![]() © Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 18 ( Wiwid happy ) & Chapter 19 (Wiwid flashback WAZIES ) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter
18 ( Wiwid happy )
Kelas
Management yang diuruskannya baru saja tamat sekejap tadi. ‘Alhamdulillah,
syukur nikmat Prof Afif dah balik. Takdelah mati berdiri aku lepas ni’-gumam Wiwid.
Tanpa sedar, bibirnya mula mengukir sengih. Panjang sekali. Sungguh
menggambarkan kebahgiaan yang sedang dirasakan. Malangnya, perlakuan luar
akalnya itu telah menarik perhatian salah seorang studentnya.
“Prof Wi..,
erk. Maaf, Prof Najwa, are you okay ?”. Wajah pelajar itu ternyata bingung.
Gila kau ! siapa tak pelik tengok Professor yang begitu disegani tersengih
sorang-sorang kat koridor.
‘Aduh,
kantoiii lagi ! Wiwid oi, kau kat U ni !’.
Wiwid malu sendiri. Bagi menutup perasaannya itu, dia segera menjawab
selamba soalan pelajarnya tadi. “Erm, Haikal, Prof okay je. Cuma terlampau
happy sebab Prof Afif dah balik. Taklah berdouble tugas nak organize Majlis
Bersatu Kelab dan Dinner Organisation tu.”
“Owh, No
wonderlah Prof bukan main sengih lagi. siapa tak suka bila beban kerja dah
kembali normal kan .” Wiwid tersenyum senang. Dalam hatinya, ‘Ha, bijak kau. Orang gila je yang tak suka’.
Namun begitu, dia tidak mungkin menuturkannya secara terang-terangan. Bimbang
dicap sebagai pensyarah tak bertauliah pula nanti. Haru.
“Prof ?”.
“Oh yes
Haikal ? Ada apa-apa lagi ke ?”
“Ni dia
farewell organize yang prof mintak kat Prof Jihah semalam. Dia mintak saya pass
pada Prof sebab dia kene pergi meeting.” Dalam masa yang sama, fail berwarna
merah hati itu telah pun bertukar tangan. Selepas mengucapkan terima kasih,
Wiwid mengatur langkah ke biliknya. Sebaik saja tiba di mejanya, fail tadi
segera dibuka. Tanpa diduga, lembaran pertama fail itu tiba-tiba saja
memaparkan roda warna yang begitu pelbagai. Mungkin sekali itu dressing colour
code untuk farewell yang bakal menjelang nanti. Walaubagaimanapun, terdapat
sebuah pusaran yang mampu menerjah kotak
ingatan Wiwid. Sekali lagi, Professor Najwa Haidany termenung sendiri.
Chapter
19 (Wiwid flashback WAZIES )
Tengah hari
itu, Wiwid, Suraya, Nurin, Izzati, Izara telah selamat menaiki bas berwarna
kuning itu. Kini, hanya Hanis sahaja yang masih lagi belum menyertai mereka
memandangkan rumahnya yang terletak sedikit pedalaman di perumahan Saujana itu
telah menyebabkan Hanis tergolong dalam golongan yang terakhir menaiki bas
dalam kalangan rakannya.
Tanpa mampu
dikawal, lima orang pelajar Tingkatan 1 di dalam bas sekolah itu telah pun
mengubah tahap keceriaan bas tersebut. Sungguh bising, sungguh bingit.
Sesekali, ada juga pelajar senior yang menghadiahkan jelingan setaraf panahan
laser Ben 10 kepada mereka. ‘Mau lawan taiko agaknya budak ni. tak padan junior
!’ bisik salah seorang pelajar Tingkatan 2 yang turut menaiki bas tersebut.
Gaya percakapan mereka benar-benar menggambarkan perilaku mereka yang tidak
ubah seperti kacang lupakan kulit. Macamlah mereka tidak pernah bergelar
junior. Hakikatnya, pelajar Tingkatan 1 yang menduduki kerusi paling hadapan
sekali itu langsung tidak terasa dengan kepanasan hati para senior di belakang.
Masih ceria, masih meriah. Tiada yang berkurang.
“Hanis !
Mana pergi beg putih kau ?”. Wiwid mula menyambut ketibaan rakannya tanpa
mempedulikan keadaan bahaya yang sedang dilakukannya. Manakan tidak, boleh pula
dia berdiri terselit di celah pintu bas itu menanti rakan-rakan yang tiba.
“Kotor !
Malas nak basuh.”, jawab Hanis yang baru saja menempatkan diri di kerusi yang
terletak berhadapan dengan Izara.
“Hah, kau
dalam geng ni tau. 6 orang.”, Wiwid bersuara lagi. Wajah Hanis yang masih
kebingungan itu jelas sekali sukar untuk ditafsirkan. Dah la baru sahaja
melabuhkan punggung di situ, tiba-tiba saja diumumkan tentang geng. ‘Aih,
kepelikan apa yang melanda ?’.
“Oiii geng
amende ?”. Hanis menyuarakan pandangannya.
“Geng
W.A.Z.I.E.S !. “
Serentak
dengan itu, laungan kecil mula kedengaran.
“Wiwid”.
“Adh !
mewakili Nadhirah”.
“Zati for
Izzati.”
“Izara.”
“Eni,
sempena nama Farhanis AyuEni.”
“Surayya !”
“So here we
are, WAZIES !”. kelima-lima orang pelajar tadi telah pun bersuara. Serentak
menunjukkan perpaduan mereka. Manakala tangan pula menunjukkan tanda peace .
“Amboi,
sesedap suara, seenak Gardenia je kau letak nama aku Eni ! Tak sedap langsung”.
“Alah, chill
! Bukan penting pun. Lepas ni kitorang nak turun kedai. Nak beli gelang. Nak
ikut ?”. Izara pula telah menambahkan lagi kekusutan di wajah Hanis. ‘ Sungguh,
sawan apa yang diorang kene pulak ni ?’-keluh hati Hanis.
Tanpa banyak
soal, Hanis ikut saja langkah kaki rakannya itu tatkala mendapat kebenaran
daripada pemandu bas untuk turun di simpang kedai sementara menunggu bas tersebut
mengambil pelajar yang terdapat di simpang seberang. Keenam-enam pelajar itu
berjalan sekumpulan bergerak ke kedai 2 ringgit yang terletak di hadapan
mereka. Setelah itu, mereka berpecah haluan mencari gelang tangan yang
dimaksudkan. Sengaja mereka berpisah bagi menjimatkan masa pencarian, jika
tidak nyaris ditinggalkan bas sekolah jawabnya.
Akhirnya,
gelang yang berbentuk spring itu dibeli. Setiap seorang perlu membayar RM 0.80
bagi menampung perbelanjaan. Terdapat beberapa warna menarik yang tersedia di
situ. 3 pilihan warna telah diambil. Pink, Biru dan Ungu. Seterunya, gelang itu
diagih-agihkan mengikut pasangan.
Wiwid-Nurin <spare pink>
Zati-Izara
<spare biru>
Eni(Hanis)-Surayya
<spare ungu>
Dengan itu,
termaktublah perjanjian WAZIES. Setiap ahli diwajibkan agar menjaga gelang
tangan mereka masing-masing. Kelalaian masing-masing menunjukkan
ketidakprihatinan ahli kumpulan terhadap geng yang telah ditubuhkan.
Sesungguhnya, Wiwid tidak mungkin dapat melupakan perkara tersebut. Selain Geng
Kapak yang pernah disertainya, wujud lagi satu kumpulan yang telah
menyenaraikan namanya. Geng WAZIES. Bibir Wiwid mengukir senyum lagi.
Labels: Farhanis Ayuni, izara, Izzati, Najwa Haidany, Nurin Dalia, Surayya |