![]() © Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 17 ( Izzati with Nurin reviewing Ikhwan ) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s)
Chapter
17 ( Izzati with Nurin reviewing Ikhwan )
Suasana di
kafe bertaraf lima bintang itu beransur sunyi. Kebanyakan pengunjung telah pun
mengangkat kaki pulang. Maklumlah, lagi setengah jam waktu lunch pejabat akan
tamat. Izzati meletakkan napkinnya di tepi meja. Sesekali dia turut menjeling
ke arah Nurin yang masih leka menjamu
selera.
“Sejak bila
?” Izzati mula mengambil langkah bijak dalam membongkar rahsia Nurin. Dia bukan
tidak tahu tentang perhubungan rahsia Nurin tu. Sengaja dia berpura-pura tuli
bagi melihat sejauh mana kebenaran yang diterima.
“Erk.
Apekebenda punya soalan kau bagi ni ? Takde subjek, takde predikat, terus je
tanda soal ?”, Nurin masih lagi ralit menikmati salad buah di hadapannya. Malas
hendak berbasa-basi dengan Izzati yang baru saja menghabiskan pencuci mulutnya.
“ Alah, kau
dengan Ikhwan le. Sudah terang nak ber-spotlight pulak. Ceh.”
“What ? Eh,
artis mana ni ?” Nurin sudah tertelan liur sendiri. Tidak pernah diduga soalan
bertaraf itu yang akan diterima olehnya. ‘ Zati ni pun satu. Aku dah le tengah
mencekik. Elak nak terbekik je ni.’
“Artis
kepala lutut kau. Pakwe kau tu lah. Apa citer ? Bukan main kecoh aku dengar kat
hospital”,
“Aduh, mana
ada pakwe-pakwe. Kau ni,” piringnya disua ke depan. Hilang langsung selera
makannya. Apa yang pasti, kali ini tiada lagi extention class macam dulu. Nurin
pasti Zati takkan menunggu lagi. Harini pasti terbongkar segalanya.
“Kau kalau
nak ber-secret bukan dengan aku. Lainlah kalau kau memang tak iktiraf aku…”
“Eh, kuaja
ni ! Yelah, aku citer. Cepat pasang telinga.” Nurin segera menjernihkan suasana
yang hampir bertukar kelam itu dengan memintas kata-kata Zati. Melarat nanti !
“Herm, kenal
masa study dulu. By the way, dia bukan pakwe aku lah. Cuma kawan rapat. Erm,
rapat ? Erm, rapatlah kot. Rapat. Sangat-sangat. Herm rapat. Okay-okay
rapat! Kawan rapatlah kiranya. “
Sepasang
kasut tumit tinggi jenama Angelish itu telah pun selamat didaratkan atas kaki
Nurin. Serentak dengan itu, Nurin mula mengaduh kesakitan. Izzati pula sengih
memanjang. “Kau tak payah meleweh please. Aku ni bukannya tengah apply cuti setahun.
Rehat lunch 2 jam je ni tau !”.
“Yelah-yelah,
aku kenal dia masa study dulu. Mula-mula dia selalu kacau aku. Maksud aku, dia buli aku. Well, dia atas aku
setahun. “
“Owh……..”
Zati masih lagi dalam keadaan terkawal. Masih belum ada bibit-bibit curiga
dalam penceritaan Nurin.
“Lepas tu,
aku ni masa study dulu kind of boyish sikit. Sikitlah. Saja-saja anti lelaki.”
DUP. gelas
di hadapan Zati hampir saja jatuh ditolaknya. Mulutnya pula tak henti-henti
mengomel. Matanya terbuntang luas seluas padang jarak padang tekukur.
“Please
don’t tell me that you’re lessssss. Nurin, wake up. Dosa doh ! Sapa ngajo ni ?”
Nurin tak mampu menahan malu. Jeritan berskala kecil daripada Zati mampu
menarik perhatian pengunjung di kafe itu. Segera dengan itu, mulut Zati ditampar
kasar. Tapi , taklah sesakit yang dibayangkan. Hanya tamparan berskala kecil.
“Herm. Kau
cerita je lah. Aku pulak dengar. Ceritalah, ceritalahh.” Nurin semakin frust.
‘Elak nak dicelup dengan Fabuloso je Zati ni.’ –gumamnya sendiri.
“Owh okay.
Sorry-sorry. Kau cerita. Aku dengar. Aku janji aku diam”. Tangannya dibuat
tanda peace. Konon-kononnya tanda berjanji. Kolot betul permikiran anak muda
zaman kini. Janji hanya diletakkan di tangan, bukan pada pegangan.
“Aku bukan
lesbi ntah ape bende yang kau nak cakap tu lah kan. Nauzubillah ! Cuma malas
nak layan lelaki. Study kat Moscow dulu banyak experience jumpa lelaki kaki
kasut. Well, tukar perempuan macam tukar kasut. Playboy sangat-sangat. Tak
kuasa aku nak terjebak. So, nak selamat, aku buatlah perangai macam tu.”
“Kau well
hijab lagi tak mase tu?”.
“Herm,
pakailah. Iman masih ada. Kau ingat aku ape ?”.
“Heeee.
Gurau-gurau. Hah, sambung lagi !”.
“Lepas tu,
si Ikhwan ni dulu selalu suruh aku buat kerja macam-macam. Padahal time tu aku
Cuma assist S.U je. Tapi kerja mengalahkan presiden kelab kau tau tak.”
“Kau sama
kelab dengan dia ?”
“Yup. Kelab
Pendidikan ICT. Dia Setiausaha. Tapi, busy sangat dengan aktiviti rugby dia.
Last-last segala kerja dia aku yang kene buat. Memang double anginlah aku mase
tu. Macam kuli tak berbayar ! Lepas tu, kelab kitorang kene grouping buat
aktiviti kolej. Dia spare aku. Masa buat grouping tu, tiba-tiba je dia baik
samacam. Tapi, ntah angin apa yang melanda dia, kebaikan tu hilang sekejap.
Datang mood membuli dia. Nanti mood buli dah malap, jadi baik sikit. Sampai
budak lain pun perasan.”
“Ntah-ntah
dia tu sasau kot. Mental disorder maybe ?”.
“Kepala
hotakmu. Mana jalan dia lepas masuk kolej ?”
“Owh, lupa
pulak ada medical check up. Herm then ?”
“Then ?
Budak lain cakap dia nak usha aku. Tapi aku tak caya. Sampailah masa annual
dinner university, dia confess kat aku. Waktu tu, dia buat announcement kat
pentas. Siap pancar spotlight kat tempat aku. Mentang-mentanglah dia MC majlis
tu. Nasib baik lecturer semua belum masuk hall. Kalau tidak, patah riuk aku
dikerjakan dengan Dr. Zharif ! Dr. Zharif tu dulu kene buat ape ntah kat kolej
aku. Tegas tahap kod merah bab relay budak
Muslims. Memang ketakutan student Muslims ah ! Nasib baik Cuma 3 minggu
je dia stay Moscow lepas tu kene gerak gi London pulak katanya.” Sambil
bercerita, Nurin masih mampu membayangkan wajah pensyarah yang dikatakan.
Wajahnya tidak kurang kacak, Cuma khabar angin ada mengatakan pensyarahnya itu
tak pernah bagi chance kat student yang nak menggedik dengan dia. Kira bagus
lah tu.
“Wau gila
kentang si Ikhwan tu !.Then, kau macam mana ?”.
“Macam mana
apa? Bersemu merahlah muka. Malu tahap kod merah. Paling max ! Nasib baik dia
tak keluarkan ring depan aku. Semenjak tu baru kitorang rapat. Takdelah kes
buli-buli lagi.”
“Kau tak
buat apa-apa ke ?”
“Maksud kau
? Mengaku suka dia ? Hish, pendek akal ? Dia tu kegilaan student lain tau tak.
Tak macam menggali kubur pulak kalau aku melayan ?”
“Habis tu,
apa status kau sekarang ? Apa plan ? Lepas balik Malaysia ni dia kat mana ?
Macam mana ?”.
Nurin
mengerling jam di tangan. Matanya hampir terbelalak keluar. Tas tangan di tepi
dicapai dengan kadar semaksimun mungkin. Hampir saja alas meja yang menghiasi
meja berbentuk empat segi itu diraih sekali. Sambil itu, mulutnya sempat
melaungkan sesuatu kepada Zati yang masih dilanda kebingungan.
“Doc, we’re
30 minutes late !” Mulut Zati ternganga. Kakinya segera dilangkah ke depan.
Serentak dengan irama lariannya itu, sebuah jeritan nyaring mengiringi mereka
berdua.
“We’re
surely dead !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”.
Labels: Firash Ikhwan, Izzati, Nurin Dalia |