![]() © Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 29 ( 10 years to be ? Hanis, Zharif, Hanis, Qiera, Nurin, Jasmine, Izzah, Izara ) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter
29 ( 10 years to be ? Hanis, Zharif, Hanis, Qiera, Nurin,
Jasmine, Izzah, Izara )
Tik tok tik
tok….Jam telah menunjukkan jam 4.25
petang. Hampir sejam lebih Jasmine dan Hanis mengenang masa silam. Mangsanya?
Haih tak lain tak bukan, Zharif dan Saralah yang terpaksa melayan kerenah dua
orang manusia yang sakan tak ingat dunia tu. Siku dah bengkok 180 darjah dek
berteluku di atas bangku kayu beralas nipah , punggung pula dah berasap-asap
akibat duduk dalam keadaan yang terlalu lama. ‘Fuh, Elak nak meletus macam
Gunung Tambora je ni . Gunung Tambora ? Alah, salah satu gunung berapi paling dasyat
kat dunia, pernah meletus tahun 1815, lebih dari 80,000 orang juga yang
terkorban. Wah, dasyat sangat kau Zharif ?’.
Akhirnya,
setelah sekian lama, dan sekian tahun juga mereka menjejak kasih, sedar juga
dua insan tu. Kata-kata selamat pulang mengiringi langkah Hanis. Ala-ala
peserta AF yang terpaksa berangkat balik akibat nyanyian yang kurang nak mantop
! Tak cukup lunak, tak cukup merdu, tak cukup garam, tak cukup gula, tak cukup
pak aji dan tak cukup rasa. Dalam hati, jangan ditanya macam mana Zharif dan
Sara nak bersorak riang. ‘ Dah selamat pun bala’-bisik Sara kat telinga Rif.
Terbeliak sekejap mata Rif. ‘Biar betul budak ni. Bravo benor?’.
“Macam lost
and faun”. Enjin dihidupkan. Vroom vroom bunyinya. Zharif sempat lagi menoleh
ke arah Sara yang dah selamat amik
posing terbaik nak melelapkan mata. Penat buat test tadilah agaknya.
“ Of course
! 10 tahun hilang jejak. Lu adaa ? “, kening diangkat. Mata dibesarkan setaraf
tweetfamous veteran, Adaa Syada. Sesungguhnya, aura bravo Hanis dah kembali.
“Ceh, sedap
bahasa, lecturer ? Tadi amenda yang korang citer. 10 years to be ? Binatang
spesies mana tu?”
Hanis
tergelak. ‘Gila mamat ni. Bahasa bukan main cantik. Dekan saman kang, baru tau.
Taulah dia ni bukan lecturer BM macam si Mikhail tu’. sempat lagi bisikan
sehebat syaitan laknatullah menerjah Hanis. Melihatkan respon Zharif yang masih
ternanti-nanti, Hanis bersuara. “ Hurm, unidentified speicies. Dah lah, drive
diam-diam. Aku penat nak membebel.”
“Ceh, penat
nak membebel ? Bukan dah jadi hobi ke ?,” Zharif malas nak layan. Orang serius,
dia boleh buat sambal belacan je. ‘Haish, tak nampak ke dia aku tengah bosan
tahap kod merah ni?’
Hanis buat
dek. Dia memang penat. ‘Hobi ? amboi kau, ingat aku Hajah Radhiah ke ? Eh
Hanis…………………………………………………….Astaghfirullahaladzim !’. Dalam masa yang sama, Hanis
sendiri masih tak dapat nak erase kenangan 10 years to be dari kotak
ingatannya. Dia ingat lagi. Segala-galanya dah menerawang di angkasa. Hanis
berangan lagi !
10 tahun
lepas………………… 24 Oktober 2013.
Nurin leka
menghadap timeline Twitter. Mata yang dah nak tertutup dibiarkan tak berlayan.
Tangannya laju menaip tweet terbaru. Malam tu, ramai betul student yang duk
melepak membazir masa berkongsi kisah hidup. ‘Nak pergi tandas pun nak tweet ke
? Hampeh punya kaparat !’. Tiba-tiba, jeng jeng jeng jeng !!
@_Farhanis
10 tahun depan nak jadi ape ?
10 tahun depan nak study kat mana?
10 tahun depan nak buat ape2 je lah kan..
Esok semua orang aku tanya !:)
‘Eh, Hanis ni kenapa ? Nak jadi mastermind ke ape ? Sibuk nak
meramal ?’. Nurin menaip tweet balas. Tanpa disangka, Aeril yang turut berada
di laman Twitternya juga sedang sibuk menaip tweet untuk Hanis. Masing-masing
memerli. Si Aeril lagi melampau tahap gajah duduk, ada ke patut dia suruh Hanis
terus kahwin je 10 tahun akan datang. Ceh, hampeh kau Aeril.
Esoknya,
seperti yang telah dijanjikan oleh Hanis, setiap rakannya menerima soalan
cepumas. Hanis hanya tersenyum kambing tatkala menerima persoalan yang lebih
kurang sama daripada mangsa-mangsanya.
Kau nak buat apa ni ?
Ya, Hanis
dah agak. Jawapannya ? Tetap dengan senyuman kambing yang melekat bagai digam
Cap Gajah di bibirnya. Mangsa pertama, Nurin Dahlia Nadirah .
“10 years to
be…Cita-cita ? Nak kerja mana ? Nak jadik apa ?”. Hanis dah bersiap sedia
dengan buku nota dan pen biru jenama Faster miliknya.
Kening Nurin
terjongket. Muka mengalahkan Si Bakhil
diminta bayar derma. Terkejut macam nampak Godzilla ! Herm, dah agak ! Mulutnya
meluncur laju menyampaikan segala niat dan hasrat yang disimpan untuk 10 masa
tahun akan datang. Sesi soal jawab yang menakutkan itu tamat juga apabila Izara
turut menyertai mereka.
Soalan yang
sama diajukan. Macam dijangka, kening Ziana Zain juga yang diterima oleh Hanis.
‘Apa pelik sangat ke soalan aku ni ? Bukan aku tanya soalan masa diorang dalam
perut pun @_@’ Hanis mengeluh perlahan.
Habis berderai hilai tawa mereka bertiga tatkala mendengarkan hasrat si
Izara. Ntah apa yang lawak sangat,
Lepas
seronok berpesta soalan di kantin, pelajar tingkatan 3 yang baru selamat
menjalani Peperiksaan Penilaian Menangah Rendah beberapa hari lepas diminta
untuk berkumpul di dewan. Penilaian Menengah Rendah ? Oh ya, Hanis dan
teman sekutu yang sempat melihat dunia
pada tahun 1998 sememangnya calon terakhir yang sempat melihat logo PMR. Wah,
riak bangga mula mekar di taman. Pantang ditanya, pasti dengan laju roller
coaster je mereka mengaku menjadi mangsa PMR !
“Jasmine
dengan Izaa tak nak tanya ke ?”, Nurin berbisik kepada Hanis, maklumlah, Izzati
tak datang. Kerancakan perbualan tu terhad !
“Boleh
jugak, jom !”. Kaki dilangkah laju. Tak sabar nak jadi klon Kiah Propa. Cuma
bezanya, hilai tawa Hanis jauh lebih ayu dan sopan. Eh, betul ke ?
Kening Ziana
Zain diterima lagi. “Haish, apa faymous sangat ke kening macam tu ? Takde
kening lain ke nak bagi ?”. Hanis marah. Geram melihat reaksi yang sama sejak
tadi. Tu belum nak cerita gaya mulut masing-masing. Bentuk bulat yang nyata,
oval, sfera, separuh bulat, malahan yang berbentuk irregular pun ada. Sungguh
haru.
“Soalan u
olls pelik semacam. Nak buat apa ? I tak sukalah nak meramal”, laju je Izaa
menjawab. Macam jawab Bahagian D dalam paper Bahasa Melayu. Jasmine pula lain
cerita. Respon positif terus diberi. Macam-macam cerita luar alam yang diambil.
Nak kahwin macam itulah, nak tema macam inilah, nak suami macam sanalah, nak
kereta macam situlah. Semua benda dia describe. Izaa jadi excited. Tangan
diangkat laju-laju. Gaya tak sabar nak menjawab soalan yang diajukan oleh Hanis
dan Nurin jelas terserlah.
Sambil
bercerita, Nurin turut menyampuk sama. Nak tambah perisa konon-kononnya.
Barulah bravo ! Akhirnya, sesi soal jawab selesai. Segala-gala yang diceritakan
selamat dicatit oleh Hanis. Buku biru bergambar kartun itu disimpan ke dalam
beg. Beg coklat bertali panjang itu pula tak lepas dari pandangan. Mengalahkan
orang pegang soalan SPM. Confidential tahap kod merah !
“Hanis nak
buat apa ? “, Jasmine bertanya lagi. meskipun selamat menjawab, riak gusar dan
musykil dalam hati masih bersarang. Malahan, makin beranak pinak.
“Wait and
see. Around 6 months or maybe 1 month, kita bagitau ea.” Senyuman susu Cap Teko
dilemparkan.
“Hanis !
Lamanya ? Alah, kita tak nak terlibatlah. Takutlah. Dah la cerita pasal future.
Nanti kalau jadi betul-betul macam mana ?” Izaa memberontak. Tapi takdelah
seganas Israel yang sesuka hati je nak mengebom sana sini. Izaa masih jinak,
masih terkawal. Serentak dengan itu,
Hanis, Nurin dan Jasmine menjerit. “Aminnnnn .”
Selepas
beberapa hari kemudian, barulah Hanis dan Jasmine berkesampatan untuk menemu
ramah si Qiera di surau. Berkat jadual yang kosong. Alhamdulillah, dapat jugak
Hanis, Qiera dan Nurin merasa pengalaman tidur berdengkur dalam surau. Aiceh,
tak bersopan sungguh. Apakan tidak, dah penat menyalin sana, sini, sinun, nak
buat apa lagi ?
“Kepala rasa
nak pecah. Ngantuk yang amat ni”, penuh propa Hanis mengadu. ‘Nak tidur kat
surau tu cakap je lah terus-terang. Nak mengeluh berbakul-bakul konon.’- Qiera
berbisik sendiri. Sedangkan dalam hati, jangan ditanya betapa berhasratnya dia
nak melabuhkan badan, kepala dan kaki dalam keadaan menelentang. Kasi aplikasi
sikit aktiviti regangan yang Cikgu Suriani ajar masa kelas PJ sebelum ni.
Acah-acah macam budak geek masa kelas PJ !
Zharif
menggeleng beberapa kali. Hanis di sebelah kaku tak bergerak. Hanya bibirnya
saja yang mampu mengoyak senyuman sampai ke telinga. “ Mimpi siang harilah tu.
Mengalahkan Sara yang baru 6 tahun”.
Labels: Farhanis Ayuni, izara, Izzati, Jasmin, Nurin Dalia, Qiera Qalisha, Zharif |