D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 21 ( Izzah in Africa ? ) & Chapter 21 (Qiera in KLIA )
Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 21 ( Izzah in Africa ? )

“Afrika ? Mom, this is totally out of mind. I stay here. No matter what !”, Iza lantang menyuarakan pendapatnya. Cadangan ibunya kedengaran agak gila. Bayangkan, ada ke patut gadis seusianya perlu melanjutkan pelajaran di Afrika ? ‘Haish, masuk asrama pun tak pernah. Ini kan pulak nak masuk university luar negara macam tu.’- Iza membentak lagi. Ibunya, Puan Zieda melangkah mendekati anak sulungnya itu. Dia pasti jawapan itu akan diterima oleh gegendang telinganya sekiranya dia tetap berdegil mahu menghantar Iza ke Afrika. Dengan itu, dia mula mengambil pendekatan memujuk. “Iza tak nak pergi Afrika ?”. Iza mengganguk laju. “No matter what happen ye ?”, sekali lagi, Iza mengganguk. “Walaupun terpaksa melukakan hati ibu sendiri yang teringin sekali nak tengok anak dia study kat abroad U macam orang lain ? Walaupun terpaksa membelakangkan kata-kata ibu dan ayah ? Walaupun terpaksa membiarkan ayah lesap duit sebab burnt bayar yuran U kamu tu ? Walaupun terpaksa membiarkan ibu ni menjeruk perasaan sebab tak dapat nak tengok Iza berdikari macam orang lain ? Macam tu sekali ke Iza ?”. Wajah Puan Zieda kelihatan sayu, minta dikasihani.
Iza dalam dilemma. ‘Aiyak ! Kalau dah macam ni memang terang tak bersuluh aku dah kalah tanpa bertanding’. Iza tetap dengan keputusannya. Sesi pujuk rayu mula diaktifkan.” Ibu, kalau Iza kat Malaysia ni pun boleh berjaya. Boleh je dapat ijazah. Boleh je berdikari. Boleh je sampaikan hasrat ibu dengan ayah yang nak tengok Iza jadi pensyarah satu hari nanti. Boleh je semua tu. Sama je, bu. Terima je lah tawaran dekat UKM tu, please”.

“Hah, tengok tu, Iza sendiri kata semuanya sama. Dah tu kenapa tak nak pergi sana ? Afrika pun kat bumi jugak. Bukan kat Marikh ke Pluto ke. Masih selamat didiami.”, Encik Zaki pula bersuara. Serentak dengan itu, kuasa veto ayahnya telah pun membuat keputusan. “ No matter what happen, Iza kene study Africa. Ayah tak kira. Discussion is over.”
Ayah dan ibunya segera meninggalkan Iza sendirian di biliknya. Dengan itu, jelaslah Iza perlu mengemas pakaiannya bagi berangkat ke U di Afrika pada hujung minggu ini. Air matanya menitik perlahan. ‘ Nak tak nak, Afrika jugak aku pergi. Cubalah pergi Scotland ke Iceland ke. Kan best sikit’. Iza tetap menguatkan hatinya. Niat untuk menuntut ilmu perlu dikukuhkan. Segala-galanya dalam perancangan Allah. Iza yakin dia layak bermimpi, dia layak berangan-angan, dia juga layak merancang, tapi dia sedar, yang layak menentukannya hanyalah Allah S.W.T kerana Iza yakin Allah juga merancang untuk dirinya. Dan yang lebih penting lagi, perancangan Allah itu jauh lebih indah dari apa yang mampu dicapai dek akal fikiran hamba-hambaNya. Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T yang memiliki sifat Al-Alim iaitu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Rsanya baru semalam perbalahan kecil itu berlaku, sedangkan kenangan itu telah berlalau pergi sejak 6 tahun yang lalu. Iza Syahrina tersenyum lagi. jika bukan disebabkan keputusan muktamad ayahnya dulu, tak mungkin Iza berpeluang untuk menikmati segala kemudahan yang dimiliki ini .
Chapter 21 (Qiera in KLIA )

“Assalamualaikum. Qiera dah sampai airport ni, umi.”
“Wa’alaikumussalam. Ya Allah, Qiera, nak pergi mana lagi ni ? Kata lepas pergi Rusia haritu dah takde ke tempat lain lagi. kursus haritu ada lagi ke ?”.
“Umi, Qiera dah sampai Lapangan Terbang Kuala Lumpur ni, umi. Nak balik rumah umi.”
“Hah ? Qiera ?”.
Serentak dengan persoalan yang mula menggunung tinggi itu, Puan Diba menrima jeritan nyaring anaknya menerusi talian telefon bimbitnya itu.
“Surprise brais umi !”. Puan Diba hampir saja jatuh tergolek ke lantai. Mop di tangan juga dilepaskan tanpa pegangan. Matanya semakin lama semakin perit. Semakin pedih. Tak sampai pun sekelip mata, hanya tangisan kesyukuran yang menyambut kepulangan anaknya di talian itu. ‘Adeh, mak den dah feeling kemain lah tu.’. Qiera sempat lagi bermonolog sendiri. Dengan tidak disangka, tiba-tiba saja tangisan penuh hiba itu tadi menginjak pergi, malahan suara seceria kanak-kanak Ribena pula yang kedengaran.
“Qiera tunggu situ diam-diam. Umi dengan ayah nak pergi KLIA sekarang jugak.”
“Eh umi, tak payah, Qiera baru je naik teksi ni nak singgah satu tempat dulu. Lepas tu, Qiera terus balik rumah. Umi semua tunggu dekat rumah je. Lagipun barang-barang tak banyak, semua Qiera pos.”
“Lah, gitu pulak anak umi ni ?”
“Yek gitulah, umi. Anak umi ni nak makan dulu, lapar yang amat. Umi dah makan?”.
“Ha, okay-okay. Umi nak pergi kemas rumah dulu, nak bagitau along kamu dah balik. Jaga diri baik-baik. Makan baca bismillah. Basuh tangan, check dulu sudu dengan garfu, kalau kotor pergi basuh kat sinki lepas tu lap guna tisu. Makan perlahan-lahan jangan sampai terbekik. Lepas makan baca doa’…….”
Belum pun sempat Puan Diba berkata-kata terus, Qiera mula mencelah masuk. Bimbang sekiranya uminya itu melarat sampai ke bab lain. Naya nak jawab nanti. “Okay umi, Qiera tau dong. Bubye. Assalamualaikum !”.
“Ye,ye wa’alaikumussalam.” Tidak lama kemudian, Puan Diba mula mengeluh, ‘bertuah betul Qiera ni, aku baru nak tanya khabar si tunangnya.

Labels: ,