![]() © Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 33 ( First mee Zariief & Zati ) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter 33 ( First meet Zariief & Izzati )
Zariief dan
Izzati kini selamat tiba di I.S Bakery. Setelah membuat pesanan, kedua-dua mereka
mula berbual kosong. “Lama tak dengar cerita, mimpi apa ajak lunch?”, Izzati
menjadi orang pertama yang memulakan perbualan. Zariief yang leka menghadap
Candy Crush di i-padnya terus angkat muka. “Herm, salah ke ?”, i-padnya
ditutup. Perhatiannya ditumpukan kepada Izzati. Macamlah ada hal yang serius
sangat. Izzati jadi pelik.
“Kau kenapa
? Mengalahkan menteri je tahap serius tu ? Scary enough !”.
Zariief
angkat kening Ziana Zain. “ Ceh, ada good news ! Tempat aku kena pindah dekat
dengan area kau. Takdelah jauh sangat..”
“Eeee.. good
news amendanya ! Berita seram tahap kod merah ada arh ! “, Izzati menjeling
ke atas. Tangannya pula dihalakan
ke bahu. Sungguh macam tagline iklan
Colgate yang pernah ditayangkan di televisyen beberapa hari yang lepas.
Zariief
tersengih sendiri. “Yelah, I know who I am !”. I-padnya dibuka kembali. Sengaja
mehu melihat isi pesanan suara yang baru diterimanya sebentar tadi.
Jawapan
serba ringkas yang diterima oleh Izzati membuatkannya ketawa sendiri tahap kod
kuning. Walaupun biasa, tapi terserlah juga bahayanya ! Macam flashback
ingatanlah pula bila terdengar ayat tu. Kalau tak silap Izzati sendiri, tagline
tu pernah menjadi ancaman dalam kalangan teman rapatnya. Hanis, dan Nurin
sering menggunakan tagline tersebut sekiranya mereka diperkecilkan atau lebih
tepat lagi jika ada yang merajuk tahap Si Bakhil kena rompak. Kecoh, muncung
panjang mengalahkan burung Rajawali.
“Kau dah
kenapa mengelamun sorang-sorang ? Makanan tu nak biar sejuk ke ?”, Zariief
meniup perlahan sup cendawan yang masih berasap di dalam mangkuk. Semangkuk sup
cendawan yang ditambah dengan sedikit lada hitam disuakan kepada Izzati.
Izzati menyambut
sup yang dihulur. “Tagline tadi tu buat aku rindu dengan Hanis and Nurin.
Manalah agaknya Hanis sekarang ?”. Zariief rasa serba salah. Dia masih ingat
lagi pertemuan pertamanya dengan Izzati beberapa tahun yang lalu..
Flashback memory please…………
Masa tu,
Zariief seronok bermain skateboard yang baru dibeli. Perasaan terlampau bahagia
mengalahkan Bill Gates telah membuat Zariief leka dengan dunianya sendiri.
Tanpa diduga, skateboard yang sejak tadi meluncur laju telah pun meluncur ke
tepi dinding. Zariief yang pada mulanya seronok berada di atas skateboard telah
pun jatuh terduduk di atas lantai simen yang keras tak beralas. Belum sempat
dia memeriksa keadaan diri sendiri, dia terdengar suara orang mengaduh
kesakitan. Kepala dipalingkan 45 darjah. Seorang gadis yang bertudung sarung
hitam, berkameja biru dan berseluar jeans skinny telah pun jatuh terhantuk ke
dinding. Tangannya pantas dihulur nak memberi bantuan.
“Kaparat !
Buta ke sampai tak nampak orang ?”, Izzati, gadis yang jatuh terduduk tadi dah
pun menyinga mengalahkan Jaguar kena ragut.
“Eh budak !
Sendiri yang jalan tak tengok dunia, ada hati nak marah orang”, rambutnya
ditolak ke belakang. Kulit mukanya terasa panas. ‘Elak nak kena penampar
bersilang je budak ni.’
“Pigiee lah
kau ni. Menyampah aku tengok. Baru main skateboard elek-elek dah dapat tender
nak penampar anak orang ?”.
“Eh, mak
cik, cakap tu dah ada insuran Takaful ke belum ? Tiga ratus lima puluh sen tau
duit aku pakai nak beli benda elek-elek ni !”. Zariief makin naik angin.
‘Sesuka hati je dia memperlekehkan orang. Ingat aku ni apa ?’
Belum pun
sempat Izzati membalas serangan, kepalanya terasa panas. Cecair merah yang
mengalir atas keningnya terasa hangat. Zariief yang baru menyedari situasi
tersebut jadi tak keruan. Amik kau, bertengkar tak ingat alam, kan dah melarat
! Sapu tangannya yang masih suci tak sempat digunakan dihulur kepada Izzati.
“Thanks.”
Izzati hanya mampu membalas sepatah. Melihatkan keadaan gadis tersebut, Zariief
jadi panik tak tentu pasal. Kalaulah ada hentakan kuat yang berlaku kat dahi
dia tadi, mau jadi ikan flower horn kau !
Tanpa
sebarang signal kiri ataupun kanan, Izzati yang sejak tadi duduk bersila di
atas lantai terus berdiri. Tegak, tidak bergerak. Tak lama kemudian, Izzati terus tekan pedal
minyak kakinya. Langkahnya laju menuju ke bilik. Tanpa diduga juga, “ Takyah
rasa serba salah, aku okay !,” Izzati melaung kuat. Zariief terdiam. Dalam
keluhan kecil , dia masih bersuara. “O……kay…”.
Beberapa
bulan kemudian, Zariief telah pun menjalani praktikal. Tempoh pengajian hampir
tamat. Kali ini, setiap penuntut bidang perubatan akan dibahagikan mengikut
kumpulan yang ditetapkan. Setiap kumpulan akan melibatkan penuntut yang berbeza
dari segi background pelajarannya. Ada yang berasal usul daripada bahagian
mata, bahagian tulang, bahagian macam-macam lagilah. Nak jadikan complete
kononnya. Nak dijadikan kisah, Zariief dengan Izzati ditempat dalam group yang
sama. Kalau dulu bila bersua muka, terus turun Ribut Somalia, tapiii semenjak
ditempatkan dalam kumpulan yang sama, chemistry masing-masing makin baik.
Alhamdulillah !
Labels: Farhanis Ayuni, Izzati, Nurin Dalia, zariieef |