D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 37 ( Final Annual Dinner ) - all yang terlibat sebelum ni
Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 37 ( Final Annual Dinner ) - all yang terlibat sebelum ni

Keadaan di dalam dewan sudah beransur lengang. Meskipun majlis penuh bermakna itu telah lama dimumkan bersurai, masih terdapat beberapa orang pensyarah dan penuntut unversiti yang masih leka berlegar-legar di ruangan tersebut. Tidak terkecuali, Azrin dan Izaa yang sedang berdiri bersama di bawah salah satu chandelier merah yang tergantung di syiling. Kedua-duanya kelihatan sedang meneropong kawasan mencari seseorang. Gaya masing-masing tak ubah seperti lanun di dalam Pirates Of Carribean. Bezanya ? Azrin dan Izaa masih anggun memakai mascara Maybelline dan bukannya mengenakan kain hitam menutup sebelah mata sepertimana yang dilakukan oleh lanun-lanun terkenal.
“Mana Hanis ? Bayang-bayang pun takde !”, Azrin dah mengeluh sendiri. Penat pula tangannya meneropong. Maklumlah, kuasa kanta di tangan tak setanding dengan kuasa kanta teropong yang asli.
“Ntah. Dah balik ke ?” Izaa berhenti meneropong. Kini, dia hanya melihat seperti biasa. Rasa bengang mula bersarang tatkala terpandang akan beberapa orang penuntut yang sedang asyik mentertawakan mereka. ‘Ek eleh diorang ni, nak ketawa je. Bukan nak tolong cari !’.
Tak lama kemudian, Azrin dah terlompat-lompat sendiri. Gaya lompatan setaraf dengan lompatan Pangalila Rinong yang ingin membuat terjunan. Izaa dah panik. ‘Dah, kenapa si Azrin ni ? Kesampuk ?’. Azrin masih kekal melompat. Tidak sampai beberapa minit kemudian, Azrin memaklumkan kedatangan Hanis. Sengaja dia melompat bagi melihat dengan lebih jelas lagi. maklumlah, ketinggian para penuntut di hadapannya jelas menganggu penglihatan Azrin.
“Eh, tak balik lagi ?,” Hanis mula mendekati Azrin dan Izaa.
“Not yet. Nak cari Hanislah”
“Lah, nak buat apa cari Hanis ?”, Hanis dah tergaru-garu sendiri. ‘Nak kata aku mak guard, macam bukan’.
“Aduh Hanis ni ! Azrin dengan Izaa nak mintak nombor telefon Hanis. Ingat kalau Hanis free, nak ajak jumpa Jasmine. Amacam ?”, Azrin dah angkat kening Ziana Zain.
“Owh. Gitu ea. Erm,,, esok pagi tak free sebab ada hal sikit. Petang-petang boleh kot”, tangannya mengeluarkan planner yang sentiasa tersimpan di dalam tas tangannya. Setelah memeriksa jadualnya untuk keesokan hari, Hanis bersuara lagi, “ Hah, esok pagi ada kelas sampai pukul 10 pagi. Pukul 10.30 Hanis ada meeting dalam 2 jam. Kira-kira lepas Zuhur pulak, Hanis kena keluar dengan Rif. Ada benda penting nak kena buat. Kalau macam tu, kita jumpa pukul 3 boleh ? Tapi Zharif ikut sekali kot. Sebab kitorang jalan spot on time lepas selesaikan kerja. Sebab lepastu ada kerja lagi sikit nak buat. Boleh ?”
Izaa dah berkerut-kerut muka.’Mak aih, padat gila jadual si Hanis ni !’. Izaa bersuara. Nadanya lebih dalam keadaan terkejut. Macam orang baru teringatkan sesuatu. “Alamak ! Izaa tanya Izzat dulu okay. Sebab semalam dah cakap nak balik esok pagi.”
Azrin hanya mengangguk. Matanya pula masih leka memerhatikan seseorang yang sudah mula merapati mereka. Sempoi je gayanya. Macam budak belasan tahun.
“Assalamualaikum. Sorry kacau. Hanis, kat sini rupanya !”, Mikhail dah bersuara. Huluran salamnya tadi dijawab serentak oleh ketiga-tiga gadis di hadapannya.
“Eh, cari Hanis ?”, Hanis hanya berbasa-basi. Azrin dan Izaa pula laju-laju mengunci mulut. Terpaku sekejap tengok sketsa di depan mata.
“Bukan Mikhail yang cari. Zharif tu. korang kan datang sekali tadi. Dia risau pula tengok kau hilang macam tu je. Dia kata ada something nak bincang dengan kau. Pasal projek London tu kot, ” Mikhail memberi jawapan ringkas. Kepalanya ligat memerhati keadaan sekeliling bagi menjejak kelibat Zharif. Tiba-tiba, Mikhail bersuara lagi. nadanya lebih dalam keadaan terkejut. “Hanis ! Is that the person that you met at Luton last four months ?”
Hanis berpusing 180 darjah ke  arah punca kekalutan Mikhail. “ Ha’ah. Amboi, smart gila baju !”. dalam kesibukan Hanis memerhati, si stranger tadi telah pun mendekati. “Woi ! Apa pandang-pandang ?”,laju je stranger tu menegur. Adab dengan akhlak tak lulus kot masa Darjah Khas dulu. Bagi salam pun tidak !
“Eh, kenapa macam kenal je ni ?”, serentak Azrin dan Izaa bersuara. Mereka berdua masih berusaha memutar kenangan.
“Eh, garang sangat ni kenapa ? Pandang pun salah ke ?”, Hanis dah separuh menjerit. Sakit hati memandang mamat yang separuh kurang ajar tu. Harap muka je macam Masculine, perangai ? Fuh, takyah citer !
Mikhail dah kaget. Bimbang pula berlaku pergaduhan ringkas di situ. Tangannya segera diangkat ke atas. Gaya-gaya polis trafik mula terserlah. “Herm, encik kenapa nak marah-marah ni?”, salah satu pendekatan terbaik, memeriksa punca kemarahan.
Aeril yang sejak tadi menahan kemarahannya laju bersuara. Gayanya macam tak mau berhenti. “Kenapa nak marah ? Tanya budak tu lah. Konon nak bagi name card. Kalau tak ikhlas tak payah bagilah. Aku bukan ingin sangat pun. Dah tu, buang kad aku sepah-sepah. Kau ingat kau siapa ? Mentang-mentanglah kat negara orang, sampai aku sendiri pun kau nak buat macam tu . kawan jenis apa kau hah ?!”. Fuh, lega hati Aeril jangan nak cerita.
Hanis dah terdiam.’Sah mamat ni mental disorder. Tahun bila pulak aku jadi kawan dia ni?’.
“Aeril Amin bin Kamal !”, Azrin dah menjerit kuat. Tiba-tiba je menyampuk. Tiba-tiba juga darah menyerbu ke muka. Malu tahap kod merah. Izaa pula laju menyambut. “Ha, budak Alusian kan?”. Muka masing-masing bercahaya terang mengalahkan apek menang loteri.
Hanis hampir tersedak . elak tersungkur ke lantai saja. “ Aeril ? Ya Allah ! kenapa aku tak cam ?”. Aeril hanya menjelir lidah. Menyampah tengok drama Hanis. “ Kenapa tak cam ? Ceh, blah lah lu. Dah baca name card semua, tak cam jugak ? Gedik !”. Aeril masih dingin sedinginnya.
Hanis memandang Mikhail. Jelas, dia dilanda kebuntuan yang melampau. Habis ternganga mulutnya. Hanis biarkan saja Mikhail begitu. Ada hal yang lagi penting nak buat ! “Woi, aku tak sempat bacalah name card kau tu. kad tu jatuh masa aku angkat bagasi. Kalau tak caya tanya Mikhail. Yang kau pulak asal tak call aku ? Kata dah baca name card aku?”, Hanis mula berasap. Senang kacang je Aeril nak marah-marah. Ingat dia sorang je reti marah?
“Eh yeke ? Heee sorry. Aku ingat kau buang name card aku. Aku koyakkanlah kad kau.”, hanya sengihan kerang busuk saja yang dapat diberikan oleh Aeril. Kasut tumit tinggi jenama Clark pula sudah selamat didaratkan di atas kaki Aeril. Hanis tersenyum puas. Aeril pula mengaduh menahan sakit. Azrin dan Izaa saling berpandangan. Mikhail masih kekal termangu-mangu.
“So, you alls , kita bertemu kembali dekat hotel 5 stars ni. arghh. I rasa macam nak jumpa je owner hotel ni, kasi award sikit sebab dah buat kitorang bersatu.” Izaa dah berpusing-pusing gaya princess. Bezanya ? Princess dalam tv selalu mengenakan baju gaun kembang, sedangkan Izaa hanya memakai skirt putih yang labuh.
Azrin pula menggantikan tempat Izaa. Wajahnya ditarik ala-ala detektif. Riak curiga jelas terpamer di wajahnya. Tanpa diduga, jari telunjuknya telah pun dihalakan ke batang hidung Aeril. “ Kau owner hotel ni kan ? Aku pernah baca nama kau dekat The Star. Bukan main terpampang besar muka kau !”. Azrin sudah membacakan pertuduhannya. Mikhail yang sejak tadi ternganga telah mengangkat muka. “ Ha memanglah ! Sebab tu Mikhail terkejut tengok Hanis marah dia macam tu. Kang kalau kena saman, tak fasal-fasal bankrupt kita semua !”
Hanis dan Izaa kekal pegun. Tak bergerak. Otak pula laju memproses maklumat yang baru diterima. “Kenapa tak cakap awal-awal !”, Izaa dah menjerit sendiri. Azrin di sebelah di tepuk-tepuk kuat. Mikhail pula sudah dijeling setaraf musuh.’Hampeh, dah tau tu owner hotel, tapi tak bagitau. Kalaulah Izzat yang kat depan aku ni, dah lama aku rotan sampai berlebam !’
“Sapa suruh tak tanya”, selamber Mikhail menjawab.
“Kecohlah korang. Jangan bising-bising, nanti semua serbu aku. Rimas ! Korang ingat Himi lagi tak?”, Aeril bersuara memecahkan kekecohan yang melanda.
“Mamat pelik tu ? Kenallah ! Kenapa dengan dia?”
“Dia dah jadi computer programmer sekarang ni. tak lama lagi dia ada nak buat surprise tau !”, Aeril menerangkan panjang lebar.
“Surprise apa?”
“Lah hai dia ni.dah kata surprise. Takkan nak bagitau kot.”, Mikhail menyampuk lagi.
“Eeee. Bisinglah. Hanis, sapa nama kawan u ni ? Menyibuk tak habis-habis !”. Izaa da buat muka rimas.
“Erhem ! Nama I Putera Muhammad Mikhail  Inderapura bin Putera Muhammad Mithali. Seorang yang hensem, segak bergaya, dan mithali orangnya. Ya… masih solo !”, Mikhail melawak lagi. Dia kalau dah buka chapter melawak, memang tak kira orang.
Izaa buat muka toya. “Grrr. Gediklah kau. Aku sepak laju-laju kang. Cakap nama betul lah !”, kakinya dihentak kuat. Izaa dah panas hati.
“Eleh, macam marah je. Macam garang je. Nama aku Mikhail lah. Tapi nama penuh aku rahsia. Kot-kot kau nak jampi serapah aku, bahaya pulak.” Mikhail tersengih lagi. Zharif yang sudah mendekati menepuk bahu Mikhail. “Agak-agaklah brother. Dia dah kahwinlah !” Zharif ketawa lucu melihat reaksi terkejut Mikhail.
“Mana kau tau ?”, Mikhail laju bertanya.
“Tadikan aku dengan Hanis dah bersoal jawab dengan diorang ni semua. Yang pakai baju biru sebelah Hanis tu pun dah tunang. Nama dia Azrin. Memang takde chance lah !”.
Azrin dan Izaa dah ketawa hampir terburai isi perut. Hanis juga ikut serta. Hanya Mikhail yang memerah muka. Menahan bengang mungkin. Dalam sisa ketawa, Azrin bersuara lagi, “Apa susah Mikhail, kau amik je Hanis. Kan solo lagi dia tu !”. Hanis dah angkat tangan. Tanda mengangkat bendera putih. Tak nak terlibat dengan chapter ni lagi. Mikhail sudah menjuih bibir ke depan. “Hanis ? Mana boleh….Nanti ada orang marah !”. Hanis jatuh terduduk. Ketidakstabilannya ditambah pula dengan darjah terkejut yang diterima, Hanis tak mampu mengawal diri. “Siapa yang marah?”, Izaa dah bertanya. Musykil juga dia. “Kata tadi Hanis solo ?”
“Officially solo, unofficially taken”, Mikhail menjawab selamber. Hanis yang baru saja bangun terus memijak kaki Mikhail. Sekali lagi Mikhail mengaduh kesakitan. “ Rasakan !”. Hanis dah panas muka. Yang lain berderai ketawa.
Hanya Aeril yang pegun dalam diam. “Unofficially taken ? Dengan sapa Hanis?”, Aeril dah bersuara. Nadanya penuh serius. Wuuu, bikin kaget !
“Eh, kenapa sibuk ? Mikhail ni main-main je”, Hanis buat muka dek. Dalam hati, berbakul-bakul ayat kemarahan dilemparkan kepada Mikhail.
Tanpa diduga juga, Aeril bersuara lagi. statement yang dilemparkan jelas mengejutkan ramai orang. “ Hanis, ikut aku sekejap.”. kakinya terus dilangkah ke depan. Hanis bingung. Sebelum mengikut langkah Aeril, Hanis sempat berpesan kepada Mikhail dan Zharif. “ Tunggu kat underground parking lot. Aku takut nak amik kereta sorang-sorang.” Hanya Mikhail, Azrin dan Izaa saja yang mengangguk. Zharif kekal membatu. Masih tak dapat mencerna maklumat yang dihantar oleh retina kepada otaknya.

Labels: , , , ,