Put your pforile here ;
Chapter 26 ( Jasmine penat jadi cikgu ? ) & Chapter 27 ( Zharif, Jasmine, Hanis at taska )
Chapter
26 ( Jasmine penat jadi cikgu ? )
Selendang
yang melilit kepala dilonggarkan sedikit. Keadaan yang membahang di dalam
biliknya membuatkan Jasmine sudah tidak betah berlengan panjang. Lagipun, bukan
ada lelaki yang bukan mahrim baginya di situ. Oleh itu, Jasmine tidak keberatan
untuk menyelak lengan bajunya itu hingga ke paras siku bagi membolehkannya membuat regangan badan
secara ringan. Sejak pagi tadi, semua pelajar di tabika itu baru sahaja selesai
menjalani ujian kecergasan fizikal yang sememangnya diwajibkan oleh pihak
kerajaan pendidikan. Meskipun hanya memiliki sebuah tadika yang dihuni oleh 20
orang pelajar berusia 5 tahun dan 23 orang pelajar yang berusia 6 tahun, namun
penat yang dialami oleh Jasmine sungguh tidak pernah diduga.
Pernah dulu,
dia dan rakan-rakan memandang profession guru tabika sebagai salah satu bidang
kerja yang paling mudah untuk dilakukan. Apa yang mereka pasti tentang kerjaya
guru tabika ini hanyalah bidang pendidikannya yang hanya mengajarkan A,B,C
hingga Z dan 123 hingga 10. Tak cukup dengan itu, guru-guru tabika juga hanya
perlu menghafal lagu-lagu rakyat yang menjadi kebanggaan negara semata-mata
bagi menambahkan keceriaan di dalam
bilik darjah yang penuh warna-warni. Berbeza dengan kerjaya guru –guru yang lain, mereka bukan saja perlu menghafal
pelbagai jenis fakta Sejarah, formula Matematik, logik Sains dan sebagainya.
Malahan, dugaan yang dihadapi juga kemungkinan sekali jauh lebih besar. Jasmine
berani berkata begitu memandangkan pada penglihatan mata kasarnya, guru tabika
hanya perlu berdepan dengan kerenah kanak-kanak yang masih mentah dan tidak
reti bersikap kurang ajar, mahupun terlebih ajar. Sesungguhnya, heaven sungguh
menjadi guru tabika ! @_@
Chapter
27 ( Zharif, Jasmine, Hanis at taska )
“Assalamualaikum..” Tanpa disedari, Jasmine
terbuai sendiri. Ingatannya telah jauh melayang hingga tidak menyedari
pergerakan jam yang sudah menjejak jam 3 petang. Jelas menunjukkan telah tiba waktu
pulang bagi kanak-kanak di tabika itu. Lengan bajunya diturunkan. Letak duduk
tudungnya dibetulkan. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, Jasmine
melangkah keluar. Wajahnya dimaniskan.
Di hadapannya, terdapat seorang lelaki yang segak berkameja putih beserta tali
leher, manakala gadis di sebelahnya pula kelihatan menarik dalam kameja dari
kain jeans berwarna biru pekat. Sungguh elegan. Sungguh mengagumkan. Tidak
cukup dengan itu, tag nama masing-masing juga terpin kemas di atas poket kameja
yang dipakai. ‘ Eh, siapa pulak ni ? Parents ke ? Tak pernah nampak pun’-getus
hati Jasmine.
“Ehem…”,
Zharif mengambil pendekatan berdehem ringan bagi menarik perhatian guru tabika
yang berdiri di hadapannya tadi. Kelihatan guru itu juga sama spesies dengan
Hanis, suka mengelamun, suka berangan, suka menerawang.
“Eh, sorry.
Encik Zharif dan Cik Hanis cari siapa,ya ?”. Jasmine telah pun mengatur bicara.
Bimbang sekiranya sikapnya tadi menimbulkan perasaan sebal dalam hati kedua-dua
orang tetamu di hadapannya itu.
“Cikgu Jasmine,
saya mak cik Qaisara. Ayah dia, Iman
minta saya ambilkan dia. Ada urusan kerja katanya.”
“Owh .
sekejap ya. Saya kene check dulu dengan Cikgu Aina tentang hal tu”. Jasmine segera mendekati Cikgu Aina.
Kedua-dua mereka berbual sekejap sebelum membuka buku berkulit keras yang
ditempatkan di hadapan meja Cikgu Aina. Tidak lama kemudian, Jasmine kembali
kepada tetamunya sambil membawa Qaisara bersama.
“Minta maaf,
ambil masa. Memang prosedur macam ni. bukan apa, takut jugak zaman serba canggih
ni, kes penculikan semakin menjadi-jadi. Nak-nak pada budak tadika macam ni.
kalau apa-apa, kami yang susah nanti.” Jasmine memberikan penerangan ringkas
kepada tetamu di hadapannya itu.
Walaubagaimanapun,
Hanis kelihatan tidak mengambil endah dengan penerangan tersebut. Hanya Zharif
yang ralit mendengar. Sesekali kepalanya turut diangguk-anggukkan tanda
mengiyakan kata-kata guru bertubuh tinggi dan langsing itu. Ketinggiannya juga hampir setaraf dengan pelakon terkenal,
Nasha Aziz. Melihatkan reaksi pasif Hanis, Zharif jadi panik. Dia sekali lagi
berdehem kecil bagi menyedarkan Hanis. Namun, tanpa diduga, Hanis terus
bersuara tanpa sebarang mukadimmah.
“Hold on,
Cikgu Jasmine dulu sekolah mana, ya?”
Jasmine yang
dilanda kebingungan itu masih mampu menjawab meskipun dalam keadaan yang
tunggang langgang. “ Er..sekolah ? Menengah ke rendah ? Kalau rendah, err…… SK
Taman Kota Jaya..kalau sekolah menengah SMK Tun Habab….kenapa ya cik ?”
“Jasmine bin
Hashim ? Ops sorry. Maksud saya, Jasmine binti Hashim ?”
“Ya, saya. Hanis ? Farhanis……..Ayuni binti KKhalid ?
Don’t be kidding. Are you that idiot who once asked me about the upcoming 10
years to be ?” Matanya membuntang luas. Antara percaya dengan tidak. ‘ Nak
percaya ke tak, nak percaya ke tak, nak percaya ke tak’
“Yes dear,
I’m the idiot who once asked you about the upcoming 10 years to be. Yang pernah
tolong kucar-kacirkan EPIC . Yang pernah kau ajar pasal dunia K-POP dulu.”
‘Okey,
Percaya !’-bisik Jasmine di dalam hati. Nah, dah lama tak jumpa. Habis dipeluk-peluk
kedua-dua mereka. Elak patah riuk aje kedua-duanya. Zharif dan Sara yang tidak
tahu apa-apa hanya mampu merobek bibir bagi menguntum senyum yang sedikit pun
tidak dapat diagak perasaan di sebaliknya. Entahkan pelik, bahagia, mahupun
terkejut. Tiada siapa dapat menentukan.
Labels: Farhanis Ayuni, Jasmin, Mikail, Zharif
|

a b o u t ;
Replace with your profile
|
s t u f f ;

Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
b i a s ;

|
|