D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 41 ( CONTEST Finding Son in Law To Be )- Mikhail &Zharif
Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 41 ( CONTEST Finding Son in Law To Be )- Mikhail

“Rejected ! Next !”, bergema kuat suara wanita yang sudah separuh usia itu. Tegas tahap kod merah lagaknya. Mikhail yang sedang duduk tidak jauh daripadanya juga turut menutup cuping telinga. Hampir bergegar kuat gegendang telinganya. ‘Aiceh, garangnya. Siapa ni ?’. Mikhail jadi tak sedap hati. Matanya meneliti gaya pemakaiannya pada hari itu. Sungguh biasa, tiada yang luar biasa. Sehelai kemeja berwarna hitam dipadankan dengan sehelai seluar slack bewarna putih mutiara. Berinspirasikan tahi cicak ! Di lehernya pula telah disangkut dengan wayar Walkman miliknya. Sungguh gaya pemakaian Mikhail tidak menggambarkan kariernya sebagai seorang pensyarah yang sedang berusaha giat bagi memperoleh gelaran professor.
“Ha, berangan. Cepatlah !”, Mikhail tersentak. Tak sedar gilirannya sudah menjenguk. ‘Aik, lajunya dua orang peserta tadi’. Seingatnya tadi, terdapat dua orang lelaki yang sedang berbaris di hadapannya. Degap degup bunyi jantung Mikhail.
“Umur berapa ni ? Dah ada kerja ke belum ? Macam orang tak bertauliah je aku tengok.”Sesedap susu seenak Gardenia je wanita itu bersuara. Mikhail dah tersengih sumbing. “ Hehe, nak intro ke apa ni?”. wanita itu sudah tersembul biji mata. ‘Orang tanya betul-betul dia buat loyar buruk pulak. Debik kang !’. Namun, dia tidak menyuarakan pendapat hatinya. Dengan anggukan yang jelas, dia membenarkan Mikhail memperkenalkan dirinya dengan rasminya !
“Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.. Ana punya nama Mikhail lah. Umur masih muda remaja. Baru je maghrib semalam upgrade 25 tahun. Erm, sekarang ni kerja biasa-biasa je. Tapi ada jugaklah kerjaya tetap tu. Keimanan pulak saya rasa tak boleh nak diukur dengan measuring tape, pembaris keluli mahupun jangka tolok. Oleh itu, saya serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih”. Dengan senyuman yang masih terkoyak di bibir, Mikhail menghentikan bicaranya. Wanita di hadapannya itu telah melopong mulut. Weena, sepupu Jasmin yang telah diamanahkan untuk melakukan contest tersebut hanya menggeleng berkali-kali.
“Erm. Kau kerja apa ni ? Sekolah sampai PMR ke SPM ni?”
“Eh, serendah itu awak meletakkan tahap saya ? Tidak mengapa.. hamba redha. Ehem,ehem. Mikhail kerja lecturer je. Kat UPM. Study sampai master degree master degree je lah. Sekarang ni tengah buat projek Mega UPM untuk apply taraf professor.”
“W.H.A.T ? Kau biar betul. Jangan nak melawak.”
“Aku tak tipulah ni. kau tengok muka aku ni. kau tengok ! Ada macam JokerMan ke ?”, Mikhail melawak lagi.
“Hehehe JokerMan tu takdelah. JokerBoy tu boleh kot.”, Weena tersengih gedik. Berkenan pulak dia dekat si Mikhail. Dengan itu, secara rasminya contest tersebut dilabuhkan tirainya. ‘Aik, kesian yang tak sempat tu. Apa punya Weena lahai’
“Mikhail, sekarang ni kau dah terpilih, so apa-apa pun keadaan perempuan yang bakal menjadi pasangan kau tu. Kau kena terima okay. Lagi satu hal, contohlah, perempuan tu tak suka kau, kau redha je lah okay. Sebab contest ni mak sedara dia yang jalankan. Perempuan tu tak tau langsung.” Sambil bercekak pinggang, Weena laju berterus-terang. Mikhail yang mendengar sejak tadi hampir tersedak biji durian. “Biar betul, ingat ni main-main ke ?”
“Eh Encik Mikhail, nak ke taknak ni ? Masa contest tadi awak buat tak endah je syarat ni saya rasa.”
“Okay. Okay. Nama dia siapa?”, Mikhail mula bertenang. Acah-acah cool, acah-acah gentle.
“Jasmin binti Hashim. Sebaya dengan awak. Kerja guru tabika. So, bila awak nak jumpa dia ?”, Weena mula membuka plannernya. Sedang mencari waktu yang sesuai untuk pertemuan kedua-dua mereka.
“Herm, lusa depan saya free. By the way, gambar takde ke?”
“Ada. Nah”, sekeping gambar dikeluarkan daripada purse Weena. Mukanya tenang tidak beriak tatkala melihatkan wajah terkejut Mikhail. “Subhanallah ! Cantik macam ni pun nak buat contest ? Saya rasa berduyun-duyun orang nak kat cik Jasmin ni kan ?”
“Suka hatilah. Apa-apa pun, lusa pukul 3 petang dekat AEON okay. Secret Recipe.” Weena telah mengatur langkah meninggalkan Mikhail. Sebelum mengakhiri pertemuan, Mikhail sempat berpesan kepada Weena agar Jasmin membawa temannya ketika perjumpaan mereka nanti. ‘Hais, kalaulah Weena tak amik balik gambar tu, mesti boleh tunjuk Hanis and Rif !’.
******
Telefon Zharif bergolak minta diangkat. Keltang keltung lagu Beast di corong telefon pintar tersebut. Dengan gaya longlai yang amat, Zharif menggagahkan diri mencapai telefon yang terletak di atas cupboard biliknya sendiri. “Assalamualaikum..”, Hanya sepatah perkataan yang Zharif mampu ucapkan. Tanpa sebarang signal amaran, Mikhail dah berteriak di hujuang talian. “Man, I got it. I got it.”. Zharif dah blur sendiri. ‘Salam pun tak jawab. Tiba-tiba je got it?’. Zharif diam membatu. Otak pula laju mencerna maklumat. Maklumlah, orang telefon pukul 3 pagi macam ni, memanglah otak kiri kanan tengah capai takat beku. Tambahan lagi, esok Zharif diminta menggantikan kuliah Dr. Najiha yang tidak dapat hadir atas urusan peribadi. Sesungguhnya, Zharif penat yang amat !
“Wei, dengar tak ? Aku lulus ujian tu.”, Mikhail masih teruja. Tidak dapat dibayangkan betapa bahagianya dirinya saat itu. Akhirnya, Zharif kembali normal. Berbesen-besen ucapan tahniah diucapkan.
“So, apehal call pagi-pagi ni. Nak bagitau tu je ?”, Zharif mula berat mata. Tak cukup rasanya lenanya. Sedar-sedar, hampir setengah jam mereka bergayut di line WeChat.
“Nak ajak kau teman aku jumpa dia. Cantik wei. Macam Nasha Aziz. Lagipun, aku nak ajak siapa lagi.”. Mikhail dah separuh merayu. Nak tak nak, Zharif saja tempatnya bergantung harap. “Bila tu?”, Zharif bersuara lagi bagi mencari kepastian. “Lusa, kat Secret pukul 3 petang”.
Postur badan yang sedang enak bergolek di atas katil tadi terus terduduk 90 darjah. Organizer di tepi katil dicapai. Matanya terkejut. “Oh no, lusa disaster. Aku minta maaf sangat”
“Zharif… please. Kau nak biar aku macam ni ? Kalau kau tak free pukul 3, malam boleh ? Pagi ?”, Mikhail merayu lagi. Naik bingung dia berfikir. “Lusa aku compact sangat jadual. Dari pagi lagi aku dah start kuliah. Lepas tu, tengah hari nak replace kuliah Dr.Jihah. Kan dia dah apply cuti 3 hari. Dekan pulak suruh aku uruskan Tarikh pilihan raya semuanya. Malam aku nak kena pergi Endau . Mak sedare aku buat kenduri kendara. Tak patut pulak aku tak datang. Sedara rapat tu.” Terselit nada kecewa di hujung ayatnya. Tak sampai hati nak biarkan Mikhail terkontang-kanting sendirian.

“Its okaylah. Aku tanya Hanis. Kau restlah. Bukan main busy lagi. Nanti fall sick susah pulak aku nak jadi babysitter.” Gurauan ringkas Mikhail tadi menamatkan perbualan mereka. ‘Haish…survivelah Mikhail oi.’ Matanya dipejam rapat. Nombor telefon Hanis didail.

Labels: , ,