D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 4 (Hanis mengamuk, Zharif, Mikail jadi mangsa.)
Saturday 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 4 (Hanis mengamuk, Zharif, Mikail jadi mangsa.)

“Eish !”. beg tangannya dihempas ke katil. Telinganya masih lagi berdesing akibat hentaman melulu yang dihamburkan oleh pak cik tua yang ditemuinya di tepi jalan tadi. Sesunguhnya, Jalan Oxford yang terletak di City Westminster itu telah menjadi saksi perdebatan Hanis dengan pak cik yang sudah separuh usia itu. Perdebatan yang tidak diadili oleh sebarang hakim itu berpunca daripada kelakuan pak cik yang dengan sewenang-wenangnya  mencampakkan sehelai kertas bersaiz A3 itu ke atas jalan raya.  Lagaknya yang bersahaja itu membuatkan hati Hanis mencapai takat didih yang terlampau tinggi. Dengan itu, berlakulah pergelutan kata yang melibatkan seorang gadis remaja dengan seorang pak cik tua  yang sewajarnya hanya berehat di rumah memandangkan usianya itu terlampau uzur untuknya masih berepeleseran di jalan yang sesak itu. Malangnya, Hanis lupa letak duduk kakinya sekarang. Hanis lupa yang kini dia diibaratkan seeokar bangau yang sedang berhibernasi di kala musim panas. Dan juga ibarat burung Rajawali yang sedang tumpang berteduh sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Hakikatnya, Farhanis Ayuni kini berada di London. Bukan lagi di tanah tumpah darah kelahirannya 25 tahun dulu. Kesannya, Hanis terpaksa mengalah dengan perasaan yang serba diamuk kemarahan.
Tudung chiffonnya itu dibiarkan melilit kepala meskipun Hanis sudah pun berada di biliknya sendiri. Bukan dia tidak tahu, tak sampai dua saat nanti, pasti Mikhail  dan Zharif sudah mula menjadi pengganggu keamanan biliknya itu. Tepat seperti jangkaannya, tidak kurang dalam masa lima saat,pintu kayu yang berwarna coklat gelap itu mula diketuk . Sungguh haru, sungguh tidak berirama. Yang pasti, Hanis terasa seperti hendak menelan sahaja dua orang makhluk yang sedang berpadu tenaga menghasilkan irama yang langsung tidak harmoni di sebalik pintu biliknya itu.
“Hurm, nak apa ?”
“Kuatnya kau hempas bilik. Sampai bilik kitorang dengar tau,” Mikhail mula bersuara walaupun tidak menjawab persoalan Hanis sebentar tadi.
“Kau okay ? Muka macam hilang kawan. Relakslah, kitorang belum balik Malaysia lagilah ,” Zharif pula sudah mula ketawa  terdekih-dekih yang kemudiannya diikuti oleh Mikhail.
“ Jangan sibuklah ! Penjajah keamanan betul !” pintu itu dihempas lagi tanpa sebarang ehsan. Dua orang manusia yang tidak mengerti apa-apa itu mula berpandangan sesama sendiri.
“Garangnya mak cik. Boleh masuk Kidnappers Contest tau ,” sempat lagi Mikhail melaungkan kata-kata terakhirnya sebelum berlalu mengikut langkah Zharif yang sudah mula ke bilik mereka.
‘Eeeeeeeeeeeeee.. Gila agaknya Mikhail ni. Ingat aku ni mafia ke, sampai nak masuk Kidnappers Contest ?’- Hanis masih lagi dalam nada geramnya maskipun kata-kata itu hanya terhambur di dalam hatinya.

‘Garang macam pailang? Melampau !  Aku ni Cuma ganas sikit je. Ala-ala Geng…….’ Kepala Hanis mula memutar ingatan.

Labels: , ,