D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 1 (London Story About Hanis, Mikhail, Zharif and Ariel )
Saturday 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 1 (London Story About Hanis, Mikhail, Zharif and Ariel )

Kamera Nikon DSLR  Z4 itu disangkut di leher. Langkah kakinya semakin laju bagi menyaingi sekumpulan burung merpati yang mula bertenggek di atas bangku panjang itu. Beberapa kali juga bunyi ketikan daripada kamera tersebut didengari oleh Zharif. Sesungguhnya, gadis yang sedang berdiri di hadapannya  sungguh tidak terkata jakunnya. Mungkin ini kali pertama gadis itu menjejakkan kaki di bumi London yang sering menjadi bualan penduduk di tanah tumpahnya darah kelahiran mereka. Berbeza dengan Zharif, dia sendiri sering ke London atas urusan perniagan yang dijalankan oleh ahli keluarganya itu. Bagi dirinya, kota London yang dibanggakan itu hanyalah diibaratkan sebagai rumah kedua baginya. Sungguh tiada apa-apa yang dapat menarik minatnya sepertimana yang sedang dihadapi oleh Farhanis Ayuni yang dikenalinya di UPSI beberapa tahun yang lalu.

“Udah-udah lah tu , mak cik oii . Dah berapa jam kau kejar burung tu.Aku nak balik hotel dulu. Kang mengamuk pulak Mikhail kat sana,” Zharif mula melontarkan volume rendahnya. Hanis yang sudah kepenatan itu segera menoleh dan merebahkan dirinya di atas bangku yang sedang diduduki oleh Zharif. Bergegar sekejap bangku yang hanya dibina menggunakan beberapa batang ranting kayu itu. Mujur jangka hayat bangku itu masih lagi mampu bertahan. Jika tidak, mahu wassalam dibuatnya.
Sambil terseyum sumbing, Hanis mula memandang tepat ke arah Zharif. Lagaknya tidak ubah seperti helang yang sedang memasang niat untuk  menelan mangsanya . Tidak lama kemudian, Hanis mula bersuara “ Kau balik lah dulu. Banyak lagi aku nak buat. I’m still full of passion  ! “.
“Humph, aku tau. Tengok dari sikap jakun kau tu pun aku dah boleh agak”. Zharif mula mengekek sendirian tatkala mengenangkan sikap keanak-anakan Hanis sebentar tadi. Mahu sahaja dia merakamkan aksi tersebut untuk di-upload di laman Instagram miliknya. Hanis pula sudah mula menarik muncung sedepa. ‘ Kurang asam punya budak ‘- gumam Hanis sendiri.
Belum pun sempat Hanis membela dirinya, Rif sekali lagi bersuara. Namun, nadanya pada kali ini kedengaran agak tegas.
“ Kau tau tak, dulu, aku selalu datang sini dengan Ikhwan. Dulu, aku dengan dia dah macam spouse. Kat mana aku pergi, mesti dia sibuk nak ikut. Kadang-kadang, rasa rimas pun ada. Tapi nak buat macam mana. Kalau bukan kawan yang susahkan kita, siapa lagi yang nak susahkan kita. Am I right, dear prof ?”
“Hurm, prof to be. Kata tadi nak balik sangat. Pergilah. Nanti mengamuk mamat hati tisu tu nanti. Bye ! “. Dengan langkah panjang, Hanis segera berjalan menjauhi Rif. Dia sebenarnya sedang berusaha untuk melancarkan mogok setaraf Syria disebabkan oleh sikap Rif yang terlepas kata sekejap tadi. ‘Merajuk pulak dah budak ni. Haih, sabar je lah aku Hanis oi’ , Zharif mula mengatur langkah ke hotelnya. Risau dia memikirkan keadaan Mikhail, teman baiknya yang ditinggalkan keseorangan di hotel tersebut. Dah la budak tu tak reti discover London ni. Mati kataklah kau kat bilik tu , Mikhail oi !
****
Sambil melilit kembali tudungnya yang sudah hampir hilang letak duduknya, Hanis mula melangkah ke  arah  satu lagi pusat tarikan utama di Kota London. Menurut kata Rif dan Mikhail, tempat itu merupakan satu-satunya tempat yang perlu dilawati oleh Hanis sebelum mereka pulang ke tanah air pada hari Rabu depan.  Tip Top  ! Menarik ! 5 stars katanya ! Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Hanis melemparkan kamera DSLR Z4 miliknya itu ke  arah Rif dan Mikhail yang sewenang-wenangnya melawat Menara Jam Big Ben itu semasa Hanis meluangkan masa melawat Perpustaakan yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan mereka. Bukan sahaja tidak reti menunggu, bahkan tidak  reti mengajak juga. Akhirnya, Hanis sendiri perlu berusaha menjelajah  bagi melihat sendiri keunikan dan kecantikan Menara Jam Big Ben yang dikatakan sebagai menara jam berdiri bebas yang ketiga tertinggi di dunia ini.

Sedang ralit Hanis melihat menara yang terletak di hujung utara Istana Westminster itu, dia mula mengeluarkan kamera kesayangannya bagi mengambil beberapa gambar sebagai kenangan penjelajahannya ke menara yang sudah hampir berusia 154 tahun itu. Selain itu, gambar-gambar itu juga akan dihantar melalui e-mel kepada rakan-rakannya yang tidak dapat turut serta dalam projek pada ketika itu. Tiba-tiba, keasyikan dan kedamaian yang sedang dinikmati oleh Hanis mula diganggu apabila mukanya disapu lembut oleh sehelai kertas yang berterbangan di ruangan angkasa  . ‘ Bertuah punya manusia. Perosak alam betul. Sampah buang dalam dustbin lah !’ bentak Hanis yang sedang diamuk kemarahan. Pantang dirinya terpandang akan perkara sedemikian rupa berlaku di hadapan matanya sendiri. Mahu saja dia menggigit-gigit rakus tangan si pelaku aktiviti tidak bertanggungjawab itu. Biar hilang semangat si pelaku yang suka membuang sampah secara tidak beretika itu.

Tiba-tiba, tanpa guruh, tanpa ribut. DUSH . Hanis jatuh terduduk. Kebas di punggungnya masih terasa. Manakala mangsa yang lagi seorang itu pula sedang menggosok-gosok dahinya yang kesakitan kesan berlanggar dengan kamera kesayangan Hanis yang keras itu. Pada pandangan Hanis, mangsa di hadapannya itu juga tidak kurang hebat gaya jatuhnya. Menyerupai gaya James Bond yang jatuh mendadak dari tingkat 3 akibat dikejar oleh Spiderman dalam filem James Bond 3. Sungguh bergaya , ala-ala arrogant. Eh , sekejap, ada ke scene  tu ? Ah, tidak, hentaman kuat yang dirasakan oleh Hanis sudah memutuskan fius kewarasannya buat seketika.
“ I’m so sorry miss. This would not happen if I keep my eyes on the road while crossing. This is all my fault “. Wajah lelaki yang serba salah itu mula menimbulkan satu riak berbeza dalam diri Hanis. Apa yang pasti, dia yakin lelaki itu bukan warganegara orang putih. Kulitnya yang biasa-biasa itu jelas menunjukkan dia merupakan warga kelahiran Asia. Ya ! Tiada musykil lagi.
“ Its okay. You don’t mean it right. No hurt feeling”, sambil melemparkan senyuman yang semanis gula doublemint, Hanis mula melangkah meninggalkan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Tingkah laku Hanis yang meninggalkannya begitu sahaja menimbulkan perasaan curiga dalam diri Aeril. ‘Macam pernah nampak’ – keluh hati Aeril. Namun, belum pun sempat dia memanggil gadis tadi, bayangnya sudah lesap entah ke mana.

Labels: , , ,