D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 7 ( Wiwid found Qiera )
Saturday 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 7 ( Wiwid found Qiera )

Malam itu, Wiwid masih lagi dilanda kesibukan yang melampau. Manakan tidak, rakan seperjuangannya, Professor Afif baru sahaja memohon cuti 2 hari yang lepas. Semenjak tempoh tersebut, segala borang, dan persiapan bagi menjayakan Program Tahunan Universitinya itu mula menjadi tanggungjawabnya. Secara tidak langsung, bebanan kerja Wiwid menjadi dua kali ganda. Mula sukar. Mula menyesakkan. Dan mula memualkan. Uwek ! Masuk kali ini, sudah tiga kali Wiwid termuntah di rumah. Bukan apa, bebanan kerja yang ditanggungnya menyebabkan waktu makannya turut terganggu. Secara tidak langsung, perut Wiwid yang sememangnya kosong tidak berisi itu menjadi buruan angin. Habis pening kepala otaknya. Mahu sahaja dia melemparkan fail-fail yang bertimbun di atas mejanya itu ke lantai. . Biar aman meja kayu buatan Rusia itu. “Ah ! bila Afif nak balik ni ? Oh My God ! Afiiiiiiiiif !!”, Wiwid mula hilang kewarasan.
Serentak dengan itu, telefon pintarnya mula bErdering menandakan satu pemberitahuan daripada laman sosialnya telah diterima. Dengan penuh malas, telefon bimbit berwarna merah terang itu diambil dengan kasar. Hampir sahaja telefon berjenama Cabbage itu dihantukkan ke meja tatkala melihatkan pemberitahuan yang berpunca daripada laman sosial Instagramnya. Jika tidak disebabkan nilai sentimental yang terdapat di dalam telefon Kobis itu, sudah lama wassalam telefon itu dibuatnya.
Qiera-Qaliesha17 has sent a piece of talk to you
What ?! Nama itu sudah lama tidak menjengah kotak fikirannya. Semenjak Wiwid mula bertugas di University Technology AND Automotive itu, dia mula mengabaikan usaha pencarian rakan-rakan lamanya. Tidak dinafikan, dia juga hampir berputus asa melihatkan usaha yang sering dilakukannya itu sering memberikan respond yang hambar.
Tanpa mempedulikan sandwich tuna yang masih berbaki separuh, Wiwid segera membuka peti simpanan message. Pesanan ringkas itu ditulis dengan begitu ringkas. Seringkas ringkasnya. Sehinggakan Wiwid yang sudah lama tidak menggunakan bahasa pasar itu sendiri berjaya membuatkan lidahnya terbelit tahap maksimum semata-mata mahu merungkai isi sebenar message yang dikirim.
Gld 2 faun u. Hve bin sac a long tme no c. Hw r u ? I’m jst hpng tht u stl rmbr m
‘Mak oii. Bahasa negara mana pula yang Qiera bagi aku ni ?’. Matanya semakin dirapatkan ke skrin, manakala sandwich yang terpegang kejap itu diletakkan di atas piring jenama Bonny. Lagu Heart Damage yang berdendangan daripada telefon kobisnya juga telah dimatikan. Sesungguhnya, perhatian yang begitu kejap amat diperlukan oleh Wiwid  dalam usahanya yang ingin mengetahui maksud sebenar si pengirim.
‘Glad to found you. Have been such a very long time no see. How are you ? I’m just hoping that you still remember me ‘
‘Ni ke maksud budak ni ?’- getus Wiwid di dalam hati. Ah, betullah ni, sapa suruh hantar kod moss kat aku. Kan dah haru ! dengan laju, Wiwid mula menaip kiriman balas.
Finally, you found me. Auchakk ! Hope to see you soon. I hev been missing you for so long till I can’t explain how it is. NTF, please give me your number or maybe phone ID. LBNL, I’m in a very pink of health ! (:

Send ! Yes ! Wiwid hampir saja menari poco-poco di dalam biliknya. Manakan tidak, rakan yang sudah lama tidak dapat dikesan itu baru sahaja menghantar pesanan ringkas kepadanya. Sedang asyik Wiwid melayan perasaan, suasana di dalam biliknya itu bertukar gelap. Gelita! Tiada cahaya !

Labels: ,