|
o w n e r ![]() c b o x
P r e v i o u s
c r e d i t
© Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 2 (Qiera’s finding Wiwid) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter 2 (Qiera’s
finding Wiwid)
Keadaan
bilik sederhana besar itu semakin gelap. Suasana yang mula menginjak malam itu
mula dirasakan kedinginannya. Kemungkinan
suhu persekitaran sudah meningkat sehingga menyebabkan Qiera menggigil
kesejukan.
‘ Lah,
patutlah sejuk semacam. Air cond punyalah high !’ –bebel Qiera sendirian.
Lantas, remote control pendingin hawa itu segera dicapai sebelum fungsinya
dimatikan sepenuhnya. Sememangnya, musim sejuk yang sedang dilalui di negara
Eropah itu pastinya tidak memerlukan khidmat pendingin hawa buatan Toshiba.
Walaubagaimanapun, alat elektronik itu tetap disediakan bagi kegunaan para
pelajar pada musim panas yang bakal menjenguk tidak lama lagi.
“Kau buat
apa lagi ni ? Kan dah dinner time ?”
Dian yang masih lagi berdiri di hadapannya itu direnung tepat.
“ Aku buat
assignment ni lagi sikit. Ada slight problem. Typing error. Komputer kau tu
disaster,” sambil melayang-layangkan kertas bersaiz A4 itu, Qiera mula
menunjukkan riak tidak berpuas hati dengan kegagalan system komputer rakannya
yang seorang itu. Jika bukan disebabkan kecuaiannya sendiri meninggalkan
laptopnya di perpustakaan tadi, pasti setiap assigmentnya sudah siap
dikepilkan.
“Eh nyonya,
kau tu yang cuai, nak salahkan komputer aku pulak. Backhand nak ?”, Dian mula
mempamerkan wajah bengisnya.
“Sorry lah.
Emotional error. Kau ni cepat touching. “
“Dah la tu.
Jes kata dia dah upload gambar yang kau minta tu kat Insta dia. Pergilah
tengok. Aku nak makan dulu. Bye.”
“Okay.
Thanks for the info. Bye.” Qiera mula membuka i-pad J8 miliknya itu. Laman instanya segera dibuka. ‘Eh, lupa pulak
nak suruh Sya tapau makanan. Haish. Kebulur aku kat sini.’
Qiera mula
merenung tepat gambar yang terpampang besar di skrin i-padnya itu. Nampak
menarik. Gambar itu amat diperlukannya bagi menyiapkan assignment terakhirnya
sebelum menamatkan pengajian yang masih berbaki 4 bulan itu.
Setelah puas
dengan kiriman yang diterima, Qiera mula melihat kosong gambar teman rapatnya
yang sedang bermesra dengan rakan persekolahannya dulu. Daripada salah satu
gambar yang dikirim oleh Fiz, tahulah Qiera bahawa rakannya itu sedang seronok
bertemu dengan rakan persekolahannya ketika menyertai Majlis Reunion yang
dihadirinya malam tadi. Secara tidak sengaja, kotak ingatan Qiera bagaikan
diketuk. Ketukan yang diterimanya itu membuatkan tangannya mula menaip laju
beberapa nama yang dikenali melalui petak Carian yang tersedia di laman
tersebut.
• Farhanis Ayuni
• Najwa Haidany
• Durrah Syairah
Setelah
beberapa lama mencari , Qiera mula menemukan hasil pencariannya.
Najwa_Danie 98 on Instagram
Wiwid is
here, Spending my time with many students around is not an awkward to me,
Searching or maybe still in a process of identifying someone to be with, Super
dupa active in this site, Sorry for rambling ! :)
Gulp ! Air
liur yang ditelan terasa begitu pahit. Lidahnya pula seperti berpasir. Mahu
sahaja Qiera berkumur dengan produk Listerine yang berperisa strawberry itu
bagi menghilangkan debaran di dadanya yang semakin menggila. Biodata pemilik
laman itu mula dibaca. Jelas lagi nyata, pemilik laman itu sudah memperkenalkan
serba sedikit tentang dirinya kepada sesiapa sahaja yang melawat laman
sosialnya itu. Jelas, Wiwid, atau teman rapatnya yang pernah dikenali sebagai
Knife itu sama sekali tidak mengalami perubahan yang ketara. Masih sporting dan
cheerful macam dulu. Kecomelan yang diwarisi daripada ibunya itu juga masih
lagi terpamer. Herm, Wiwid oh
Wiwid………….. Ingatan Qiera melayang lagi
Labels: Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 3 (Qiera’s talking about Kapak Gurlz involving Kapak’ members )
Chapter 3 (Qiera’s
talking about Kapak Gurlz involving Kapak’ members )
13 tahun
dulu………. Sekolah Agama Taman Sri Saujana riuh dengan suara kanak-kanak yang
sedang menghitung arah pusingan jam mereka
untuk pulang ke rumah. Tempoh persekolahan yang hanya berbaki 15 minit
itu dirasakan seperti 15 tahun. Ah, sungguh lama sehingga membuatkan Hanis,
Wiwid dan Durrah mula duduk berteleku di belakang pintu surau perempuan. Mereka
baru sahaja selesai menunaikan solat Asar. Ya, agak lambat. Segala-galanya berpunca daripada kecuaian
mereka sendiri yang asyik berbual tanpa mementingkan detik waktu yang sedang
berputar. Tanpa disedari, lagu Kebahgiaan Dalam Perpisahan dendangan Shahir itu
mula kedengaran di sebalik pintu. Ternyata, Durrah sudah terlampau bosan
sehingga mulutnya tidak mampu lagi menanggung kebisuan yang sedang melanda
mereka di situ. Tanpa disedari juga, Wiwid dan Hanis turut menyertai Durrah
yang sudah semakin agresif dengan mengubah rentak lagu itu menjadi lebih ganas
dan mengerikan. Aksi menghantuk –hantuk kepala ke dinding itu juga telah
dilakonkan oleh ketiga-tiga mereka. Tidak cukup dengan itu, masing-masing juga
seolah –olah sebulat suara telah mengubah arah nyanyian mereka kepada lagu
Bawaku Terbang yang lebih pop, lebih rancak dan lebih rock !
‘Nananana,
nanananana,
Mata ke
mata, ke hati,
Hati ke
hati, hati-hati,
Bibir ke
bibir, bicara janji,
Maka,
hanyutlah mereka semua dibuai derai ketawa yang turut disertai oleh beberapa
orang pelajar yang turut sama berkumpul di belakang surau itu. Kawasan di
belakang surau itu sememangnya menjadi tumpuan utama para pelajar perempuan
untuk melakukan sesuatu perkara mahupun aktiviti yang sedikit privacy daripada
pengetahuan pelajar lelaki. Ya, sesungguhnya kawasan itu seolah-olah telah
dijadikan tapak eksvakasi pelajar perempuan untuk menunjukkan belang mereka
tanpa pengetahuan pelajar lelaki.
“ Wei, boleh
buat geng !”, Wiwid mula bersuara memecahkan keharuan yang berlaku.
“Geng ganas,
tak pun geng pailang yang macam budak lelaki selalu cakap tu ?,” saki baki
ketawa masih lagi terkesan di sebalik kata-kata Hanis yang masih lagi
terbayagkan kegilaan yang baru saja merasuk mereka sebentar tadi. ‘Stress sebab
nak UPSR kot,’- sempat lagi Hanis menambah di dalam hati.
Tanpa
disengajakan, Qiera mula menyampuk sama. “ Pernah tengok Kung Fu Hutsle ?”.
“Erm,
pernah-pernah. Best !”.
“Lagi-lagi
part yang Geng Kapak keluarkan mercun tu. Smart !!”.
“Cerita tu
best lah. Ada mak cik power pulak tu. Ganas habis !”.
“Sekali
menjerit, bergegar bumi “.
Serentak
dengan itu. “Geng Kapak !”, mata Wiwid, Hanis, Durrah dan Qiera bercahaya
ibarat disinari cahaya spotlight. Terselit sedikit muslihat di situ. Tidak lama
kemudian, masing-masing berbisik sesame sendiri. Entah apa agaknya yang
dibisikkan oleh mereka berempat itu, tiada siapa yang tahu.
Labels: Durrah Syairah, Farhanis Ayuni, Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 5 (Hanis review story of Kapak Gurlz )
Chapter 5 (Hanis review story of Kapak Gurlz )
Malam itu,
keempat-empat mereka mula berkumpul di pondok wakaf yang terletak agak jauh
daripada pandangan pelajar lain. Keadaan di situ lebih gelap, lebih suram dan
yang pastinya, lebih seram ! Malam itu, kelas tambahan Matematik tetap akan
berjalan seperti biasa. Malam itu, sebuah geng yang tidak masuk akal akan
dicipta. Malam itu, persahabatan Durrah, Wiwid, Hanis dan Qiera akan berubah
menjadi bagai isi dengan kuku, bagai roti dengan kaya, bagai kain dengan baju
dan bagaikan Hanis dan Zharif. Eh ?
Seperti mana
yang telah dirancang, Hanis, Wiwid, Durrah dan Qiera kini lengkap dengan
seragam mereka. Tudung berwarna hitam tanpa sebarang corak itu dipakai
sedondon. T-shirt ringkas juga berwarna hitam gelap. Seluar pula hanyalah
seluar sukan yang juga berwarna hitam pekat. Hanya Wiwid yang mengenakan seluar
jeans biru gelap. Alasannya ? tidak dapat dikenal pasti. Tidak cukup dengan
itu, selipar dan kasut yang menghiasi kaki mereka juga menggunakan tema warna
yang sama. Ya, itulah yang dibisikkan mereka ketika sama-sama bersetuju untuk
menubuhkan sebuah persatuan yang tidak berdaftar itu. Persatuan yang dianggotai
oleh 4 orang pelajar yang masih lagi berusia 12 tahun itu digelar dengan Geng
Kapak ataupun lebih sopan dan ayunya lagi jika dikenali sebagai Kapak Gurlz.
Sungguh berbeza ! Sungguh ironi !
*****
Tiiit. Tiit.
Nada dering message mula kedengaran. Lamunan Hanis sekali lagi terganggu.
Telefon bimbit jenama Tomatoes 8976 itu dicapai. Dengan segera, skrinnya
disentuh bagi melihat isi pesanan ringkas yang diterima.
‘ Dear prof to be, tak nak ikut makan ? Around 15 minutes kitorang
tunggu depan pintu. Kalau tak nak, takyah reply…….. (: ’
‘No ! Wait for me ! ‘
Selepas
membalas kiriman ringkas yang diterima, Hanis segera mengambil tuala yang
bercorak tribal itu sebelum berlangkah laju ke bilik mandinya sendiri. Seharian
berada di luar membuatkan Hanis berasa seribu kali lemas dan rimas. Oleh itu,
dia tekad untuk menggunakan tempoh 15 minit yang diberikan oleh Zharif dengan
sebaik-baiknya. Hancur musnah segala harapannya yang baru sahaja hendak
melelapkan mata yang berat ibarat papan lapis yang dipaku secara serong.
Sungguh kukuh cengkamannya !
Labels: Durrah Syairah, Farhanis Ayuni, Najwa Haidany, Qiera Qalisha, Zharif Chapter 7 ( Wiwid found Qiera )
Chapter
7 ( Wiwid found Qiera )
Malam itu,
Wiwid masih lagi dilanda kesibukan yang melampau. Manakan tidak, rakan
seperjuangannya, Professor Afif baru sahaja memohon cuti 2 hari yang lepas.
Semenjak tempoh tersebut, segala borang, dan persiapan bagi menjayakan Program
Tahunan Universitinya itu mula menjadi tanggungjawabnya. Secara tidak langsung,
bebanan kerja Wiwid menjadi dua kali ganda. Mula sukar. Mula menyesakkan. Dan
mula memualkan. Uwek ! Masuk kali ini, sudah tiga kali Wiwid termuntah di
rumah. Bukan apa, bebanan kerja yang ditanggungnya menyebabkan waktu makannya
turut terganggu. Secara tidak langsung, perut Wiwid yang sememangnya kosong
tidak berisi itu menjadi buruan angin. Habis pening kepala otaknya. Mahu sahaja
dia melemparkan fail-fail yang bertimbun di atas mejanya itu ke lantai. . Biar
aman meja kayu buatan Rusia itu. “Ah ! bila Afif nak balik ni ? Oh My God !
Afiiiiiiiiif !!”, Wiwid mula hilang kewarasan.
Serentak
dengan itu, telefon pintarnya mula bErdering menandakan satu pemberitahuan
daripada laman sosialnya telah diterima. Dengan penuh malas, telefon bimbit
berwarna merah terang itu diambil dengan kasar. Hampir sahaja telefon berjenama
Cabbage itu dihantukkan ke meja tatkala melihatkan pemberitahuan yang berpunca
daripada laman sosial Instagramnya. Jika tidak disebabkan nilai sentimental
yang terdapat di dalam telefon Kobis itu, sudah lama wassalam telefon itu
dibuatnya.
“ Qiera-Qaliesha17 has sent a
piece of talk to you “
What ?! Nama
itu sudah lama tidak menjengah kotak fikirannya. Semenjak Wiwid mula bertugas
di University Technology AND Automotive itu, dia mula mengabaikan usaha
pencarian rakan-rakan lamanya. Tidak dinafikan, dia juga hampir berputus asa
melihatkan usaha yang sering dilakukannya itu sering memberikan respond yang
hambar.
Tanpa
mempedulikan sandwich tuna yang masih berbaki separuh, Wiwid segera membuka
peti simpanan message. Pesanan ringkas itu ditulis dengan begitu ringkas.
Seringkas ringkasnya. Sehinggakan Wiwid yang sudah lama tidak menggunakan
bahasa pasar itu sendiri berjaya membuatkan lidahnya terbelit tahap maksimum
semata-mata mahu merungkai isi sebenar message yang dikirim.
“Gld 2 faun u. Hve bin sac a long tme no c. Hw r u ? I’m jst hpng
tht u stl rmbr m”
‘Mak oii.
Bahasa negara mana pula yang Qiera bagi aku ni ?’. Matanya semakin dirapatkan
ke skrin, manakala sandwich yang terpegang kejap itu diletakkan di atas piring
jenama Bonny. Lagu Heart Damage yang berdendangan daripada telefon kobisnya
juga telah dimatikan. Sesungguhnya, perhatian yang begitu kejap amat diperlukan
oleh Wiwid dalam usahanya yang ingin
mengetahui maksud sebenar si pengirim.
‘Glad to
found you. Have been such a very long time no see. How are you ? I’m just
hoping that you still remember me ‘
‘Ni ke
maksud budak ni ?’- getus Wiwid di dalam hati. Ah, betullah ni, sapa suruh
hantar kod moss kat aku. Kan dah haru ! dengan laju, Wiwid mula menaip kiriman
balas.
‘ Finally,
you found me. Auchakk ! Hope to see you soon. I hev been missing you for so
long till I can’t explain how it is. NTF, please give me your number or maybe
phone ID. LBNL, I’m in a very pink of health ! (: ‘
Send ! Yes !
Wiwid hampir saja menari poco-poco di dalam biliknya. Manakan tidak, rakan yang
sudah lama tidak dapat dikesan itu baru sahaja menghantar pesanan ringkas
kepadanya. Sedang asyik Wiwid melayan perasaan, suasana di dalam biliknya itu
bertukar gelap. Gelita! Tiada cahaya !
Labels: Najwa Haidany, Qiera Qalisha CHAPTER 13 ( Wiwid got letter from Qiera )
CHAPTER
13 ( Wiwid got letter from Qiera )
Kertas
bersaiz A4 yang baru saja diterima tadi jelas menunjukkan surat itu satu notis
amaran. Haru Wiwid dibuatnya. Rakan serumahnya, Zura sudah kerap kali leka
dalam urusan pembayaran bil rumahnya itu. Bukannya tidak berduit, tetapi
kekangan masa yang dihadapi membuatkan kedua-dua gadis itu leka dan alpa.
Kesannya, sudah hampi 3 kali Wiwid dan Zura terpaksa bermalam tanpa kipas.
Tidak cukup dengan itu, pernah juga rumahnya itu diputuskan bekalan elektrik
sewaktu Wiwid sedang melakukan pemeriksaan akhir ke atas kertas kajiannya sebelum dikepilkan
untuk di hantar kepada pengarah university yang akan datang melawat unit
penjagaannya dalam masa yang terdekat. Secara tidak langsung, bagi
menyelamatkan kertas kajiannya yang sedang menjalani pemeriksaan terkahir itu,
Wiwid terpaksa bermalam di rumah jirannya, Kinah. Mujur jiran di sebelahnya
merupakan penuntut university tempatnya bertugas.
‘Tak boleh
jadi ni. Aku ajelah yang handle’-fikir Wiwid sendirian. Dia mengambil keputusan
untuk mengambil alih tugas Zura dalam urusan pembayaran bil . sebagai ganti,
Zura pula ditugaskan dalam urusan perbelanjaan keperluan dapur. Wiwid pasti
rancangannya itu akan berhasil memandangkan Zura sememangnya pantang peti ais
rumah perkongsiannya itu dalam keadaan kosong. Tidak setaraf dipanggil rumah
katanya.
“Setuju tak
?,”. Wiwid bersuara sambil matanya masih lagi tertancap kukuh pada helaian
kertas di tangannya itu.
“Erm. Okay.”
Ringkas saja jawapan balas yang diterimanya. Maklumlah, Zura sedang ralit
menonton drama Jepun kegemarannya. Sememangnya, drama Jepun mula meningkat naik
sehingga mampu menyaingi drama Korea yang
pernah menjadi kegilaan para remaja sejak 10 tahun yang lalu.
“Kau dah
baca surat kau ke belum?, Siapa bagi ?,” Zura masih lagi tidak mengubah arah
pandangannya.
“Surat
apakah ?”, Wiwid sekadar berbasa basi.
“Amboi,
cantik bahasa, prof ! Mana boleh letak ‘kah’ belakang ayat. Ntah, surat dalam
kotak surat tu lah. Pergi amik sendiri. Aku busy!,”. Lidahnya dijelirkan
ke arah Wiwid. Wiwid pula sudah mula
melangkah kaki ke arah kotak surat yang
dimaksudkan. Sambil itu, mulutnya sempat lagi menggumam sesuatu yang tidak
dapat ditangkap oleh pendengaran Zura, si mangsa bebelan.
“Taulah mak cik
ni lecturer BM. Dengan aku sekali dia nak jadikan mangsa”. Kepalanya
digeleng-gelengkan beberapa kali. Wiwid amat tidak berkenan dengan perangai
Zura yang gemar menonton drama mahupun filem yang dihasilkan oleh Negara
matahari terbit itu. Bagi dirinya, tindakan sedemikian tidak seharusnya
diiikuti oleh seorang pensyarah yang berketrampilan seperti Zura. Boleh jatuh
standard !
‘Siapa pula nak ajak bermain pena dengan aku
ni?,’. Sampul suratnya itu dikoyak. Setem yang tertampal di sampul surat itu sungguh berbeza dengan yang selalu dilihatnya. Hatinya mula berdebar saat membaca nama si pengirim. Labels: Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 18 ( Wiwid happy ) & Chapter 19 (Wiwid flashback WAZIES )
Chapter
18 ( Wiwid happy )
Kelas
Management yang diuruskannya baru saja tamat sekejap tadi. ‘Alhamdulillah,
syukur nikmat Prof Afif dah balik. Takdelah mati berdiri aku lepas ni’-gumam Wiwid.
Tanpa sedar, bibirnya mula mengukir sengih. Panjang sekali. Sungguh
menggambarkan kebahgiaan yang sedang dirasakan. Malangnya, perlakuan luar
akalnya itu telah menarik perhatian salah seorang studentnya.
“Prof Wi..,
erk. Maaf, Prof Najwa, are you okay ?”. Wajah pelajar itu ternyata bingung.
Gila kau ! siapa tak pelik tengok Professor yang begitu disegani tersengih
sorang-sorang kat koridor.
‘Aduh,
kantoiii lagi ! Wiwid oi, kau kat U ni !’.
Wiwid malu sendiri. Bagi menutup perasaannya itu, dia segera menjawab
selamba soalan pelajarnya tadi. “Erm, Haikal, Prof okay je. Cuma terlampau
happy sebab Prof Afif dah balik. Taklah berdouble tugas nak organize Majlis
Bersatu Kelab dan Dinner Organisation tu.”
“Owh, No
wonderlah Prof bukan main sengih lagi. siapa tak suka bila beban kerja dah
kembali normal kan .” Wiwid tersenyum senang. Dalam hatinya, ‘Ha, bijak kau. Orang gila je yang tak suka’.
Namun begitu, dia tidak mungkin menuturkannya secara terang-terangan. Bimbang
dicap sebagai pensyarah tak bertauliah pula nanti. Haru.
“Prof ?”.
“Oh yes
Haikal ? Ada apa-apa lagi ke ?”
“Ni dia
farewell organize yang prof mintak kat Prof Jihah semalam. Dia mintak saya pass
pada Prof sebab dia kene pergi meeting.” Dalam masa yang sama, fail berwarna
merah hati itu telah pun bertukar tangan. Selepas mengucapkan terima kasih,
Wiwid mengatur langkah ke biliknya. Sebaik saja tiba di mejanya, fail tadi
segera dibuka. Tanpa diduga, lembaran pertama fail itu tiba-tiba saja
memaparkan roda warna yang begitu pelbagai. Mungkin sekali itu dressing colour
code untuk farewell yang bakal menjelang nanti. Walaubagaimanapun, terdapat
sebuah pusaran yang mampu menerjah kotak
ingatan Wiwid. Sekali lagi, Professor Najwa Haidany termenung sendiri.
Chapter
19 (Wiwid flashback WAZIES )
Tengah hari
itu, Wiwid, Suraya, Nurin, Izzati, Izara telah selamat menaiki bas berwarna
kuning itu. Kini, hanya Hanis sahaja yang masih lagi belum menyertai mereka
memandangkan rumahnya yang terletak sedikit pedalaman di perumahan Saujana itu
telah menyebabkan Hanis tergolong dalam golongan yang terakhir menaiki bas
dalam kalangan rakannya.
Tanpa mampu
dikawal, lima orang pelajar Tingkatan 1 di dalam bas sekolah itu telah pun
mengubah tahap keceriaan bas tersebut. Sungguh bising, sungguh bingit.
Sesekali, ada juga pelajar senior yang menghadiahkan jelingan setaraf panahan
laser Ben 10 kepada mereka. ‘Mau lawan taiko agaknya budak ni. tak padan junior
!’ bisik salah seorang pelajar Tingkatan 2 yang turut menaiki bas tersebut.
Gaya percakapan mereka benar-benar menggambarkan perilaku mereka yang tidak
ubah seperti kacang lupakan kulit. Macamlah mereka tidak pernah bergelar
junior. Hakikatnya, pelajar Tingkatan 1 yang menduduki kerusi paling hadapan
sekali itu langsung tidak terasa dengan kepanasan hati para senior di belakang.
Masih ceria, masih meriah. Tiada yang berkurang.
“Hanis !
Mana pergi beg putih kau ?”. Wiwid mula menyambut ketibaan rakannya tanpa
mempedulikan keadaan bahaya yang sedang dilakukannya. Manakan tidak, boleh pula
dia berdiri terselit di celah pintu bas itu menanti rakan-rakan yang tiba.
“Kotor !
Malas nak basuh.”, jawab Hanis yang baru saja menempatkan diri di kerusi yang
terletak berhadapan dengan Izara.
“Hah, kau
dalam geng ni tau. 6 orang.”, Wiwid bersuara lagi. Wajah Hanis yang masih
kebingungan itu jelas sekali sukar untuk ditafsirkan. Dah la baru sahaja
melabuhkan punggung di situ, tiba-tiba saja diumumkan tentang geng. ‘Aih,
kepelikan apa yang melanda ?’.
“Oiii geng
amende ?”. Hanis menyuarakan pandangannya.
“Geng
W.A.Z.I.E.S !. “
Serentak
dengan itu, laungan kecil mula kedengaran.
“Wiwid”.
“Adh !
mewakili Nadhirah”.
“Zati for
Izzati.”
“Izara.”
“Eni,
sempena nama Farhanis AyuEni.”
“Surayya !”
“So here we
are, WAZIES !”. kelima-lima orang pelajar tadi telah pun bersuara. Serentak
menunjukkan perpaduan mereka. Manakala tangan pula menunjukkan tanda peace .
“Amboi,
sesedap suara, seenak Gardenia je kau letak nama aku Eni ! Tak sedap langsung”.
“Alah, chill
! Bukan penting pun. Lepas ni kitorang nak turun kedai. Nak beli gelang. Nak
ikut ?”. Izara pula telah menambahkan lagi kekusutan di wajah Hanis. ‘ Sungguh,
sawan apa yang diorang kene pulak ni ?’-keluh hati Hanis.
Tanpa banyak
soal, Hanis ikut saja langkah kaki rakannya itu tatkala mendapat kebenaran
daripada pemandu bas untuk turun di simpang kedai sementara menunggu bas tersebut
mengambil pelajar yang terdapat di simpang seberang. Keenam-enam pelajar itu
berjalan sekumpulan bergerak ke kedai 2 ringgit yang terletak di hadapan
mereka. Setelah itu, mereka berpecah haluan mencari gelang tangan yang
dimaksudkan. Sengaja mereka berpisah bagi menjimatkan masa pencarian, jika
tidak nyaris ditinggalkan bas sekolah jawabnya.
Akhirnya,
gelang yang berbentuk spring itu dibeli. Setiap seorang perlu membayar RM 0.80
bagi menampung perbelanjaan. Terdapat beberapa warna menarik yang tersedia di
situ. 3 pilihan warna telah diambil. Pink, Biru dan Ungu. Seterunya, gelang itu
diagih-agihkan mengikut pasangan.
Wiwid-Nurin <spare pink>
Zati-Izara
<spare biru>
Eni(Hanis)-Surayya
<spare ungu>
Dengan itu,
termaktublah perjanjian WAZIES. Setiap ahli diwajibkan agar menjaga gelang
tangan mereka masing-masing. Kelalaian masing-masing menunjukkan
ketidakprihatinan ahli kumpulan terhadap geng yang telah ditubuhkan.
Sesungguhnya, Wiwid tidak mungkin dapat melupakan perkara tersebut. Selain Geng
Kapak yang pernah disertainya, wujud lagi satu kumpulan yang telah
menyenaraikan namanya. Geng WAZIES. Bibir Wiwid mengukir senyum lagi.
Labels: Farhanis Ayuni, izara, Izzati, Najwa Haidany, Nurin Dalia, Surayya Chapter 36 (Qiera & Wiwid & Reez)
Chapter
37 (Qiera & Wiwid & Reez)
Qiera
memeriksa jam tangannya. Dah mati. Kalau tak silap, baru sebulan lepas dia
menukar bateri jam ELLE berwarna biru itu. ‘Dah mintak yang baru kot’. Dengan
segera, laci almarinya dibuka. Deretan koleksi jam tangan menjamu mata.
Akhirnya, setelah puas memilih, jam tangan besi yang berlatar belakangkan
pemandangan London Eye diambil. Semakin panjang senyumnya.
‘ Ciptaan
Allah yang indah ini, merupakan salah satu perkara yang dapat memberikan
ketenangan jiwa yang tidak berbelah bahagi’
Kata-kata
itu terlekat kukuh dalam ingatan. First time jumpa, Qiera dah jatuh hati. Suka
tengok perwatakannya yang berluarankan seorang hipster, tadi dalaman, penuh
dengan keimanan. Semenjak itu, baru
Qiera mengenal erti pepatah ‘ Don’t judge a book by its cover’.
“Ah, sudah !
Terlambat lagi !”, Qiera terjerit kecil. Bukan main dia asyik melayan perasaan
sedangkan dirinya telah diikat dengan pertemuan yang telah dijanjikan semalam. Harini,
Qiera akan mengatur pertemuan dengan Fareez dan Wiwid. Sengaja mengajak Wiwid. Kalau
tidak, tinggal berdua je pulak, haih….Qiera tidak betah !
Radio keretanya
dihidupkan. Lagu-lagu zaman persekolahannya dulu telah pun menjadi halwa
telinga.cermin pandang belakang dibetulkan. Biar tak senget. Baru selamat nak
memandu. GPS dihidupkan. Lokasi tujuan, Taman Tasik Air Keroh telah ditetapkan.
First time nak menjajah tanah air, mana bias tak guna GPS. Bias sesat tak
bertujuan nanti.
Sedang dia
asyik memandu, lagu Pergi Tak Kembali sudah kedengaran dari corong radio. Tak semena-mena
ingatannya berputar laju. Teringat pula zaman persekolahan dulu. Zaman-zaman kalau
kita bersin, hingus meleleh tak berlap. Zaman-zaman kalau nampak benda pelik
sikit dah jakun macam cimpanzi masuk kedai emas. Zaman-zaman masa Qiera sedang
berusia 15 tahun !
Lagu
tersebut pernah menjadi lagu pilihan kelasnya, 3 Ibnu Khaldun untuk memasuki
pertandingan nasyid antara kelas dulu. Nak dijadikan cerita, kelas Alusi yang
berkumpul tidak jauh dari mereka juga dah memilih lagu yang sama. Nak buat
macam mana, kebetulan !
Time
practice, bukan main masing-masing nak tunjuk sapa hebat. Pernah jugak masa tu
kelasnya sendiri rasa macam nak
tumbuk-tumbuk je budak Alusi yang bukan main riang main dua gendang. Padahal,
cikgu dah pesan suruh share. Eish, tak ber..pe..ri..ke..ma…nu…si..a..an betul !
Paling tak boleh dilupakan, dah penat-penat setiap kelas berlatih sana sini,
boleh pulak dengan senang kacang je cikgu announce pertandingan nasyid
dibatalkan. Aiseyman ! Ni yang Qiera geram ! Nasib baik cikgu yang buat rules,
kalau student punya rules, dah kena celup Fabuloso dah masa tu. Hehehehe peace
! Qiera gurau je.
Dalam kesibukannya
memutar kenangan, destinasi tujuan sudah pun selamat menjamu pandangan. Hijau je
keadaan sekeliling. Rasa tenang. Tak hairanlah Reez ajak dia ke situ. Mesti Taman
Tasik ni dah tersenarai dalam salah satu tempat favourite Reez.
‘ Melihat dengan mata, bukan mata fizikal,
tapi mata hati. Kalau melihat dengan mata hati, barulah kita dapat discover
betapa indahnya nikmat depan mata. Lain pula kalau kita melihat dengan mata
fizikal . Apa yang ada, hanya kelihatan biasa-biasa. Ingat, bukan semua orang
sedar hakikat ni !’
Salah satu
pesanan Reez terngiang-ngiang di telinga Qiera. Tak sempat nak lock kereta,
bahunya disentuh lembut. Qiera jadi tak keruan. ‘ Nak toleh ke tak nak. Nak toleh
ke taknak.’ Qiera berkira-kira sendiri. Dalam mindanya, dia mula mengingati
formula mempertahankan diri yang sempat dipelajari daripada Dian masa di
Edinburgh dulu.
“Qiera, is
that real you?”, suara comel yang halus mula menerpa telinga. Suara yang
sungguh familiar. Qiera pusing 180 darjah. Mukanya berubah menjadi setaraf
Lindsay Lohan menang award. Bahagia tak terkira.
“Wiwid,
hebatlah ! Dari belakang pun dah kenal ke ?”, tangannya menyambut huluran
Wiwid. Wiwid dah tersengih sendiri. “Lah, kau tak banyak beza.”
Tiba-tiba,
telefon bimbit Qiera berbunyi-bunyi minta diangkat. Qiera segera menakan button
keypad unlock. Nama Reez terpampang di skrin. Laju saja jari menolak skrin bagi
menerima panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.
Reez dah kat mana ni ?”
“Wa’alaikumussalam.
Reez dah sampailah. Tapi macam tak berani pulak nak interframe. Mesra semacam
je”
“Eh, mana
Reez ?”
“Right
behind you…..Turn now”, talian telefon dimatikan oleh Reez. Qiera menoleh ke
belakang. Dup dap dup dap. ‘Fulamak, gila bravo dressing dia !’
Fareez yang
hanya berkameja T longgar dan berjeans biru tua dah pun berdiri di belakangnya.
Kira-kira 1/2 km saja jaraknya. Earphone berwarna biru muda tersangkut di
telinga. Setelah memerhati dengan betul, baru Qiera sedar bahawa Reez telah
mengenakan dua helai pakaian. Sehelai t-shirt berwarna putih telah dipadankan
dengan jaket nipis berwarna hitam. Nampak sempoi. Nampak bergaya.
“Tu ke tunang
kau ? Aiyo, banyak smart woo !”, Wiwid dah bersuara. Dia juga ralit
memerhatikan gaya pemakaian Reez. Fareez yang menyedari dirinya menjadi
perhatian kedua-dua gadis tersebut mula melangkah bagi mendekati mereka. Senyuman
semanis susu Cap Teko dilemparkan.
“Assalamualaikum.
Sorry interrupting. You guys boleh enjoy berbual lagi. Reez buat-buat pekak
okay ?”, Fareez tersengih lagi. Nasib baik benteng keimanan Qiera dan Wiwid
masih kukuh, jika tidak, mau hancur lebur mereka cair ke tanah.
“Eh, its
okay. We’re all done…. At lest, for this time being.” Wiwid bersuara bagi
menjernihkan suasana. Tak elok pula merenung anak teruna orang macam tu sekali.
Bukan muhrim ! ‘Jaga pandangan wahai Najwa Haidany !’-hati Wiwi memberi amaran
sendiri.
“So, should we
proceed ? Pergi bangku sana tu jom?”, Qiera memberi idea. Yang lain pula hanya mengangguk setuju. Langkah
kaki dihalakan ke arah deretan bangku
yang tersusun elok menghadap tasik buatan manusia itu. Ramai juga pengunjung. Maklumlah,
taman rekreai utama.
Qiera melabuhkan
punggung di sebelah Wiwid. Reez pula mengambil tempat di bangku depan. “Wiwid, kau
ape citer sekarang?”
“Herm, as
you know..Aku lecture. Kat UTAA ( University
Technology AND Automotive ). Kau apa citer pulak ? Aleh-aleh je dah bertunang. Tak
roger-roger pulak tu !” selamber je Wiwid menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Qiera
pula sudah terasa panas mukanya. Lagi-lagi bila dia menyedari yang Reez turut
mendengar sama. Mau tumpah kuah asam pedas atas muka Qiera. Panas plus pedas. Memang
berasap !
“Eleh, aku tunang
pun nak roger kau ? Kau wali aku sebelah mak ke ayah ?”
“Ceh, show
off. Mentang-mentanglah backup kat depan mata. Sah-sahlah aku tak boleh menang
!. Kau buat apa sekarang ?”
“ Baru habis
study kan ? Nak buat apa lagi. duduk rumah rest sekejap. Graduated pun belum
lagi.”
“Owh, ye tak
ye jugak. Kau ingat Arip lagi tak ?”
“Arip mana
pulak kau ni ?” Qiera dah tak senang duduk. Takut pula Reez bertukar curiga.
“Don’t worry
lah. Just talk. Reez tak kisah pun”, Fareez bersuara tanpa mengangkat muka. Tangan
pula memegang kejap Walkman kesayangan. ‘Ceh, macam tau-tau je aku ngumpat dia’.
“Aloh, Arip
budak ss2 tu hah. Jiran kau dulu tu.”
“Owh. Arip Rusydan
anak cik Seri ?”
“Yup. Dia dah
jadi player Negara terkenal tau. Comfirm kau tak tau kan. Sebab dah berapa lama
kau kat London.”
“Player ?
Bila pulak dia ni jadik playboy ? Macam tak sangka je !”
“Oit nenek !
Bukan kaki perempuanlah ! Kaki sepak bola. Jersi 20 berapa ntah, aku tak ingat.
Yang pasti ramai admires lah !”
“Owh. Aku ingat
playboy tadi. Sorry atuk ! Kau ada dengar khabar budak lain?”
“Hurm…jap..
yang aku tau Nurin dah jadi doctor sekarang. On the way nak jadi pakar kalau
tak silap. Bidang apa aku lupa pulak. Well, semenjak dua menjak ni kurang tido,
tu yang nyanyuk sebelum usia.”
“Owh really
? Tercapai jugak hasrat dia. Alhamdulillah. Yang lain ?”
“Aeril dah
owner hotel. Hotel berbintang bulan ! Hotel Maya ! Dia take over dalam 2 tahun
lepas. Kaya kot sekarang. Status pulak aku tak sure. Tak sempat nak usha.”
“Amboi
Aeril, bukan calang-calang. Kau ada jumpa dia ke?”
“Jumpa tu
tidaklah. Stalker kat laman Insta je. Handsome giler kot.”
“Ceh, kau
semua budak nak kata handsome. Ntah-ntah mat Nepal yang lalu tepi jalan pun kau
kata handsome !”
“Herm..kalau
yang kulit putih-putih tu handsome lah jugak. Yang lain-lain tu say bye je lah
!”
“Banyak
songehlah kau. Hanis macam mana ?”
“Hanis mana?
Aku macam tak berapa cam.”
“Hanis Kapak
lah !”, Qiera melayangkan tamparan percuma tepat di bahu Wiwid. Wiwid mengaduh
kesakitan.’ Gila ganas jugak budak Qiera ni !’Wiwid mendengus dalam hati.
“Woi, depan
fiancé pun nak mengganas ke ? Beragaklah wei ! Hanis ea.. Erm, aku tak tau
pulak. Dah lama tak dengar khabar.”
“Owh, apa
agaknya dia buat ek. Kata dulu nak jadik Prof Madya Dato’ Dr.”, Qiera dah
tersengih sumbing. Wiwid yang gagal memutar ingatan hanya mengangkat bahu tanda
tak tahu. Tidak lama kemudian, Wiwid meminta diri untuk membeli minuman ringan.
Sengaja memberi ruang untuk Reez berbual dengan Qiera. ‘Mati terduduk pula si
Fareez ni nanti. Aku blah dulu la’. Kaki diangkat laju. Qiera hanya mengangguk
tanda membenarkan.
Fareez leka
memandang gelagat pengunjung tasik di sana. Ada yang menjilat aiskrim, ada yang
bermain bola, tak kurang juga gelagat manusia yang sentiasa tak serik
mencemarkan pandangan murni di sekitar kawasan yang indah permai tersebut.
‘Salah satu daripada tiga cara mencegah kemungkaran adalah dengan hati.’ Fareez
menggeleng berkali-kali. Tanpa disedari, dia mula bersuara. “Haih,
selemah-lemah iman.” Perlahan saja nadanya. Mujur tidak dapat ditangkap oleh
gegendang telinga Qiera. Walkmannya
dimatikan. Fareez melihat keadaan Qiera
di hadapan.
“Hei budak.
Seronoklah dah habis study ?”, bukan main selamber lagi Fareez menyoal.
Mentang-mentanglah Wiwid sudah angkat kaki. Mentang-mentanglah dah tak bersua
muka selama setahun.
“Ceh, taulah
dia dah dua tahun graduate. Herm, tak seronok. Tak tau nak buat apa. Bosan.”
“Bosan ?
Really ? Al-Quran kat rumah dah berapa kali khatam ? Mesti dah banyak kali kan
? Tu yang dah tak terhadap.”, Fareez tersengih sebagai tanda bergurau. Qiera
100% terpukul ‘Cis, kan dah kena !’.
“Aiceh, yelah
dia menang ! Amiklah menang tu.”
“Alah, gurau
pun salah ke ? Amiklah balik menang tu. Memberi lebih baik daripada menerima.”
Qiera hanya
berdiam diri. Matanya lebih ralit melihat deretan pokok bunga yang menghiasi
suasana. Laju saja tangannya ingin mencabut salah satu bunga mawar yang
terdapat di sebelahnya. Fareez dah tersengih. Timbul lagi idea nak menyakat.
“Hah, nak buat apa tu ?”
“Nak masak
tom yam. Tak nampak ke tengah pakai apron ni?,” Qiera malas nak melayan
perangai Reez. Kalau dah sampai chapter nak membuli, memang tak ingat dunia dia
membuli. Kalau dah sampai chapter alim dia, memang mengalahkan Ustaz Don !
“Eish.. Sedap ke tom yam letak bunga ros ? Kalau
bunga kantan tu boleh lah jugak.”
“Sedap je.”
“ Eee Qiera
jangan cabutlah. Tak baik tau..”
“Alah, amik
satu je. Takkan Majlis Daerah nak marah kot. Kedekut benor !”
“Bukan Majlis
Daerah.. Tapi, kan bunga ros tu tengah berzikir. Tak payahlah dicabut. Kasihan
dia”, Lembut saja Fareez menasihati.
Qiera
tersenyum sendiri. Lupa pula hakikat dalaman lelaki yang sedang membelek jaket
hitam di hadapannya itu. ‘Aura pak ustaz dia dah keluar lah tu’. Akhirnya,
kepalanya mengangguk setuju. Dibatalkan terus hajat nak menjadi perosak alam.
Wiwid pula sudah mula mendekati. Qiera tersengih sumbing. Sengaja menarik muka
simpati bagi mendapatkan salah satu air kotak yang masih dipegang di tangan
Wiwid. Fareez pula hanya menyambut
kedatangan Wiwid dengan senyuman. ‘Baru nak cari pasal lagi. Haih, batal niat’.
Walkmannya dihidupkan semula. Lagu Found You berdentum kuat di telinga Reez.
Labels: Arip, Fareez Afham, Farhanis Ayuni, Najwa Haidany, Qiera Qalisha Keep Calm and Thank You For Reading :)
J As for your guys, thanks a lot for
reading. Tak baca habis pun takpe. Tak touching ! For fun and for those yang
rasa macam-nak-lempang-eira-sebab-buat-citer-tak-sedap mohon maaf sangat-sangat
! Idea datang on the spot. Kalau tak suka report kat http://twitter.com/SheAway_ tak susah,
DM je. And for those yang rasa citer-aku-sikit-sangat sorry again. I got a lot
of characthers to handle. And yaa, some of you guys yang dah ditemu ramah
melebihi 30 minit tu, tahniah sebab butiran anda akan dicontinuekan ke dalam epilog. And that’s the reason why eira
still tak tulis ‘THE END’ not yet fellas ! The selected person are Qiera,
Izzati, Nurin and Hanis. Kuikuikui. Jangan sedih, jangan HAMPA. The end of the
four leading character will end soon with a lot of ‘havoc’ HOPE SO. Atas sebab
tertentu. EPILOG tak boleh publish sekarang. So bye and Assalamualaikum. Okay, now
is 2.43 a.m and yet I’m here while you guys are sleeping. FAIR ! :D
not THE END yet. Stay tuned !
Labels: Aeril, azad danial, Azrin, dian amanda, Fareez Afham, Farhanis, Farhanis Ayuni, Firash Ikhwan, izara, Izzati, Jasmin, Mikail, Najwa Haidany, Qiera Qalisha, zariieef, Zharif
|
Chapter 2 (Qiera’s finding Wiwid) Saturday, 9 November 2013 | 0 Comments

| a b o u t ; ![]()
| s t u f f ; ![]()
|
b i a s ; ![]() |