|
o w n e r ![]() c b o x
P r e v i o u s
c r e d i t
© Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Chapter 33 ( Aeril, Arip, Himi ) Saturday, 9 November 2013 | 1 peterpan(s)
Chapter
33 (Aeril, Arip, Himi )
“Lightning
bahagian sana macam tak okay. Fix cepat ! “, tangannya dihalakan ke arah sebuah chandelier merah yang terlekat di
dinding. Mukanya tegas. Aeril masih lagi terkesan dengan kejadian di rumahnya
tadi.
“Malam ni
ada apa ?,” Arip, datang mendekati. Arip Rusydhan yang sejak tadi memerhati
lagak rakannya itu telah pun bersuara.
“Dinner
UPM.” Sepatah dua je Aeril menjawab. Matanya juga lebih ligat memandang keadaan
sekitar. Meskipun Aeril menjawat jawatan tertinggi dalam hotel tersebut, dia
sering melibatkan diri dengan urusan bawahan. Prinsipnya ini telah dipegang
sejak masih dalam tempoh pengajiannya di London dulu. Tambahan pula, Hotel Maya
yang diambil alihnya ini bukanlah dari kalangan yang calang-calang. Grand tahap
kod merah ! 5 stars katanya !
“Amboi,
ingatkan menteri mana nak datang. Sampai Owner Hotel kena turun padang.” Arip
membuat muka selamber.
“Kau ni
menyibuk je, takde training ke ?”.
“Amboi macam
halau je. Taulah hotel berbintang-bulan.”
“Mana ada.”
“Asal muka
cam cemberut ? Ada problem apa? Citerlah.”
“Kau kenal
Hanis ?”
“Hanis mana
? Artis terkenal yang berkepit 360 hari dengan tunang dia tu ke?”
“Otak mu kat
mana ? Bukanlah !”
“Abis tu,
Hanez Suraya ke ? Lol, dah bini orang kot.”
“Takde
apelah. Kau ni merepek. Dah, jom naik pejabat aku. Nak bincang pasal projek
Himi tu hah !”
“Okay”. Arip
yang berseluar hitam pekat tadi telah pun mengangkat kaki mengikut Aeril. ‘Aik,
naik pejabat pakai Dixtar je ? Mana tuxedo ? Lol.. Gaduh ngan makwe lah tu
!’-bisik Arip dalam hati.
Chapter 36 (Qiera & Wiwid & Reez)
Chapter
37 (Qiera & Wiwid & Reez)
Qiera
memeriksa jam tangannya. Dah mati. Kalau tak silap, baru sebulan lepas dia
menukar bateri jam ELLE berwarna biru itu. ‘Dah mintak yang baru kot’. Dengan
segera, laci almarinya dibuka. Deretan koleksi jam tangan menjamu mata.
Akhirnya, setelah puas memilih, jam tangan besi yang berlatar belakangkan
pemandangan London Eye diambil. Semakin panjang senyumnya.
‘ Ciptaan
Allah yang indah ini, merupakan salah satu perkara yang dapat memberikan
ketenangan jiwa yang tidak berbelah bahagi’
Kata-kata
itu terlekat kukuh dalam ingatan. First time jumpa, Qiera dah jatuh hati. Suka
tengok perwatakannya yang berluarankan seorang hipster, tadi dalaman, penuh
dengan keimanan. Semenjak itu, baru
Qiera mengenal erti pepatah ‘ Don’t judge a book by its cover’.
“Ah, sudah !
Terlambat lagi !”, Qiera terjerit kecil. Bukan main dia asyik melayan perasaan
sedangkan dirinya telah diikat dengan pertemuan yang telah dijanjikan semalam. Harini,
Qiera akan mengatur pertemuan dengan Fareez dan Wiwid. Sengaja mengajak Wiwid. Kalau
tidak, tinggal berdua je pulak, haih….Qiera tidak betah !
Radio keretanya
dihidupkan. Lagu-lagu zaman persekolahannya dulu telah pun menjadi halwa
telinga.cermin pandang belakang dibetulkan. Biar tak senget. Baru selamat nak
memandu. GPS dihidupkan. Lokasi tujuan, Taman Tasik Air Keroh telah ditetapkan.
First time nak menjajah tanah air, mana bias tak guna GPS. Bias sesat tak
bertujuan nanti.
Sedang dia
asyik memandu, lagu Pergi Tak Kembali sudah kedengaran dari corong radio. Tak semena-mena
ingatannya berputar laju. Teringat pula zaman persekolahan dulu. Zaman-zaman kalau
kita bersin, hingus meleleh tak berlap. Zaman-zaman kalau nampak benda pelik
sikit dah jakun macam cimpanzi masuk kedai emas. Zaman-zaman masa Qiera sedang
berusia 15 tahun !
Lagu
tersebut pernah menjadi lagu pilihan kelasnya, 3 Ibnu Khaldun untuk memasuki
pertandingan nasyid antara kelas dulu. Nak dijadikan cerita, kelas Alusi yang
berkumpul tidak jauh dari mereka juga dah memilih lagu yang sama. Nak buat
macam mana, kebetulan !
Time
practice, bukan main masing-masing nak tunjuk sapa hebat. Pernah jugak masa tu
kelasnya sendiri rasa macam nak
tumbuk-tumbuk je budak Alusi yang bukan main riang main dua gendang. Padahal,
cikgu dah pesan suruh share. Eish, tak ber..pe..ri..ke..ma…nu…si..a..an betul !
Paling tak boleh dilupakan, dah penat-penat setiap kelas berlatih sana sini,
boleh pulak dengan senang kacang je cikgu announce pertandingan nasyid
dibatalkan. Aiseyman ! Ni yang Qiera geram ! Nasib baik cikgu yang buat rules,
kalau student punya rules, dah kena celup Fabuloso dah masa tu. Hehehehe peace
! Qiera gurau je.
Dalam kesibukannya
memutar kenangan, destinasi tujuan sudah pun selamat menjamu pandangan. Hijau je
keadaan sekeliling. Rasa tenang. Tak hairanlah Reez ajak dia ke situ. Mesti Taman
Tasik ni dah tersenarai dalam salah satu tempat favourite Reez.
‘ Melihat dengan mata, bukan mata fizikal,
tapi mata hati. Kalau melihat dengan mata hati, barulah kita dapat discover
betapa indahnya nikmat depan mata. Lain pula kalau kita melihat dengan mata
fizikal . Apa yang ada, hanya kelihatan biasa-biasa. Ingat, bukan semua orang
sedar hakikat ni !’
Salah satu
pesanan Reez terngiang-ngiang di telinga Qiera. Tak sempat nak lock kereta,
bahunya disentuh lembut. Qiera jadi tak keruan. ‘ Nak toleh ke tak nak. Nak toleh
ke taknak.’ Qiera berkira-kira sendiri. Dalam mindanya, dia mula mengingati
formula mempertahankan diri yang sempat dipelajari daripada Dian masa di
Edinburgh dulu.
“Qiera, is
that real you?”, suara comel yang halus mula menerpa telinga. Suara yang
sungguh familiar. Qiera pusing 180 darjah. Mukanya berubah menjadi setaraf
Lindsay Lohan menang award. Bahagia tak terkira.
“Wiwid,
hebatlah ! Dari belakang pun dah kenal ke ?”, tangannya menyambut huluran
Wiwid. Wiwid dah tersengih sendiri. “Lah, kau tak banyak beza.”
Tiba-tiba,
telefon bimbit Qiera berbunyi-bunyi minta diangkat. Qiera segera menakan button
keypad unlock. Nama Reez terpampang di skrin. Laju saja jari menolak skrin bagi
menerima panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.
Reez dah kat mana ni ?”
“Wa’alaikumussalam.
Reez dah sampailah. Tapi macam tak berani pulak nak interframe. Mesra semacam
je”
“Eh, mana
Reez ?”
“Right
behind you…..Turn now”, talian telefon dimatikan oleh Reez. Qiera menoleh ke
belakang. Dup dap dup dap. ‘Fulamak, gila bravo dressing dia !’
Fareez yang
hanya berkameja T longgar dan berjeans biru tua dah pun berdiri di belakangnya.
Kira-kira 1/2 km saja jaraknya. Earphone berwarna biru muda tersangkut di
telinga. Setelah memerhati dengan betul, baru Qiera sedar bahawa Reez telah
mengenakan dua helai pakaian. Sehelai t-shirt berwarna putih telah dipadankan
dengan jaket nipis berwarna hitam. Nampak sempoi. Nampak bergaya.
“Tu ke tunang
kau ? Aiyo, banyak smart woo !”, Wiwid dah bersuara. Dia juga ralit
memerhatikan gaya pemakaian Reez. Fareez yang menyedari dirinya menjadi
perhatian kedua-dua gadis tersebut mula melangkah bagi mendekati mereka. Senyuman
semanis susu Cap Teko dilemparkan.
“Assalamualaikum.
Sorry interrupting. You guys boleh enjoy berbual lagi. Reez buat-buat pekak
okay ?”, Fareez tersengih lagi. Nasib baik benteng keimanan Qiera dan Wiwid
masih kukuh, jika tidak, mau hancur lebur mereka cair ke tanah.
“Eh, its
okay. We’re all done…. At lest, for this time being.” Wiwid bersuara bagi
menjernihkan suasana. Tak elok pula merenung anak teruna orang macam tu sekali.
Bukan muhrim ! ‘Jaga pandangan wahai Najwa Haidany !’-hati Wiwi memberi amaran
sendiri.
“So, should we
proceed ? Pergi bangku sana tu jom?”, Qiera memberi idea. Yang lain pula hanya mengangguk setuju. Langkah
kaki dihalakan ke arah deretan bangku
yang tersusun elok menghadap tasik buatan manusia itu. Ramai juga pengunjung. Maklumlah,
taman rekreai utama.
Qiera melabuhkan
punggung di sebelah Wiwid. Reez pula mengambil tempat di bangku depan. “Wiwid, kau
ape citer sekarang?”
“Herm, as
you know..Aku lecture. Kat UTAA ( University
Technology AND Automotive ). Kau apa citer pulak ? Aleh-aleh je dah bertunang. Tak
roger-roger pulak tu !” selamber je Wiwid menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Qiera
pula sudah terasa panas mukanya. Lagi-lagi bila dia menyedari yang Reez turut
mendengar sama. Mau tumpah kuah asam pedas atas muka Qiera. Panas plus pedas. Memang
berasap !
“Eleh, aku tunang
pun nak roger kau ? Kau wali aku sebelah mak ke ayah ?”
“Ceh, show
off. Mentang-mentanglah backup kat depan mata. Sah-sahlah aku tak boleh menang
!. Kau buat apa sekarang ?”
“ Baru habis
study kan ? Nak buat apa lagi. duduk rumah rest sekejap. Graduated pun belum
lagi.”
“Owh, ye tak
ye jugak. Kau ingat Arip lagi tak ?”
“Arip mana
pulak kau ni ?” Qiera dah tak senang duduk. Takut pula Reez bertukar curiga.
“Don’t worry
lah. Just talk. Reez tak kisah pun”, Fareez bersuara tanpa mengangkat muka. Tangan
pula memegang kejap Walkman kesayangan. ‘Ceh, macam tau-tau je aku ngumpat dia’.
“Aloh, Arip
budak ss2 tu hah. Jiran kau dulu tu.”
“Owh. Arip Rusydan
anak cik Seri ?”
“Yup. Dia dah
jadi player Negara terkenal tau. Comfirm kau tak tau kan. Sebab dah berapa lama
kau kat London.”
“Player ?
Bila pulak dia ni jadik playboy ? Macam tak sangka je !”
“Oit nenek !
Bukan kaki perempuanlah ! Kaki sepak bola. Jersi 20 berapa ntah, aku tak ingat.
Yang pasti ramai admires lah !”
“Owh. Aku ingat
playboy tadi. Sorry atuk ! Kau ada dengar khabar budak lain?”
“Hurm…jap..
yang aku tau Nurin dah jadi doctor sekarang. On the way nak jadi pakar kalau
tak silap. Bidang apa aku lupa pulak. Well, semenjak dua menjak ni kurang tido,
tu yang nyanyuk sebelum usia.”
“Owh really
? Tercapai jugak hasrat dia. Alhamdulillah. Yang lain ?”
“Aeril dah
owner hotel. Hotel berbintang bulan ! Hotel Maya ! Dia take over dalam 2 tahun
lepas. Kaya kot sekarang. Status pulak aku tak sure. Tak sempat nak usha.”
“Amboi
Aeril, bukan calang-calang. Kau ada jumpa dia ke?”
“Jumpa tu
tidaklah. Stalker kat laman Insta je. Handsome giler kot.”
“Ceh, kau
semua budak nak kata handsome. Ntah-ntah mat Nepal yang lalu tepi jalan pun kau
kata handsome !”
“Herm..kalau
yang kulit putih-putih tu handsome lah jugak. Yang lain-lain tu say bye je lah
!”
“Banyak
songehlah kau. Hanis macam mana ?”
“Hanis mana?
Aku macam tak berapa cam.”
“Hanis Kapak
lah !”, Qiera melayangkan tamparan percuma tepat di bahu Wiwid. Wiwid mengaduh
kesakitan.’ Gila ganas jugak budak Qiera ni !’Wiwid mendengus dalam hati.
“Woi, depan
fiancé pun nak mengganas ke ? Beragaklah wei ! Hanis ea.. Erm, aku tak tau
pulak. Dah lama tak dengar khabar.”
“Owh, apa
agaknya dia buat ek. Kata dulu nak jadik Prof Madya Dato’ Dr.”, Qiera dah
tersengih sumbing. Wiwid yang gagal memutar ingatan hanya mengangkat bahu tanda
tak tahu. Tidak lama kemudian, Wiwid meminta diri untuk membeli minuman ringan.
Sengaja memberi ruang untuk Reez berbual dengan Qiera. ‘Mati terduduk pula si
Fareez ni nanti. Aku blah dulu la’. Kaki diangkat laju. Qiera hanya mengangguk
tanda membenarkan.
Fareez leka
memandang gelagat pengunjung tasik di sana. Ada yang menjilat aiskrim, ada yang
bermain bola, tak kurang juga gelagat manusia yang sentiasa tak serik
mencemarkan pandangan murni di sekitar kawasan yang indah permai tersebut.
‘Salah satu daripada tiga cara mencegah kemungkaran adalah dengan hati.’ Fareez
menggeleng berkali-kali. Tanpa disedari, dia mula bersuara. “Haih,
selemah-lemah iman.” Perlahan saja nadanya. Mujur tidak dapat ditangkap oleh
gegendang telinga Qiera. Walkmannya
dimatikan. Fareez melihat keadaan Qiera
di hadapan.
“Hei budak.
Seronoklah dah habis study ?”, bukan main selamber lagi Fareez menyoal.
Mentang-mentanglah Wiwid sudah angkat kaki. Mentang-mentanglah dah tak bersua
muka selama setahun.
“Ceh, taulah
dia dah dua tahun graduate. Herm, tak seronok. Tak tau nak buat apa. Bosan.”
“Bosan ?
Really ? Al-Quran kat rumah dah berapa kali khatam ? Mesti dah banyak kali kan
? Tu yang dah tak terhadap.”, Fareez tersengih sebagai tanda bergurau. Qiera
100% terpukul ‘Cis, kan dah kena !’.
“Aiceh, yelah
dia menang ! Amiklah menang tu.”
“Alah, gurau
pun salah ke ? Amiklah balik menang tu. Memberi lebih baik daripada menerima.”
Qiera hanya
berdiam diri. Matanya lebih ralit melihat deretan pokok bunga yang menghiasi
suasana. Laju saja tangannya ingin mencabut salah satu bunga mawar yang
terdapat di sebelahnya. Fareez dah tersengih. Timbul lagi idea nak menyakat.
“Hah, nak buat apa tu ?”
“Nak masak
tom yam. Tak nampak ke tengah pakai apron ni?,” Qiera malas nak melayan
perangai Reez. Kalau dah sampai chapter nak membuli, memang tak ingat dunia dia
membuli. Kalau dah sampai chapter alim dia, memang mengalahkan Ustaz Don !
“Eish.. Sedap ke tom yam letak bunga ros ? Kalau
bunga kantan tu boleh lah jugak.”
“Sedap je.”
“ Eee Qiera
jangan cabutlah. Tak baik tau..”
“Alah, amik
satu je. Takkan Majlis Daerah nak marah kot. Kedekut benor !”
“Bukan Majlis
Daerah.. Tapi, kan bunga ros tu tengah berzikir. Tak payahlah dicabut. Kasihan
dia”, Lembut saja Fareez menasihati.
Qiera
tersenyum sendiri. Lupa pula hakikat dalaman lelaki yang sedang membelek jaket
hitam di hadapannya itu. ‘Aura pak ustaz dia dah keluar lah tu’. Akhirnya,
kepalanya mengangguk setuju. Dibatalkan terus hajat nak menjadi perosak alam.
Wiwid pula sudah mula mendekati. Qiera tersengih sumbing. Sengaja menarik muka
simpati bagi mendapatkan salah satu air kotak yang masih dipegang di tangan
Wiwid. Fareez pula hanya menyambut
kedatangan Wiwid dengan senyuman. ‘Baru nak cari pasal lagi. Haih, batal niat’.
Walkmannya dihidupkan semula. Lagu Found You berdentum kuat di telinga Reez.
Labels: Arip, Fareez Afham, Farhanis Ayuni, Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 49 : REUNION PMR BADGE98 SMK TH at HOTEL MAYA
Chapter 49 : REUNION PMR BADGE98 SMK TH at HOTEL MAYA
Ruangan
entrance ballroom Hotel Maya telah diubah seratus peratus. Tema alam
persekolahan mula menggamit suasanana. Tidak cukup dengan itu, para penyambut
tetamu yang seringkali memakai uniform berwarna lilac itu telah berubah 180
darjah. Setiap pekerja yang bertugas telah diarahkan agar memakai seragam
sekolah yang sememangnya amat bertepatan dengan tema yang sedang dialami.
Baju merun,
kain hitam, tudung pink, baju putih, kain biru, baju melayu putih, sampin
berwarna merah hati, kasut hitam, kasut putih, vest hitam, semuanya menjadi
penyambut suasana mata-mata yang memandang. Amat glamours gitu ! maklumlah,
tauke hotel ada kuasa veto !
“Omg ! aku
dulu pengawas. Baju tu yang aku pakai.”
“Eh, arhh tu
baju librarian. So miss so much !”
Itulah nada
suara yang mengiringi setiap langkah kaki tetamu di dewan besar itu. Jauh di
sudut pintu, Himi dan Aeril tersengih sendiri. Bangga mula menular di dalam
diri. “Tahniah bro !”, Himi meletakkan tangan kanannya di atas bahu Aeril.
Aeril pula hanya membalas dengan senyuman yang lebar selebarnya. Speechless
tahap kod merah lah tu. eish, menyampah !
Dalam masa
yang sama,,,,,,
Izara terus
melangkah masuk dengan hanya ditemani langkah kaki seseorang. Takde boipren.
Takde suami. Tapi, ade tunang. Wau ?!
Okay, lepas
puas menjelajah, takde seorang pun yang dikenalinya, hampir saja dia menelefon
pemandu peribadinya agar segera menampakkan diri. Nak balik konon-kononnya. “You
dah kenape ?”, Amir yang sejak tadi setia membuntuti Izara mula terkesan dengan
tindak tanduk pelik Izara. “Nothing. Tak jumpa kawan.” Mendengarkan jawapan
serba ringkas itu, Amir terus melangkah bagi mendapatkan segelas Ice Mounties
bagi membasahkan anak tekak.
‘Haish, Amir
ni minum je kerja !’. Izara mendengus geram, kalau diikutkan rentak hati,
hampir saja Amir dipijak dan dilenyek bagi membentuk sekeping roti peratha yang
lazat untuk dimakan. Nasib baik kewarasan akal Izara mampu tekan brek menahan
nafsu. Fuh, fuh.
“Assalamualaikum.”,
suara halus yang tak berapa nak halus mula menerpa eardrum Izara. Sebaik saja
kepala ditolehkan 180 darjah, seorang gadis berbaju kurung moden berwarna biru muda
mula menggamitnya. Melihatkan gaya pemakain gadis tersebut, Izara tergamam
sekejap. Tak lama, 2-3 saat je. Baju biru yang berhiasankan butiran manik yang
kemas tersusun membuatkan Izara terliur sendiri. ‘Insta mana dia dapat baju
tu?’. Izara hanya mampu berteka-teki sendiri. “Hai Izara a.k.a Miss Arrogant.
Hah, ni aku kenalkan Jasmin. Budak Alusians dulu. Ingat tak?”. Sambil itu,
tangan si gadis tadi telah pun mengheret seorang lagi gadis yang sedang
memegang kejap gelas kaca berisi jus oren berdekatannya.
“Owh, kenal.
Jap, kau datang dengan siapa ni Hanis?”. Izara menyambut huluran tangan Jasmin
dengan mesra sekali. Amboi, pandai pulak manners ye Izara ? o_o
“Dangan
Zharif haritulah. Tapi dia dengan Mikhail dekat belakang sana. Kawan yang lain
pun dekat sana. Jomlah.” Tangan Izara dan Jasmin diheret sekali lagi bagi
mendekati sekumpulan lelaki yang sedang berkumpul mengelilingi meja yang telah
disediakan. Nampak kepoh, nampak kecoh. Entah apa agaknya yang dibualkan oleh
kumpulan maskulin tersebut.
“Oi, Hanis !
Awek mane kau bawak tu?”, Mikhail yang menyedari kehadiran Hanis di situ telah
mengangkat muka sebagai tanda ‘hai’.
“Izara !
Tauke besar I.S Bakeri dengan I.S Revolution Fashion. A.k.a Miss Arrogant. Dulu
ex-habab jugak. Korang kenal tak ?”.
Ternyata,
ramai yang mengganguk tanda mengenali Izara. Tak kurang juga yang melopongkan
mulut dengan penuh makna sekali. Melihatkan bentuk lopongan yang dibuat, Hanis
yakin, 9 daripada 10 mereka sedang berkata ‘wau, macam tak percaya’.
Tanpa
diduga, ketenangan yang sedang dirasai oleh mereka di situ hanya sementara.
Seorang gadis yang seusia mereka telah datang mendekati. Pakaiannya simple
sekali. Ala-ala, lantaklah-aku-nak-pakai-apa-yang-penting-selesa.
Walaupunbegitu, baju kurung yang dipakai oleh gadis tersebut amat menyejukkan
mata-mata yang memandang. Entah macam mana, air-cond di dewan itu terasa
berubah menjadi -16 darjah celcius. SEJUK !
“Assalamualaikum,
maaf ganggu. saya tak tahu dah nak tegur siapa sekarang ni. so, may I join you
all?”, cermin mata yang terletak di atas batang hidung dibetulkan agar tidak
senget.
Seperti
biasa, kedatangan si gadis tersebut disambut meriah tanpa sebarang ayat
kau-siapa-nak-join-kitorang. Izara pula
mengambil tempat Hanis memandangkan Hanis sedang sibuk mengatakan sesuatu
kepada Zharif dan Aeril di meja tersebut.
“So, awak
form 3 ape dulu ? Sorry, dah tak ingat muka. Mase Hanis tegur saya haritu ,
saya pun tak ingat dia.” Senyuman semanis Cap Teko dilemparkan.
“Saya Qiera.
3 Khaldun. Biasalah, muka manusia ni berubah mengikut usia. Apa orang putih
kata, people changes, but memories don’t. herm, by the way, Hanis mana yang
awak maksudkan tadi?”
Izara
menarik kerusi untuk kedua-dua mereka. Jasmin yang berdiri berdekatan mula
menyertai perbualan tersebut. “Owh, KAA ke. Saya Jasmin Alusi. Yang ni pulak
Izara Farabi. Hanis yang Izara maksudkan tadi Hanis Ayunilah. Korang best
friend dulu kan, Qiera ?”.
Qiera dah
buat muka hah-kau-cakap-apa. Serentak dengan itu, laju saja mulutnya memberi
jawapan balas terhadap Jasmin “So, mana Hanis ? Tak datang ke?”
Jasmin buat
muka pelik. “Lah, yang berdiri pakai baju biru tadi Hanislah. Jap ea,
Hannnnnnnnnnnn….Eh, mane Hanis ?”. Kepala ditolehkan ke arah Zharif yang kelihatan leka berbual
dengan Hanis sebentar tadi. Tatkala melihatkan reaksi angkat bahu si Zharif dan
Aeril, Izara tersengih sendiri. “Hanis takde. Kejap lagi korang jumpalah tu.
hahaha.”
“Hah, apa ni
main ngumpat-ngumpat ni ? Dosa tau !”, Hanis muncul secara tiba-tiba. Dan
secara mengejut juga, Qiera menerpa dengan tangisan yang konon-konon macam baru
nampak jenazah. Hiba sehibanya. “Hanis..
long time no see”. Hanis kaget. Selepas diberitahu tentang status empunya diri
yang sedang memeluknya, Hanis terikut sendu-sendu. Jasmin dan Izara yang setia
di sisi hanya ketawa melihat babak Senario yang masih belum ditayangkan di
layar perak tersebut.
“Sorry,
Wiwid tak dapat datang. Dia ada tournament.”, Qiera duduk sebelah Jasmin, Izara
dan Hanis. “Nampaknya sesi mak jemah bakal start sekejap lagi !”, Izara
tersengih sumbing. Rakan lelaki yang duduk berhampiran mereka turut tergelak
mendengarkan ayat tak-boleh-blah tersebut.
“Speaking of
mak jemah, mana Izzati dengan Nurin hah?”, Azad dah angkat muka tercari-cari.
Melihatkan keadaan Azad yang mula meneropong itu, Izara dan Jasmin bersuara
lagi. serentak. “Kau takyah beriye. Kot-kot Izzati dah tinggi, kau bukan kenal
pon.” Satu, dua tiga, hilai tawa mereka sekumpulan mula bergema. Membuatkan
para tetamu yang berkumpul di meja lain mencuri-curi pandang akan kemesraan
mereka semeja.
“Amboi,,,
beriye kau gelakkan aku ye, Azad !”, seutas tali dari beg tangan Clark mendarat
tepat di atas bahu Aeril. Aeril mengongoi
sambil mengadu. “Apa ni ?! Aku Aeril lah, bukan Azad ! Azad sebelah Dian tu hah
! Adoii”. Izzati dah tersengih menahan malu. “Opps sorry, tak sengajalah,
Aeril. Muka kau macam Azad dulu-dulu. “ Izzati menarik muka sorry. Zariief yang menjadi peneman Izzati
dah buat thumbs up membawa maksud ‘haa padan muka !’. Hampeh kau Zariieef.
Dalam masa
yang sama, rakan-rakan yang mengelilingi meja tersebut hanya terdiam tanpa
suara. Masing-masing tertanya-tanya akan status si pendatang tak bernama
tersebut. Siapakah dia ? Kelas manakah dulu ? Yang lelaki tu siapa pulak ?
Bermacam-macam tanda soal menghujani anak mata Hanis, Azad, Jasmin, Izara, Azrin,
Himi dan Aeril sendiri.
“Okay,
sorry. Aku dengar nama aku, sebab tu serbu sini. I’m Izzati. 3 Alusi dulu ..
Okay, Izzati salah kelas ke ni ? Kenapa pandang pelik semacam ?”
Tiada
respon. Izzati pandang Zariieef. Zariiee pula hanya tersengih sumbing.
Statement tadi disambungkan. “Okay, yang sebelah aku ni, fiancé. Nama dia
Zariieef Fikri. So, you guys ?”. Kening Ziana Zain diangkat.
Semua sekali
bersorak sorai. Hanis dan rakan-rakan lain masing-masing terkejut melihatkan
perubahan drastic Izzati. Tinggi woi, macam tak caye je, macam tak caye je.
“Ha, kan aku
dah cakap, jangan judge aku dulu. Sekarang, aku dah setinggi Himi tau !”,
terselit bunga-bunga bangga di situ.
“Eleh, baru
tinggi sikit dah berlagak !”
“Eh, kau
pakai bomoh ea jadik tinggi ?”
“Ceh,
Izara.. yang kau tu tibe-tibe stylish sangat ni, kesampuk hantu mana ?”
“Amboi,
Aeril…hotel kau ade cili tak?”
“Dah lah tu,
bergaduh je kerja !”
“Eh kejap,
yang dengan Qiera tadi tu siapa hah?”
“Assalamualaikum
Izzati. Awalnya sampai !”, Nurin dah bercekak pinggang di sisi Adam. Macam tadi, yang tak tau apa-apa tu buatlah
muka okay-ni-siapa-pulak.
“Nurin !
Lambatnya sampai !”. Okay, Izzati, ni main vice versa ke apa ni huh ? Yang lain bersorak lagi sekali.
Sejak menyambut kedatang Mikhail dan Jasmin, Zharif dan Hanis, Azrin dan
somebody, Qiera dan Fareez, Dian dan Azad, Izzati dan Zariief kini meja mereka
dimeriahkan lagi dengan kedatangan Nurin dan Adam. Lebih mengharukan lagi, Arip
yang kini dikenali sebagai pemain bola sepak Negara juga berjaya memunculkan
diri bagi memeriahkan suasana.
“Aeril, to
be honest, who’s perfect idea huh ?”
“Mak cik !
Ayat macam tak sekolah. Himi lah mastermind. Kan dia hantar e-mel kat Chikeeboom”
Masing-masing
senyap sekejap.
“Serious ?
Apa kene mengena Himi dengan Chikiboom?”
“You alls,
kan identity Chikiboom’s mastermind si Minchu. Dah tak ingat jersi Himi dulu ke
huh ?”
“Owhhhhh.
Ha’ah lah.”
“Dah takyah
kecoh ! Semua ni idea Aeril dan sumbang saran si Arip ni huh ! Dah, close
chapter !”
“Okay, close
chapter ! so, aku nak tanya apa status si Azad dengan Dian ni huh ? Berkepit
dari tadi !”, Arip dah meluahkan ketidak puasan hatinya. Konon-konon tak suka
melihat kemesraan terlebih mesra Dian dan Azad.
“Hahahahaha,
diorang tu dah suami isterilah. Tulah, datang lambat ! Kan dah outdated !”,
Aeril memekik tanda padan-muka-kau-tak-tau.
“Okay,,,Aku
dah tau si Mikhail dengan Jasmin, Nurin, Azrin, Izzati ngan Qiera ni
masing-masing tunang dan bakal tunang. Counting the days, aku dapat kad punyalah.
Yang Hanis dengan Zharif ni apa pulak ? Jangan cakap kaorang pun dah kahwin !”
Hanis dah
panas muka. Yang lain terus menala pandangan ke
arah mangsa soalan Arip. Sememangnya sejak dari mula lagi mereka tidak
bertanya status diri masing-masing, Cuma Arip je yang terlebih laser tanya
setiap sorang. Hanis pandang Zharif yang sedang buat muka selamber di sebelah
Aeril.
“Erm,
kitorang kawan je”, Zharif bersuara bersahaja sebaik saja terpandang akan wajah
kelat si Hanis.
“Kawan je ?
Tapi takkanlah….”, Qiera pula dah buka aura Detective Conan.
“Ye, kawan
since kat UPSI. Dengan Mikhail sekali. Lepas tu, satu UPM pulak. Sebab tu
kitorang kind of best friend lah.”, Hanis acah-acah yakin. Muka pula dibuat
setaraf tak-nak-caya-tanya-Mikhail.
Mikhail
hanya angkat bahu sambil tersengih serba salah. Dalam hati, ‘nak bagitau ke
tanak. Bagitahu, tak bagitau, bagitau, tak bagitau. Okay, tak bagitau !’
Hanis
berdiri sekejap. “Could you guys just stop talking about me. Super tak best.
Lagi-lagi bab macam ni. hurting you know. So, let us find out more about
Fareez,Adam and Zariief and certainly not my Zharif.”
“Not ‘my
Zharif?’ My huruf besar !”, Aeril buat muka hah-baik-kau-cakap.
“Okay,
typical problem. Dah,,,,,, penat aku cakap dengan korang. Si Zharif ni pun
satu, acah-acah pekak pulak.” Hanis mendengus geram sambil pandangan mata
dihalakan tepat ke arah Zharif. “Sorry
lady.” ‘Hah, tu jelah Zharif tau !’.
“Dah-dah la,
kesian Hanis. So Qiera, kau macam mana boleh dengan Fareez pulak ni ?”
“Herm, aku
pulak ah victim ni? Aku..Aku… Alah, mase study medic dekat Edinburgh dulu,
kitorang tunang. “
“Fareez kata
tadi dia pandai main gitar tau.”
“Oh yeke? Zariieef
pun sama. Wah ala-ala hipster lah diorang ni?”
“Nampaknya,
tunang si Izzati dengan Qiera ni sama tapi tak serupalah?”
Dalam hati
Qiera, ‘Never judge a book by its cover, man. He mights look alike but I don’t
think they’re the same man indeed. Just close the chapter. Just let me be the
one who know the real Muhammad Fareez Afham.”
“Qiera dah
start tersengih tu apehal ? Berangan ?”
“Eleh Aeril,
nak carik pasal je kan !”
Hampir dua
tiga jam juga mereka berbual tak ingat dunia. Pelabagai jenis cerita dikongsi
bersama. Sebaik saja azan Asar berkumandang, kesemua mereka segera menyerbu
ke arah surau yang telah disediakan
tidak jauh dari ballroom tersebut. Aeril menjadi imam. Masing-masing seperti
berada di awing-awangan tatkala mengenangkan
pertemuan tersebut. Macam pelik kan ? Dah 10 tahun berlalu, tapi
riuhnya, mesranya macam setiap hari jumpa. Well, itu namanya kuasa Allah….
*****
“Eh Hanis,
kau buat ape sekarang?”, Qiera yang sejak tadi sibuk bertukar-tukar pengalaman
dengan rakan sekelasnya baru berkesempatan untuk bersua kembali dengan Hanis.
Sebuah kerusi berwarna merah terang ditarik bagi menyertai Hanis yang sedang
menghirup perlahan jus di tangan.
“Lecture kat
UPM. In progress nak dapat Prof kau tau tak ! Haha”.
“Owh,
Alhamdulillah. Aku baru habis study kat Edin. Medical.”
Hanis
menghalakan tangan ke arah Fareez yang
kelihatannya sedang seronok melayan kerenah anak-anak teman mereka. “Kau dengan
dia bila ? Tak sabar nak makan nasi minyak !”. Qiera di sebelah dah terjegil
biji mata. “Uish gila? Nanti-nantilah. Kau ni merepek betul !”
Hanis ketawa
mengekek sebelum menyambung syarahan pendeknya. “Eleh, benda baik tak baik
delay tau. Lepas ni, kau terus kerja ke ?”
“Tak. Next
month graduated.Tengok ni ha.” Skrin telefon bimbit disentuh sebelum skrin
tersebut memaparkan kenangan indah Qiera ketika di London dulu. “Untungnya
dapat study Edinburgh. Just like your dream ! “.
“Alah.
Jangan nak touching-touching. Tak best. Nanti kenduri aku kau datang ea?”
senyuman simpul Qiera makin tersimpul-simpul pada anak mata Hanis. “Maksud kau
? Mestilah ! Aku nak duduk kat meja beradap okay ! Nak makan sedap-sedap.”
“Eish, nak
makan sedap, jadi pengantinlah !”
Hanis dan
Qiera mengekek bersama. Baru sekejap tadi Hanis melepaskan keseronokannya
bersama Nurin, Izara dan Izzati. Kini di sisinya, Qiera. Oh, kelakarnya mereka
semua !
******
Tepat jam
6.00 petang, setiap daripada mereka mula mengatur langkah pulang. Tambah
mengejutkan apabila Azad memaklumkan penghijarahan mereka yang bakal menetap di
Tanah Semenanjung mulai hari tersebut. Tambah mengejutkan lagi, Azad juga bakal
menjadi salah seorang pelajar Tun Habab yang menabur jasa dan bakti di sekolah
tempatnya menimba ilmu dulu. Oh hebatnya !
Sedang Hanis
ralit bertukar-tukar kata perpisahan dengan teman persekolahan, Zharif datang
mendekati. “ Okay, I should go now. Nanti tak sempat pulak.”
“Hah ?
Aktiviti Rif start pukul berapa ?”
“Esok
pagilah. Office hour.” Jam tangan yang melilit pergelangan tangannya dilihat
sekejap. Tidak lama kemudian, muka okay-Hanis-selamat-berpisah mula tergambar
di wajahnya. Hanis yang sememangnya dah
faham maksud tersirat di sebalik muka tersebut terus mangganguk faham sebelum
menghantar kepulangan Zharif dengan pandangan saja. “Haik Hanis ?! Pandangan je
? Take care, bye, see you soon takde ke ?! Ape daaa “ Aeril yang sejak tadi
memerhati menyergah dari belakang.
“Bisinglah
kau !”. Hanis mengejek geram. ‘Tak boleh aman langsung dengan si Aeril ni !’.
Mujur, Qiera yang sememangnya mempunya aura
kau-mintak-maaf-dengan-Hanis-sekarang sudah mendekati mereka. Aeril dibiarkan
terpinggir ke tepi. Nurin dan Izzzati turut menyertai mereka berdua.
“So, korang
nak balik?”
‘Yelah,
takkan nak sewa hotel kat sini pulak. Eh Hanis,
kau dah tak jumpa best friend kau lagi tu kan ?”
“Amboi
Izzati, ayat macam nak kena lempang je… Herm, tahun depan jumpalah.”
“Alah
Hanis,, sekarang dah bulan 9. Cool ah. “ Qiera tersengih sendiri.
“Herm,
korang kene jadik best friend aku balik semula sementara diorang takde !”
Serentak.
“Okay, set !”
THE
END OF REUNION
PMR BADGE98 SMK TH at HOTEL MAYA
Labels: Aeril, Arip, azad danial, Azrin, dian amanda, Fareez Afham, Farhanis Ayuni, Firash Ikhwan, Himi, Izzati, Jasmin, Mikail, Nurin Dalia, Qiera Qalisha, zariieef, Zharif
|
Chapter 33 ( Aeril, Arip, Himi ) Saturday, 9 November 2013 | 1 Comments

| a b o u t ; ![]()
| s t u f f ; ![]()
|
b i a s ; ![]() |