![]() © Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 35 ( Nurin & Hanis with Jutaria ) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter 35 ( Nurin & Hanis with Jutaria )
Nurin sedang
leka menghadap laman Instagram miliknya. Ralit melihat gambar-gambar teman
rapatnya. Entah macam mana, ada pula satu gambar yang berjaya menarik
perhatiannya. Gambar tersebut memaparkan gambar permainan kanak-kanak yang
pernah menjadi kegilaan ramai. Jutaria dan Saidina. Dah berapa lama juga bayang
permainan tersebut hilang dari pandangan. Dah lapuk ditelan zaman. Nurin
merenung lantai. Masih dia ingat permainan Jutaria tu dulu.
Gear dan aci
dalam ingatannya bergerak laju. Macam baru lepas dituang minyak pelincir.
10 tahun dulu……. 8 November 2013…
“Hanissssssssss,
kata Izzati datang ?” Nurin bagai nak tercabut lutut. Terasa lemah tak bermaya
bila melihat hanya Hanis yang sedang duduk bersimpuh di dalam surau tersebut.
Hanya Miza yang meneman Hanis, tiada Izzati , tiada Qiera. Rasa macam tak boleh
terima kenyataan. Hakikat kehadirannya ke sekolah hari ini hanyalah kerana
kesiankan Izzati. Dah berhari-hari tak berjumpa. Akhirnya ? Izzati tak datang
juga.
“Ntah kau,
macam nak nangis aku kat bas tadi. Masing-masing tak datang.” Hanis memandang
Nurin dengan muka cengeng, gaya nak nangis. Miza pula dah bergerak ke belakang.
Serentak dengan itu, mereka berdua menjerit , “ Baik aku tak
datangggggggggggggggggggggggggggggg !! “
Akhirnya,
melihatkan kebosanan yang melanda, Nurin angkat kening Ziana Zain. “ Kau bawak
?” Hanis dah blur. ‘tiba-tiba je budak ni. sawan homesick ke ?’
“Bawak ?
Amenda ?”
“Sah,
tertinggal kepala kat Saujanalah kau ni. Barang seluduplah. Camera !”
“Owh sorry
ma’am. Aku….” Mata Hanis bercahaya. Giginya ditunjuk macam iklan Fresh &
White. “ Bawaklah ! “ Hanis ketawa jahat. Serupa macam Red Devil.
“That’s
good. Hah, aku ada bawa Jutaria ni. Nak main ?”
“Jom…kat
surau luar !”
Hanis dan
Nurin terpaksa mencari alternative terbaik bagi mengisi masa yang ada. Nasib
baik juga otak geliga batu intan permata Nurin ada bawa permainan. Kalau tidak,
mati berdiri kedua-dua mereka. Manakan tidak, Putri and the gang dah selamat
turun court nak main bola. Kalau tak kerana ayat skema terlebih poyo Nurin tadi,
dah sah-sah Hanis join budak court tu. Ada ke patut Nurin boleh lagi cakap
macam hakim first time masuk mahkamah. “Eh, kat court panas. Nanti hitam !”.
Aiceh Nurin, taulah kulit kau putih macam tepung beras, takyah sampai macam
gitu sekali kan ? Redha je lah Hanis oiii…
Nurin masih
berangan lagi, masa tu tak fasal-fasal juga dadu kayu yang disimpan selama 3
keturunan keluarganya hilang lesap tak ditemui. Semuanya gara-gara Hanis yang
terlebih hiper. Terlebih makan roti. Terlebih makan kanji. Tu pasal aktif
luarbiasa. Dadu yang berbentuk empat segi berwarna coklat itu dilambung tinggi.
Tak macam orang baling dadu. Tapi lagaknya macam Nicol Ann David tengah
practice bola tampar. Ganas semacam.
“Kau sopan
sikit baling dadu boleh?”, Nurin dah warning. Seram tengok cara Hanis bermain.
Lagi geram bila setiap hasil balingan Hanis terpaksa dibaca oleh Nurin. Yang
balingnya Hanis, tapi tempat mendaratnya belakang Nurin. Jauh melayang dadu tu
semua.
Tiba-tiba,
mata Hanis blink-blink. Niat jahat datang menjengah. Dadu-dadu di tangan
dibaling tinggi. Suka pula dia mendengar bunyi keltang keltung dad u tu
mendarat. Malang, memang tak punya bau. Salah satu dadu yang dibaling jauh
tersasar. Kat mana ??????
Dalam guni
tanah ! Eh, lupa nak bagitau, surau SMK Tun Habab tengah renovate. Nak luaskan
kawasan, so tu pasallah banyak guni-guni tanah kat situ.
“Haniss..
macam mana nak amik? “
“Kita keluar
je lah. Amik. Lagipun pak cik tu takde.”
“Kau siyes
?”
Kaki
dilangkah laju. Menuju ke deretan guni tanah. Kalau tengok dari mata kasar
nampak sangat Hanis dan Nurin tengah menempah maut masuk construction site
macam tu. kot-kot ada paku sesat ke. Sapa nak bagi kaki ? Huk Huk.. sadis..
tapi, tak sampai beberapa langkah, pak cik tu muncul. Tak sempat nak pejam
celik mata, Hanis dengan Nurin dah mencicit lari masuk surau. ‘Ceh, Hanis tadi
cakap macam bravo sangat !'
Baru je
jejak masuk surau, Nurin dah terbeliak biji mata. Hanis pula dah
terbongkok-bongkok meraba. Tangannya dimasukkan ke celah tiang yang kecil.
Jelas sekali, Hanis sedang meraba-raba mencari dadu di dalam guni tersebut.
Nurin jadi seram. ‘Eeeeee. Hanis ni meraba-raba dalam guni tu bukannya dia
nampak apa. Kot-kot ada cacing tanah ke naga air ke. Ish…’-Nurin jadi geli
gelaman. Tiba-tiba,
OPOCOT
MAK KAU MELETUP !
Hanis menarik
keluar tangannya. Nurin panic. “Kau kenapa ?”
Hanis sengih
setaraf kerang busuk. “hehehehe ..ada tanah”
“Ceh !”
Nurin dah tergelak hampir terburai isi perut. Nasib baik takde orang lain,
kalau tidak….. Haru !
Labels: Farhanis Ayuni, Izzati, Nurin Dalia |