D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 5 (Hanis review story of Kapak Gurlz )
Saturday 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 5 (Hanis review story of Kapak Gurlz )
Malam itu, keempat-empat mereka mula berkumpul di pondok wakaf yang terletak agak jauh daripada pandangan pelajar lain. Keadaan di situ lebih gelap, lebih suram dan yang pastinya, lebih seram ! Malam itu, kelas tambahan Matematik tetap akan berjalan seperti biasa. Malam itu, sebuah geng yang tidak masuk akal akan dicipta. Malam itu, persahabatan Durrah, Wiwid, Hanis dan Qiera akan berubah menjadi bagai isi dengan kuku, bagai roti dengan kaya, bagai kain dengan baju dan bagaikan Hanis dan Zharif.  Eh ?
Seperti mana yang telah dirancang, Hanis, Wiwid, Durrah dan Qiera kini lengkap dengan seragam mereka. Tudung berwarna hitam tanpa sebarang corak itu dipakai sedondon. T-shirt ringkas juga berwarna hitam gelap. Seluar pula hanyalah seluar sukan yang juga berwarna hitam pekat. Hanya Wiwid yang mengenakan seluar jeans biru gelap. Alasannya ? tidak dapat dikenal pasti. Tidak cukup dengan itu, selipar dan kasut yang menghiasi kaki mereka juga menggunakan tema warna yang sama. Ya, itulah yang dibisikkan mereka ketika sama-sama bersetuju untuk menubuhkan sebuah persatuan yang tidak berdaftar itu. Persatuan yang dianggotai oleh 4 orang pelajar yang masih lagi berusia 12 tahun itu digelar dengan Geng Kapak ataupun lebih sopan dan ayunya lagi jika dikenali sebagai Kapak Gurlz. Sungguh berbeza ! Sungguh ironi !
*****
Tiiit. Tiit. Nada dering message mula kedengaran. Lamunan Hanis sekali lagi terganggu. Telefon bimbit jenama Tomatoes 8976 itu dicapai. Dengan segera, skrinnya disentuh bagi melihat isi pesanan ringkas yang diterima.
Dear prof to be, tak nak ikut makan ? Around 15 minutes kitorang tunggu depan pintu. Kalau tak nak, takyah reply…….. (: 
No ! Wait for me !

Selepas membalas kiriman ringkas yang diterima, Hanis segera mengambil tuala yang bercorak tribal itu sebelum berlangkah laju ke bilik mandinya sendiri. Seharian berada di luar membuatkan Hanis berasa seribu kali lemas dan rimas. Oleh itu, dia tekad untuk menggunakan tempoh 15 minit yang diberikan oleh Zharif dengan sebaik-baiknya. Hancur musnah segala harapannya yang baru sahaja hendak melelapkan mata yang berat ibarat papan lapis yang dipaku secara serong. Sungguh kukuh cengkamannya !

Labels: , , , ,