D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 6 ( Qiera’s thanked for Dian )
Saturday 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 6 ( Qiera’s thanked for Dian )

“Qiera ! “ Tok ! serentak dengan itu, kedengaran suara Qiera mendodoi kesakitan akibat daripada perbuatan Dian yang baru sahaja melemparkan buku berkulit keras miliknya itu tanpa sebarang belas kasihan. Habis lembam kulit putih mulusnya itu. ‘Mak aih ! hebat betul aku mengelamun’. Dian menggeleng lagi. “ Kau ni kenapa ? Dah solat isya’ ke belum ? Kalau nak tidur sekalipun biarlah manners sikit. Ini tidak, dengan mata terbuka, i-pad pula tak lock lagi. kalau aku ceroboh i-pad tu, tau pulak marah”, persis Mak Dara moden, Dian mula membebel setaraf ibu beranak lima. Qiera yang mula kembali ke alam realiti itu pula terseyum sumbing. Dengan pantas, dia sempat menaip sesuatu di skrin i-padnya itu sebelum segera menutupnya bagi mengikut jejak Dian yang mula ke bilik air untuk mengambil wudu’. Boleh Jemaah sekali, berganda pahala.

Sememangnya Qiera amat bersyukur kerana ditempatkan sebilik dengan Diana Amanda yang sungguh kuat pegangan agamanya itu. Setiap kali waktu solat menjelang, rakannya itu pasti melaungkan iqamat di telinga Qiera sekiranya Qiera masih lagi ralit menatap assignmet yang tidak pernah surut itu hingga mengabaikan waktu solat fardhunya.  Tak ke seram macam tu ! Manakala auratnya pula sentiasa terjaga. Setiap kali Qiera terlepas pandang perkara sedemikian rupa, Dian akan segera mengingatkan. Itulah fungsi rakan sejati. Saling menasihati ke  arah kebaikan. Maklumlah, hidup di perantauan itu sering menyulitkan keadaan mereka yang sering saja berinteraksi dengan setiap pelajar yang berbeza negara, bangsa, agama mahupun cara hidup. Sememangnya mengekalkan auratnya terjaga daripada penglihatan para pelajar perempuan yang berlainan agama itu amatlah mencabar

Labels: