![]() © Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 11 ( Nurin and Izzati in the same hospital ) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter
11 ( Nurin and Izzati in the same hospital )
“Dah berapa
lama ni ,dik ?”. Dr Nurin mula meneliti fail berkulit hitam yang diberikan.
Stetoskop yang tersangkut di telinganya tadi diletakkan ke leher. Matanya
begitu tekun melihat bait-bait ayat yang tertulis di dalam fail itu. Beberapa
penambahan ayat juga telah dilakukannya. Pen bermata bulat yang tersangkut di dalam poketnya juga
ditarik bagi menurunkan tandatangannya ke atas kertas kajang berwarna biru laut
itu.
“Okay ,
macam ni dik. Dalam masa seminggu, kalau sakit tak reda lagi. Tolong refer saya
balik okay. Ubat ni makan bila perlu.”
“Doc, teruk
sangat ke sakit saya ni ?”
“Owh tak.
Cuma kekejangan sikit aje.. Effect of contraction and relaxtion during
menstruation. Normal ni.”.
“Okay doc.
Nanti kalau ada apa-apa saya datang sini lagi”.
Fail tadi
ditutup. Matanya ditujukan ke arah jam
digital yang terlekat di dinding biliknya. Hampir menginjak satu tengah hari.
Izzati masih lagi belum muncul seperti biasa. ‘Mesti ramai patiance’-gumamnya
sendiri. Bagi mengisi masa yang ada, Nurin membuka laman sosial, Chikiboom menerusi komputer yang berwarna biru laut di
hadapannya. Laman web Chikiboom sememangnya semakin mendapat tempat di hati
pengguna. Laman web tersebut telah dicipta oleh seorang pelajar lepasan
universiti dalam negara yang berusia 25 tahun sepertinya. Namun, identiti si
pencipta masih kekal rahsia. Hal ini berpunca daripada tindakan si pencipta
sendiri yang hanya menggunakan nama Minchu sebagai nama komersialnya. Manakala
wajahnya pula sering diselindungkan di sebalik topeng yang menyerupai Batman,
watak superhero yang diminati ramai pada suatu masa dahulu.
Setelah
memeriksa peti masuk Chikiboom miliknya, Nurin mula mengisi jadual hariannya di
dalam petak yang disediakan. Sememangnya laman web yang baru dicipta itu amat
memudahkan tugasnya. Laman web itu juga telah menggantikan laman sosial
Facebook, Myspace, dan laman E-mel sendiri. Kini, laman Chikiboom dan Instagram
lebih digunakan ramai. Namun begitu, jauh di sudut hati Nurin, dia masih lagi
musykil dengan tindakan aneh si pencipta yang seolah-olah sentiasa berahsia.
Malahan, nama laman web yang dicipta juga sungguh aneh. Sememangnya, si
pencipta laman web berguna ini seorang yang Pelik !.
“Hye doc !
Dating jom.” Izzati mula menjengah ke muka pintu. Sebaris giginya yang putih bersih ditayangkan
di hadapan Nurin. Mungkin sekali Izzati sudah salah sangka dengan kerjaya
Nurin. Sememangnya, Izzati salah wad !
“Herm, nasib
baik tak berjanggut aku tunggu.” perli Nurin
Kedua-dua
sahabat itu berjalan beriringan ke kafe. Walaubagaimanapun, tak sampai 6 saat
mendaratkan kaki ke tingkat 3 hopital itu. Mereka berdua mula terdiam. Mulut
pula ternganga besar. Sesungguhnya kawasan cafeteria itu telah pun sesak dengan
pelbagai jenis manusia yang mula menggamit kehendak anak tekak mereka. Jelas
lagi nyata, tiada lagi ruang untuk kedua-dua orang doctor muda itu berhimpit
sama. Dengan langkah yang longlai, Izzati dan Nurin mula bergerak ke kawasan
parkir untuk mengambil kereta.
Labels: Izzati, Nurin Dalia |