o w n e r c b o x
P r e v i o u s
c r e d i t
© Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Feedback Please.. :) Saturday 9 November 2013 | 0 peterpan(s) Chapter 1 (London Story About Hanis, Mikhail, Zharif and Ariel )
Chapter
1 (London Story About Hanis, Mikhail, Zharif and Ariel )
Kamera Nikon
DSLR Z4 itu disangkut di leher. Langkah
kakinya semakin laju bagi menyaingi sekumpulan burung merpati yang mula
bertenggek di atas bangku panjang itu. Beberapa kali juga bunyi ketikan
daripada kamera tersebut didengari oleh Zharif. Sesungguhnya, gadis yang sedang
berdiri di hadapannya sungguh tidak
terkata jakunnya. Mungkin ini kali pertama gadis itu menjejakkan kaki di bumi
London yang sering menjadi bualan penduduk di tanah tumpahnya darah kelahiran
mereka. Berbeza dengan Zharif, dia sendiri sering ke London atas urusan
perniagan yang dijalankan oleh ahli keluarganya itu. Bagi dirinya, kota London
yang dibanggakan itu hanyalah diibaratkan sebagai rumah kedua baginya. Sungguh
tiada apa-apa yang dapat menarik minatnya sepertimana yang sedang dihadapi oleh
Farhanis Ayuni yang dikenalinya di UPSI beberapa tahun yang lalu.
“Udah-udah
lah tu , mak cik oii . Dah berapa jam kau kejar burung tu.Aku nak balik hotel
dulu. Kang mengamuk pulak Mikhail kat sana,” Zharif mula melontarkan volume
rendahnya. Hanis yang sudah kepenatan itu segera menoleh dan merebahkan dirinya
di atas bangku yang sedang diduduki oleh Zharif. Bergegar sekejap bangku yang
hanya dibina menggunakan beberapa batang ranting kayu itu. Mujur jangka hayat
bangku itu masih lagi mampu bertahan. Jika tidak, mahu wassalam dibuatnya.
Sambil
terseyum sumbing, Hanis mula memandang tepat ke arah Zharif. Lagaknya tidak
ubah seperti helang yang sedang memasang niat untuk menelan mangsanya . Tidak lama kemudian,
Hanis mula bersuara “ Kau balik lah dulu. Banyak lagi aku nak buat. I’m still
full of passion ! “.
“Humph, aku
tau. Tengok dari sikap jakun kau tu pun aku dah boleh agak”. Zharif mula
mengekek sendirian tatkala mengenangkan sikap keanak-anakan Hanis sebentar
tadi. Mahu sahaja dia merakamkan aksi tersebut untuk di-upload di laman
Instagram miliknya. Hanis pula sudah mula menarik muncung sedepa. ‘ Kurang asam
punya budak ‘- gumam Hanis sendiri.
Belum pun
sempat Hanis membela dirinya, Rif sekali lagi bersuara. Namun, nadanya pada
kali ini kedengaran agak tegas.
“ Kau tau
tak, dulu, aku selalu datang sini dengan Ikhwan. Dulu, aku dengan dia dah macam
spouse. Kat mana aku pergi, mesti dia sibuk nak ikut. Kadang-kadang, rasa rimas
pun ada. Tapi nak buat macam mana. Kalau bukan kawan yang susahkan kita, siapa
lagi yang nak susahkan kita. Am I right, dear prof ?”
“Hurm, prof
to be. Kata tadi nak balik sangat. Pergilah. Nanti mengamuk mamat hati tisu tu
nanti. Bye ! “. Dengan langkah panjang, Hanis segera berjalan menjauhi Rif. Dia
sebenarnya sedang berusaha untuk melancarkan mogok setaraf Syria disebabkan
oleh sikap Rif yang terlepas kata sekejap tadi. ‘Merajuk pulak dah budak ni.
Haih, sabar je lah aku Hanis oi’ , Zharif mula mengatur langkah ke hotelnya.
Risau dia memikirkan keadaan Mikhail, teman baiknya yang ditinggalkan
keseorangan di hotel tersebut. Dah la budak tu tak reti discover London ni.
Mati kataklah kau kat bilik tu , Mikhail oi !
****
Sambil melilit
kembali tudungnya yang sudah hampir hilang letak duduknya, Hanis mula melangkah
ke arah
satu lagi pusat tarikan utama di Kota London. Menurut kata Rif dan Mikhail,
tempat itu merupakan satu-satunya tempat yang perlu dilawati oleh Hanis sebelum
mereka pulang ke tanah air pada hari Rabu depan. Tip Top
! Menarik ! 5 stars katanya ! Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Hanis
melemparkan kamera DSLR Z4 miliknya itu ke
arah Rif dan Mikhail yang sewenang-wenangnya melawat Menara Jam Big Ben
itu semasa Hanis meluangkan masa melawat Perpustaakan yang terletak tidak jauh
dari hotel penginapan mereka. Bukan sahaja tidak reti menunggu, bahkan
tidak reti mengajak juga. Akhirnya,
Hanis sendiri perlu berusaha menjelajah
bagi melihat sendiri keunikan dan kecantikan Menara Jam Big Ben yang
dikatakan sebagai menara jam berdiri bebas yang ketiga tertinggi di dunia ini.
Sedang ralit
Hanis melihat menara yang terletak di hujung utara Istana Westminster itu, dia
mula mengeluarkan kamera kesayangannya bagi mengambil beberapa gambar sebagai
kenangan penjelajahannya ke menara yang sudah hampir berusia 154 tahun itu.
Selain itu, gambar-gambar itu juga akan dihantar melalui e-mel kepada
rakan-rakannya yang tidak dapat turut serta dalam projek pada ketika itu.
Tiba-tiba, keasyikan dan kedamaian yang sedang dinikmati oleh Hanis mula
diganggu apabila mukanya disapu lembut oleh sehelai kertas yang berterbangan di
ruangan angkasa . ‘ Bertuah punya
manusia. Perosak alam betul. Sampah buang dalam dustbin lah !’ bentak Hanis
yang sedang diamuk kemarahan. Pantang dirinya terpandang akan perkara
sedemikian rupa berlaku di hadapan matanya sendiri. Mahu saja dia
menggigit-gigit rakus tangan si pelaku aktiviti tidak bertanggungjawab itu.
Biar hilang semangat si pelaku yang suka membuang sampah secara tidak beretika
itu.
Tiba-tiba,
tanpa guruh, tanpa ribut. DUSH . Hanis jatuh terduduk. Kebas di punggungnya
masih terasa. Manakala mangsa yang lagi seorang itu pula sedang menggosok-gosok
dahinya yang kesakitan kesan berlanggar dengan kamera kesayangan Hanis yang
keras itu. Pada pandangan Hanis, mangsa di hadapannya itu juga tidak kurang
hebat gaya jatuhnya. Menyerupai gaya James Bond yang jatuh mendadak dari
tingkat 3 akibat dikejar oleh Spiderman dalam filem James Bond 3. Sungguh
bergaya , ala-ala arrogant. Eh , sekejap, ada ke scene tu ? Ah, tidak, hentaman kuat yang dirasakan
oleh Hanis sudah memutuskan fius kewarasannya buat seketika.
“ I’m so
sorry miss. This would not happen if I keep my eyes on the road while crossing.
This is all my fault “. Wajah lelaki yang serba salah itu mula menimbulkan satu
riak berbeza dalam diri Hanis. Apa yang pasti, dia yakin lelaki itu bukan
warganegara orang putih. Kulitnya yang biasa-biasa itu jelas menunjukkan dia
merupakan warga kelahiran Asia. Ya ! Tiada musykil lagi.
“ Its okay.
You don’t mean it right. No hurt feeling”, sambil melemparkan senyuman yang
semanis gula doublemint, Hanis mula melangkah meninggalkan lelaki yang tidak
dikenalinya itu. Tingkah laku Hanis yang meninggalkannya begitu sahaja menimbulkan
perasaan curiga dalam diri Aeril. ‘Macam pernah nampak’ – keluh hati Aeril.
Namun, belum pun sempat dia memanggil gadis tadi, bayangnya sudah lesap entah
ke mana.
Labels: Aeril, Farhanis Ayuni, Mikail, Zharif Chapter 2 (Qiera’s finding Wiwid)
Chapter 2 (Qiera’s
finding Wiwid)
Keadaan
bilik sederhana besar itu semakin gelap. Suasana yang mula menginjak malam itu
mula dirasakan kedinginannya. Kemungkinan
suhu persekitaran sudah meningkat sehingga menyebabkan Qiera menggigil
kesejukan.
‘ Lah,
patutlah sejuk semacam. Air cond punyalah high !’ –bebel Qiera sendirian.
Lantas, remote control pendingin hawa itu segera dicapai sebelum fungsinya
dimatikan sepenuhnya. Sememangnya, musim sejuk yang sedang dilalui di negara
Eropah itu pastinya tidak memerlukan khidmat pendingin hawa buatan Toshiba.
Walaubagaimanapun, alat elektronik itu tetap disediakan bagi kegunaan para
pelajar pada musim panas yang bakal menjenguk tidak lama lagi.
“Kau buat
apa lagi ni ? Kan dah dinner time ?”
Dian yang masih lagi berdiri di hadapannya itu direnung tepat.
“ Aku buat
assignment ni lagi sikit. Ada slight problem. Typing error. Komputer kau tu
disaster,” sambil melayang-layangkan kertas bersaiz A4 itu, Qiera mula
menunjukkan riak tidak berpuas hati dengan kegagalan system komputer rakannya
yang seorang itu. Jika bukan disebabkan kecuaiannya sendiri meninggalkan
laptopnya di perpustakaan tadi, pasti setiap assigmentnya sudah siap
dikepilkan.
“Eh nyonya,
kau tu yang cuai, nak salahkan komputer aku pulak. Backhand nak ?”, Dian mula
mempamerkan wajah bengisnya.
“Sorry lah.
Emotional error. Kau ni cepat touching. “
“Dah la tu.
Jes kata dia dah upload gambar yang kau minta tu kat Insta dia. Pergilah
tengok. Aku nak makan dulu. Bye.”
“Okay.
Thanks for the info. Bye.” Qiera mula membuka i-pad J8 miliknya itu. Laman instanya segera dibuka. ‘Eh, lupa pulak
nak suruh Sya tapau makanan. Haish. Kebulur aku kat sini.’
Qiera mula
merenung tepat gambar yang terpampang besar di skrin i-padnya itu. Nampak
menarik. Gambar itu amat diperlukannya bagi menyiapkan assignment terakhirnya
sebelum menamatkan pengajian yang masih berbaki 4 bulan itu.
Setelah puas
dengan kiriman yang diterima, Qiera mula melihat kosong gambar teman rapatnya
yang sedang bermesra dengan rakan persekolahannya dulu. Daripada salah satu
gambar yang dikirim oleh Fiz, tahulah Qiera bahawa rakannya itu sedang seronok
bertemu dengan rakan persekolahannya ketika menyertai Majlis Reunion yang
dihadirinya malam tadi. Secara tidak sengaja, kotak ingatan Qiera bagaikan
diketuk. Ketukan yang diterimanya itu membuatkan tangannya mula menaip laju
beberapa nama yang dikenali melalui petak Carian yang tersedia di laman
tersebut.
• Farhanis Ayuni
• Najwa Haidany
• Durrah Syairah
Setelah
beberapa lama mencari , Qiera mula menemukan hasil pencariannya.
Najwa_Danie 98 on Instagram
Wiwid is
here, Spending my time with many students around is not an awkward to me,
Searching or maybe still in a process of identifying someone to be with, Super
dupa active in this site, Sorry for rambling ! :)
Gulp ! Air
liur yang ditelan terasa begitu pahit. Lidahnya pula seperti berpasir. Mahu
sahaja Qiera berkumur dengan produk Listerine yang berperisa strawberry itu
bagi menghilangkan debaran di dadanya yang semakin menggila. Biodata pemilik
laman itu mula dibaca. Jelas lagi nyata, pemilik laman itu sudah memperkenalkan
serba sedikit tentang dirinya kepada sesiapa sahaja yang melawat laman
sosialnya itu. Jelas, Wiwid, atau teman rapatnya yang pernah dikenali sebagai
Knife itu sama sekali tidak mengalami perubahan yang ketara. Masih sporting dan
cheerful macam dulu. Kecomelan yang diwarisi daripada ibunya itu juga masih
lagi terpamer. Herm, Wiwid oh
Wiwid………….. Ingatan Qiera melayang lagi
Labels: Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 3 (Qiera’s talking about Kapak Gurlz involving Kapak’ members )
Chapter 3 (Qiera’s
talking about Kapak Gurlz involving Kapak’ members )
13 tahun
dulu………. Sekolah Agama Taman Sri Saujana riuh dengan suara kanak-kanak yang
sedang menghitung arah pusingan jam mereka
untuk pulang ke rumah. Tempoh persekolahan yang hanya berbaki 15 minit
itu dirasakan seperti 15 tahun. Ah, sungguh lama sehingga membuatkan Hanis,
Wiwid dan Durrah mula duduk berteleku di belakang pintu surau perempuan. Mereka
baru sahaja selesai menunaikan solat Asar. Ya, agak lambat. Segala-galanya berpunca daripada kecuaian
mereka sendiri yang asyik berbual tanpa mementingkan detik waktu yang sedang
berputar. Tanpa disedari, lagu Kebahgiaan Dalam Perpisahan dendangan Shahir itu
mula kedengaran di sebalik pintu. Ternyata, Durrah sudah terlampau bosan
sehingga mulutnya tidak mampu lagi menanggung kebisuan yang sedang melanda
mereka di situ. Tanpa disedari juga, Wiwid dan Hanis turut menyertai Durrah
yang sudah semakin agresif dengan mengubah rentak lagu itu menjadi lebih ganas
dan mengerikan. Aksi menghantuk –hantuk kepala ke dinding itu juga telah
dilakonkan oleh ketiga-tiga mereka. Tidak cukup dengan itu, masing-masing juga
seolah –olah sebulat suara telah mengubah arah nyanyian mereka kepada lagu
Bawaku Terbang yang lebih pop, lebih rancak dan lebih rock !
‘Nananana,
nanananana,
Mata ke
mata, ke hati,
Hati ke
hati, hati-hati,
Bibir ke
bibir, bicara janji,
Maka,
hanyutlah mereka semua dibuai derai ketawa yang turut disertai oleh beberapa
orang pelajar yang turut sama berkumpul di belakang surau itu. Kawasan di
belakang surau itu sememangnya menjadi tumpuan utama para pelajar perempuan
untuk melakukan sesuatu perkara mahupun aktiviti yang sedikit privacy daripada
pengetahuan pelajar lelaki. Ya, sesungguhnya kawasan itu seolah-olah telah
dijadikan tapak eksvakasi pelajar perempuan untuk menunjukkan belang mereka
tanpa pengetahuan pelajar lelaki.
“ Wei, boleh
buat geng !”, Wiwid mula bersuara memecahkan keharuan yang berlaku.
“Geng ganas,
tak pun geng pailang yang macam budak lelaki selalu cakap tu ?,” saki baki
ketawa masih lagi terkesan di sebalik kata-kata Hanis yang masih lagi
terbayagkan kegilaan yang baru saja merasuk mereka sebentar tadi. ‘Stress sebab
nak UPSR kot,’- sempat lagi Hanis menambah di dalam hati.
Tanpa
disengajakan, Qiera mula menyampuk sama. “ Pernah tengok Kung Fu Hutsle ?”.
“Erm,
pernah-pernah. Best !”.
“Lagi-lagi
part yang Geng Kapak keluarkan mercun tu. Smart !!”.
“Cerita tu
best lah. Ada mak cik power pulak tu. Ganas habis !”.
“Sekali
menjerit, bergegar bumi “.
Serentak
dengan itu. “Geng Kapak !”, mata Wiwid, Hanis, Durrah dan Qiera bercahaya
ibarat disinari cahaya spotlight. Terselit sedikit muslihat di situ. Tidak lama
kemudian, masing-masing berbisik sesame sendiri. Entah apa agaknya yang
dibisikkan oleh mereka berempat itu, tiada siapa yang tahu.
Labels: Durrah Syairah, Farhanis Ayuni, Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 4 (Hanis mengamuk, Zharif, Mikail jadi mangsa.)
Chapter 4 (Hanis
mengamuk, Zharif, Mikail jadi mangsa.)
“Eish !”.
beg tangannya dihempas ke katil. Telinganya masih lagi berdesing akibat
hentaman melulu yang dihamburkan oleh pak cik tua yang ditemuinya di tepi jalan
tadi. Sesunguhnya, Jalan Oxford yang terletak di City Westminster itu telah
menjadi saksi perdebatan Hanis dengan pak cik yang sudah separuh usia itu.
Perdebatan yang tidak diadili oleh sebarang hakim itu berpunca daripada
kelakuan pak cik yang dengan sewenang-wenangnya
mencampakkan sehelai kertas bersaiz A3 itu ke atas jalan raya. Lagaknya yang bersahaja itu membuatkan hati
Hanis mencapai takat didih yang terlampau tinggi. Dengan itu, berlakulah
pergelutan kata yang melibatkan seorang gadis remaja dengan seorang pak cik
tua yang sewajarnya hanya berehat di
rumah memandangkan usianya itu terlampau uzur untuknya masih berepeleseran di
jalan yang sesak itu. Malangnya, Hanis lupa letak duduk kakinya sekarang. Hanis
lupa yang kini dia diibaratkan seeokar bangau yang sedang berhibernasi di kala
musim panas. Dan juga ibarat burung Rajawali yang sedang tumpang berteduh
sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Hakikatnya, Farhanis
Ayuni kini berada di London. Bukan lagi di tanah tumpah darah kelahirannya 25
tahun dulu. Kesannya, Hanis terpaksa mengalah dengan perasaan yang serba diamuk
kemarahan.
Tudung
chiffonnya itu dibiarkan melilit kepala meskipun Hanis sudah pun berada di biliknya
sendiri. Bukan dia tidak tahu, tak sampai dua saat nanti, pasti Mikhail dan Zharif sudah mula menjadi pengganggu
keamanan biliknya itu. Tepat seperti jangkaannya, tidak kurang dalam masa lima
saat,pintu kayu yang berwarna coklat gelap itu mula diketuk . Sungguh haru,
sungguh tidak berirama. Yang pasti, Hanis terasa seperti hendak menelan sahaja
dua orang makhluk yang sedang berpadu tenaga menghasilkan irama yang langsung
tidak harmoni di sebalik pintu biliknya itu.
“Hurm, nak
apa ?”
“Kuatnya kau
hempas bilik. Sampai bilik kitorang dengar tau,” Mikhail mula bersuara walaupun
tidak menjawab persoalan Hanis sebentar tadi.
“Kau okay ?
Muka macam hilang kawan. Relakslah, kitorang belum balik Malaysia lagilah ,”
Zharif pula sudah mula ketawa
terdekih-dekih yang kemudiannya diikuti oleh Mikhail.
“ Jangan
sibuklah ! Penjajah keamanan betul !” pintu itu dihempas lagi tanpa sebarang
ehsan. Dua orang manusia yang tidak mengerti apa-apa itu mula berpandangan
sesama sendiri.
“Garangnya
mak cik. Boleh masuk Kidnappers Contest tau ,” sempat lagi Mikhail melaungkan
kata-kata terakhirnya sebelum berlalu mengikut langkah Zharif yang sudah mula
ke bilik mereka.
‘Eeeeeeeeeeeeee..
Gila agaknya Mikhail ni. Ingat aku ni mafia ke, sampai nak masuk Kidnappers
Contest ?’- Hanis masih lagi dalam nada geramnya maskipun kata-kata itu hanya
terhambur di dalam hatinya.
‘Garang
macam pailang? Melampau ! Aku ni Cuma
ganas sikit je. Ala-ala Geng…….’ Kepala Hanis mula memutar ingatan.
Labels: Farhanis Ayuni, Mikail, Zharif Chapter 5 (Hanis review story of Kapak Gurlz )
Chapter 5 (Hanis review story of Kapak Gurlz )
Malam itu,
keempat-empat mereka mula berkumpul di pondok wakaf yang terletak agak jauh
daripada pandangan pelajar lain. Keadaan di situ lebih gelap, lebih suram dan
yang pastinya, lebih seram ! Malam itu, kelas tambahan Matematik tetap akan
berjalan seperti biasa. Malam itu, sebuah geng yang tidak masuk akal akan
dicipta. Malam itu, persahabatan Durrah, Wiwid, Hanis dan Qiera akan berubah
menjadi bagai isi dengan kuku, bagai roti dengan kaya, bagai kain dengan baju
dan bagaikan Hanis dan Zharif. Eh ?
Seperti mana
yang telah dirancang, Hanis, Wiwid, Durrah dan Qiera kini lengkap dengan
seragam mereka. Tudung berwarna hitam tanpa sebarang corak itu dipakai
sedondon. T-shirt ringkas juga berwarna hitam gelap. Seluar pula hanyalah
seluar sukan yang juga berwarna hitam pekat. Hanya Wiwid yang mengenakan seluar
jeans biru gelap. Alasannya ? tidak dapat dikenal pasti. Tidak cukup dengan
itu, selipar dan kasut yang menghiasi kaki mereka juga menggunakan tema warna
yang sama. Ya, itulah yang dibisikkan mereka ketika sama-sama bersetuju untuk
menubuhkan sebuah persatuan yang tidak berdaftar itu. Persatuan yang dianggotai
oleh 4 orang pelajar yang masih lagi berusia 12 tahun itu digelar dengan Geng
Kapak ataupun lebih sopan dan ayunya lagi jika dikenali sebagai Kapak Gurlz.
Sungguh berbeza ! Sungguh ironi !
*****
Tiiit. Tiit.
Nada dering message mula kedengaran. Lamunan Hanis sekali lagi terganggu.
Telefon bimbit jenama Tomatoes 8976 itu dicapai. Dengan segera, skrinnya
disentuh bagi melihat isi pesanan ringkas yang diterima.
‘ Dear prof to be, tak nak ikut makan ? Around 15 minutes kitorang
tunggu depan pintu. Kalau tak nak, takyah reply…….. (: ’
‘No ! Wait for me ! ‘
Selepas
membalas kiriman ringkas yang diterima, Hanis segera mengambil tuala yang
bercorak tribal itu sebelum berlangkah laju ke bilik mandinya sendiri. Seharian
berada di luar membuatkan Hanis berasa seribu kali lemas dan rimas. Oleh itu,
dia tekad untuk menggunakan tempoh 15 minit yang diberikan oleh Zharif dengan
sebaik-baiknya. Hancur musnah segala harapannya yang baru sahaja hendak
melelapkan mata yang berat ibarat papan lapis yang dipaku secara serong.
Sungguh kukuh cengkamannya !
Labels: Durrah Syairah, Farhanis Ayuni, Najwa Haidany, Qiera Qalisha, Zharif Chapter 6 ( Qiera’s thanked for Dian )
Chapter
6 ( Qiera’s thanked for Dian )
“Qiera ! “
Tok ! serentak dengan itu, kedengaran suara Qiera mendodoi kesakitan akibat
daripada perbuatan Dian yang baru sahaja melemparkan buku berkulit keras
miliknya itu tanpa sebarang belas kasihan. Habis lembam kulit putih mulusnya
itu. ‘Mak aih ! hebat betul aku mengelamun’. Dian menggeleng lagi. “ Kau ni
kenapa ? Dah solat isya’ ke belum ? Kalau nak tidur sekalipun biarlah manners
sikit. Ini tidak, dengan mata terbuka, i-pad pula tak lock lagi. kalau aku
ceroboh i-pad tu, tau pulak marah”, persis Mak Dara moden, Dian mula membebel
setaraf ibu beranak lima. Qiera yang mula kembali ke alam realiti itu pula
terseyum sumbing. Dengan pantas, dia sempat menaip sesuatu di skrin i-padnya
itu sebelum segera menutupnya bagi mengikut jejak Dian yang mula ke bilik air
untuk mengambil wudu’. Boleh Jemaah sekali, berganda pahala.
Sememangnya
Qiera amat bersyukur kerana ditempatkan sebilik dengan Diana Amanda yang
sungguh kuat pegangan agamanya itu. Setiap kali waktu solat menjelang, rakannya
itu pasti melaungkan iqamat di telinga Qiera sekiranya Qiera masih lagi ralit
menatap assignmet yang tidak pernah surut itu hingga mengabaikan waktu solat
fardhunya. Tak ke seram macam tu !
Manakala auratnya pula sentiasa terjaga. Setiap kali Qiera terlepas pandang
perkara sedemikian rupa, Dian akan segera mengingatkan. Itulah fungsi rakan
sejati. Saling menasihati ke arah
kebaikan. Maklumlah, hidup di perantauan itu sering menyulitkan keadaan mereka
yang sering saja berinteraksi dengan setiap pelajar yang berbeza negara,
bangsa, agama mahupun cara hidup. Sememangnya mengekalkan auratnya terjaga
daripada penglihatan para pelajar perempuan yang berlainan agama itu amatlah
mencabar
Labels: Qiera Qalisha
|
Feedback Please.. :) Saturday 9 November 2013 | 0 Comments Chapter 1 (London Story About Hanis, Mikhail, Zharif and Ariel )

| a b o u t ;
| s t u f f ;
|
b i a s ; |