D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 31 ( Rules gila, Hanis and the Mike, Zhaf )
Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 31 ( Rules  gila, Hanis and the Mike, Zhaf )

Mikhail laju je menerjah bilik Zharif. Niat hati nak ajak meeting terpaksa dibatalkan. Beberapa orang pensyarah yang terlibat terpaksa turun ke dewan bagi melihat sendiri perkembangan pembangunan projek yang sedang rancak berjalan.
“Rif ! Panggil Hanis masuk sekali”, Mikhail mengarah lagi. Laju je tangan menyelak fail hitam yang baru diambil tadi.
“For what ?”, sambil bertanya, jarinya masih lagi menaip mesej ringkas kepada Hanis. Malas nak buat panggilan telefon. Melecehkan kononnya. Lagipun apa guna ada aplikasi WeChat di telefon jika nak diperam buat pekasam.
Tanpa perlu menunggu lama, Hanis dah tunjuk muka. Mikhail yang menyedari kehadiran Hanis dan beberapa orang lagi pensyarah yang dipanggilnya tadi, terus berdehem serius. Selepas dapat menarik perhatian orang sekeliling, Mikhail tersengih sumbing. “ Peace. Gurau je. Kita santai-santai harini”. Jawapan spontan yang keluar dari mulut Mikhail jelas tak disangka. Punyalah serius tahap kod merah tadi. “Kuang asam punya kaparat.”, sebuah bantal kecil yang tersedia di sofa berwarna coklat gelap itu terus dilempar ke  arah Mikhail. Hanis buat dek, tak nak mengaku salah sendiri.
“Aphal ajak gather tak tentu pasal ni?,” Dr. Maria bertanya.
“Rules untuk malam ni dah keluar. Aku dapat daripada Dr. Jihan tadi. Tau tak ? beberapa orang pensyarah luar akan dijemput. Lepas tu, memandangkan separuh daripada kawasan UPM tengah rancak dengan construction, annual dinner tahun ni kena buat kat hotel”,jelas Mikhail dengan panjang lebar.
“Hotel ? Gempak !”. Dr. Kiela bersorak sendiri. Hampir saja meja kopi di bilik Zharif terbelah dua akibat hentakan kuat yang dibuat oleh Dr.Kiela tadi.
“Yup. Hotel Maya, cawangan kat Johor”.
Setiap yang mendengar hampir terbelalak biji mata. ‘Bravo habis ni, 5 stars hotel?’. Zharif dah buat muka terkejut. Kameja lengan panjangnya dilipat hingga ke siku. Lengannya dibengkokkan sedikit. Buat regangan tangan yang ringan. Terkejut sampai nak tertanggal tangan agaknya ?
“Rules dia apa?”, Hanis bersuara memecahkan kebuntuan.
“ First of all, ada bad case, apa yang Zharif cakap 100% mengena tepat. Theme barat ! Ada dance segala bagai. Tapi, insya Allah terkawal, dekan dah janji. Then, pakaian sendiri taulah kan ? Santai, jangan geek sangat. Paling seram, ada aktiviti yang dirahsiakan daripada lecturer. Kind of award katanya….”
Belum sempat Mikhail meletak nokhtah, Zharif dah bersuara dengan capital letter. “APA ?, Award ? Dance ? Macam barbie world je.” Mikhail angkat bahu. “Jangan lupa, setiap lecturer yang datang kene datang dengan pasangan masing-masing. Pasangan AMONG lecturer UPM je.”
Mulut masing-masing terlopong. Secara purata, semuanya membentuk bulatan yang nyata. Hanya Mikhail yang membuat kening Ziana Zain. Matanya bercahaya macam disinari spotlight. Yang lain hanya memandang tanpa sebarang suara. Selepas membuat isyarat meminta diri, Dr. Kiela dan Dr. Jihan terus keluar ke ruangan masing-masing. Deringan telefon yang datang dari poket Dr.Jihan menyebabkannya berjalan dengan lebih pantas.
“So, Hanis nak pergi dengan sapa?,”Mikhail saja bertanya.
“Ntah. Macam apa-apa je kena datang dengan lecturer UPM sendiri. Tolonglah !”, Hanis menghentak perlahan meja kopi di hadapannya.
“Okay apa.” Mikhail buat muka dek. Tak sampai beberapa saat, dia bersuara lagi, “By the way, aku dah ada pasangan. Prof. Syuhanna.”
Muka yang sejak tadi ditelekup dengan tapak tangan segera diangkat. Zharif membulatkan biji mata. “Kau dengan dia ? Aku dengan sapa ?”.
Hanis ketawa sendiri. Bukan dia tak kenal perangai Zharif tu. Pantang jumpa orang yang tak berapa nak rapat, hilang terus lidah nak berkata-kata. Ntah macam manalah mereka bertiga boleh berkawan rapat. Perangai masing-masing contra pulak tu.
‘Haish, takkan nak ajak Hanis ? mesti, dia tak nak’. Zharif mengeluh. Lemah semangat tatkala mendengar rules yang dibuat oleh penuntut universiti tersebut. Mikhail turut terdekih-dekih melihat reaksi Rif. Mikhail segera memandang Hanis yang diam sejak tadi. Tangannya sedang laju merangka sesuatu di telefon bimbit Tomatonya.. ‘Eh, Hanis dah ada pasangan jugak ke ? Gawat !’- bisik Mikhail dalam diam.
*****
“Okay, siapa-siapa yang nak mencalonkan diri dah boleh jumpa saya . kalau boleh saya nak seramai yang boleh terlibat”. Hanis berpesan kepada para penuntut yang sedang berada di dalam Dewan GHN3 . Aktiviti  pencalonan semakin giat di jalankan. Setelah itu, Hanis keluar ke perpustakaan bagi melakukan sedikit rujukan tambahan berkenaan thesis yang perlu dilihatnya pada keesokan hari.
Tiit..tiit.. pintu perpustakaan terbuka luas. Kasutnya disusun di tepi . Kakinya melangkah masuk ke ruangan rujukan yang berlantaikan karpet berbulu tebal. Nyaman rasanya. Tiba-tiba , seseorang datang menghampiri meja yang diduduk oleh Hanis.
“Kau pergi dengan sapa nanti?,” Zharif duduk di salah sebuah kerusi yang tersusun kemas di hadapan rak buatan kayu itu. Sebuah buku tebal berkult hitam diambil dan dibuka penuh minat. Hanis mengangkat muka. “Herm, ntah. Tak pikir.Kau?”
“Tak taulah. Kau pergi dengan aku jelah.” Zharif buat muka selamber. Tangannya mencatit beberapa info yang diperlukannya daripada buku tebal tadi. Hanis hanya mengangguk. Matanya masih khusyuk menatap buku yang dipegangnya tadi. “Okay !”
Zharif terdiam. ‘Dia kata okay ? Alhamdullillah ! Selesai masalah’. Namun, fikirannya teringatkan sesuatu. “Tapi… aku lambat sikt. Ada hal nak buat.”
“Hal apa pulak ?” Hanis angkat muka. ‘Macam-macamlah bangla ni.’ Mukanya sengaja dicebikkan. Sengaja mengejek, sengaja buat menyampah.
“Eh, lupa ke ?”. Ringkas jawapan Rif. Tumpuannya kembali kepada buku di depan mata.
“Apa?”, Hanis blank. Langsung tak dapat mengagak.
“Esok birthday Mikhail @_@ Kau ni teruk betul. Dia punya bagi hadiah sebesar anak gajah kat kau. Sikit pun kau tak ingat ?” Zharif ketawa sendiri.
“Alah Rif ! Aku lupa. Kau buat apa ? Kenapa tak bagitau awal-awal ? Sampai hati !” Hanis menjerit kecil. Pensyarah lain hanya memandang dengan sengihan. Bukan kali pertama Hanis, Zharif dan Mikhail buat bising di perpustakaan itu. Dah lali !

Zharif meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Suruh Hanis diam. “ Nantilah aku bagitau. Aku nak buat kerja ni dulu”, matanya dihalakan ke   arah selonggok buku yang telah dikumpulnya sejak tadi.

Labels: , ,