D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 8 (Hanis, Zharif n Mikail story about Ungu’s crush and advisor )
Saturday 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 8  (Hanis, Zharif n Mikail story about Ungu’s crush and advisor )

Baju lengan panjang jenama Geek itu menjadi pilihannya pada malam itu. Meskipun dalam keadaan musim sejuk, baju itu masih selesa dipakai . material kain tersebut yang sedikit berbulu menyebabkan si pemakai akan sentiasa berasa selesa dan hangat. Tudung bawal berwarna merah jambu cair itu juga sudah lengkap dililit ke kepala. Bezanya pada malam itu, tiada lagi cekak rambut comel yang dikenakan di atas selendangnya. Sesungguhnya tempoh 15 minit yang diberikan oleh Zharif telah menjadikan penampilan Hanis begitu biasa. Terlampau tiada gaya !
Tok ! Tok ! Tok ! Matanya mencerlung jam di tangan. ‘Herm, tak terlambat walau satu saat pun ‘- sempat lagi Hanis membuat penilaian daripada mata kasarnya. Dengan kadar segera, dia mula mencapai telefon Tomatonya lalu menerjah keluar dalam keadaan tergesa-gesa. Dia masih ingat pesan ibunya pada suatu ketika dulu,
‘Biar kita tunggu orang, jangan sampai orang tunggu kita. Tak baik’
“Wah, mak cik ! Cantiklah kau.” Mikhail masih lagi dengan lawak jenakanya yang kadang-kala mampu membuatkan isi perut Rif dan Hanis hampir terburai keluar disebabkan ketawa yang melampau.
“Dah tu ?  Kau kenyang ke ? Kalau kenyang takyah ikutlah ,” sambil menjelir lidah ke  arah Mikhail, Hanis mula mengatur langkah mengikut Zharif yang sudah jauh ke depan. ‘Lapar sangat lah tu ‘-gumam Hanis.
Setelah memesan makanan masing-masing, mereka mula membuang pandang ke  arah pelanggan lain. Seronok sangat agaknya melihat gelagat warga negara orang putih itu.Mikhail yang mula berasa bosan bertindak melontarkan vokalnya dalam keadaan yang terkawal, bimbang sekiranya suaranya bakal menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati dalam kalangan pelanggan di hotel bertaraf lima bintang tersebut.
“Wei Hanis, kau ni, dari masa kat U dulu aku tengok tak pernah pun berenggang dengan phone tu . Kau dah ada bf ye ? Dah la tu, tak nak bagitau aku pulak. Sampai hati kau .” Mikhail mula merenung tajam ke  arah telefon yang berwarna hitam bersarungkan plastic yang amat comel rekaannya. Dia mula berasa musykil melihatkan gelagat Hanis yang sememangnya tidak pernah berjauhan walau satu radius pun dengan Tomatoes canggih itu.
Dalam waktu yang sama soalan cepumas yang diterima Hanis itu hampir sahaja membuatkan Zharif dan Hanis terbeliak biji mata. Eh kejap, kenapa dengan Zharif ? Bukankah soalan itu hanya menyebut nama Hanis ?
Ah ! Tidak, soalan mamat litar pintas itu perlu segera diabaikan. Mengeruhkan suasana sahaja.
“ Kau dengan Zharif macam mana ?” sungguh bijak Hanis mengubah topic perbualan.
“Hurm, Rif aku tak taulah. Yang pasti, aku ni …………kau tau-tau lah kan. Ada ke yang nak ?”
“Alah, kau tu yang gedik terlebih dos agaknya”
“Memang pun, Mikhail tu bukannya tak laku. Sengaja nak cari model setaraf Amber Chia tu hah.” Zharif juga mula melibatkan diri dalam perbualan yang pada mulanya hanya melibatkan dua penjuru itu sahaja.
Habis berderai ketawa ketiga-tiga mereka. Tanpa diminta, ingatan Hanis berputar sekali lagi.
***
10 tahun yang lalu, Hanis hampir sahaja melanggar pelajar lelaki Sekolah Kebanggasaan Tajul yang berdiri di hadapannya itu. Sudahlah sesak, sempat lagi kanak-kanak tu bergurau senda di bawah sinaran matahari yang terik itu.  Sungguh minta penampar free. Nurin dan Izzati yang masih lagi jauh dibelakang dijeling tajam.
‘Lagak jalan tak ubah macam itik pulang petang’, -gumamnya dalam hati.
Selepas berapa lama berdiri ibarat patung lilin yang dijemur bagi melalui proses pengeringan itu, barulah Hanis berpeluang memasuki bas sekolah yang sudah lama terlebih kapasiti. Jelas lagi nyata, tiada lagi reserved place untuknya.
Yang menambahkan lagi darjah kepanasan di dadanya pada ketiku itu ialah kelakuan dua orang manusia yang sedang bergembira menikmati kenikmatan suasana, kelihatan Aeril dan Adam sedang bersenang-lenang menduduki kerusi kesayangan Hanis yang terletak paling hujung di dalam bas tersebut. Sungguh , mahu saja Hanis mencampakkan beg-beg yang menghiasi bangku kosong tidak bertuan itu. Tidak fahamkah mereka bahawa Farhanis Ayuni bte Zikri itu sedang dihambat kepanasan ?! Sedang dihambat kepedihan ?! Sedang dihambat kepenatan dan segala macam kekeliruan yang sememangnya hebat menghambat. Ah tidak ! Litar pintas di otak Hanis berlaku lagi.

Bagi menambahkan lagi effect kepanasan yang dirasakan, tanpa sebarang signal mahupun honk, Uncle yang sememangnya busy memandu bas mula membelok ke kiri. Serentak, semua kepala turut beralih ke kiri. Tidak cukup dengan itu, setiap barang dan juga beg yang diletakkan tanpa sebarang penjagaan yang rapi telah juga telah beralih ke kiri. Tidak terkecuali, Debuk ! Sah, lagi nyata. Dengan begitu cantik moleknya, beg yang bercorak serupa baju askar itu telah pun mendarat dengan sopannya di atas kepala Hanis.
‘ Cis, beg siapa pulak ni ?’-keluh Hanis di dalam hati. Tanpa menunggu walau sesaat pun, kepalanya laju ditolehkan ke belakang. Jika diikutkan niat hatinya yang sedang diamuk kemarahan itu mahu saja dia menghamburkan pelbagai jenis kata nista kepada sang durjana yang sememangnya cuai tahap kod merah. Ya, sungguh marah manusia yang bernama Farhanis Ayuni pada ketika itu.
Namun, suasanana yang dijangkakan akan berubah setaraf perang Dunia kali ke -2 itu terus lesap entah ke mana. Mungkin ke timur, ntah-ntah ke Barat. Biarlah, Hanis sudah tidak kisah. Ya, itu dia. Penangan sengihan yang terlampau biasa-biasa. Terus cair ais kemarahan yang terletak setinggi Menara Eiffel. Malahan, menara kemarahan yang baru sahaja terbina sekejap tadi telah pun bertukar menjadi Tasik Kenyir.  Sungguh haru. Sungguh buat malu. Sesungguhnya, otak Hanis sedang mengalami masalah litar pintas yang serius.

“ Hanis ! dah kenyang berangan ?” Zharif mula merenung wajah Hanis yang sememangnya suka termenung tanpa mengira waktu dan tempat.
Tika itu juga, ingatan Hanis masih lagi berputar perlahan. Seingatnya, semenjak peristiwa itu, habis semua rakan-rakannya menggelarkan dirinya sebagai Ungu. Dan secara tidak sengaja juga, Hanis mula menerima bebelan dan kemungkinan sekali nasihat daripada seorang penasihat yang tidak berdaftar . Mengenangkan peristiwa itu, mulutnya laju saja meluncur.
“Advisor…”
“Hah ? sape? Kau nak advise sape ?”
“Nis, are you totally okay ? I’m just very curious about your condition”.
“Dah sasau ke kau ni Nis ?”, Mikhail membuat kecoh lagi.
Tanpa mempedulikan renungan yang penuh dengan tanda tanya itu, Hanis menguis-nguis Cheese Carbonara di hadapannya lalu menyuapkan spaghetti tersebut ke dalam mulutnya dengan penuh selera.
“Makanlah. Nak tunggu aku suap ke apa ?”.
Zharif berbalas-balas pandangan dengan Mikhail. Tanpa menunggu walau seminit pun, Mikhail telah pun mengangkat bahu lalu dengan rakusnya mencapai Tomatoes Freezy Spagety di hadapannya sementara Zharif pula mula menikmati Seafood Scrumble yang dipesannya tadi.


Labels: , , ,