![]() © Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 36 (Qiera & Wiwid & Reez) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter
37 (Qiera & Wiwid & Reez)
Qiera
memeriksa jam tangannya. Dah mati. Kalau tak silap, baru sebulan lepas dia
menukar bateri jam ELLE berwarna biru itu. ‘Dah mintak yang baru kot’. Dengan
segera, laci almarinya dibuka. Deretan koleksi jam tangan menjamu mata.
Akhirnya, setelah puas memilih, jam tangan besi yang berlatar belakangkan
pemandangan London Eye diambil. Semakin panjang senyumnya.
‘ Ciptaan
Allah yang indah ini, merupakan salah satu perkara yang dapat memberikan
ketenangan jiwa yang tidak berbelah bahagi’
Kata-kata
itu terlekat kukuh dalam ingatan. First time jumpa, Qiera dah jatuh hati. Suka
tengok perwatakannya yang berluarankan seorang hipster, tadi dalaman, penuh
dengan keimanan. Semenjak itu, baru
Qiera mengenal erti pepatah ‘ Don’t judge a book by its cover’.
“Ah, sudah !
Terlambat lagi !”, Qiera terjerit kecil. Bukan main dia asyik melayan perasaan
sedangkan dirinya telah diikat dengan pertemuan yang telah dijanjikan semalam. Harini,
Qiera akan mengatur pertemuan dengan Fareez dan Wiwid. Sengaja mengajak Wiwid. Kalau
tidak, tinggal berdua je pulak, haih….Qiera tidak betah !
Radio keretanya
dihidupkan. Lagu-lagu zaman persekolahannya dulu telah pun menjadi halwa
telinga.cermin pandang belakang dibetulkan. Biar tak senget. Baru selamat nak
memandu. GPS dihidupkan. Lokasi tujuan, Taman Tasik Air Keroh telah ditetapkan.
First time nak menjajah tanah air, mana bias tak guna GPS. Bias sesat tak
bertujuan nanti.
Sedang dia
asyik memandu, lagu Pergi Tak Kembali sudah kedengaran dari corong radio. Tak semena-mena
ingatannya berputar laju. Teringat pula zaman persekolahan dulu. Zaman-zaman kalau
kita bersin, hingus meleleh tak berlap. Zaman-zaman kalau nampak benda pelik
sikit dah jakun macam cimpanzi masuk kedai emas. Zaman-zaman masa Qiera sedang
berusia 15 tahun !
Lagu
tersebut pernah menjadi lagu pilihan kelasnya, 3 Ibnu Khaldun untuk memasuki
pertandingan nasyid antara kelas dulu. Nak dijadikan cerita, kelas Alusi yang
berkumpul tidak jauh dari mereka juga dah memilih lagu yang sama. Nak buat
macam mana, kebetulan !
Time
practice, bukan main masing-masing nak tunjuk sapa hebat. Pernah jugak masa tu
kelasnya sendiri rasa macam nak
tumbuk-tumbuk je budak Alusi yang bukan main riang main dua gendang. Padahal,
cikgu dah pesan suruh share. Eish, tak ber..pe..ri..ke..ma…nu…si..a..an betul !
Paling tak boleh dilupakan, dah penat-penat setiap kelas berlatih sana sini,
boleh pulak dengan senang kacang je cikgu announce pertandingan nasyid
dibatalkan. Aiseyman ! Ni yang Qiera geram ! Nasib baik cikgu yang buat rules,
kalau student punya rules, dah kena celup Fabuloso dah masa tu. Hehehehe peace
! Qiera gurau je.
Dalam kesibukannya
memutar kenangan, destinasi tujuan sudah pun selamat menjamu pandangan. Hijau je
keadaan sekeliling. Rasa tenang. Tak hairanlah Reez ajak dia ke situ. Mesti Taman
Tasik ni dah tersenarai dalam salah satu tempat favourite Reez.
‘ Melihat dengan mata, bukan mata fizikal,
tapi mata hati. Kalau melihat dengan mata hati, barulah kita dapat discover
betapa indahnya nikmat depan mata. Lain pula kalau kita melihat dengan mata
fizikal . Apa yang ada, hanya kelihatan biasa-biasa. Ingat, bukan semua orang
sedar hakikat ni !’
Salah satu
pesanan Reez terngiang-ngiang di telinga Qiera. Tak sempat nak lock kereta,
bahunya disentuh lembut. Qiera jadi tak keruan. ‘ Nak toleh ke tak nak. Nak toleh
ke taknak.’ Qiera berkira-kira sendiri. Dalam mindanya, dia mula mengingati
formula mempertahankan diri yang sempat dipelajari daripada Dian masa di
Edinburgh dulu.
“Qiera, is
that real you?”, suara comel yang halus mula menerpa telinga. Suara yang
sungguh familiar. Qiera pusing 180 darjah. Mukanya berubah menjadi setaraf
Lindsay Lohan menang award. Bahagia tak terkira.
“Wiwid,
hebatlah ! Dari belakang pun dah kenal ke ?”, tangannya menyambut huluran
Wiwid. Wiwid dah tersengih sendiri. “Lah, kau tak banyak beza.”
Tiba-tiba,
telefon bimbit Qiera berbunyi-bunyi minta diangkat. Qiera segera menakan button
keypad unlock. Nama Reez terpampang di skrin. Laju saja jari menolak skrin bagi
menerima panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.
Reez dah kat mana ni ?”
“Wa’alaikumussalam.
Reez dah sampailah. Tapi macam tak berani pulak nak interframe. Mesra semacam
je”
“Eh, mana
Reez ?”
“Right
behind you…..Turn now”, talian telefon dimatikan oleh Reez. Qiera menoleh ke
belakang. Dup dap dup dap. ‘Fulamak, gila bravo dressing dia !’
Fareez yang
hanya berkameja T longgar dan berjeans biru tua dah pun berdiri di belakangnya.
Kira-kira 1/2 km saja jaraknya. Earphone berwarna biru muda tersangkut di
telinga. Setelah memerhati dengan betul, baru Qiera sedar bahawa Reez telah
mengenakan dua helai pakaian. Sehelai t-shirt berwarna putih telah dipadankan
dengan jaket nipis berwarna hitam. Nampak sempoi. Nampak bergaya.
“Tu ke tunang
kau ? Aiyo, banyak smart woo !”, Wiwid dah bersuara. Dia juga ralit
memerhatikan gaya pemakaian Reez. Fareez yang menyedari dirinya menjadi
perhatian kedua-dua gadis tersebut mula melangkah bagi mendekati mereka. Senyuman
semanis susu Cap Teko dilemparkan.
“Assalamualaikum.
Sorry interrupting. You guys boleh enjoy berbual lagi. Reez buat-buat pekak
okay ?”, Fareez tersengih lagi. Nasib baik benteng keimanan Qiera dan Wiwid
masih kukuh, jika tidak, mau hancur lebur mereka cair ke tanah.
“Eh, its
okay. We’re all done…. At lest, for this time being.” Wiwid bersuara bagi
menjernihkan suasana. Tak elok pula merenung anak teruna orang macam tu sekali.
Bukan muhrim ! ‘Jaga pandangan wahai Najwa Haidany !’-hati Wiwi memberi amaran
sendiri.
“So, should we
proceed ? Pergi bangku sana tu jom?”, Qiera memberi idea. Yang lain pula hanya mengangguk setuju. Langkah
kaki dihalakan ke arah deretan bangku
yang tersusun elok menghadap tasik buatan manusia itu. Ramai juga pengunjung. Maklumlah,
taman rekreai utama.
Qiera melabuhkan
punggung di sebelah Wiwid. Reez pula mengambil tempat di bangku depan. “Wiwid, kau
ape citer sekarang?”
“Herm, as
you know..Aku lecture. Kat UTAA ( University
Technology AND Automotive ). Kau apa citer pulak ? Aleh-aleh je dah bertunang. Tak
roger-roger pulak tu !” selamber je Wiwid menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Qiera
pula sudah terasa panas mukanya. Lagi-lagi bila dia menyedari yang Reez turut
mendengar sama. Mau tumpah kuah asam pedas atas muka Qiera. Panas plus pedas. Memang
berasap !
“Eleh, aku tunang
pun nak roger kau ? Kau wali aku sebelah mak ke ayah ?”
“Ceh, show
off. Mentang-mentanglah backup kat depan mata. Sah-sahlah aku tak boleh menang
!. Kau buat apa sekarang ?”
“ Baru habis
study kan ? Nak buat apa lagi. duduk rumah rest sekejap. Graduated pun belum
lagi.”
“Owh, ye tak
ye jugak. Kau ingat Arip lagi tak ?”
“Arip mana
pulak kau ni ?” Qiera dah tak senang duduk. Takut pula Reez bertukar curiga.
“Don’t worry
lah. Just talk. Reez tak kisah pun”, Fareez bersuara tanpa mengangkat muka. Tangan
pula memegang kejap Walkman kesayangan. ‘Ceh, macam tau-tau je aku ngumpat dia’.
“Aloh, Arip
budak ss2 tu hah. Jiran kau dulu tu.”
“Owh. Arip Rusydan
anak cik Seri ?”
“Yup. Dia dah
jadi player Negara terkenal tau. Comfirm kau tak tau kan. Sebab dah berapa lama
kau kat London.”
“Player ?
Bila pulak dia ni jadik playboy ? Macam tak sangka je !”
“Oit nenek !
Bukan kaki perempuanlah ! Kaki sepak bola. Jersi 20 berapa ntah, aku tak ingat.
Yang pasti ramai admires lah !”
“Owh. Aku ingat
playboy tadi. Sorry atuk ! Kau ada dengar khabar budak lain?”
“Hurm…jap..
yang aku tau Nurin dah jadi doctor sekarang. On the way nak jadi pakar kalau
tak silap. Bidang apa aku lupa pulak. Well, semenjak dua menjak ni kurang tido,
tu yang nyanyuk sebelum usia.”
“Owh really
? Tercapai jugak hasrat dia. Alhamdulillah. Yang lain ?”
“Aeril dah
owner hotel. Hotel berbintang bulan ! Hotel Maya ! Dia take over dalam 2 tahun
lepas. Kaya kot sekarang. Status pulak aku tak sure. Tak sempat nak usha.”
“Amboi
Aeril, bukan calang-calang. Kau ada jumpa dia ke?”
“Jumpa tu
tidaklah. Stalker kat laman Insta je. Handsome giler kot.”
“Ceh, kau
semua budak nak kata handsome. Ntah-ntah mat Nepal yang lalu tepi jalan pun kau
kata handsome !”
“Herm..kalau
yang kulit putih-putih tu handsome lah jugak. Yang lain-lain tu say bye je lah
!”
“Banyak
songehlah kau. Hanis macam mana ?”
“Hanis mana?
Aku macam tak berapa cam.”
“Hanis Kapak
lah !”, Qiera melayangkan tamparan percuma tepat di bahu Wiwid. Wiwid mengaduh
kesakitan.’ Gila ganas jugak budak Qiera ni !’Wiwid mendengus dalam hati.
“Woi, depan
fiancé pun nak mengganas ke ? Beragaklah wei ! Hanis ea.. Erm, aku tak tau
pulak. Dah lama tak dengar khabar.”
“Owh, apa
agaknya dia buat ek. Kata dulu nak jadik Prof Madya Dato’ Dr.”, Qiera dah
tersengih sumbing. Wiwid yang gagal memutar ingatan hanya mengangkat bahu tanda
tak tahu. Tidak lama kemudian, Wiwid meminta diri untuk membeli minuman ringan.
Sengaja memberi ruang untuk Reez berbual dengan Qiera. ‘Mati terduduk pula si
Fareez ni nanti. Aku blah dulu la’. Kaki diangkat laju. Qiera hanya mengangguk
tanda membenarkan.
Fareez leka
memandang gelagat pengunjung tasik di sana. Ada yang menjilat aiskrim, ada yang
bermain bola, tak kurang juga gelagat manusia yang sentiasa tak serik
mencemarkan pandangan murni di sekitar kawasan yang indah permai tersebut.
‘Salah satu daripada tiga cara mencegah kemungkaran adalah dengan hati.’ Fareez
menggeleng berkali-kali. Tanpa disedari, dia mula bersuara. “Haih,
selemah-lemah iman.” Perlahan saja nadanya. Mujur tidak dapat ditangkap oleh
gegendang telinga Qiera. Walkmannya
dimatikan. Fareez melihat keadaan Qiera
di hadapan.
“Hei budak.
Seronoklah dah habis study ?”, bukan main selamber lagi Fareez menyoal.
Mentang-mentanglah Wiwid sudah angkat kaki. Mentang-mentanglah dah tak bersua
muka selama setahun.
“Ceh, taulah
dia dah dua tahun graduate. Herm, tak seronok. Tak tau nak buat apa. Bosan.”
“Bosan ?
Really ? Al-Quran kat rumah dah berapa kali khatam ? Mesti dah banyak kali kan
? Tu yang dah tak terhadap.”, Fareez tersengih sebagai tanda bergurau. Qiera
100% terpukul ‘Cis, kan dah kena !’.
“Aiceh, yelah
dia menang ! Amiklah menang tu.”
“Alah, gurau
pun salah ke ? Amiklah balik menang tu. Memberi lebih baik daripada menerima.”
Qiera hanya
berdiam diri. Matanya lebih ralit melihat deretan pokok bunga yang menghiasi
suasana. Laju saja tangannya ingin mencabut salah satu bunga mawar yang
terdapat di sebelahnya. Fareez dah tersengih. Timbul lagi idea nak menyakat.
“Hah, nak buat apa tu ?”
“Nak masak
tom yam. Tak nampak ke tengah pakai apron ni?,” Qiera malas nak melayan
perangai Reez. Kalau dah sampai chapter nak membuli, memang tak ingat dunia dia
membuli. Kalau dah sampai chapter alim dia, memang mengalahkan Ustaz Don !
“Eish.. Sedap ke tom yam letak bunga ros ? Kalau
bunga kantan tu boleh lah jugak.”
“Sedap je.”
“ Eee Qiera
jangan cabutlah. Tak baik tau..”
“Alah, amik
satu je. Takkan Majlis Daerah nak marah kot. Kedekut benor !”
“Bukan Majlis
Daerah.. Tapi, kan bunga ros tu tengah berzikir. Tak payahlah dicabut. Kasihan
dia”, Lembut saja Fareez menasihati.
Qiera
tersenyum sendiri. Lupa pula hakikat dalaman lelaki yang sedang membelek jaket
hitam di hadapannya itu. ‘Aura pak ustaz dia dah keluar lah tu’. Akhirnya,
kepalanya mengangguk setuju. Dibatalkan terus hajat nak menjadi perosak alam.
Wiwid pula sudah mula mendekati. Qiera tersengih sumbing. Sengaja menarik muka
simpati bagi mendapatkan salah satu air kotak yang masih dipegang di tangan
Wiwid. Fareez pula hanya menyambut
kedatangan Wiwid dengan senyuman. ‘Baru nak cari pasal lagi. Haih, batal niat’.
Walkmannya dihidupkan semula. Lagu Found You berdentum kuat di telinga Reez.
Labels: Arip, Fareez Afham, Farhanis Ayuni, Najwa Haidany, Qiera Qalisha |