D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 32 (Aeril got to kill Hanis)
Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 32 (Aeril got to kill Hanis )

Aeril baring menghadap televisyen di rumahnya. Air Cool Station yang dibelinya tadi dihirup perlahan. Meskipun cuaca di luar panas mengalahkan padang jarak padang tekukur, Aeril tetap berasa nyaman dengan kehadiran pendingin hawa buatan Bittergourd 76 yang dihadiahkan oleh rakannya. Suhu pendingin hawa itu dipasang pada takat paling rendah. Sengaja nak rasa hidup di Atlantik agaknya. Matanya masih ralit menatap lakonan mantap pelakon veteran yang sudah separuh usia, Amar Asyraf yang pernah hits pada suatu ketika dahulu.
Tiba-tiba, tangannya mencapai remote control. Saluran rancangan diubah. Ubah lagi, lagi, lagi dan lagi. sehinggalah matanya tertancap kukuh pada sebuah iklan komersial yang ditayangkan di saluran 569. Sebuah buku yang bertajuk 10 Years To Be telah selamat dilancarkan. Penulis baru katanya. Aeril tergaru-garu sendiri. ‘Asal macam pernah dengar je tajuk buku ni?’. Namun, ingatannya gagal memutar kenangan. Dah lama tak meninjau sejarah lama, biasalah !
Tanpa diduga, tangannya mencapai wallet yang tersimpan di dalam laci. Sebuah kad berwarna biru muda dikeluarkan. Sudah hampir 3 bulan kad itu terletak di situ. Sampai sekarang juga tak pernah langsung dia membaca isi kandungan yang tertulis pada kad mini tersebut. Sebaik saja berjaya mengeluarkannya, Aeril terdiam kaku. Ala-ala patung lilin yang dipamerkan di i-City. Keras,kejung takde respon. Serupa macam lakonannya semasa teater Patung pada 10 tahun yang lalu. Nama Farhanis Ayuni tertera di situ. Jelas, takde typing error, takde printing error. “Kurang asam garam punya budak. !”, Aeril jadi marah.
Dia masih ingat lagi, pertemuan pertamanya dengan Hanis. Di London dan pertemuan terakhir mereka yang juga di Luton Airport, London. Tidak pernah dia sangka, gadis yang pernah membuang kad pemberiannya dulu merupakan rakan sekolahnya sendiri. Hancur berkecai tahap kod merah perasaan Aeril masa tu. Dia ingat lagi, masa tu, niatnya mengejar Hanis hanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Ya, mengada-ngada. Macamlah penting sangat nak berucap bagai. Bukannya teman rapat pun. Tapi, niat murninya tadi terus jauh melencong tatkala terlihatkan sekeping kad yang dijatuhkan di lantai. Si penerima yang tak berterima kasih. ‘Kalau tak nak pun, buanglah dalam dustbin. Kurang ajar !’-Aeril membentak lagi.
Kini, dia sungguh terkejut. “Lantak kau lah Hanis, tak mati pun kalau tak jumpa kau !”. Kad tadi dikoyakkan menjadi dua. Kemudiannya dikoyakkan lagi menjadi tiga, empat, lima, enam sehinggalah kad tadi berubah menjadi cebisan kecil yang akhirnya ditiup Aeril.

Aeril semakin meluat. Niat yang mulanya nak berehat santai di rumah, jelas tergendala. Jaket jenama Dixtar yang tersangkut di belakang pintu dicapai. Kunci kereta yang terletak elok di atas sebuh laci turut diambil. Kakinya disarungkan dengan sebuah kasut yang berwarna putih. Pintu ditutup. ‘ Turun sekejaplah. Malam ni ada majlis penting katanya.’ Aeril memandu laju Toyota Revolution Z8 yang terparkir elok di perkarangan rumahnya. Tak sampai lima minit, bayangannya lesap ntah ke mana.

Labels: ,