![]() © Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 15 ( Hanis, Zharif and Mikhail ) & Chapter 16 (Qiera nak balik ) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter
15 ( Hanis, Zharif and Mikhail )
Semenjak
pulang dari London kelmarin, Hanis jarang sekali bersua muka dengan Mikhail
mahupun Zharif. Ketiga-tiga mereka bagaikan dilanda Taufan Sandy yang menggila.
Projek yang dirancangkan juga perlu dibentangkan dalam beberapa hari saja lagi.
Oleh itu, setiap ahli kumpulan telah pun membuat keputusan untuk mengambil
peluang yang ada dengan menyiapkan bidang tugasan masing-masing. Tambahnya
lagi, aktiviti secara berkumpulan yang diadakan semenjak kehadiran mereka di
London dulu juga telah pun berakhir. Kini, masing-masing sedang ralit menghadap
computer masing-masing bagi memastikan setiap tugasan yang dilakukan telah
mencapai tahap yang diinginkan.
‘Semenjak
tak jumpa mamat litar pintas tu, dah
lama jugak aku tak ketawa’-gumam Hanis yang mula dihantui
kebosanan. Serentak dengan itu, koputer
ribanya ditutup. Matanya laju mengerling ke
arah jam dinding yang terlekat kukuh di hadapannya. Waktu makan tengah
hari bakal tiba sekejap lagi. Hanis mula mengatur langkah ke bilik Mikhail yang
terletak tidak jauh dari biliknya sendiri. Sememangnya suasana pejabat pada
ketika itu sungguh sunyi dan tidak semeriah sebelum ini. Manakan tidak, hanya
beberapa orang pensyarah sahaja yang masih menghadirkan diri ke pejabat
university itu memandangkan cuti pertengahan semester sedang rancak
berlangsung. Tambahan lagi, pensyarah yang terdapat di dalam pejabat itu juga
sedang sibuk mengalahkan menteri memandangkan projek yang dirancangkan bakal
dilancarkan tidak lama lagi.Sememangnya setiap pensyarah yang terlibat perlulah
memainkan peranan mereka dengan baik memandangkan peluang ini akan membolehkan
mereka mendapat gelaran Professor di university tempat mereka bertugas. Hal ini
demikian kerana, setiap pensyarah di UPM telah diwajibkan untuk menyumbang jasa
kepada pihak university bagi melayakkan diri mereka mendapat gelaran Professor
yang sememangnya didambakan oleh setiap warga pensyarah.
“Mikhail,
macam dah lama kan tak jumpa? !”. Badannya dihenyakkan ke atas sebuah sofa yang tersedia di hadapan Mikhail.
“Kau rindu
aku ke ? Wau ! macam tak caya.”Mikhail sudah pun memulakan lawak bodohnya itu
sebaik saja Hanis melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Kau takyah
perasan. Aku Cuma bosan je ni”.
“Yelah,
kalau bosan je cari aku. Aku tau.”
“Alah Mikhail,
marah ke. Hurm, aku balik bilik akulah macam ni.”
“Hanis ! Kau
takyah nak gedik. Aku dah lama tak lunch dengan kau. So, will you?”
“Eleh, will
you…….. what ?” Hanis menunjukkan wajah bengisnya yang menyerupai Kapten seram
dalam Pirates of Carribean dulu. Sengaja mahu menduga.
“Will
you………………………………………………………………………………marry me ?” Mikhail pula menunjukkan sebaris gigi
putihnya. Tak ubah seperti yang ditunjukkan di dalam iklan Darlie. Nampaknya,
sahutan cabaran Hanis telah pun menerima respon yang amat mempoyokan daripada Mikhail.
“I’m
honoured…………….Eh wait ! Simpang malaikat 44 !”
“Piirah. Aku
pun tak inginlah kat kau. ”
Sudahnya,
kedua-dua mereka dibuai gelak ketawa yang melampau. Tatkala kaki dihalakan ke
pintu, Mikhail bersuara lagi. “Kau tak ajak Rif ke ?”. Hanis tersenyum
sendirian. Bagaimanalah dia boleh melupakan rakannya yang seorang lagi tu.
dengan pantas, dia menjawab selamba soalan Mikhail sebentar tadi. Kedengaran
bersahaja sungguh. Tidak beriak, tidak berperasaan. “Takyah ajak pun dah
comfirm datang.”
“Haaa. Yelah
! Aku ni uninvited person.”. Mukanya mula dipalingkan menghadap dinding. Mikhail
yang memerhati sejak tadi mula berdekah-dekah melihat gelagat aneh rakannya
itu. Rupa-rupanya Zharif sudah lama terpacak di hadapan pintu Mikhail. Cuma
kesibukan yang memanjang membuatkan kedua-dua mereka tidak menyedari kehadiran
si Zharif.
“Hye Rif !
Lamanya tak jumpa lu !”. Hanis mula mengganas. Wajahnya ditambah sedikit lagak
egonya.
“Lu rindu
gua ke ? Oh lupa, lu kan rindu Mikhail je. Kan ?” Zharif mula mengangkat kening
menyerupai Ziana Zain.
‘Ah, sudah,
ada wayar sangkutlah tu. Malas aku nak hujah, kang, ada drama korea pulak kat
sini’-Hanis masih lagi berbisik sendiri. Last-last, bagi menjernihkan semula
keadaan, Hanis mula membuat announcement ala-ala Obama kat televisyen dulu.
Penuh berkuasa. Penuh dengan rasa . Ya, rasa keadilan dan kesaksamaan !
“Sapa lambat
turun, tak yah ikut. Aku tak kuasa nak tunggu Queen Elizabeth !”. kakinya pula
dihalakan laju ke luar pintu. Sebelum selamat mendarat keluar, Hanis berjaya
menangkap suara halus yang sedang mengeluh perlahan. Begitu perlahan. Ya,
khusus untuk pendengaran Hanis. “See,Dah makin bijak mengelak ”. Hanis terdiam.
Suara itu hampir saja membuatkan jantungnya berhenti dup dap dup dap. Mahu
sahaja wassalam dia di situ. Mujur, jangka hayatnya masih panjang.
Alhamdulillah. Syukur atas nikmat Allah.
Chapter
16 (Qiera nak balik )
Wajah
dihadapan cermin itu ditatap dengan penuh perhatian. Dirinya diperhatikan
sendiri. Selendang berwarna bitu turquoise itu dililit gaya Hana Tajima. Blouse
peplum berwarna kuning terang itu pula dikenakan dengan sehelai seluar Aladdin
berwarna merah jambu terang. Blocking sungguh warnanya. Ditambah pula dengan
kehadiran beg tangannya yang berwarna jingga terang itu, gaya Qiera tidak ubah
seperti hijabista terkenal, Liyana. Jika diikutkan pengiraan waktu, hari itu
Qiera akan berangkat pulang ke tanah air. Akhirnya, setelah 4 tahun merantau,
Qiera akan pulang. Pulang ke Malaysia. Pulang ke umi . Pulang ke ayah.
Sesungguhnya Qiera akan pulang ! Hooray, hooray ! Hooray, Hooray !
Labels: Farhanis Ayuni, Mikail, Qiera Qalisha, Zharif |