|
o w n e r ![]() c b o x
P r e v i o u s
c r e d i t
© Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 1 (London Story About Hanis, Mikhail, Zharif and Ariel ) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter
1 (London Story About Hanis, Mikhail, Zharif and Ariel )
Kamera Nikon
DSLR Z4 itu disangkut di leher. Langkah
kakinya semakin laju bagi menyaingi sekumpulan burung merpati yang mula
bertenggek di atas bangku panjang itu. Beberapa kali juga bunyi ketikan
daripada kamera tersebut didengari oleh Zharif. Sesungguhnya, gadis yang sedang
berdiri di hadapannya sungguh tidak
terkata jakunnya. Mungkin ini kali pertama gadis itu menjejakkan kaki di bumi
London yang sering menjadi bualan penduduk di tanah tumpahnya darah kelahiran
mereka. Berbeza dengan Zharif, dia sendiri sering ke London atas urusan
perniagan yang dijalankan oleh ahli keluarganya itu. Bagi dirinya, kota London
yang dibanggakan itu hanyalah diibaratkan sebagai rumah kedua baginya. Sungguh
tiada apa-apa yang dapat menarik minatnya sepertimana yang sedang dihadapi oleh
Farhanis Ayuni yang dikenalinya di UPSI beberapa tahun yang lalu.
“Udah-udah
lah tu , mak cik oii . Dah berapa jam kau kejar burung tu.Aku nak balik hotel
dulu. Kang mengamuk pulak Mikhail kat sana,” Zharif mula melontarkan volume
rendahnya. Hanis yang sudah kepenatan itu segera menoleh dan merebahkan dirinya
di atas bangku yang sedang diduduki oleh Zharif. Bergegar sekejap bangku yang
hanya dibina menggunakan beberapa batang ranting kayu itu. Mujur jangka hayat
bangku itu masih lagi mampu bertahan. Jika tidak, mahu wassalam dibuatnya.
Sambil
terseyum sumbing, Hanis mula memandang tepat ke arah Zharif. Lagaknya tidak
ubah seperti helang yang sedang memasang niat untuk menelan mangsanya . Tidak lama kemudian,
Hanis mula bersuara “ Kau balik lah dulu. Banyak lagi aku nak buat. I’m still
full of passion ! “.
“Humph, aku
tau. Tengok dari sikap jakun kau tu pun aku dah boleh agak”. Zharif mula
mengekek sendirian tatkala mengenangkan sikap keanak-anakan Hanis sebentar
tadi. Mahu sahaja dia merakamkan aksi tersebut untuk di-upload di laman
Instagram miliknya. Hanis pula sudah mula menarik muncung sedepa. ‘ Kurang asam
punya budak ‘- gumam Hanis sendiri.
Belum pun
sempat Hanis membela dirinya, Rif sekali lagi bersuara. Namun, nadanya pada
kali ini kedengaran agak tegas.
“ Kau tau
tak, dulu, aku selalu datang sini dengan Ikhwan. Dulu, aku dengan dia dah macam
spouse. Kat mana aku pergi, mesti dia sibuk nak ikut. Kadang-kadang, rasa rimas
pun ada. Tapi nak buat macam mana. Kalau bukan kawan yang susahkan kita, siapa
lagi yang nak susahkan kita. Am I right, dear prof ?”
“Hurm, prof
to be. Kata tadi nak balik sangat. Pergilah. Nanti mengamuk mamat hati tisu tu
nanti. Bye ! “. Dengan langkah panjang, Hanis segera berjalan menjauhi Rif. Dia
sebenarnya sedang berusaha untuk melancarkan mogok setaraf Syria disebabkan
oleh sikap Rif yang terlepas kata sekejap tadi. ‘Merajuk pulak dah budak ni.
Haih, sabar je lah aku Hanis oi’ , Zharif mula mengatur langkah ke hotelnya.
Risau dia memikirkan keadaan Mikhail, teman baiknya yang ditinggalkan
keseorangan di hotel tersebut. Dah la budak tu tak reti discover London ni.
Mati kataklah kau kat bilik tu , Mikhail oi !
****
Sambil melilit
kembali tudungnya yang sudah hampir hilang letak duduknya, Hanis mula melangkah
ke arah
satu lagi pusat tarikan utama di Kota London. Menurut kata Rif dan Mikhail,
tempat itu merupakan satu-satunya tempat yang perlu dilawati oleh Hanis sebelum
mereka pulang ke tanah air pada hari Rabu depan. Tip Top
! Menarik ! 5 stars katanya ! Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Hanis
melemparkan kamera DSLR Z4 miliknya itu ke
arah Rif dan Mikhail yang sewenang-wenangnya melawat Menara Jam Big Ben
itu semasa Hanis meluangkan masa melawat Perpustaakan yang terletak tidak jauh
dari hotel penginapan mereka. Bukan sahaja tidak reti menunggu, bahkan
tidak reti mengajak juga. Akhirnya,
Hanis sendiri perlu berusaha menjelajah
bagi melihat sendiri keunikan dan kecantikan Menara Jam Big Ben yang
dikatakan sebagai menara jam berdiri bebas yang ketiga tertinggi di dunia ini.
Sedang ralit
Hanis melihat menara yang terletak di hujung utara Istana Westminster itu, dia
mula mengeluarkan kamera kesayangannya bagi mengambil beberapa gambar sebagai
kenangan penjelajahannya ke menara yang sudah hampir berusia 154 tahun itu.
Selain itu, gambar-gambar itu juga akan dihantar melalui e-mel kepada
rakan-rakannya yang tidak dapat turut serta dalam projek pada ketika itu.
Tiba-tiba, keasyikan dan kedamaian yang sedang dinikmati oleh Hanis mula
diganggu apabila mukanya disapu lembut oleh sehelai kertas yang berterbangan di
ruangan angkasa . ‘ Bertuah punya
manusia. Perosak alam betul. Sampah buang dalam dustbin lah !’ bentak Hanis
yang sedang diamuk kemarahan. Pantang dirinya terpandang akan perkara
sedemikian rupa berlaku di hadapan matanya sendiri. Mahu saja dia
menggigit-gigit rakus tangan si pelaku aktiviti tidak bertanggungjawab itu.
Biar hilang semangat si pelaku yang suka membuang sampah secara tidak beretika
itu.
Tiba-tiba,
tanpa guruh, tanpa ribut. DUSH . Hanis jatuh terduduk. Kebas di punggungnya
masih terasa. Manakala mangsa yang lagi seorang itu pula sedang menggosok-gosok
dahinya yang kesakitan kesan berlanggar dengan kamera kesayangan Hanis yang
keras itu. Pada pandangan Hanis, mangsa di hadapannya itu juga tidak kurang
hebat gaya jatuhnya. Menyerupai gaya James Bond yang jatuh mendadak dari
tingkat 3 akibat dikejar oleh Spiderman dalam filem James Bond 3. Sungguh
bergaya , ala-ala arrogant. Eh , sekejap, ada ke scene tu ? Ah, tidak, hentaman kuat yang dirasakan
oleh Hanis sudah memutuskan fius kewarasannya buat seketika.
“ I’m so
sorry miss. This would not happen if I keep my eyes on the road while crossing.
This is all my fault “. Wajah lelaki yang serba salah itu mula menimbulkan satu
riak berbeza dalam diri Hanis. Apa yang pasti, dia yakin lelaki itu bukan
warganegara orang putih. Kulitnya yang biasa-biasa itu jelas menunjukkan dia
merupakan warga kelahiran Asia. Ya ! Tiada musykil lagi.
“ Its okay.
You don’t mean it right. No hurt feeling”, sambil melemparkan senyuman yang
semanis gula doublemint, Hanis mula melangkah meninggalkan lelaki yang tidak
dikenalinya itu. Tingkah laku Hanis yang meninggalkannya begitu sahaja menimbulkan
perasaan curiga dalam diri Aeril. ‘Macam pernah nampak’ – keluh hati Aeril.
Namun, belum pun sempat dia memanggil gadis tadi, bayangnya sudah lesap entah
ke mana.
Labels: Aeril, Farhanis Ayuni, Mikail, Zharif Chapter 8 (Hanis, Zharif n Mikail story about Ungu’s crush and advisor )
Chapter
8 (Hanis, Zharif n Mikail story about Ungu’s
crush and advisor )
Baju lengan
panjang jenama Geek itu menjadi pilihannya pada malam itu. Meskipun dalam
keadaan musim sejuk, baju itu masih selesa dipakai . material kain tersebut
yang sedikit berbulu menyebabkan si pemakai akan sentiasa berasa selesa dan
hangat. Tudung bawal berwarna merah jambu cair itu juga sudah lengkap dililit
ke kepala. Bezanya pada malam itu, tiada lagi cekak rambut comel yang dikenakan
di atas selendangnya. Sesungguhnya tempoh 15 minit yang diberikan oleh Zharif
telah menjadikan penampilan Hanis begitu biasa. Terlampau tiada gaya !
Tok ! Tok !
Tok ! Matanya mencerlung jam di tangan. ‘Herm, tak terlambat walau satu saat
pun ‘- sempat lagi Hanis membuat penilaian daripada mata kasarnya. Dengan kadar
segera, dia mula mencapai telefon Tomatonya lalu menerjah keluar dalam keadaan
tergesa-gesa. Dia masih ingat pesan ibunya pada suatu ketika dulu,
‘Biar kita
tunggu orang, jangan sampai orang tunggu kita. Tak baik’
“Wah, mak
cik ! Cantiklah kau.” Mikhail masih lagi dengan lawak jenakanya yang
kadang-kala mampu membuatkan isi perut Rif dan Hanis hampir terburai keluar
disebabkan ketawa yang melampau.
“Dah tu
? Kau kenyang ke ? Kalau kenyang takyah
ikutlah ,” sambil menjelir lidah ke arah
Mikhail, Hanis mula mengatur langkah mengikut Zharif yang sudah jauh ke depan.
‘Lapar sangat lah tu ‘-gumam Hanis.
Setelah
memesan makanan masing-masing, mereka mula membuang pandang ke arah pelanggan lain. Seronok sangat agaknya
melihat gelagat warga negara orang putih itu.Mikhail yang mula berasa bosan
bertindak melontarkan vokalnya dalam keadaan yang terkawal, bimbang sekiranya
suaranya bakal menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati dalam kalangan pelanggan
di hotel bertaraf lima bintang tersebut.
“Wei Hanis,
kau ni, dari masa kat U dulu aku tengok tak pernah pun berenggang dengan phone
tu . Kau dah ada bf ye ? Dah la tu, tak nak bagitau aku pulak. Sampai hati kau
.” Mikhail mula merenung tajam ke arah
telefon yang berwarna hitam bersarungkan plastic yang amat comel rekaannya. Dia
mula berasa musykil melihatkan gelagat Hanis yang sememangnya tidak pernah
berjauhan walau satu radius pun dengan Tomatoes canggih itu.
Dalam waktu
yang sama soalan cepumas yang diterima Hanis itu hampir sahaja membuatkan
Zharif dan Hanis terbeliak biji mata. Eh kejap, kenapa dengan Zharif ? Bukankah
soalan itu hanya menyebut nama Hanis ?
Ah ! Tidak,
soalan mamat litar pintas itu perlu segera diabaikan. Mengeruhkan suasana
sahaja.
“ Kau dengan
Zharif macam mana ?” sungguh bijak Hanis mengubah topic perbualan.
“Hurm, Rif
aku tak taulah. Yang pasti, aku ni …………kau tau-tau lah kan. Ada ke yang nak ?”
“Alah, kau
tu yang gedik terlebih dos agaknya”
“Memang pun,
Mikhail tu bukannya tak laku. Sengaja nak cari model setaraf Amber Chia tu
hah.” Zharif juga mula melibatkan diri dalam perbualan yang pada mulanya hanya
melibatkan dua penjuru itu sahaja.
Habis
berderai ketawa ketiga-tiga mereka. Tanpa diminta, ingatan Hanis berputar
sekali lagi.
***
10 tahun
yang lalu, Hanis hampir sahaja melanggar pelajar lelaki Sekolah Kebanggasaan
Tajul yang berdiri di hadapannya itu. Sudahlah sesak, sempat lagi kanak-kanak
tu bergurau senda di bawah sinaran matahari yang terik itu. Sungguh minta penampar free. Nurin dan Izzati
yang masih lagi jauh dibelakang dijeling tajam.
‘Lagak jalan
tak ubah macam itik pulang petang’, -gumamnya dalam hati.
Selepas
berapa lama berdiri ibarat patung lilin yang dijemur bagi melalui proses
pengeringan itu, barulah Hanis berpeluang memasuki bas sekolah yang sudah lama
terlebih kapasiti. Jelas lagi nyata, tiada lagi reserved place untuknya.
Yang
menambahkan lagi darjah kepanasan di dadanya pada ketiku itu ialah kelakuan dua
orang manusia yang sedang bergembira menikmati kenikmatan suasana, kelihatan
Aeril dan Adam sedang bersenang-lenang menduduki kerusi kesayangan Hanis yang
terletak paling hujung di dalam bas tersebut. Sungguh , mahu saja Hanis
mencampakkan beg-beg yang menghiasi bangku kosong tidak bertuan itu. Tidak
fahamkah mereka bahawa Farhanis Ayuni bte Zikri itu sedang dihambat kepanasan
?! Sedang dihambat kepedihan ?! Sedang dihambat kepenatan dan segala macam
kekeliruan yang sememangnya hebat menghambat. Ah tidak ! Litar pintas di otak
Hanis berlaku lagi.
Bagi
menambahkan lagi effect kepanasan yang dirasakan, tanpa sebarang signal mahupun
honk, Uncle yang sememangnya busy memandu bas mula membelok ke kiri. Serentak,
semua kepala turut beralih ke kiri. Tidak cukup dengan itu, setiap barang dan
juga beg yang diletakkan tanpa sebarang penjagaan yang rapi telah juga telah
beralih ke kiri. Tidak terkecuali, Debuk ! Sah, lagi nyata. Dengan begitu
cantik moleknya, beg yang bercorak serupa baju askar itu telah pun mendarat
dengan sopannya di atas kepala Hanis.
‘ Cis, beg
siapa pulak ni ?’-keluh Hanis di dalam hati. Tanpa menunggu walau sesaat pun,
kepalanya laju ditolehkan ke belakang. Jika diikutkan niat hatinya yang sedang
diamuk kemarahan itu mahu saja dia menghamburkan pelbagai jenis kata nista
kepada sang durjana yang sememangnya cuai tahap kod merah. Ya, sungguh marah
manusia yang bernama Farhanis Ayuni pada ketika itu.
Namun,
suasanana yang dijangkakan akan berubah setaraf perang Dunia kali ke -2 itu
terus lesap entah ke mana. Mungkin ke timur, ntah-ntah ke Barat. Biarlah, Hanis
sudah tidak kisah. Ya, itu dia. Penangan sengihan yang terlampau biasa-biasa.
Terus cair ais kemarahan yang terletak setinggi Menara Eiffel. Malahan, menara
kemarahan yang baru sahaja terbina sekejap tadi telah pun bertukar menjadi
Tasik Kenyir. Sungguh haru. Sungguh buat
malu. Sesungguhnya, otak Hanis sedang mengalami masalah litar pintas yang
serius.
“ Hanis !
dah kenyang berangan ?” Zharif mula merenung wajah Hanis yang sememangnya suka
termenung tanpa mengira waktu dan tempat.
Tika itu
juga, ingatan Hanis masih lagi berputar perlahan. Seingatnya, semenjak
peristiwa itu, habis semua rakan-rakannya menggelarkan dirinya sebagai Ungu.
Dan secara tidak sengaja juga, Hanis mula menerima bebelan dan kemungkinan
sekali nasihat daripada seorang penasihat yang tidak berdaftar . Mengenangkan
peristiwa itu, mulutnya laju saja meluncur.
“Advisor…”
“Hah ? sape?
Kau nak advise sape ?”
“Nis, are
you totally okay ? I’m just very curious about your condition”.
“Dah sasau
ke kau ni Nis ?”, Mikhail membuat kecoh lagi.
Tanpa
mempedulikan renungan yang penuh dengan tanda tanya itu, Hanis menguis-nguis
Cheese Carbonara di hadapannya lalu menyuapkan spaghetti tersebut ke dalam
mulutnya dengan penuh selera.
“Makanlah.
Nak tunggu aku suap ke apa ?”.
Zharif
berbalas-balas pandangan dengan Mikhail. Tanpa menunggu walau seminit pun, Mikhail
telah pun mengangkat bahu lalu dengan rakusnya mencapai Tomatoes Freezy Spagety
di hadapannya sementara Zharif pula mula menikmati Seafood Scrumble yang
dipesannya tadi.
Labels: Aeril, Farhanis Ayuni, Mikail, Zharif Chapter 10 ( Hanis, Mikail, Zharif meet Aeril at Luton ) Jam yang melingkari pergelangan tangannya jelas menunjukkan Rif terlambat pada hari ini. Catatan terbaru yang buruk. Hanis tersengih sendiri. Tidak lain tidak bukan, pasti Mikhail telah melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan hati Rif. Tanpa berfikir panjang, Hanis menyorong beg pakaiannya ke arah sebuah kiosk yang menjual pelbagai jenis minuman dan makanan ringan yang sesuai untuk dinikmati dalam masa yang singkat ini. “Nis, sorry sangat-sangat. Mikhail ni hah, bersiap mengalahkan Queen Elizabeth !”, mata Rif menjeling tajam ke arah Mikhail. Entah sejak bila pemuda itu tiba di belakangnya Hanis sediri tak sedar. Hanis turut meneliti gaya pemakaian kedua-dua pemuda di hadapannya itu . Zharif sungguh mengagumkan. Mikhail di sisinya juga tidak kurang hebatnya. Headphone yang terletak di atas kepalanya jelas menjauhkan Mikhail daripada usia sebenarnya yang bakal menjejak 25 tahun dalam masa 7 bulan lagi. “Relaks brader, brader relaks” sememangnya, wajah relaks Mikhail itu mengundang ketidak puasan hati yang melampau di wajah Rif. Bimbang berlakunya Sinetron pendek di kawasan tumpuan ramai tersebut, Hanis menghulurkan sebotol air minuman yang dibelinya tadi kepada Rif. “Aku punya tadak ke ?” Mikhail mula menjuih bibir. “Tadak. Sape suruh lambat”. “Hurm, tak aci punya mak cik, Rif kau bagi ! Tak nak kawan”. “Eeee gedik tak habis-habis.” Rif menumbuk bahu kiri Mikhail. Melihatkan cara pukulan itu saja Nis sudah tau tidaklah seberapa sangat sakitnya. Tapi, mendengarkan betapa riuhnya suara Mikhail mengongoi, Hanis ketawa sendirian. Lantas botol air yang disorokkannya tadi dihulurkan kepada Mikhail. “Lots of trimass dear prof to be !” Hanis mula mengatur langkah ke arah ruangan menunggu. Keadaan Lapangan Terbang Luton London itu tidak banyak bezanya dengan KLIA kebanggaan negaranya sendiri. Masih lagi menempatkan ruangan menunggu, ruangan berlepas, ruangan semakan dan juga ruangan khas untuk kapal terbang berlepas. Meskipun begitu, hatinya masih lagi berasa asing dengan suasana tersebut. Walaupun ditemani oleh Rif dan Mikhail, dia masih berasa canggung. Projek yang berupa percutian itu berlangsung selama 6 hari. Ya, tidak cukup seminggu. Enam hari yang lalu, kehadiran mereka di Lapangan Terbang Luton disertai oleh 5 orang pensyarah Universiti Putra Malaysia yang sememangnya memainkan peranan penting dalam menjayakan projek terbaru yang ingin dilaksanakan di UPM. Namun, dua orang daripada mereka terpaksa berpisah haluan memandangkan kajian yang dijalankan bukan hanya tertumpu di kawasan kota London. Malahan kawasan pedalaman juga. Mujur Dr. Deeja dan Dr. Irham dengan rela hatinya menawarkan diri untuk tinggal lebih lama di kawasan pedalaman London. Bukan mereka tidak tahu keakraban tiga sahabat yang telah berkenalan semenjak 5 tahun yang lalu. Pastinya mereka bertiga tidak mampu bertahan di perantauan jika terpaksa berpisah haluan dan keadaan. Kini, selepas 6 hari, hanya Hanis, Zharif dan Mikhail sahaja yang sedang menunggu di ruangan menunggu. DUSH ! Pandangan matanya dikunci. Ya, tiada ragu. Itulah stranger yang telah menyebabkan kamera Nikon kesayangan Hanis calar di bahagian lensanya. Tanpa diduga, lelaki yang pernah menerjah kotak ingatannya itu telah pun berdiri di hadapannya. “Hye . We met again. Such a coincidence”. “Hurm. Coincidence or maybe a destiny. So, what brings you here. I Cuma.. Opss awak faham BM kan?” Hanis mula mencari kebenaran. “Ya. Semestinya. I’m Malaysian ! Rasanya awak pun sama kan.” “Lah yeke. Okay. Nampaknya sewarganegaralah kita ya. Eh, flight saya dah kene lined up. Got to go now.” “ Eh ,Jap ! Name card or bussines card maybe ?” Dalam masa sekejap cuma, kad kecil itu bertukar tangan. Hanis pula dengan langkah laju mula menurut gerak kaki Mikhail yang sudah lama berada di hadapannya. Kad yang diterimanya tadi disisipkan ke dalam wallet. Aeril masih belum lagi melihat nama gadis tersebut. Manakala Hanis pula dengan penuh gopoh telah pun mengangkat bagasinya ke atas rail tanpa mempedulikan kad kecil yang sudah jatuh ke lantai. Sebaik saja melepasi pintu kecil yang disediakan, mata Hanis tertancap kukuh pada satu objek yang terletak pegun di atas lantai marmar. Mengapa begitu familiar ya ?. ‘Oh tidak. Hilang sudah card si stranger tu tadi, Hanis mula menyesali tindakannya yang cuai. Hanis mengetuk-ngetuk kepalanya. ‘Adui, belum sempat tahu nama pulak tu’. Kejadian itu menyebabkan Hanis seribu kali menyesal. Tidak ubah seperti tajuk lagu yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu Terbaik pada tahun 2012 dahulu, Beribu Sesalam nyanyian 3 Suara.
Chapter
10 ( Hanis, Mikail, Zharif meet Aeril at Luton )
Jam yang
melingkari pergelangan tangannya jelas menunjukkan Rif terlambat pada hari ini.
Catatan terbaru yang buruk. Hanis tersengih sendiri. Tidak lain tidak bukan, pasti Mikhail telah
melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan hati Rif. Tanpa berfikir panjang,
Hanis menyorong beg pakaiannya ke arah
sebuah kiosk yang menjual pelbagai jenis
minuman dan makanan ringan yang sesuai untuk dinikmati dalam masa yang singkat
ini.
“Nis, sorry
sangat-sangat. Mikhail ni hah, bersiap mengalahkan Queen Elizabeth !”, mata Rif
menjeling tajam ke arah Mikhail. Entah
sejak bila pemuda itu tiba di belakangnya Hanis sediri tak sedar. Hanis turut
meneliti gaya pemakaian kedua-dua pemuda di hadapannya itu . Zharif sungguh
mengagumkan. Mikhail di sisinya juga tidak kurang hebatnya. Headphone yang
terletak di atas kepalanya jelas menjauhkan Mikhail daripada usia sebenarnya
yang bakal menjejak 25 tahun dalam masa 7 bulan lagi.
“Relaks
brader, brader relaks” sememangnya, wajah relaks Mikhail itu mengundang ketidak
puasan hati yang melampau di wajah Rif. Bimbang berlakunya Sinetron pendek di
kawasan tumpuan ramai tersebut, Hanis menghulurkan sebotol air minuman yang
dibelinya tadi kepada Rif.
“Aku punya
tadak ke ?” Mikhail mula menjuih bibir.
“Tadak. Sape
suruh lambat”.
“Hurm, tak
aci punya mak cik, Rif kau bagi ! Tak
nak kawan”.
“Eeee gedik
tak habis-habis.” Rif menumbuk bahu kiri Mikhail. Melihatkan cara pukulan itu
saja Nis sudah tau tidaklah seberapa sangat sakitnya. Tapi, mendengarkan betapa
riuhnya suara Mikhail mengongoi, Hanis ketawa sendirian. Lantas botol air yang
disorokkannya tadi dihulurkan kepada Mikhail.
“Lots of
trimass dear prof to be !”
Hanis mula
mengatur langkah ke arah ruangan
menunggu. Keadaan Lapangan Terbang Luton London itu tidak banyak bezanya dengan
KLIA kebanggaan negaranya sendiri.
Masih lagi
menempatkan ruangan menunggu, ruangan berlepas, ruangan semakan dan juga
ruangan khas untuk kapal terbang berlepas. Meskipun begitu, hatinya masih lagi
berasa asing dengan suasana tersebut. Walaupun ditemani oleh Rif dan Mikhail,
dia masih berasa canggung. Projek yang berupa percutian itu berlangsung selama
6 hari. Ya, tidak cukup seminggu. Enam hari yang lalu, kehadiran mereka di
Lapangan Terbang Luton disertai oleh 5 orang pensyarah Universiti Putra
Malaysia yang sememangnya memainkan peranan penting dalam menjayakan projek
terbaru yang ingin dilaksanakan di UPM. Namun, dua orang daripada mereka
terpaksa berpisah haluan memandangkan kajian yang dijalankan bukan hanya
tertumpu di kawasan kota London. Malahan kawasan pedalaman juga. Mujur Dr.
Deeja dan Dr. Irham dengan rela hatinya menawarkan diri untuk tinggal lebih
lama di kawasan pedalaman London. Bukan mereka tidak tahu keakraban tiga
sahabat yang telah berkenalan semenjak 5 tahun yang lalu. Pastinya mereka
bertiga tidak mampu bertahan di perantauan jika terpaksa berpisah haluan dan
keadaan. Kini, selepas 6 hari, hanya Hanis, Zharif dan Mikhail sahaja yang
sedang menunggu di ruangan menunggu.
DUSH !
Pandangan matanya dikunci. Ya, tiada ragu. Itulah stranger yang telah
menyebabkan kamera Nikon kesayangan Hanis calar di bahagian lensanya. Tanpa
diduga, lelaki yang pernah menerjah kotak ingatannya itu telah pun berdiri di
hadapannya.
“Hye . We
met again. Such a coincidence”.
“Hurm.
Coincidence or maybe a destiny. So, what
brings you here. I Cuma.. Opss awak faham BM kan?” Hanis mula mencari
kebenaran.
“Ya.
Semestinya. I’m Malaysian ! Rasanya awak pun sama kan.”
“Lah yeke.
Okay. Nampaknya sewarganegaralah kita ya. Eh, flight saya dah kene lined up.
Got to go now.”
“ Eh ,Jap !
Name card or bussines card maybe ?”
Dalam masa
sekejap cuma, kad kecil itu bertukar tangan. Hanis pula dengan langkah laju
mula menurut gerak kaki Mikhail yang sudah lama berada di hadapannya.
Kad yang
diterimanya tadi disisipkan ke dalam wallet. Aeril masih belum lagi melihat
nama gadis tersebut. Manakala Hanis pula dengan penuh gopoh telah pun
mengangkat bagasinya ke atas rail tanpa mempedulikan kad kecil yang sudah jatuh
ke lantai. Sebaik saja melepasi pintu kecil yang disediakan, mata Hanis
tertancap kukuh pada satu objek yang terletak pegun di atas lantai marmar.
Mengapa begitu familiar ya ?.
‘Oh tidak.
Hilang sudah card si stranger tu tadi, Hanis mula menyesali tindakannya yang
cuai. Hanis mengetuk-ngetuk kepalanya.
‘Adui, belum sempat tahu nama pulak tu’. Kejadian itu menyebabkan Hanis seribu
kali menyesal. Tidak ubah seperti tajuk lagu yang pernah memenangi Anugerah
Juara Lagu Terbaik pada tahun 2012 dahulu, Beribu Sesalam nyanyian 3 Suara.

Labels: Aeril, Farhanis Ayuni, Mikail, Zharif Chapter 32 (Aeril got to kill Hanis)
Chapter 32 (Aeril got to kill Hanis )
Aeril baring
menghadap televisyen di rumahnya. Air Cool Station yang dibelinya tadi dihirup
perlahan. Meskipun cuaca di luar panas mengalahkan padang jarak padang tekukur,
Aeril tetap berasa nyaman dengan kehadiran pendingin hawa buatan Bittergourd 76
yang dihadiahkan oleh rakannya. Suhu pendingin hawa itu dipasang pada takat
paling rendah. Sengaja nak rasa hidup di Atlantik agaknya. Matanya masih ralit
menatap lakonan mantap pelakon veteran yang sudah separuh usia, Amar Asyraf
yang pernah hits pada suatu ketika dahulu.
Tiba-tiba,
tangannya mencapai remote control. Saluran rancangan diubah. Ubah lagi, lagi,
lagi dan lagi. sehinggalah matanya tertancap kukuh pada sebuah iklan komersial
yang ditayangkan di saluran 569. Sebuah buku yang bertajuk 10 Years To Be telah
selamat dilancarkan. Penulis baru katanya. Aeril tergaru-garu sendiri. ‘Asal
macam pernah dengar je tajuk buku ni?’. Namun, ingatannya gagal memutar
kenangan. Dah lama tak meninjau sejarah lama, biasalah !
Tanpa
diduga, tangannya mencapai wallet yang tersimpan di dalam laci. Sebuah kad
berwarna biru muda dikeluarkan. Sudah hampir 3 bulan kad itu terletak di situ.
Sampai sekarang juga tak pernah langsung dia membaca isi kandungan yang
tertulis pada kad mini tersebut. Sebaik saja berjaya mengeluarkannya, Aeril
terdiam kaku. Ala-ala patung lilin yang dipamerkan di i-City. Keras,kejung
takde respon. Serupa macam lakonannya semasa teater Patung pada 10 tahun yang
lalu. Nama Farhanis Ayuni tertera di situ. Jelas, takde typing error, takde
printing error. “Kurang asam garam punya budak. !”, Aeril jadi marah.
Dia masih
ingat lagi, pertemuan pertamanya dengan Hanis. Di London dan pertemuan terakhir
mereka yang juga di Luton Airport, London. Tidak pernah dia sangka, gadis yang
pernah membuang kad pemberiannya dulu merupakan rakan sekolahnya sendiri.
Hancur berkecai tahap kod merah perasaan Aeril masa tu. Dia ingat lagi, masa
tu, niatnya mengejar Hanis hanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Ya,
mengada-ngada. Macamlah penting sangat nak berucap bagai. Bukannya teman rapat
pun. Tapi, niat murninya tadi terus jauh melencong tatkala terlihatkan sekeping
kad yang dijatuhkan di lantai. Si penerima yang tak berterima kasih. ‘Kalau tak
nak pun, buanglah dalam dustbin. Kurang ajar !’-Aeril membentak lagi.
Kini, dia
sungguh terkejut. “Lantak kau lah Hanis, tak mati pun kalau tak jumpa kau !”.
Kad tadi dikoyakkan menjadi dua. Kemudiannya dikoyakkan lagi menjadi tiga,
empat, lima, enam sehinggalah kad tadi berubah menjadi cebisan kecil yang
akhirnya ditiup Aeril.
Aeril
semakin meluat. Niat yang mulanya nak berehat santai di rumah, jelas tergendala.
Jaket jenama Dixtar yang tersangkut di belakang pintu dicapai. Kunci kereta
yang terletak elok di atas sebuh laci turut diambil. Kakinya disarungkan dengan
sebuah kasut yang berwarna putih. Pintu ditutup. ‘ Turun sekejaplah. Malam ni
ada majlis penting katanya.’ Aeril memandu laju Toyota Revolution Z8 yang
terparkir elok di perkarangan rumahnya. Tak sampai lima minit, bayangannya
lesap ntah ke mana.
Labels: Aeril, Farhanis Ayuni Chapter 33 ( Aeril, Arip, Himi )
Chapter
33 (Aeril, Arip, Himi )
“Lightning
bahagian sana macam tak okay. Fix cepat ! “, tangannya dihalakan ke arah sebuah chandelier merah yang terlekat di
dinding. Mukanya tegas. Aeril masih lagi terkesan dengan kejadian di rumahnya
tadi.
“Malam ni
ada apa ?,” Arip, datang mendekati. Arip Rusydhan yang sejak tadi memerhati
lagak rakannya itu telah pun bersuara.
“Dinner
UPM.” Sepatah dua je Aeril menjawab. Matanya juga lebih ligat memandang keadaan
sekitar. Meskipun Aeril menjawat jawatan tertinggi dalam hotel tersebut, dia
sering melibatkan diri dengan urusan bawahan. Prinsipnya ini telah dipegang
sejak masih dalam tempoh pengajiannya di London dulu. Tambahan pula, Hotel Maya
yang diambil alihnya ini bukanlah dari kalangan yang calang-calang. Grand tahap
kod merah ! 5 stars katanya !
“Amboi,
ingatkan menteri mana nak datang. Sampai Owner Hotel kena turun padang.” Arip
membuat muka selamber.
“Kau ni
menyibuk je, takde training ke ?”.
“Amboi macam
halau je. Taulah hotel berbintang-bulan.”
“Mana ada.”
“Asal muka
cam cemberut ? Ada problem apa? Citerlah.”
“Kau kenal
Hanis ?”
“Hanis mana
? Artis terkenal yang berkepit 360 hari dengan tunang dia tu ke?”
“Otak mu kat
mana ? Bukanlah !”
“Abis tu,
Hanez Suraya ke ? Lol, dah bini orang kot.”
“Takde
apelah. Kau ni merepek. Dah, jom naik pejabat aku. Nak bincang pasal projek
Himi tu hah !”
“Okay”. Arip
yang berseluar hitam pekat tadi telah pun mengangkat kaki mengikut Aeril. ‘Aik,
naik pejabat pakai Dixtar je ? Mana tuxedo ? Lol.. Gaduh ngan makwe lah tu
!’-bisik Arip dalam hati.
Chapter 37 ( Final Annual Dinner ) - all yang terlibat sebelum ni
Chapter 37 ( Final Annual Dinner ) - all yang
terlibat sebelum ni
Keadaan di
dalam dewan sudah beransur lengang. Meskipun majlis penuh bermakna itu telah
lama dimumkan bersurai, masih terdapat beberapa orang pensyarah dan penuntut
unversiti yang masih leka berlegar-legar di ruangan tersebut. Tidak terkecuali,
Azrin dan Izaa yang sedang berdiri bersama di bawah salah satu chandelier merah
yang tergantung di syiling. Kedua-duanya kelihatan sedang meneropong kawasan
mencari seseorang. Gaya masing-masing tak ubah seperti lanun di dalam Pirates Of
Carribean. Bezanya ? Azrin dan Izaa masih anggun memakai mascara Maybelline dan
bukannya mengenakan kain hitam menutup sebelah mata sepertimana yang dilakukan
oleh lanun-lanun terkenal.
“Mana Hanis
? Bayang-bayang pun takde !”, Azrin dah mengeluh sendiri. Penat pula tangannya
meneropong. Maklumlah, kuasa kanta di tangan tak setanding dengan kuasa kanta
teropong yang asli.
“Ntah. Dah
balik ke ?” Izaa berhenti meneropong. Kini, dia hanya melihat seperti biasa.
Rasa bengang mula bersarang tatkala terpandang akan beberapa orang penuntut
yang sedang asyik mentertawakan mereka. ‘Ek eleh diorang ni, nak ketawa je.
Bukan nak tolong cari !’.
Tak lama
kemudian, Azrin dah terlompat-lompat sendiri. Gaya lompatan setaraf dengan
lompatan Pangalila Rinong yang ingin membuat terjunan. Izaa dah panik. ‘Dah,
kenapa si Azrin ni ? Kesampuk ?’. Azrin masih kekal melompat. Tidak sampai
beberapa minit kemudian, Azrin memaklumkan kedatangan Hanis. Sengaja dia
melompat bagi melihat dengan lebih jelas lagi. maklumlah, ketinggian para
penuntut di hadapannya jelas menganggu penglihatan Azrin.
“Eh, tak
balik lagi ?,” Hanis mula mendekati Azrin dan Izaa.
“Not yet.
Nak cari Hanislah”
“Lah, nak
buat apa cari Hanis ?”, Hanis dah tergaru-garu sendiri. ‘Nak kata aku mak
guard, macam bukan’.
“Aduh Hanis
ni ! Azrin dengan Izaa nak mintak nombor telefon Hanis. Ingat kalau Hanis free,
nak ajak jumpa Jasmine. Amacam ?”, Azrin dah angkat kening Ziana Zain.
“Owh. Gitu
ea. Erm,,, esok pagi tak free sebab ada hal sikit. Petang-petang boleh kot”,
tangannya mengeluarkan planner yang sentiasa tersimpan di dalam tas tangannya.
Setelah memeriksa jadualnya untuk keesokan hari, Hanis bersuara lagi, “ Hah,
esok pagi ada kelas sampai pukul 10 pagi. Pukul 10.30 Hanis ada meeting dalam 2
jam. Kira-kira lepas Zuhur pulak, Hanis kena keluar dengan Rif. Ada benda
penting nak kena buat. Kalau macam tu, kita jumpa pukul 3 boleh ? Tapi Zharif
ikut sekali kot. Sebab kitorang jalan spot on time lepas selesaikan kerja. Sebab
lepastu ada kerja lagi sikit nak buat. Boleh ?”
Izaa dah
berkerut-kerut muka.’Mak aih, padat gila jadual si Hanis ni !’. Izaa bersuara.
Nadanya lebih dalam keadaan terkejut. Macam orang baru teringatkan sesuatu.
“Alamak ! Izaa tanya Izzat dulu okay. Sebab semalam dah cakap nak balik esok
pagi.”
Azrin hanya
mengangguk. Matanya pula masih leka memerhatikan seseorang yang sudah mula
merapati mereka. Sempoi je gayanya. Macam budak belasan tahun.
“Assalamualaikum.
Sorry kacau. Hanis, kat sini rupanya !”, Mikhail dah bersuara. Huluran salamnya
tadi dijawab serentak oleh ketiga-tiga gadis di hadapannya.
“Eh, cari
Hanis ?”, Hanis hanya berbasa-basi. Azrin dan Izaa pula laju-laju mengunci
mulut. Terpaku sekejap tengok sketsa di depan mata.
“Bukan
Mikhail yang cari. Zharif tu. korang kan datang sekali tadi. Dia risau pula
tengok kau hilang macam tu je. Dia kata ada something nak bincang dengan kau.
Pasal projek London tu kot, ” Mikhail memberi jawapan ringkas. Kepalanya ligat
memerhati keadaan sekeliling bagi menjejak kelibat Zharif. Tiba-tiba, Mikhail
bersuara lagi. nadanya lebih dalam keadaan terkejut. “Hanis ! Is that the
person that you met at Luton last four months ?”
Hanis
berpusing 180 darjah ke arah punca
kekalutan Mikhail. “ Ha’ah. Amboi, smart gila baju !”. dalam kesibukan Hanis
memerhati, si stranger tadi telah pun mendekati. “Woi ! Apa pandang-pandang
?”,laju je stranger tu menegur. Adab dengan akhlak tak lulus kot masa Darjah
Khas dulu. Bagi salam pun tidak !
“Eh, kenapa
macam kenal je ni ?”, serentak Azrin dan Izaa bersuara. Mereka berdua masih
berusaha memutar kenangan.
“Eh, garang
sangat ni kenapa ? Pandang pun salah ke ?”, Hanis dah separuh menjerit. Sakit
hati memandang mamat yang separuh kurang ajar tu. Harap muka je macam
Masculine, perangai ? Fuh, takyah citer !
Mikhail dah
kaget. Bimbang pula berlaku pergaduhan ringkas di situ. Tangannya segera
diangkat ke atas. Gaya-gaya polis trafik mula terserlah. “Herm, encik kenapa
nak marah-marah ni?”, salah satu pendekatan terbaik, memeriksa punca kemarahan.
Aeril yang
sejak tadi menahan kemarahannya laju bersuara. Gayanya macam tak mau berhenti.
“Kenapa nak marah ? Tanya budak tu lah. Konon nak bagi name card. Kalau tak
ikhlas tak payah bagilah. Aku bukan ingin sangat pun. Dah tu, buang kad aku
sepah-sepah. Kau ingat kau siapa ? Mentang-mentanglah kat negara orang, sampai
aku sendiri pun kau nak buat macam tu . kawan jenis apa kau hah ?!”. Fuh, lega
hati Aeril jangan nak cerita.
Hanis dah
terdiam.’Sah mamat ni mental disorder. Tahun bila pulak aku jadi kawan dia
ni?’.
“Aeril Amin
bin Kamal !”, Azrin dah menjerit kuat. Tiba-tiba je menyampuk. Tiba-tiba juga
darah menyerbu ke muka. Malu tahap kod merah. Izaa pula laju menyambut. “Ha,
budak Alusian kan?”. Muka masing-masing bercahaya terang mengalahkan apek
menang loteri.
Hanis hampir
tersedak . elak tersungkur ke lantai saja. “ Aeril ? Ya Allah ! kenapa aku tak
cam ?”. Aeril hanya menjelir lidah. Menyampah tengok drama Hanis. “ Kenapa tak
cam ? Ceh, blah lah lu. Dah baca name card semua, tak cam jugak ? Gedik !”. Aeril
masih dingin sedinginnya.
Hanis
memandang Mikhail. Jelas, dia dilanda kebuntuan yang melampau. Habis ternganga
mulutnya. Hanis biarkan saja Mikhail begitu. Ada hal yang lagi penting nak buat
! “Woi, aku tak sempat bacalah name card kau tu. kad tu jatuh masa aku angkat
bagasi. Kalau tak caya tanya Mikhail. Yang kau pulak asal tak call aku ? Kata
dah baca name card aku?”, Hanis mula berasap. Senang kacang je Aeril nak
marah-marah. Ingat dia sorang je reti marah?
“Eh yeke ?
Heee sorry. Aku ingat kau buang name card aku. Aku koyakkanlah kad kau.”, hanya
sengihan kerang busuk saja yang dapat diberikan oleh Aeril. Kasut tumit tinggi
jenama Clark pula sudah selamat didaratkan di atas kaki Aeril. Hanis tersenyum
puas. Aeril pula mengaduh menahan sakit. Azrin dan Izaa saling berpandangan.
Mikhail masih kekal termangu-mangu.
“So, you
alls , kita bertemu kembali dekat hotel 5 stars ni. arghh. I rasa macam nak
jumpa je owner hotel ni, kasi award sikit sebab dah buat kitorang bersatu.”
Izaa dah berpusing-pusing gaya princess. Bezanya ? Princess dalam tv selalu
mengenakan baju gaun kembang, sedangkan Izaa hanya memakai skirt putih yang
labuh.
Azrin pula
menggantikan tempat Izaa. Wajahnya ditarik ala-ala detektif. Riak curiga jelas
terpamer di wajahnya. Tanpa diduga, jari telunjuknya telah pun dihalakan ke
batang hidung Aeril. “ Kau owner hotel ni kan ? Aku pernah baca nama kau dekat
The Star. Bukan main terpampang besar muka kau !”. Azrin sudah membacakan
pertuduhannya. Mikhail yang sejak tadi ternganga telah mengangkat muka. “ Ha
memanglah ! Sebab tu Mikhail terkejut tengok Hanis marah dia macam tu. Kang
kalau kena saman, tak fasal-fasal bankrupt kita semua !”
Hanis dan
Izaa kekal pegun. Tak bergerak. Otak pula laju memproses maklumat yang baru
diterima. “Kenapa tak cakap awal-awal !”, Izaa dah menjerit sendiri. Azrin di
sebelah di tepuk-tepuk kuat. Mikhail pula sudah dijeling setaraf musuh.’Hampeh,
dah tau tu owner hotel, tapi tak bagitau. Kalaulah Izzat yang kat depan aku ni,
dah lama aku rotan sampai berlebam !’
“Sapa suruh
tak tanya”, selamber Mikhail menjawab.
“Kecohlah
korang. Jangan bising-bising, nanti semua serbu aku. Rimas ! Korang ingat Himi
lagi tak?”, Aeril bersuara memecahkan kekecohan yang melanda.
“Mamat pelik
tu ? Kenallah ! Kenapa dengan dia?”
“Dia dah
jadi computer programmer sekarang ni. tak lama lagi dia ada nak buat surprise
tau !”, Aeril menerangkan panjang lebar.
“Surprise
apa?”
“Lah hai dia
ni.dah kata surprise. Takkan nak bagitau kot.”, Mikhail menyampuk lagi.
“Eeee.
Bisinglah. Hanis, sapa nama kawan u ni ? Menyibuk tak habis-habis !”. Izaa da buat
muka rimas.
“Erhem !
Nama I Putera Muhammad Mikhail
Inderapura bin Putera Muhammad Mithali. Seorang yang hensem, segak
bergaya, dan mithali orangnya. Ya… masih solo !”, Mikhail melawak lagi. Dia
kalau dah buka chapter melawak, memang tak kira orang.
Izaa buat
muka toya. “Grrr. Gediklah kau. Aku sepak laju-laju kang. Cakap nama betul lah
!”, kakinya dihentak kuat. Izaa dah panas hati.
“Eleh, macam
marah je. Macam garang je. Nama aku Mikhail lah. Tapi nama penuh aku rahsia.
Kot-kot kau nak jampi serapah aku, bahaya pulak.” Mikhail tersengih lagi. Zharif
yang sudah mendekati menepuk bahu Mikhail. “Agak-agaklah brother. Dia dah
kahwinlah !” Zharif ketawa lucu melihat reaksi terkejut Mikhail.
“Mana kau
tau ?”, Mikhail laju bertanya.
“Tadikan aku
dengan Hanis dah bersoal jawab dengan diorang ni semua. Yang pakai baju biru
sebelah Hanis tu pun dah tunang. Nama dia Azrin. Memang takde chance lah !”.
Azrin dan
Izaa dah ketawa hampir terburai isi perut. Hanis juga ikut serta. Hanya Mikhail
yang memerah muka. Menahan bengang mungkin. Dalam sisa ketawa, Azrin bersuara
lagi, “Apa susah Mikhail, kau amik je Hanis. Kan solo lagi dia tu !”. Hanis dah
angkat tangan. Tanda mengangkat bendera putih. Tak nak terlibat dengan chapter
ni lagi. Mikhail sudah menjuih bibir ke depan. “Hanis ? Mana boleh….Nanti ada
orang marah !”. Hanis jatuh terduduk. Ketidakstabilannya ditambah pula dengan
darjah terkejut yang diterima, Hanis tak mampu mengawal diri. “Siapa yang
marah?”, Izaa dah bertanya. Musykil juga dia. “Kata tadi Hanis solo ?”
“Officially
solo, unofficially taken”, Mikhail menjawab selamber. Hanis yang baru saja
bangun terus memijak kaki Mikhail. Sekali lagi Mikhail mengaduh kesakitan. “
Rasakan !”. Hanis dah panas muka. Yang lain berderai ketawa.
Hanya Aeril
yang pegun dalam diam. “Unofficially taken ? Dengan sapa Hanis?”, Aeril dah
bersuara. Nadanya penuh serius. Wuuu, bikin kaget !
“Eh, kenapa
sibuk ? Mikhail ni main-main je”, Hanis buat muka dek. Dalam hati,
berbakul-bakul ayat kemarahan dilemparkan kepada Mikhail.
Tanpa diduga
juga, Aeril bersuara lagi. statement yang dilemparkan jelas mengejutkan ramai
orang. “ Hanis, ikut aku sekejap.”. kakinya terus dilangkah ke depan. Hanis
bingung. Sebelum mengikut langkah Aeril, Hanis sempat berpesan kepada Mikhail
dan Zharif. “ Tunggu kat underground parking lot. Aku takut nak amik kereta
sorang-sorang.” Hanya Mikhail, Azrin dan Izaa saja yang mengangguk. Zharif
kekal membatu. Masih tak dapat mencerna maklumat yang dihantar oleh retina
kepada otaknya.
Labels: Aeril, Farhanis Ayuni, Jasmin, Mikail, Zharif Chapter 49 : REUNION PMR BADGE98 SMK TH at HOTEL MAYA
Chapter 49 : REUNION PMR BADGE98 SMK TH at HOTEL MAYA
Ruangan
entrance ballroom Hotel Maya telah diubah seratus peratus. Tema alam
persekolahan mula menggamit suasanana. Tidak cukup dengan itu, para penyambut
tetamu yang seringkali memakai uniform berwarna lilac itu telah berubah 180
darjah. Setiap pekerja yang bertugas telah diarahkan agar memakai seragam
sekolah yang sememangnya amat bertepatan dengan tema yang sedang dialami.
Baju merun,
kain hitam, tudung pink, baju putih, kain biru, baju melayu putih, sampin
berwarna merah hati, kasut hitam, kasut putih, vest hitam, semuanya menjadi
penyambut suasana mata-mata yang memandang. Amat glamours gitu ! maklumlah,
tauke hotel ada kuasa veto !
“Omg ! aku
dulu pengawas. Baju tu yang aku pakai.”
“Eh, arhh tu
baju librarian. So miss so much !”
Itulah nada
suara yang mengiringi setiap langkah kaki tetamu di dewan besar itu. Jauh di
sudut pintu, Himi dan Aeril tersengih sendiri. Bangga mula menular di dalam
diri. “Tahniah bro !”, Himi meletakkan tangan kanannya di atas bahu Aeril.
Aeril pula hanya membalas dengan senyuman yang lebar selebarnya. Speechless
tahap kod merah lah tu. eish, menyampah !
Dalam masa
yang sama,,,,,,
Izara terus
melangkah masuk dengan hanya ditemani langkah kaki seseorang. Takde boipren.
Takde suami. Tapi, ade tunang. Wau ?!
Okay, lepas
puas menjelajah, takde seorang pun yang dikenalinya, hampir saja dia menelefon
pemandu peribadinya agar segera menampakkan diri. Nak balik konon-kononnya. “You
dah kenape ?”, Amir yang sejak tadi setia membuntuti Izara mula terkesan dengan
tindak tanduk pelik Izara. “Nothing. Tak jumpa kawan.” Mendengarkan jawapan
serba ringkas itu, Amir terus melangkah bagi mendapatkan segelas Ice Mounties
bagi membasahkan anak tekak.
‘Haish, Amir
ni minum je kerja !’. Izara mendengus geram, kalau diikutkan rentak hati,
hampir saja Amir dipijak dan dilenyek bagi membentuk sekeping roti peratha yang
lazat untuk dimakan. Nasib baik kewarasan akal Izara mampu tekan brek menahan
nafsu. Fuh, fuh.
“Assalamualaikum.”,
suara halus yang tak berapa nak halus mula menerpa eardrum Izara. Sebaik saja
kepala ditolehkan 180 darjah, seorang gadis berbaju kurung moden berwarna biru muda
mula menggamitnya. Melihatkan gaya pemakain gadis tersebut, Izara tergamam
sekejap. Tak lama, 2-3 saat je. Baju biru yang berhiasankan butiran manik yang
kemas tersusun membuatkan Izara terliur sendiri. ‘Insta mana dia dapat baju
tu?’. Izara hanya mampu berteka-teki sendiri. “Hai Izara a.k.a Miss Arrogant.
Hah, ni aku kenalkan Jasmin. Budak Alusians dulu. Ingat tak?”. Sambil itu,
tangan si gadis tadi telah pun mengheret seorang lagi gadis yang sedang
memegang kejap gelas kaca berisi jus oren berdekatannya.
“Owh, kenal.
Jap, kau datang dengan siapa ni Hanis?”. Izara menyambut huluran tangan Jasmin
dengan mesra sekali. Amboi, pandai pulak manners ye Izara ? o_o
“Dangan
Zharif haritulah. Tapi dia dengan Mikhail dekat belakang sana. Kawan yang lain
pun dekat sana. Jomlah.” Tangan Izara dan Jasmin diheret sekali lagi bagi
mendekati sekumpulan lelaki yang sedang berkumpul mengelilingi meja yang telah
disediakan. Nampak kepoh, nampak kecoh. Entah apa agaknya yang dibualkan oleh
kumpulan maskulin tersebut.
“Oi, Hanis !
Awek mane kau bawak tu?”, Mikhail yang menyedari kehadiran Hanis di situ telah
mengangkat muka sebagai tanda ‘hai’.
“Izara !
Tauke besar I.S Bakeri dengan I.S Revolution Fashion. A.k.a Miss Arrogant. Dulu
ex-habab jugak. Korang kenal tak ?”.
Ternyata,
ramai yang mengganguk tanda mengenali Izara. Tak kurang juga yang melopongkan
mulut dengan penuh makna sekali. Melihatkan bentuk lopongan yang dibuat, Hanis
yakin, 9 daripada 10 mereka sedang berkata ‘wau, macam tak percaya’.
Tanpa
diduga, ketenangan yang sedang dirasai oleh mereka di situ hanya sementara.
Seorang gadis yang seusia mereka telah datang mendekati. Pakaiannya simple
sekali. Ala-ala, lantaklah-aku-nak-pakai-apa-yang-penting-selesa.
Walaupunbegitu, baju kurung yang dipakai oleh gadis tersebut amat menyejukkan
mata-mata yang memandang. Entah macam mana, air-cond di dewan itu terasa
berubah menjadi -16 darjah celcius. SEJUK !
“Assalamualaikum,
maaf ganggu. saya tak tahu dah nak tegur siapa sekarang ni. so, may I join you
all?”, cermin mata yang terletak di atas batang hidung dibetulkan agar tidak
senget.
Seperti
biasa, kedatangan si gadis tersebut disambut meriah tanpa sebarang ayat
kau-siapa-nak-join-kitorang. Izara pula
mengambil tempat Hanis memandangkan Hanis sedang sibuk mengatakan sesuatu
kepada Zharif dan Aeril di meja tersebut.
“So, awak
form 3 ape dulu ? Sorry, dah tak ingat muka. Mase Hanis tegur saya haritu ,
saya pun tak ingat dia.” Senyuman semanis Cap Teko dilemparkan.
“Saya Qiera.
3 Khaldun. Biasalah, muka manusia ni berubah mengikut usia. Apa orang putih
kata, people changes, but memories don’t. herm, by the way, Hanis mana yang
awak maksudkan tadi?”
Izara
menarik kerusi untuk kedua-dua mereka. Jasmin yang berdiri berdekatan mula
menyertai perbualan tersebut. “Owh, KAA ke. Saya Jasmin Alusi. Yang ni pulak
Izara Farabi. Hanis yang Izara maksudkan tadi Hanis Ayunilah. Korang best
friend dulu kan, Qiera ?”.
Qiera dah
buat muka hah-kau-cakap-apa. Serentak dengan itu, laju saja mulutnya memberi
jawapan balas terhadap Jasmin “So, mana Hanis ? Tak datang ke?”
Jasmin buat
muka pelik. “Lah, yang berdiri pakai baju biru tadi Hanislah. Jap ea,
Hannnnnnnnnnnn….Eh, mane Hanis ?”. Kepala ditolehkan ke arah Zharif yang kelihatan leka berbual
dengan Hanis sebentar tadi. Tatkala melihatkan reaksi angkat bahu si Zharif dan
Aeril, Izara tersengih sendiri. “Hanis takde. Kejap lagi korang jumpalah tu.
hahaha.”
“Hah, apa ni
main ngumpat-ngumpat ni ? Dosa tau !”, Hanis muncul secara tiba-tiba. Dan
secara mengejut juga, Qiera menerpa dengan tangisan yang konon-konon macam baru
nampak jenazah. Hiba sehibanya. “Hanis..
long time no see”. Hanis kaget. Selepas diberitahu tentang status empunya diri
yang sedang memeluknya, Hanis terikut sendu-sendu. Jasmin dan Izara yang setia
di sisi hanya ketawa melihat babak Senario yang masih belum ditayangkan di
layar perak tersebut.
“Sorry,
Wiwid tak dapat datang. Dia ada tournament.”, Qiera duduk sebelah Jasmin, Izara
dan Hanis. “Nampaknya sesi mak jemah bakal start sekejap lagi !”, Izara
tersengih sumbing. Rakan lelaki yang duduk berhampiran mereka turut tergelak
mendengarkan ayat tak-boleh-blah tersebut.
“Speaking of
mak jemah, mana Izzati dengan Nurin hah?”, Azad dah angkat muka tercari-cari.
Melihatkan keadaan Azad yang mula meneropong itu, Izara dan Jasmin bersuara
lagi. serentak. “Kau takyah beriye. Kot-kot Izzati dah tinggi, kau bukan kenal
pon.” Satu, dua tiga, hilai tawa mereka sekumpulan mula bergema. Membuatkan
para tetamu yang berkumpul di meja lain mencuri-curi pandang akan kemesraan
mereka semeja.
“Amboi,,,
beriye kau gelakkan aku ye, Azad !”, seutas tali dari beg tangan Clark mendarat
tepat di atas bahu Aeril. Aeril mengongoi
sambil mengadu. “Apa ni ?! Aku Aeril lah, bukan Azad ! Azad sebelah Dian tu hah
! Adoii”. Izzati dah tersengih menahan malu. “Opps sorry, tak sengajalah,
Aeril. Muka kau macam Azad dulu-dulu. “ Izzati menarik muka sorry. Zariief yang menjadi peneman Izzati
dah buat thumbs up membawa maksud ‘haa padan muka !’. Hampeh kau Zariieef.
Dalam masa
yang sama, rakan-rakan yang mengelilingi meja tersebut hanya terdiam tanpa
suara. Masing-masing tertanya-tanya akan status si pendatang tak bernama
tersebut. Siapakah dia ? Kelas manakah dulu ? Yang lelaki tu siapa pulak ?
Bermacam-macam tanda soal menghujani anak mata Hanis, Azad, Jasmin, Izara, Azrin,
Himi dan Aeril sendiri.
“Okay,
sorry. Aku dengar nama aku, sebab tu serbu sini. I’m Izzati. 3 Alusi dulu ..
Okay, Izzati salah kelas ke ni ? Kenapa pandang pelik semacam ?”
Tiada
respon. Izzati pandang Zariieef. Zariiee pula hanya tersengih sumbing.
Statement tadi disambungkan. “Okay, yang sebelah aku ni, fiancé. Nama dia
Zariieef Fikri. So, you guys ?”. Kening Ziana Zain diangkat.
Semua sekali
bersorak sorai. Hanis dan rakan-rakan lain masing-masing terkejut melihatkan
perubahan drastic Izzati. Tinggi woi, macam tak caye je, macam tak caye je.
“Ha, kan aku
dah cakap, jangan judge aku dulu. Sekarang, aku dah setinggi Himi tau !”,
terselit bunga-bunga bangga di situ.
“Eleh, baru
tinggi sikit dah berlagak !”
“Eh, kau
pakai bomoh ea jadik tinggi ?”
“Ceh,
Izara.. yang kau tu tibe-tibe stylish sangat ni, kesampuk hantu mana ?”
“Amboi,
Aeril…hotel kau ade cili tak?”
“Dah lah tu,
bergaduh je kerja !”
“Eh kejap,
yang dengan Qiera tadi tu siapa hah?”
“Assalamualaikum
Izzati. Awalnya sampai !”, Nurin dah bercekak pinggang di sisi Adam. Macam tadi, yang tak tau apa-apa tu buatlah
muka okay-ni-siapa-pulak.
“Nurin !
Lambatnya sampai !”. Okay, Izzati, ni main vice versa ke apa ni huh ? Yang lain bersorak lagi sekali.
Sejak menyambut kedatang Mikhail dan Jasmin, Zharif dan Hanis, Azrin dan
somebody, Qiera dan Fareez, Dian dan Azad, Izzati dan Zariief kini meja mereka
dimeriahkan lagi dengan kedatangan Nurin dan Adam. Lebih mengharukan lagi, Arip
yang kini dikenali sebagai pemain bola sepak Negara juga berjaya memunculkan
diri bagi memeriahkan suasana.
“Aeril, to
be honest, who’s perfect idea huh ?”
“Mak cik !
Ayat macam tak sekolah. Himi lah mastermind. Kan dia hantar e-mel kat Chikeeboom”
Masing-masing
senyap sekejap.
“Serious ?
Apa kene mengena Himi dengan Chikiboom?”
“You alls,
kan identity Chikiboom’s mastermind si Minchu. Dah tak ingat jersi Himi dulu ke
huh ?”
“Owhhhhh.
Ha’ah lah.”
“Dah takyah
kecoh ! Semua ni idea Aeril dan sumbang saran si Arip ni huh ! Dah, close
chapter !”
“Okay, close
chapter ! so, aku nak tanya apa status si Azad dengan Dian ni huh ? Berkepit
dari tadi !”, Arip dah meluahkan ketidak puasan hatinya. Konon-konon tak suka
melihat kemesraan terlebih mesra Dian dan Azad.
“Hahahahaha,
diorang tu dah suami isterilah. Tulah, datang lambat ! Kan dah outdated !”,
Aeril memekik tanda padan-muka-kau-tak-tau.
“Okay,,,Aku
dah tau si Mikhail dengan Jasmin, Nurin, Azrin, Izzati ngan Qiera ni
masing-masing tunang dan bakal tunang. Counting the days, aku dapat kad punyalah.
Yang Hanis dengan Zharif ni apa pulak ? Jangan cakap kaorang pun dah kahwin !”
Hanis dah
panas muka. Yang lain terus menala pandangan ke
arah mangsa soalan Arip. Sememangnya sejak dari mula lagi mereka tidak
bertanya status diri masing-masing, Cuma Arip je yang terlebih laser tanya
setiap sorang. Hanis pandang Zharif yang sedang buat muka selamber di sebelah
Aeril.
“Erm,
kitorang kawan je”, Zharif bersuara bersahaja sebaik saja terpandang akan wajah
kelat si Hanis.
“Kawan je ?
Tapi takkanlah….”, Qiera pula dah buka aura Detective Conan.
“Ye, kawan
since kat UPSI. Dengan Mikhail sekali. Lepas tu, satu UPM pulak. Sebab tu
kitorang kind of best friend lah.”, Hanis acah-acah yakin. Muka pula dibuat
setaraf tak-nak-caya-tanya-Mikhail.
Mikhail
hanya angkat bahu sambil tersengih serba salah. Dalam hati, ‘nak bagitau ke
tanak. Bagitahu, tak bagitau, bagitau, tak bagitau. Okay, tak bagitau !’
Hanis
berdiri sekejap. “Could you guys just stop talking about me. Super tak best.
Lagi-lagi bab macam ni. hurting you know. So, let us find out more about
Fareez,Adam and Zariief and certainly not my Zharif.”
“Not ‘my
Zharif?’ My huruf besar !”, Aeril buat muka hah-baik-kau-cakap.
“Okay,
typical problem. Dah,,,,,, penat aku cakap dengan korang. Si Zharif ni pun
satu, acah-acah pekak pulak.” Hanis mendengus geram sambil pandangan mata
dihalakan tepat ke arah Zharif. “Sorry
lady.” ‘Hah, tu jelah Zharif tau !’.
“Dah-dah la,
kesian Hanis. So Qiera, kau macam mana boleh dengan Fareez pulak ni ?”
“Herm, aku
pulak ah victim ni? Aku..Aku… Alah, mase study medic dekat Edinburgh dulu,
kitorang tunang. “
“Fareez kata
tadi dia pandai main gitar tau.”
“Oh yeke? Zariieef
pun sama. Wah ala-ala hipster lah diorang ni?”
“Nampaknya,
tunang si Izzati dengan Qiera ni sama tapi tak serupalah?”
Dalam hati
Qiera, ‘Never judge a book by its cover, man. He mights look alike but I don’t
think they’re the same man indeed. Just close the chapter. Just let me be the
one who know the real Muhammad Fareez Afham.”
“Qiera dah
start tersengih tu apehal ? Berangan ?”
“Eleh Aeril,
nak carik pasal je kan !”
Hampir dua
tiga jam juga mereka berbual tak ingat dunia. Pelabagai jenis cerita dikongsi
bersama. Sebaik saja azan Asar berkumandang, kesemua mereka segera menyerbu
ke arah surau yang telah disediakan
tidak jauh dari ballroom tersebut. Aeril menjadi imam. Masing-masing seperti
berada di awing-awangan tatkala mengenangkan
pertemuan tersebut. Macam pelik kan ? Dah 10 tahun berlalu, tapi
riuhnya, mesranya macam setiap hari jumpa. Well, itu namanya kuasa Allah….
*****
“Eh Hanis,
kau buat ape sekarang?”, Qiera yang sejak tadi sibuk bertukar-tukar pengalaman
dengan rakan sekelasnya baru berkesempatan untuk bersua kembali dengan Hanis.
Sebuah kerusi berwarna merah terang ditarik bagi menyertai Hanis yang sedang
menghirup perlahan jus di tangan.
“Lecture kat
UPM. In progress nak dapat Prof kau tau tak ! Haha”.
“Owh,
Alhamdulillah. Aku baru habis study kat Edin. Medical.”
Hanis
menghalakan tangan ke arah Fareez yang
kelihatannya sedang seronok melayan kerenah anak-anak teman mereka. “Kau dengan
dia bila ? Tak sabar nak makan nasi minyak !”. Qiera di sebelah dah terjegil
biji mata. “Uish gila? Nanti-nantilah. Kau ni merepek betul !”
Hanis ketawa
mengekek sebelum menyambung syarahan pendeknya. “Eleh, benda baik tak baik
delay tau. Lepas ni, kau terus kerja ke ?”
“Tak. Next
month graduated.Tengok ni ha.” Skrin telefon bimbit disentuh sebelum skrin
tersebut memaparkan kenangan indah Qiera ketika di London dulu. “Untungnya
dapat study Edinburgh. Just like your dream ! “.
“Alah.
Jangan nak touching-touching. Tak best. Nanti kenduri aku kau datang ea?”
senyuman simpul Qiera makin tersimpul-simpul pada anak mata Hanis. “Maksud kau
? Mestilah ! Aku nak duduk kat meja beradap okay ! Nak makan sedap-sedap.”
“Eish, nak
makan sedap, jadi pengantinlah !”
Hanis dan
Qiera mengekek bersama. Baru sekejap tadi Hanis melepaskan keseronokannya
bersama Nurin, Izara dan Izzati. Kini di sisinya, Qiera. Oh, kelakarnya mereka
semua !
******
Tepat jam
6.00 petang, setiap daripada mereka mula mengatur langkah pulang. Tambah
mengejutkan apabila Azad memaklumkan penghijarahan mereka yang bakal menetap di
Tanah Semenanjung mulai hari tersebut. Tambah mengejutkan lagi, Azad juga bakal
menjadi salah seorang pelajar Tun Habab yang menabur jasa dan bakti di sekolah
tempatnya menimba ilmu dulu. Oh hebatnya !
Sedang Hanis
ralit bertukar-tukar kata perpisahan dengan teman persekolahan, Zharif datang
mendekati. “ Okay, I should go now. Nanti tak sempat pulak.”
“Hah ?
Aktiviti Rif start pukul berapa ?”
“Esok
pagilah. Office hour.” Jam tangan yang melilit pergelangan tangannya dilihat
sekejap. Tidak lama kemudian, muka okay-Hanis-selamat-berpisah mula tergambar
di wajahnya. Hanis yang sememangnya dah
faham maksud tersirat di sebalik muka tersebut terus mangganguk faham sebelum
menghantar kepulangan Zharif dengan pandangan saja. “Haik Hanis ?! Pandangan je
? Take care, bye, see you soon takde ke ?! Ape daaa “ Aeril yang sejak tadi
memerhati menyergah dari belakang.
“Bisinglah
kau !”. Hanis mengejek geram. ‘Tak boleh aman langsung dengan si Aeril ni !’.
Mujur, Qiera yang sememangnya mempunya aura
kau-mintak-maaf-dengan-Hanis-sekarang sudah mendekati mereka. Aeril dibiarkan
terpinggir ke tepi. Nurin dan Izzzati turut menyertai mereka berdua.
“So, korang
nak balik?”
‘Yelah,
takkan nak sewa hotel kat sini pulak. Eh Hanis,
kau dah tak jumpa best friend kau lagi tu kan ?”
“Amboi
Izzati, ayat macam nak kena lempang je… Herm, tahun depan jumpalah.”
“Alah
Hanis,, sekarang dah bulan 9. Cool ah. “ Qiera tersengih sendiri.
“Herm,
korang kene jadik best friend aku balik semula sementara diorang takde !”
Serentak.
“Okay, set !”
THE
END OF REUNION
PMR BADGE98 SMK TH at HOTEL MAYA
Labels: Aeril, Arip, azad danial, Azrin, dian amanda, Fareez Afham, Farhanis Ayuni, Firash Ikhwan, Himi, Izzati, Jasmin, Mikail, Nurin Dalia, Qiera Qalisha, zariieef, Zharif
|
Chapter 1 (London Story About Hanis, Mikhail, Zharif and Ariel ) Saturday, 9 November 2013 | 0 Comments

| a b o u t ; ![]()
| s t u f f ; ![]()
|
b i a s ; ![]() |