![]() © Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 14 ( Qiera ‘reviewing time with Reez at London Eye) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter
14 ( Qiera ‘reviewing time with Reez at London Eye)
Beg
tanggannya yang hampir jatuh dari letak duduknya telah dibetulkan. Baju kapas
jenama Cotton On itu telah disuai padankan dengan sehelai jaket nipis berwarna
coklat gelap yang sungguh kasual.
Tudungnya pula telah dililit menyerupai watak Zaara Amira dalam sebuah
drama yang pernah ditayangkan di TV 3 suatu ketika dahulu. Memandangkan musim
sejuk di Negara Eropah itu mula menginjak pergi, pakaian tebal-tebal miliknya
telah pun disimpan jauh di dalam almari. Semenjak musim sejuk datang menjenguk,
Qiera jarang sekali mengenakan pakaian kasualnya yang selama ini tersimpan jauh
di dasar beg rodanya. Sengaja dia menyimpan pakaiannya di situ memandangkan
tempoh 3 bulan yang bakal dilaluinya itu dulu tidak akan memerlukannya memakai
pakaian yang kasual dan diperbuat daripada material yang nipis. Hanya yang
tebal saja diperlukannya.
Kini,
selepas 3 bulan setengah, bulan Mac telah pun menjelang. Serentak dengan itu,
pepohon bunga yang sudah lama disaluti salji dulu mula berbunga cantik. Jika
Qiera sedang merantau di Jepun, pasti dia tidak akan melepaskan peluang
keemasan ini untuk melawat taman bunga Sakura yang menjadi tarikan utama para
pelancong.
Meskipun
begitu, Qiera masih sedar diri. Dia sedar dirinya sudah lama tidak berada di
Negara itu. Tempoh pengajiannya sudah hampir tamat. Hanya tinggal beberapa hari
saja lagi dia akan meninggalkan Negara itu. Oleh itu, Qiera mula merebut
peluang yang ada ini untuk melawat tempat-tempat menarik di Negara itu.
Meskipun sudah hampir 3 tahun dia merantau di Kota London, dia masih lagi belum
menjejalah ke tempat-tempat percutian yang sinonim dengan Negara itu.
Seingatnya sendiri, satu-satunya tempat yang pernah dilawatinya hanyalah Big
Ben Tower sahaja. Pengajiannya yang sememangnya jauh lebih penting itu telah
menyebabkan Qiera tidak berminat untuk bersiar-siar di luar. Baginya, duduk di
dalam bilik sambil menelaah assignment jauh lebih bermanfaat. Aktiviti bercuti
tidak ingat dunia pula hanya akan dilakukannya apabila tempoh pengajiannya di
Uversity Edinburgh itu tamat sepenuhnya. Sepertimana yang sedang dilaluinya
sekarang.
Sebaik saja
destinasi tujuannya ditemui, Qiera segera memasukkan sampul surat berwarna biru
pekat itu ke dalam kotak bersegi empat tepat yang disediakan. Dia terpaksa
menghantar surat yang panjang berjela-jela kepada Wiwid bagi memaklumkan
kepulangannya ke tanah air . Sengaja dia mengambil pendekatan menulis surat
memandangkan talian internet di biliknya telah pun diputuskan beberapa hari
yang lalu. Masalah elektrik katanya.
Setelah itu,
Qiera mula memandang tepat ke arah wajah
rakan-rakannya yang setia menemaninya sejak tadi. Kini, ketiga-tiga mereka
telah sebulat suara membuat keputusan untuk meluangkan masa yang berbaki 5 hari
tersebut dengan menjelajah kota London. Stella yang sememangnya sering
bersiar-siar di sekitar London itu akan menjadi pemandu pelancong bagi
rakan-rakannya itu.
“So, jom
kita enjoy !”, ketiga-tiga mereka telah pun tersenyum riang sambil menjerit
ala-ala jeritan Riri dalam sitcom Puteri yang pernah ditayangkan 11 tahun yang
lepas.
“First of
all, kita pergi London Eye okay ?!”, Stella telah pun membuka tentatif lawatan
mereka pada petang itu.
Eh. London
Eye ? Qiera bagaikan mahu gugur jantungnya. Benar-benar tekejut. Benar-benar
terlupa. Nama tempat itu pernah menjadi saksi kepada sebuah insiden yang tidak
mungkin dilupakannya. Dia masih lagi ingat setiap perkara yang berlaku di situ.
Dia masih ingat lagi bagaimana pertemuan pertamanya atau lebih tepat lagi jika
digelar pertemuan tidak terduganya dahulu boleh terjadi di situ.
3 tahun
lepas, pertama kali Qiera melawat London Eye, dirinya telah disapa lembut oleh
seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Jika dilihatkan daripada luarannya,
Qiera sudah dapat mengagak bahawa lelaki itu merupakan seniornya. Qiera juga
berani berkata demikian setelah dia terpandangkan name tag lelaki itu yang
tersangkut kemas di poket kamejanya. Gaya pemakaiannya yang amat bersahaja itu
langsung tidak menggambarkan perwatakannya yang amat bersopan santun dan
berperibadi tinggi. Fikir Qiera, lelaki yang berada di hadapannya itu hanyalah
pelajar lelaki yang sememangnya biasa-biasa perwatakannya. Tiada yang menarik. Tiada
yang luar biasa. Semuanya serba biasa.
Namun
begitu, ucapan pertama yang terkeluar daripada mulut lelaki itu membuatkan
Qiera tergamam. Mujur, radius bukaan mulutnya masih lagi terkawal. Jika tidak,
pasti ada daun yang berguguran telah singgah ke dalam mulutnya nanti.
Maklumlah, musim luruh !
“
Assalamualaikum. “
“Wa’alaikumussalam.”
“Stundent
Edinburgh ke ? “
“Hurm. Ha ?
….Oh ye……. Ha’ ah.” Qiera mula tergagap-gagap sendiri. Tidak pernah dia
berkomunikasi dengan penuntut lelaki lain yang tidak dikenali tanpa peneman
setianya, Dian. Secara tidak sengaja, gaya pertuturannya juga menjadi tunggang
langgang.
“Owh.
Patutlah macam pernah nampak. Maaf, saya mengganggu ya. Saya nampak awak
sorang-sorang kat sini tadi. Niat nak tegur je. Saya minta diri dulu.” Lelaki
tadi mula serba salah melihatkan gaya komunikasi Qiera yang kelihatannya tidak
berapa menyenangi kehadirannya di situ.
“Eh, its
okay. Sebenarnya, saya tengah cuba nak jalan-jalan kat sini. Tapi ntah macam
mana termenung pulak.“ Qiera terbengang sendiri. Pengakuan jujurnya itu
meluncur laju tanpa dipinta. ‘Hisy, gatalnya mulut’-bentak Qiera di dalam hati.
Lelaki di
hadapannya itu tergelak kecil. “Termenung sebab tengok ciptaan Allah yang indah
ni kan? Walaupun saya dah 3 tahun merantau di sini, masih belum puas rasanya
menatap kecantikan persekitaran di sini. Terlampau mengagumkan. Kalau boleh
setiap waktu yang ada nak duduk kat sini. Kat sini, saya dapat rasakan
ketenangan yang tidak berbelah bahagi. Walaupun ramai pelajar yang datang sini,
mereka cuma mengagumi keunikan giganctic
ferris wheel tu aje. Bukan nak direnung kawasan yang sekelilingnya.
Alangkah….Eh, boleh pulak saya berpidato depan awak ni. Maaf lagi sekali.” Kali
ini, wajah lelaki itu pula yang merona merah. persis dikenakan pemerah pipi jenama
Avon !
‘Aduh
hebatnya dia ! Persis Mato. Eh, Qiera, never judge a book by its cover.’ Qiera
mula mengingatkan dirinya. Walaupun begitu, dia masih tidak dapat menahan
perasaan dan kehendak hatinya yang sememangnya masih lagi ingin mengenali hati
budi lelaki yang baru ditemuinya itu.
“Eh takpe.
Betullah apa yang awak cakap tu. Erm, saya rasa tak payah nak bersaya awak
sangatlah. Terlampau formal. Saya, Qiera.”Qiera mengambil pendekatan
memperkenalkan dirinya. Sejujurnya, dia sendiri tidak dapat mengenalpasti kata
ganti nama diri yang sesuai digunakannya . Abang ? Erk. Mustahil Qiera !
“Okay.
Memang pun, formal mengalahkan menteri dah kita ni. Saya, Irfan Hakimi. Irfan
for short. Kimi the shortest. Kalau nak longest, Muhammad Irfan Hakimi bin
Megat Iskandar. Nice meeting you, Qiera.” Mesra sekali Irfan memperkenalkan
dirinya.
“Qiera
prefer Irfan.”
“Up to you.
I just go on with what you say. By the way, dah nak senja ni, Irfan minta diri
dulu. Kalau diizinkan, kita jumpa lagi. Assalamualaikum.”
“Insya Allah.
Wa’alaikumussalam.”
Pertemuan
singkat itu diakhiri dengan senyuman yang menghiasi bibir masing-masing. Baru
saja berjumpa dalam masa 15 minit, Irfan sudah mampu menyedarkan Qiera terhadap
sesuatu perkara yang dianggap remeh baginya.
Sejujurnya,
Qiera bukanlah menungkan keajaiban alam yang terbentang di depan mata.
Sebaliknya, Qiera sedang leka mendengar lagu kegemarannya yang dapat ditangkap
oleh pendengaran ketika sedang berdiri sendirian di situ. Tambahan lagi,
selepas mendengar pendapat ikhlas Irfan sebentar tadi, barulah Qiera sedar
bahawa kehadirannya ke London Eye itu hanyalah bertunjangkan kekagumannya
terhadap ferris wheel yang besarnya berkali-kali ganda yang pernah dilihat oleh
Qiera sebelum ini. Sesungguhnya hati Qiera mula hiba. Dia tidak menyangka
pertemuannya sekejap tadi mampu menimbulkan titik kesedaran dalam hatinya.
Tanpa disedari, manik-manik air mata mula jatuh ke pipi Qiera.
Labels: Fareez Afham, Qiera Qalisha |