arip yang kini dikenali sebagai pemain bola sepak Negara juga berjaya memunculkan diri bagi memeriahkan suasana.
“Aeril, to be honest, who’s perfect idea huh ?”
“Mak cik ! Ayat macam tak sekolah. Himi lah mastermind. Kan dia hantar e-mel kat Chikeeboom”
Masing-masing senyap sekejap.
“Serious ? Apa kene mengena Himi dengan Chikiboom?”
“You alls, kan identity Chikiboom’s mastermind si Minchu. Dah tak ingat jersi Himi dulu ke huh ?”
“Owhhhhh. Ha’ah lah.”
“Dah takyah kecoh ! Semua ni idea Aeril dan sumbang saran si Arip ni huh ! Dah, close chapter !”
“Okay, close chapter ! so, aku nak tanya apa status si Azad dengan Dian ni huh ? Berkepit dari tadi !”, Arip dah meluahkan ketidak puasan hatinya. Konon-konon tak suka melihat kemesraan terlebih mesra Dian dan Azad.
“Hahahahaha, diorang tu dah suami isterilah. Tulah, datang lambat ! Kan dah outdated !”, Aeril memekik tanda padan-muka-kau-tak-tau.
“Okay,,,Aku dah tau si Mikhail dengan Jasmin, Nurin, Azrin, Izzati ngan Qiera ni masing-masing tunang dan bakal tunang. Counting the days, aku dapat kad punyalah. Yang Hanis dengan Zharif ni apa pulak ? Jangan cakap kaorang pun dah kahwin !”
Hanis dah panas muka. Yang lain terus menala pandangan ke  arah mangsa soalan Arip. Sememangnya sejak dari mula lagi mereka tidak bertanya status diri masing-masing, Cuma Arip je yang terlebih laser tanya setiap sorang. Hanis pandang Zharif yang sedang buat muka selamber di sebelah Aeril.
“Erm, kitorang kawan je”, Zharif bersuara bersahaja sebaik saja terpandang akan wajah kelat si Hanis.
“Kawan je ? Tapi takkanlah….”, Qiera pula dah buka aura Detective Conan.
“Ye, kawan since kat UPSI. Dengan Mikhail sekali. Lepas tu, satu UPM pulak. Sebab tu kitorang kind of best friend lah.”, Hanis acah-acah yakin. Muka pula dibuat setaraf tak-nak-caya-tanya-Mikhail.
Mikhail hanya angkat bahu sambil tersengih serba salah. Dalam hati, ‘nak bagitau ke tanak. Bagitahu, tak bagitau, bagitau, tak bagitau. Okay, tak bagitau !’
Hanis berdiri sekejap. “Could you guys just stop talking about me. Super tak best. Lagi-lagi bab macam ni. hurting you know. So, let us find out more about Fareez,Adam and Zariief and certainly not my Zharif.”
“Not ‘my Zharif?’  My huruf besar !”, Aeril buat muka hah-baik-kau-cakap.
“Okay, typical problem. Dah,,,,,, penat aku cakap dengan korang. Si Zharif ni pun satu, acah-acah pekak pulak.” Hanis mendengus geram sambil pandangan mata dihalakan tepat ke  arah Zharif. “Sorry lady.” ‘Hah, tu jelah Zharif tau !’.
“Dah-dah la, kesian Hanis. So Qiera, kau macam mana boleh dengan Fareez pulak ni ?”
“Herm, aku pulak ah victim ni? Aku..Aku… Alah, mase study medic dekat Edinburgh dulu, kitorang tunang. “
“Fareez kata tadi dia pandai main gitar tau.”
“Oh yeke? Zariieef pun sama. Wah ala-ala hipster lah diorang ni?”
“Nampaknya, tunang si Izzati dengan Qiera ni sama tapi tak serupalah?”
Dalam hati Qiera, ‘Never judge a book by its cover, man. He mights look alike but I don’t think they’re the same man indeed. Just close the chapter. Just let me be the one who know the real Muhammad Fareez Afham.”
“Qiera dah start tersengih tu apehal ? Berangan ?”
“Eleh Aeril, nak carik pasal je kan !”
Hampir dua tiga jam juga mereka berbual tak ingat dunia. Pelabagai jenis cerita dikongsi bersama. Sebaik saja azan Asar berkumandang, kesemua mereka segera menyerbu ke  arah surau yang telah disediakan tidak jauh dari ballroom tersebut. Aeril menjadi imam. Masing-masing seperti berada di awing-awangan tatkala mengenangkan  pertemuan tersebut. Macam pelik kan ? Dah 10 tahun berlalu, tapi riuhnya, mesranya macam setiap hari jumpa. Well, itu namanya kuasa Allah….
*****
“Eh Hanis, kau buat ape sekarang?”, Qiera yang sejak tadi sibuk bertukar-tukar pengalaman dengan rakan sekelasnya baru berkesempatan untuk bersua kembali dengan Hanis. Sebuah kerusi berwarna merah terang ditarik bagi menyertai Hanis yang sedang menghirup perlahan jus di tangan.
“Lecture kat UPM. In progress nak dapat Prof kau tau tak ! Haha”.
“Owh, Alhamdulillah. Aku baru habis study kat Edin. Medical.”
Hanis menghalakan tangan ke  arah Fareez yang kelihatannya sedang seronok melayan kerenah anak-anak teman mereka. “Kau dengan dia bila ? Tak sabar nak makan nasi minyak !”. Qiera di sebelah dah terjegil biji mata. “Uish gila? Nanti-nantilah. Kau ni merepek betul !”
Hanis ketawa mengekek sebelum menyambung syarahan pendeknya. “Eleh, benda baik tak baik delay tau. Lepas ni, kau terus kerja ke ?”
“Tak. Next month graduated.Tengok ni ha.” Skrin telefon bimbit disentuh sebelum skrin tersebut memaparkan kenangan indah Qiera ketika di London dulu. “Untungnya dapat study Edinburgh. Just like your dream ! “.
“Alah. Jangan nak touching-touching. Tak best. Nanti kenduri aku kau datang ea?” senyuman simpul Qiera makin tersimpul-simpul pada anak mata Hanis. “Maksud kau ? Mestilah ! Aku nak duduk kat meja beradap okay ! Nak makan sedap-sedap.”
“Eish, nak makan sedap, jadi pengantinlah !”
Hanis dan Qiera mengekek bersama. Baru sekejap tadi Hanis melepaskan keseronokannya bersama Nurin, Izara dan Izzati. Kini di sisinya, Qiera. Oh, kelakarnya mereka semua !
******
Tepat jam 6.00 petang, setiap daripada mereka mula mengatur langkah pulang. Tambah mengejutkan apabila Azad memaklumkan penghijarahan mereka yang bakal menetap di Tanah Semenanjung mulai hari tersebut. Tambah mengejutkan lagi, Azad juga bakal menjadi salah seorang pelajar Tun Habab yang menabur jasa dan bakti di sekolah tempatnya menimba ilmu dulu. Oh hebatnya !
Sedang Hanis ralit bertukar-tukar kata perpisahan dengan teman persekolahan, Zharif datang mendekati. “ Okay, I should go now. Nanti tak sempat pulak.”
“Hah ? Aktiviti Rif start pukul berapa ?”
“Esok pagilah. Office hour.” Jam tangan yang melilit pergelangan tangannya dilihat sekejap. Tidak lama kemudian, muka okay-Hanis-selamat-berpisah mula tergambar di wajahnya.  Hanis yang sememangnya dah faham maksud tersirat di sebalik muka tersebut terus mangganguk faham sebelum menghantar kepulangan Zharif dengan pandangan saja. “Haik Hanis ?! Pandangan je ? Take care, bye, see you soon takde ke ?! Ape daaa “ Aeril yang sejak tadi memerhati menyergah dari belakang.
“Bisinglah kau !”. Hanis mengejek geram. ‘Tak boleh aman langsung dengan si Aeril ni !’. Mujur, Qiera yang sememangnya mempunya aura kau-mintak-maaf-dengan-Hanis-sekarang sudah mendekati mereka. Aeril dibiarkan terpinggir ke tepi. Nurin dan Izzzati turut menyertai mereka berdua.
“So, korang nak balik?”
‘Yelah, takkan nak sewa hotel kat sini pulak. Eh Hanis,  kau dah tak jumpa best friend kau lagi tu kan ?”
“Amboi Izzati, ayat macam nak kena lempang je… Herm, tahun depan jumpalah.”
“Alah Hanis,, sekarang dah bulan 9. Cool ah. “ Qiera tersengih sendiri.
“Herm, korang kene jadik best friend aku balik semula sementara diorang takde !”
Serentak. “Okay, set !”

THE END OF REUNION PMR BADGE98 SMK TH at HOTEL MAYA

Labels: , , , , , , , , , , , , , , ,