D R E AM E R

I

HAVE

A

DREAM


Chapter 3 (Qiera’s talking about Kapak Gurlz involving Kapak’ members )
Saturday 9 November 2013 | 0 peterpan(s)

Chapter 3 (Qiera’s talking about Kapak Gurlz involving Kapak’ members )

13 tahun dulu………. Sekolah Agama Taman Sri Saujana riuh dengan suara kanak-kanak yang sedang menghitung arah pusingan jam mereka  untuk pulang ke rumah. Tempoh persekolahan yang hanya berbaki 15 minit itu dirasakan seperti 15 tahun. Ah, sungguh lama sehingga membuatkan Hanis, Wiwid dan Durrah mula duduk berteleku di belakang pintu surau perempuan. Mereka baru sahaja selesai menunaikan solat Asar. Ya, agak lambat.  Segala-galanya berpunca daripada kecuaian mereka sendiri yang asyik berbual tanpa mementingkan detik waktu yang sedang berputar. Tanpa disedari, lagu Kebahgiaan Dalam Perpisahan dendangan Shahir itu mula kedengaran di sebalik pintu. Ternyata, Durrah sudah terlampau bosan sehingga mulutnya tidak mampu lagi menanggung kebisuan yang sedang melanda mereka di situ. Tanpa disedari juga, Wiwid dan Hanis turut menyertai Durrah yang sudah semakin agresif dengan mengubah rentak lagu itu menjadi lebih ganas dan mengerikan. Aksi menghantuk –hantuk kepala ke dinding itu juga telah dilakonkan oleh ketiga-tiga mereka. Tidak cukup dengan itu, masing-masing juga seolah –olah sebulat suara telah mengubah arah nyanyian mereka kepada lagu Bawaku Terbang yang lebih pop, lebih rancak dan lebih rock !
‘Nananana, nanananana,
Mata ke mata, ke hati,
Hati ke hati, hati-hati,
Bibir ke bibir, bicara janji,
Maka, hanyutlah mereka semua dibuai derai ketawa yang turut disertai oleh beberapa orang pelajar yang turut sama berkumpul di belakang surau itu. Kawasan di belakang surau itu sememangnya menjadi tumpuan utama para pelajar perempuan untuk melakukan sesuatu perkara mahupun aktiviti yang sedikit privacy daripada pengetahuan pelajar lelaki. Ya, sesungguhnya kawasan itu seolah-olah telah dijadikan tapak eksvakasi pelajar perempuan untuk menunjukkan belang mereka tanpa pengetahuan pelajar lelaki.
“ Wei, boleh buat geng !”, Wiwid mula bersuara memecahkan keharuan yang berlaku.
“Geng ganas, tak pun geng pailang yang macam budak lelaki selalu cakap tu ?,” saki baki ketawa masih lagi terkesan di sebalik kata-kata Hanis yang masih lagi terbayagkan kegilaan yang baru saja merasuk mereka sebentar tadi. ‘Stress sebab nak UPSR kot,’- sempat lagi Hanis menambah di dalam hati.
Tanpa disengajakan, Qiera mula menyampuk sama. “ Pernah tengok Kung Fu Hutsle ?”.
“Erm, pernah-pernah. Best !”.
“Lagi-lagi part yang Geng Kapak keluarkan mercun tu. Smart !!”.
“Cerita tu best lah. Ada mak cik power pulak tu. Ganas habis !”.
“Sekali menjerit, bergegar bumi “.
Serentak dengan itu. “Geng Kapak !”, mata Wiwid, Hanis, Durrah dan Qiera bercahaya ibarat disinari cahaya spotlight. Terselit sedikit muslihat di situ. Tidak lama kemudian, masing-masing berbisik sesame sendiri. Entah apa agaknya yang dibisikkan oleh mereka berempat itu, tiada siapa yang tahu.

Labels: , , ,