|
o w n e r ![]() c b o x
P r e v i o u s
c r e d i t
© Skin by Ken Eriksen basecodes by AtiqahJaidin. Image from 동방. Do tell me if I do not credit yours.
|
Feedback Please.. :) Saturday, 9 November 2013 | 0 peterpan(s) Chapter 1 (London Story About Hanis, Mikhail, Zharif and Ariel )
Chapter
1 (London Story About Hanis, Mikhail, Zharif and Ariel )
Kamera Nikon
DSLR Z4 itu disangkut di leher. Langkah
kakinya semakin laju bagi menyaingi sekumpulan burung merpati yang mula
bertenggek di atas bangku panjang itu. Beberapa kali juga bunyi ketikan
daripada kamera tersebut didengari oleh Zharif. Sesungguhnya, gadis yang sedang
berdiri di hadapannya sungguh tidak
terkata jakunnya. Mungkin ini kali pertama gadis itu menjejakkan kaki di bumi
London yang sering menjadi bualan penduduk di tanah tumpahnya darah kelahiran
mereka. Berbeza dengan Zharif, dia sendiri sering ke London atas urusan
perniagan yang dijalankan oleh ahli keluarganya itu. Bagi dirinya, kota London
yang dibanggakan itu hanyalah diibaratkan sebagai rumah kedua baginya. Sungguh
tiada apa-apa yang dapat menarik minatnya sepertimana yang sedang dihadapi oleh
Farhanis Ayuni yang dikenalinya di UPSI beberapa tahun yang lalu.
“Udah-udah
lah tu , mak cik oii . Dah berapa jam kau kejar burung tu.Aku nak balik hotel
dulu. Kang mengamuk pulak Mikhail kat sana,” Zharif mula melontarkan volume
rendahnya. Hanis yang sudah kepenatan itu segera menoleh dan merebahkan dirinya
di atas bangku yang sedang diduduki oleh Zharif. Bergegar sekejap bangku yang
hanya dibina menggunakan beberapa batang ranting kayu itu. Mujur jangka hayat
bangku itu masih lagi mampu bertahan. Jika tidak, mahu wassalam dibuatnya.
Sambil
terseyum sumbing, Hanis mula memandang tepat ke arah Zharif. Lagaknya tidak
ubah seperti helang yang sedang memasang niat untuk menelan mangsanya . Tidak lama kemudian,
Hanis mula bersuara “ Kau balik lah dulu. Banyak lagi aku nak buat. I’m still
full of passion ! “.
“Humph, aku
tau. Tengok dari sikap jakun kau tu pun aku dah boleh agak”. Zharif mula
mengekek sendirian tatkala mengenangkan sikap keanak-anakan Hanis sebentar
tadi. Mahu sahaja dia merakamkan aksi tersebut untuk di-upload di laman
Instagram miliknya. Hanis pula sudah mula menarik muncung sedepa. ‘ Kurang asam
punya budak ‘- gumam Hanis sendiri.
Belum pun
sempat Hanis membela dirinya, Rif sekali lagi bersuara. Namun, nadanya pada
kali ini kedengaran agak tegas.
“ Kau tau
tak, dulu, aku selalu datang sini dengan Ikhwan. Dulu, aku dengan dia dah macam
spouse. Kat mana aku pergi, mesti dia sibuk nak ikut. Kadang-kadang, rasa rimas
pun ada. Tapi nak buat macam mana. Kalau bukan kawan yang susahkan kita, siapa
lagi yang nak susahkan kita. Am I right, dear prof ?”
“Hurm, prof
to be. Kata tadi nak balik sangat. Pergilah. Nanti mengamuk mamat hati tisu tu
nanti. Bye ! “. Dengan langkah panjang, Hanis segera berjalan menjauhi Rif. Dia
sebenarnya sedang berusaha untuk melancarkan mogok setaraf Syria disebabkan
oleh sikap Rif yang terlepas kata sekejap tadi. ‘Merajuk pulak dah budak ni.
Haih, sabar je lah aku Hanis oi’ , Zharif mula mengatur langkah ke hotelnya.
Risau dia memikirkan keadaan Mikhail, teman baiknya yang ditinggalkan
keseorangan di hotel tersebut. Dah la budak tu tak reti discover London ni.
Mati kataklah kau kat bilik tu , Mikhail oi !
****
Sambil melilit
kembali tudungnya yang sudah hampir hilang letak duduknya, Hanis mula melangkah
ke arah
satu lagi pusat tarikan utama di Kota London. Menurut kata Rif dan Mikhail,
tempat itu merupakan satu-satunya tempat yang perlu dilawati oleh Hanis sebelum
mereka pulang ke tanah air pada hari Rabu depan. Tip Top
! Menarik ! 5 stars katanya ! Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Hanis
melemparkan kamera DSLR Z4 miliknya itu ke
arah Rif dan Mikhail yang sewenang-wenangnya melawat Menara Jam Big Ben
itu semasa Hanis meluangkan masa melawat Perpustaakan yang terletak tidak jauh
dari hotel penginapan mereka. Bukan sahaja tidak reti menunggu, bahkan
tidak reti mengajak juga. Akhirnya,
Hanis sendiri perlu berusaha menjelajah
bagi melihat sendiri keunikan dan kecantikan Menara Jam Big Ben yang
dikatakan sebagai menara jam berdiri bebas yang ketiga tertinggi di dunia ini.
Sedang ralit
Hanis melihat menara yang terletak di hujung utara Istana Westminster itu, dia
mula mengeluarkan kamera kesayangannya bagi mengambil beberapa gambar sebagai
kenangan penjelajahannya ke menara yang sudah hampir berusia 154 tahun itu.
Selain itu, gambar-gambar itu juga akan dihantar melalui e-mel kepada
rakan-rakannya yang tidak dapat turut serta dalam projek pada ketika itu.
Tiba-tiba, keasyikan dan kedamaian yang sedang dinikmati oleh Hanis mula
diganggu apabila mukanya disapu lembut oleh sehelai kertas yang berterbangan di
ruangan angkasa . ‘ Bertuah punya
manusia. Perosak alam betul. Sampah buang dalam dustbin lah !’ bentak Hanis
yang sedang diamuk kemarahan. Pantang dirinya terpandang akan perkara
sedemikian rupa berlaku di hadapan matanya sendiri. Mahu saja dia
menggigit-gigit rakus tangan si pelaku aktiviti tidak bertanggungjawab itu.
Biar hilang semangat si pelaku yang suka membuang sampah secara tidak beretika
itu.
Tiba-tiba,
tanpa guruh, tanpa ribut. DUSH . Hanis jatuh terduduk. Kebas di punggungnya
masih terasa. Manakala mangsa yang lagi seorang itu pula sedang menggosok-gosok
dahinya yang kesakitan kesan berlanggar dengan kamera kesayangan Hanis yang
keras itu. Pada pandangan Hanis, mangsa di hadapannya itu juga tidak kurang
hebat gaya jatuhnya. Menyerupai gaya James Bond yang jatuh mendadak dari
tingkat 3 akibat dikejar oleh Spiderman dalam filem James Bond 3. Sungguh
bergaya , ala-ala arrogant. Eh , sekejap, ada ke scene tu ? Ah, tidak, hentaman kuat yang dirasakan
oleh Hanis sudah memutuskan fius kewarasannya buat seketika.
“ I’m so
sorry miss. This would not happen if I keep my eyes on the road while crossing.
This is all my fault “. Wajah lelaki yang serba salah itu mula menimbulkan satu
riak berbeza dalam diri Hanis. Apa yang pasti, dia yakin lelaki itu bukan
warganegara orang putih. Kulitnya yang biasa-biasa itu jelas menunjukkan dia
merupakan warga kelahiran Asia. Ya ! Tiada musykil lagi.
“ Its okay.
You don’t mean it right. No hurt feeling”, sambil melemparkan senyuman yang
semanis gula doublemint, Hanis mula melangkah meninggalkan lelaki yang tidak
dikenalinya itu. Tingkah laku Hanis yang meninggalkannya begitu sahaja menimbulkan
perasaan curiga dalam diri Aeril. ‘Macam pernah nampak’ – keluh hati Aeril.
Namun, belum pun sempat dia memanggil gadis tadi, bayangnya sudah lesap entah
ke mana.
Labels: Aeril, Farhanis Ayuni, Mikail, Zharif Chapter 2 (Qiera’s finding Wiwid)
Chapter 2 (Qiera’s
finding Wiwid)
Keadaan
bilik sederhana besar itu semakin gelap. Suasana yang mula menginjak malam itu
mula dirasakan kedinginannya. Kemungkinan
suhu persekitaran sudah meningkat sehingga menyebabkan Qiera menggigil
kesejukan.
‘ Lah,
patutlah sejuk semacam. Air cond punyalah high !’ –bebel Qiera sendirian.
Lantas, remote control pendingin hawa itu segera dicapai sebelum fungsinya
dimatikan sepenuhnya. Sememangnya, musim sejuk yang sedang dilalui di negara
Eropah itu pastinya tidak memerlukan khidmat pendingin hawa buatan Toshiba.
Walaubagaimanapun, alat elektronik itu tetap disediakan bagi kegunaan para
pelajar pada musim panas yang bakal menjenguk tidak lama lagi.
“Kau buat
apa lagi ni ? Kan dah dinner time ?”
Dian yang masih lagi berdiri di hadapannya itu direnung tepat.
“ Aku buat
assignment ni lagi sikit. Ada slight problem. Typing error. Komputer kau tu
disaster,” sambil melayang-layangkan kertas bersaiz A4 itu, Qiera mula
menunjukkan riak tidak berpuas hati dengan kegagalan system komputer rakannya
yang seorang itu. Jika bukan disebabkan kecuaiannya sendiri meninggalkan
laptopnya di perpustakaan tadi, pasti setiap assigmentnya sudah siap
dikepilkan.
“Eh nyonya,
kau tu yang cuai, nak salahkan komputer aku pulak. Backhand nak ?”, Dian mula
mempamerkan wajah bengisnya.
“Sorry lah.
Emotional error. Kau ni cepat touching. “
“Dah la tu.
Jes kata dia dah upload gambar yang kau minta tu kat Insta dia. Pergilah
tengok. Aku nak makan dulu. Bye.”
“Okay.
Thanks for the info. Bye.” Qiera mula membuka i-pad J8 miliknya itu. Laman instanya segera dibuka. ‘Eh, lupa pulak
nak suruh Sya tapau makanan. Haish. Kebulur aku kat sini.’
Qiera mula
merenung tepat gambar yang terpampang besar di skrin i-padnya itu. Nampak
menarik. Gambar itu amat diperlukannya bagi menyiapkan assignment terakhirnya
sebelum menamatkan pengajian yang masih berbaki 4 bulan itu.
Setelah puas
dengan kiriman yang diterima, Qiera mula melihat kosong gambar teman rapatnya
yang sedang bermesra dengan rakan persekolahannya dulu. Daripada salah satu
gambar yang dikirim oleh Fiz, tahulah Qiera bahawa rakannya itu sedang seronok
bertemu dengan rakan persekolahannya ketika menyertai Majlis Reunion yang
dihadirinya malam tadi. Secara tidak sengaja, kotak ingatan Qiera bagaikan
diketuk. Ketukan yang diterimanya itu membuatkan tangannya mula menaip laju
beberapa nama yang dikenali melalui petak Carian yang tersedia di laman
tersebut.
• Farhanis Ayuni
• Najwa Haidany
• Durrah Syairah
Setelah
beberapa lama mencari , Qiera mula menemukan hasil pencariannya.
Najwa_Danie 98 on Instagram
Wiwid is
here, Spending my time with many students around is not an awkward to me,
Searching or maybe still in a process of identifying someone to be with, Super
dupa active in this site, Sorry for rambling ! :)
Gulp ! Air
liur yang ditelan terasa begitu pahit. Lidahnya pula seperti berpasir. Mahu
sahaja Qiera berkumur dengan produk Listerine yang berperisa strawberry itu
bagi menghilangkan debaran di dadanya yang semakin menggila. Biodata pemilik
laman itu mula dibaca. Jelas lagi nyata, pemilik laman itu sudah memperkenalkan
serba sedikit tentang dirinya kepada sesiapa sahaja yang melawat laman
sosialnya itu. Jelas, Wiwid, atau teman rapatnya yang pernah dikenali sebagai
Knife itu sama sekali tidak mengalami perubahan yang ketara. Masih sporting dan
cheerful macam dulu. Kecomelan yang diwarisi daripada ibunya itu juga masih
lagi terpamer. Herm, Wiwid oh
Wiwid………….. Ingatan Qiera melayang lagi
Labels: Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 3 (Qiera’s talking about Kapak Gurlz involving Kapak’ members )
Chapter 3 (Qiera’s
talking about Kapak Gurlz involving Kapak’ members )
13 tahun
dulu………. Sekolah Agama Taman Sri Saujana riuh dengan suara kanak-kanak yang
sedang menghitung arah pusingan jam mereka
untuk pulang ke rumah. Tempoh persekolahan yang hanya berbaki 15 minit
itu dirasakan seperti 15 tahun. Ah, sungguh lama sehingga membuatkan Hanis,
Wiwid dan Durrah mula duduk berteleku di belakang pintu surau perempuan. Mereka
baru sahaja selesai menunaikan solat Asar. Ya, agak lambat. Segala-galanya berpunca daripada kecuaian
mereka sendiri yang asyik berbual tanpa mementingkan detik waktu yang sedang
berputar. Tanpa disedari, lagu Kebahgiaan Dalam Perpisahan dendangan Shahir itu
mula kedengaran di sebalik pintu. Ternyata, Durrah sudah terlampau bosan
sehingga mulutnya tidak mampu lagi menanggung kebisuan yang sedang melanda
mereka di situ. Tanpa disedari juga, Wiwid dan Hanis turut menyertai Durrah
yang sudah semakin agresif dengan mengubah rentak lagu itu menjadi lebih ganas
dan mengerikan. Aksi menghantuk –hantuk kepala ke dinding itu juga telah
dilakonkan oleh ketiga-tiga mereka. Tidak cukup dengan itu, masing-masing juga
seolah –olah sebulat suara telah mengubah arah nyanyian mereka kepada lagu
Bawaku Terbang yang lebih pop, lebih rancak dan lebih rock !
‘Nananana,
nanananana,
Mata ke
mata, ke hati,
Hati ke
hati, hati-hati,
Bibir ke
bibir, bicara janji,
Maka,
hanyutlah mereka semua dibuai derai ketawa yang turut disertai oleh beberapa
orang pelajar yang turut sama berkumpul di belakang surau itu. Kawasan di
belakang surau itu sememangnya menjadi tumpuan utama para pelajar perempuan
untuk melakukan sesuatu perkara mahupun aktiviti yang sedikit privacy daripada
pengetahuan pelajar lelaki. Ya, sesungguhnya kawasan itu seolah-olah telah
dijadikan tapak eksvakasi pelajar perempuan untuk menunjukkan belang mereka
tanpa pengetahuan pelajar lelaki.
“ Wei, boleh
buat geng !”, Wiwid mula bersuara memecahkan keharuan yang berlaku.
“Geng ganas,
tak pun geng pailang yang macam budak lelaki selalu cakap tu ?,” saki baki
ketawa masih lagi terkesan di sebalik kata-kata Hanis yang masih lagi
terbayagkan kegilaan yang baru saja merasuk mereka sebentar tadi. ‘Stress sebab
nak UPSR kot,’- sempat lagi Hanis menambah di dalam hati.
Tanpa
disengajakan, Qiera mula menyampuk sama. “ Pernah tengok Kung Fu Hutsle ?”.
“Erm,
pernah-pernah. Best !”.
“Lagi-lagi
part yang Geng Kapak keluarkan mercun tu. Smart !!”.
“Cerita tu
best lah. Ada mak cik power pulak tu. Ganas habis !”.
“Sekali
menjerit, bergegar bumi “.
Serentak
dengan itu. “Geng Kapak !”, mata Wiwid, Hanis, Durrah dan Qiera bercahaya
ibarat disinari cahaya spotlight. Terselit sedikit muslihat di situ. Tidak lama
kemudian, masing-masing berbisik sesame sendiri. Entah apa agaknya yang
dibisikkan oleh mereka berempat itu, tiada siapa yang tahu.
Labels: Durrah Syairah, Farhanis Ayuni, Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 4 (Hanis mengamuk, Zharif, Mikail jadi mangsa.)
Chapter 4 (Hanis
mengamuk, Zharif, Mikail jadi mangsa.)
“Eish !”.
beg tangannya dihempas ke katil. Telinganya masih lagi berdesing akibat
hentaman melulu yang dihamburkan oleh pak cik tua yang ditemuinya di tepi jalan
tadi. Sesunguhnya, Jalan Oxford yang terletak di City Westminster itu telah
menjadi saksi perdebatan Hanis dengan pak cik yang sudah separuh usia itu.
Perdebatan yang tidak diadili oleh sebarang hakim itu berpunca daripada
kelakuan pak cik yang dengan sewenang-wenangnya
mencampakkan sehelai kertas bersaiz A3 itu ke atas jalan raya. Lagaknya yang bersahaja itu membuatkan hati
Hanis mencapai takat didih yang terlampau tinggi. Dengan itu, berlakulah
pergelutan kata yang melibatkan seorang gadis remaja dengan seorang pak cik
tua yang sewajarnya hanya berehat di
rumah memandangkan usianya itu terlampau uzur untuknya masih berepeleseran di
jalan yang sesak itu. Malangnya, Hanis lupa letak duduk kakinya sekarang. Hanis
lupa yang kini dia diibaratkan seeokar bangau yang sedang berhibernasi di kala
musim panas. Dan juga ibarat burung Rajawali yang sedang tumpang berteduh
sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Hakikatnya, Farhanis
Ayuni kini berada di London. Bukan lagi di tanah tumpah darah kelahirannya 25
tahun dulu. Kesannya, Hanis terpaksa mengalah dengan perasaan yang serba diamuk
kemarahan.
Tudung
chiffonnya itu dibiarkan melilit kepala meskipun Hanis sudah pun berada di biliknya
sendiri. Bukan dia tidak tahu, tak sampai dua saat nanti, pasti Mikhail dan Zharif sudah mula menjadi pengganggu
keamanan biliknya itu. Tepat seperti jangkaannya, tidak kurang dalam masa lima
saat,pintu kayu yang berwarna coklat gelap itu mula diketuk . Sungguh haru,
sungguh tidak berirama. Yang pasti, Hanis terasa seperti hendak menelan sahaja
dua orang makhluk yang sedang berpadu tenaga menghasilkan irama yang langsung
tidak harmoni di sebalik pintu biliknya itu.
“Hurm, nak
apa ?”
“Kuatnya kau
hempas bilik. Sampai bilik kitorang dengar tau,” Mikhail mula bersuara walaupun
tidak menjawab persoalan Hanis sebentar tadi.
“Kau okay ?
Muka macam hilang kawan. Relakslah, kitorang belum balik Malaysia lagilah ,”
Zharif pula sudah mula ketawa
terdekih-dekih yang kemudiannya diikuti oleh Mikhail.
“ Jangan
sibuklah ! Penjajah keamanan betul !” pintu itu dihempas lagi tanpa sebarang
ehsan. Dua orang manusia yang tidak mengerti apa-apa itu mula berpandangan
sesama sendiri.
“Garangnya
mak cik. Boleh masuk Kidnappers Contest tau ,” sempat lagi Mikhail melaungkan
kata-kata terakhirnya sebelum berlalu mengikut langkah Zharif yang sudah mula
ke bilik mereka.
‘Eeeeeeeeeeeeee..
Gila agaknya Mikhail ni. Ingat aku ni mafia ke, sampai nak masuk Kidnappers
Contest ?’- Hanis masih lagi dalam nada geramnya maskipun kata-kata itu hanya
terhambur di dalam hatinya.
‘Garang
macam pailang? Melampau ! Aku ni Cuma
ganas sikit je. Ala-ala Geng…….’ Kepala Hanis mula memutar ingatan.
Labels: Farhanis Ayuni, Mikail, Zharif Chapter 5 (Hanis review story of Kapak Gurlz )
Chapter 5 (Hanis review story of Kapak Gurlz )
Malam itu,
keempat-empat mereka mula berkumpul di pondok wakaf yang terletak agak jauh
daripada pandangan pelajar lain. Keadaan di situ lebih gelap, lebih suram dan
yang pastinya, lebih seram ! Malam itu, kelas tambahan Matematik tetap akan
berjalan seperti biasa. Malam itu, sebuah geng yang tidak masuk akal akan
dicipta. Malam itu, persahabatan Durrah, Wiwid, Hanis dan Qiera akan berubah
menjadi bagai isi dengan kuku, bagai roti dengan kaya, bagai kain dengan baju
dan bagaikan Hanis dan Zharif. Eh ?
Seperti mana
yang telah dirancang, Hanis, Wiwid, Durrah dan Qiera kini lengkap dengan
seragam mereka. Tudung berwarna hitam tanpa sebarang corak itu dipakai
sedondon. T-shirt ringkas juga berwarna hitam gelap. Seluar pula hanyalah
seluar sukan yang juga berwarna hitam pekat. Hanya Wiwid yang mengenakan seluar
jeans biru gelap. Alasannya ? tidak dapat dikenal pasti. Tidak cukup dengan
itu, selipar dan kasut yang menghiasi kaki mereka juga menggunakan tema warna
yang sama. Ya, itulah yang dibisikkan mereka ketika sama-sama bersetuju untuk
menubuhkan sebuah persatuan yang tidak berdaftar itu. Persatuan yang dianggotai
oleh 4 orang pelajar yang masih lagi berusia 12 tahun itu digelar dengan Geng
Kapak ataupun lebih sopan dan ayunya lagi jika dikenali sebagai Kapak Gurlz.
Sungguh berbeza ! Sungguh ironi !
*****
Tiiit. Tiit.
Nada dering message mula kedengaran. Lamunan Hanis sekali lagi terganggu.
Telefon bimbit jenama Tomatoes 8976 itu dicapai. Dengan segera, skrinnya
disentuh bagi melihat isi pesanan ringkas yang diterima.
‘ Dear prof to be, tak nak ikut makan ? Around 15 minutes kitorang
tunggu depan pintu. Kalau tak nak, takyah reply…….. (: ’
‘No ! Wait for me ! ‘
Selepas
membalas kiriman ringkas yang diterima, Hanis segera mengambil tuala yang
bercorak tribal itu sebelum berlangkah laju ke bilik mandinya sendiri. Seharian
berada di luar membuatkan Hanis berasa seribu kali lemas dan rimas. Oleh itu,
dia tekad untuk menggunakan tempoh 15 minit yang diberikan oleh Zharif dengan
sebaik-baiknya. Hancur musnah segala harapannya yang baru sahaja hendak
melelapkan mata yang berat ibarat papan lapis yang dipaku secara serong.
Sungguh kukuh cengkamannya !
Labels: Durrah Syairah, Farhanis Ayuni, Najwa Haidany, Qiera Qalisha, Zharif Chapter 6 ( Qiera’s thanked for Dian )
Chapter
6 ( Qiera’s thanked for Dian )
“Qiera ! “
Tok ! serentak dengan itu, kedengaran suara Qiera mendodoi kesakitan akibat
daripada perbuatan Dian yang baru sahaja melemparkan buku berkulit keras
miliknya itu tanpa sebarang belas kasihan. Habis lembam kulit putih mulusnya
itu. ‘Mak aih ! hebat betul aku mengelamun’. Dian menggeleng lagi. “ Kau ni
kenapa ? Dah solat isya’ ke belum ? Kalau nak tidur sekalipun biarlah manners
sikit. Ini tidak, dengan mata terbuka, i-pad pula tak lock lagi. kalau aku
ceroboh i-pad tu, tau pulak marah”, persis Mak Dara moden, Dian mula membebel
setaraf ibu beranak lima. Qiera yang mula kembali ke alam realiti itu pula
terseyum sumbing. Dengan pantas, dia sempat menaip sesuatu di skrin i-padnya
itu sebelum segera menutupnya bagi mengikut jejak Dian yang mula ke bilik air
untuk mengambil wudu’. Boleh Jemaah sekali, berganda pahala.
Sememangnya
Qiera amat bersyukur kerana ditempatkan sebilik dengan Diana Amanda yang
sungguh kuat pegangan agamanya itu. Setiap kali waktu solat menjelang, rakannya
itu pasti melaungkan iqamat di telinga Qiera sekiranya Qiera masih lagi ralit
menatap assignmet yang tidak pernah surut itu hingga mengabaikan waktu solat
fardhunya. Tak ke seram macam tu !
Manakala auratnya pula sentiasa terjaga. Setiap kali Qiera terlepas pandang
perkara sedemikian rupa, Dian akan segera mengingatkan. Itulah fungsi rakan
sejati. Saling menasihati ke arah
kebaikan. Maklumlah, hidup di perantauan itu sering menyulitkan keadaan mereka
yang sering saja berinteraksi dengan setiap pelajar yang berbeza negara,
bangsa, agama mahupun cara hidup. Sememangnya mengekalkan auratnya terjaga
daripada penglihatan para pelajar perempuan yang berlainan agama itu amatlah
mencabar
Labels: Qiera Qalisha Chapter 7 ( Wiwid found Qiera )
Chapter
7 ( Wiwid found Qiera )
Malam itu,
Wiwid masih lagi dilanda kesibukan yang melampau. Manakan tidak, rakan
seperjuangannya, Professor Afif baru sahaja memohon cuti 2 hari yang lepas.
Semenjak tempoh tersebut, segala borang, dan persiapan bagi menjayakan Program
Tahunan Universitinya itu mula menjadi tanggungjawabnya. Secara tidak langsung,
bebanan kerja Wiwid menjadi dua kali ganda. Mula sukar. Mula menyesakkan. Dan
mula memualkan. Uwek ! Masuk kali ini, sudah tiga kali Wiwid termuntah di
rumah. Bukan apa, bebanan kerja yang ditanggungnya menyebabkan waktu makannya
turut terganggu. Secara tidak langsung, perut Wiwid yang sememangnya kosong
tidak berisi itu menjadi buruan angin. Habis pening kepala otaknya. Mahu sahaja
dia melemparkan fail-fail yang bertimbun di atas mejanya itu ke lantai. . Biar
aman meja kayu buatan Rusia itu. “Ah ! bila Afif nak balik ni ? Oh My God !
Afiiiiiiiiif !!”, Wiwid mula hilang kewarasan.
Serentak
dengan itu, telefon pintarnya mula bErdering menandakan satu pemberitahuan
daripada laman sosialnya telah diterima. Dengan penuh malas, telefon bimbit
berwarna merah terang itu diambil dengan kasar. Hampir sahaja telefon berjenama
Cabbage itu dihantukkan ke meja tatkala melihatkan pemberitahuan yang berpunca
daripada laman sosial Instagramnya. Jika tidak disebabkan nilai sentimental
yang terdapat di dalam telefon Kobis itu, sudah lama wassalam telefon itu
dibuatnya.
“ Qiera-Qaliesha17 has sent a
piece of talk to you “
What ?! Nama
itu sudah lama tidak menjengah kotak fikirannya. Semenjak Wiwid mula bertugas
di University Technology AND Automotive itu, dia mula mengabaikan usaha
pencarian rakan-rakan lamanya. Tidak dinafikan, dia juga hampir berputus asa
melihatkan usaha yang sering dilakukannya itu sering memberikan respond yang
hambar.
Tanpa
mempedulikan sandwich tuna yang masih berbaki separuh, Wiwid segera membuka
peti simpanan message. Pesanan ringkas itu ditulis dengan begitu ringkas.
Seringkas ringkasnya. Sehinggakan Wiwid yang sudah lama tidak menggunakan
bahasa pasar itu sendiri berjaya membuatkan lidahnya terbelit tahap maksimum
semata-mata mahu merungkai isi sebenar message yang dikirim.
“Gld 2 faun u. Hve bin sac a long tme no c. Hw r u ? I’m jst hpng
tht u stl rmbr m”
‘Mak oii.
Bahasa negara mana pula yang Qiera bagi aku ni ?’. Matanya semakin dirapatkan
ke skrin, manakala sandwich yang terpegang kejap itu diletakkan di atas piring
jenama Bonny. Lagu Heart Damage yang berdendangan daripada telefon kobisnya
juga telah dimatikan. Sesungguhnya, perhatian yang begitu kejap amat diperlukan
oleh Wiwid dalam usahanya yang ingin
mengetahui maksud sebenar si pengirim.
‘Glad to
found you. Have been such a very long time no see. How are you ? I’m just
hoping that you still remember me ‘
‘Ni ke
maksud budak ni ?’- getus Wiwid di dalam hati. Ah, betullah ni, sapa suruh
hantar kod moss kat aku. Kan dah haru ! dengan laju, Wiwid mula menaip kiriman
balas.
‘ Finally,
you found me. Auchakk ! Hope to see you soon. I hev been missing you for so
long till I can’t explain how it is. NTF, please give me your number or maybe
phone ID. LBNL, I’m in a very pink of health ! (: ‘
Send ! Yes !
Wiwid hampir saja menari poco-poco di dalam biliknya. Manakan tidak, rakan yang
sudah lama tidak dapat dikesan itu baru sahaja menghantar pesanan ringkas
kepadanya. Sedang asyik Wiwid melayan perasaan, suasana di dalam biliknya itu
bertukar gelap. Gelita! Tiada cahaya !
Labels: Najwa Haidany, Qiera Qalisha Chapter 8 (Hanis, Zharif n Mikail story about Ungu’s crush and advisor )
Chapter
8 (Hanis, Zharif n Mikail story about Ungu’s
crush and advisor )
Baju lengan
panjang jenama Geek itu menjadi pilihannya pada malam itu. Meskipun dalam
keadaan musim sejuk, baju itu masih selesa dipakai . material kain tersebut
yang sedikit berbulu menyebabkan si pemakai akan sentiasa berasa selesa dan
hangat. Tudung bawal berwarna merah jambu cair itu juga sudah lengkap dililit
ke kepala. Bezanya pada malam itu, tiada lagi cekak rambut comel yang dikenakan
di atas selendangnya. Sesungguhnya tempoh 15 minit yang diberikan oleh Zharif
telah menjadikan penampilan Hanis begitu biasa. Terlampau tiada gaya !
Tok ! Tok !
Tok ! Matanya mencerlung jam di tangan. ‘Herm, tak terlambat walau satu saat
pun ‘- sempat lagi Hanis membuat penilaian daripada mata kasarnya. Dengan kadar
segera, dia mula mencapai telefon Tomatonya lalu menerjah keluar dalam keadaan
tergesa-gesa. Dia masih ingat pesan ibunya pada suatu ketika dulu,
‘Biar kita
tunggu orang, jangan sampai orang tunggu kita. Tak baik’
“Wah, mak
cik ! Cantiklah kau.” Mikhail masih lagi dengan lawak jenakanya yang
kadang-kala mampu membuatkan isi perut Rif dan Hanis hampir terburai keluar
disebabkan ketawa yang melampau.
“Dah tu
? Kau kenyang ke ? Kalau kenyang takyah
ikutlah ,” sambil menjelir lidah ke arah
Mikhail, Hanis mula mengatur langkah mengikut Zharif yang sudah jauh ke depan.
‘Lapar sangat lah tu ‘-gumam Hanis.
Setelah
memesan makanan masing-masing, mereka mula membuang pandang ke arah pelanggan lain. Seronok sangat agaknya
melihat gelagat warga negara orang putih itu.Mikhail yang mula berasa bosan
bertindak melontarkan vokalnya dalam keadaan yang terkawal, bimbang sekiranya
suaranya bakal menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati dalam kalangan pelanggan
di hotel bertaraf lima bintang tersebut.
“Wei Hanis,
kau ni, dari masa kat U dulu aku tengok tak pernah pun berenggang dengan phone
tu . Kau dah ada bf ye ? Dah la tu, tak nak bagitau aku pulak. Sampai hati kau
.” Mikhail mula merenung tajam ke arah
telefon yang berwarna hitam bersarungkan plastic yang amat comel rekaannya. Dia
mula berasa musykil melihatkan gelagat Hanis yang sememangnya tidak pernah
berjauhan walau satu radius pun dengan Tomatoes canggih itu.
Dalam waktu
yang sama soalan cepumas yang diterima Hanis itu hampir sahaja membuatkan
Zharif dan Hanis terbeliak biji mata. Eh kejap, kenapa dengan Zharif ? Bukankah
soalan itu hanya menyebut nama Hanis ?
Ah ! Tidak,
soalan mamat litar pintas itu perlu segera diabaikan. Mengeruhkan suasana
sahaja.
“ Kau dengan
Zharif macam mana ?” sungguh bijak Hanis mengubah topic perbualan.
“Hurm, Rif
aku tak taulah. Yang pasti, aku ni …………kau tau-tau lah kan. Ada ke yang nak ?”
“Alah, kau
tu yang gedik terlebih dos agaknya”
“Memang pun,
Mikhail tu bukannya tak laku. Sengaja nak cari model setaraf Amber Chia tu
hah.” Zharif juga mula melibatkan diri dalam perbualan yang pada mulanya hanya
melibatkan dua penjuru itu sahaja.
Habis
berderai ketawa ketiga-tiga mereka. Tanpa diminta, ingatan Hanis berputar
sekali lagi.
***
10 tahun
yang lalu, Hanis hampir sahaja melanggar pelajar lelaki Sekolah Kebanggasaan
Tajul yang berdiri di hadapannya itu. Sudahlah sesak, sempat lagi kanak-kanak
tu bergurau senda di bawah sinaran matahari yang terik itu. Sungguh minta penampar free. Nurin dan Izzati
yang masih lagi jauh dibelakang dijeling tajam.
‘Lagak jalan
tak ubah macam itik pulang petang’, -gumamnya dalam hati.
Selepas
berapa lama berdiri ibarat patung lilin yang dijemur bagi melalui proses
pengeringan itu, barulah Hanis berpeluang memasuki bas sekolah yang sudah lama
terlebih kapasiti. Jelas lagi nyata, tiada lagi reserved place untuknya.
Yang
menambahkan lagi darjah kepanasan di dadanya pada ketiku itu ialah kelakuan dua
orang manusia yang sedang bergembira menikmati kenikmatan suasana, kelihatan
Aeril dan Adam sedang bersenang-lenang menduduki kerusi kesayangan Hanis yang
terletak paling hujung di dalam bas tersebut. Sungguh , mahu saja Hanis
mencampakkan beg-beg yang menghiasi bangku kosong tidak bertuan itu. Tidak
fahamkah mereka bahawa Farhanis Ayuni bte Zikri itu sedang dihambat kepanasan
?! Sedang dihambat kepedihan ?! Sedang dihambat kepenatan dan segala macam
kekeliruan yang sememangnya hebat menghambat. Ah tidak ! Litar pintas di otak
Hanis berlaku lagi.
Bagi
menambahkan lagi effect kepanasan yang dirasakan, tanpa sebarang signal mahupun
honk, Uncle yang sememangnya busy memandu bas mula membelok ke kiri. Serentak,
semua kepala turut beralih ke kiri. Tidak cukup dengan itu, setiap barang dan
juga beg yang diletakkan tanpa sebarang penjagaan yang rapi telah juga telah
beralih ke kiri. Tidak terkecuali, Debuk ! Sah, lagi nyata. Dengan begitu
cantik moleknya, beg yang bercorak serupa baju askar itu telah pun mendarat
dengan sopannya di atas kepala Hanis.
‘ Cis, beg
siapa pulak ni ?’-keluh Hanis di dalam hati. Tanpa menunggu walau sesaat pun,
kepalanya laju ditolehkan ke belakang. Jika diikutkan niat hatinya yang sedang
diamuk kemarahan itu mahu saja dia menghamburkan pelbagai jenis kata nista
kepada sang durjana yang sememangnya cuai tahap kod merah. Ya, sungguh marah
manusia yang bernama Farhanis Ayuni pada ketika itu.
Namun,
suasanana yang dijangkakan akan berubah setaraf perang Dunia kali ke -2 itu
terus lesap entah ke mana. Mungkin ke timur, ntah-ntah ke Barat. Biarlah, Hanis
sudah tidak kisah. Ya, itu dia. Penangan sengihan yang terlampau biasa-biasa.
Terus cair ais kemarahan yang terletak setinggi Menara Eiffel. Malahan, menara
kemarahan yang baru sahaja terbina sekejap tadi telah pun bertukar menjadi
Tasik Kenyir. Sungguh haru. Sungguh buat
malu. Sesungguhnya, otak Hanis sedang mengalami masalah litar pintas yang
serius.
“ Hanis !
dah kenyang berangan ?” Zharif mula merenung wajah Hanis yang sememangnya suka
termenung tanpa mengira waktu dan tempat.
Tika itu
juga, ingatan Hanis masih lagi berputar perlahan. Seingatnya, semenjak
peristiwa itu, habis semua rakan-rakannya menggelarkan dirinya sebagai Ungu.
Dan secara tidak sengaja juga, Hanis mula menerima bebelan dan kemungkinan
sekali nasihat daripada seorang penasihat yang tidak berdaftar . Mengenangkan
peristiwa itu, mulutnya laju saja meluncur.
“Advisor…”
“Hah ? sape?
Kau nak advise sape ?”
“Nis, are
you totally okay ? I’m just very curious about your condition”.
“Dah sasau
ke kau ni Nis ?”, Mikhail membuat kecoh lagi.
Tanpa
mempedulikan renungan yang penuh dengan tanda tanya itu, Hanis menguis-nguis
Cheese Carbonara di hadapannya lalu menyuapkan spaghetti tersebut ke dalam
mulutnya dengan penuh selera.
“Makanlah.
Nak tunggu aku suap ke apa ?”.
Zharif
berbalas-balas pandangan dengan Mikhail. Tanpa menunggu walau seminit pun, Mikhail
telah pun mengangkat bahu lalu dengan rakusnya mencapai Tomatoes Freezy Spagety
di hadapannya sementara Zharif pula mula menikmati Seafood Scrumble yang
dipesannya tadi.
Labels: Aeril, Farhanis Ayuni, Mikail, Zharif Chapter 9 ( Qiera in blurr )
Chapter
9 ( Qiera in blurr )
LBNL ? NTF ?
Kepalanya yang tidak gatal mula digaru. Hampir sahaja tudung buatan Tokyo itu
hilang letak duduknya. Menyedari keadaan tudungnya yang mula serabai, Qiera
berhenti menggaru. Otaknya masih ligat berfikir makna perkataan yang baru saja
diterima sebentar tadi.
‘Gila bravo
jugak bahasa budak Wiwid ni. Aku yang kaki bahasa pasar ni pun tergeliat otak
nak fikir’-gumamnya sendiri.
“Hye Qiera !
What are you doing here ? Found you with a lot of curious “
“Hah ? How
would you know ?”
“Just took a
very deep sneak at your face. And see, there are too many things that you’re
thinking about now, en en en ?” –Stella yang berkelahiran darah Belanda itu
mula meniru gaya percakapan Qiera dengan meletakkan perkataan en dia setiap
hujung katanya.
“You nailed
it ! Actually, I just figured out this new item. And sadly, I can’t find the
meaning of this word. Think quite hard. But, blanked !”
Stella
merenung skrin i-pad milik Qiera. Dia meneliti setiap bait-bait kata yang tidak
dapat difahami oleh pakar kaki pasar di hadapannya itu. Tidak sampai 2 saat
membelek, Stella melontarkan suara.
“Erm….Qiera
! This is too obvious ! NTF-not to forget and LBNL –last but not least”.
Senyuman
yang menghiasi bibir Stella berjaya mengubah rona wajah Qiera. Tidak ubah
seperti menggunakan produk pemerah pipi Revlon yang semakin meningkat naik di
negara kelahirannya dulu.
“Thanks
Stella ! Love you lots. Got to go now. Laila Saeda”.
“Okay. Just
a very small deal.”
Sebaik
sahaja bayang Qiera menghilang, Stella tergaru-garu sendiri. ‘Laila Saeda ?
Whats’s that ?’-fikir Stella di benaknya sendiri.
Labels: Qiera Qalisha Chapter 10 ( Hanis, Mikail, Zharif meet Aeril at Luton ) Jam yang melingkari pergelangan tangannya jelas menunjukkan Rif terlambat pada hari ini. Catatan terbaru yang buruk. Hanis tersengih sendiri. Tidak lain tidak bukan, pasti Mikhail telah melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan hati Rif. Tanpa berfikir panjang, Hanis menyorong beg pakaiannya ke arah sebuah kiosk yang menjual pelbagai jenis minuman dan makanan ringan yang sesuai untuk dinikmati dalam masa yang singkat ini. “Nis, sorry sangat-sangat. Mikhail ni hah, bersiap mengalahkan Queen Elizabeth !”, mata Rif menjeling tajam ke arah Mikhail. Entah sejak bila pemuda itu tiba di belakangnya Hanis sediri tak sedar. Hanis turut meneliti gaya pemakaian kedua-dua pemuda di hadapannya itu . Zharif sungguh mengagumkan. Mikhail di sisinya juga tidak kurang hebatnya. Headphone yang terletak di atas kepalanya jelas menjauhkan Mikhail daripada usia sebenarnya yang bakal menjejak 25 tahun dalam masa 7 bulan lagi. “Relaks brader, brader relaks” sememangnya, wajah relaks Mikhail itu mengundang ketidak puasan hati yang melampau di wajah Rif. Bimbang berlakunya Sinetron pendek di kawasan tumpuan ramai tersebut, Hanis menghulurkan sebotol air minuman yang dibelinya tadi kepada Rif. “Aku punya tadak ke ?” Mikhail mula menjuih bibir. “Tadak. Sape suruh lambat”. “Hurm, tak aci punya mak cik, Rif kau bagi ! Tak nak kawan”. “Eeee gedik tak habis-habis.” Rif menumbuk bahu kiri Mikhail. Melihatkan cara pukulan itu saja Nis sudah tau tidaklah seberapa sangat sakitnya. Tapi, mendengarkan betapa riuhnya suara Mikhail mengongoi, Hanis ketawa sendirian. Lantas botol air yang disorokkannya tadi dihulurkan kepada Mikhail. “Lots of trimass dear prof to be !” Hanis mula mengatur langkah ke arah ruangan menunggu. Keadaan Lapangan Terbang Luton London itu tidak banyak bezanya dengan KLIA kebanggaan negaranya sendiri. Masih lagi menempatkan ruangan menunggu, ruangan berlepas, ruangan semakan dan juga ruangan khas untuk kapal terbang berlepas. Meskipun begitu, hatinya masih lagi berasa asing dengan suasana tersebut. Walaupun ditemani oleh Rif dan Mikhail, dia masih berasa canggung. Projek yang berupa percutian itu berlangsung selama 6 hari. Ya, tidak cukup seminggu. Enam hari yang lalu, kehadiran mereka di Lapangan Terbang Luton disertai oleh 5 orang pensyarah Universiti Putra Malaysia yang sememangnya memainkan peranan penting dalam menjayakan projek terbaru yang ingin dilaksanakan di UPM. Namun, dua orang daripada mereka terpaksa berpisah haluan memandangkan kajian yang dijalankan bukan hanya tertumpu di kawasan kota London. Malahan kawasan pedalaman juga. Mujur Dr. Deeja dan Dr. Irham dengan rela hatinya menawarkan diri untuk tinggal lebih lama di kawasan pedalaman London. Bukan mereka tidak tahu keakraban tiga sahabat yang telah berkenalan semenjak 5 tahun yang lalu. Pastinya mereka bertiga tidak mampu bertahan di perantauan jika terpaksa berpisah haluan dan keadaan. Kini, selepas 6 hari, hanya Hanis, Zharif dan Mikhail sahaja yang sedang menunggu di ruangan menunggu. DUSH ! Pandangan matanya dikunci. Ya, tiada ragu. Itulah stranger yang telah menyebabkan kamera Nikon kesayangan Hanis calar di bahagian lensanya. Tanpa diduga, lelaki yang pernah menerjah kotak ingatannya itu telah pun berdiri di hadapannya. “Hye . We met again. Such a coincidence”. “Hurm. Coincidence or maybe a destiny. So, what brings you here. I Cuma.. Opss awak faham BM kan?” Hanis mula mencari kebenaran. “Ya. Semestinya. I’m Malaysian ! Rasanya awak pun sama kan.” “Lah yeke. Okay. Nampaknya sewarganegaralah kita ya. Eh, flight saya dah kene lined up. Got to go now.” “ Eh ,Jap ! Name card or bussines card maybe ?” Dalam masa sekejap cuma, kad kecil itu bertukar tangan. Hanis pula dengan langkah laju mula menurut gerak kaki Mikhail yang sudah lama berada di hadapannya. Kad yang diterimanya tadi disisipkan ke dalam wallet. Aeril masih belum lagi melihat nama gadis tersebut. Manakala Hanis pula dengan penuh gopoh telah pun mengangkat bagasinya ke atas rail tanpa mempedulikan kad kecil yang sudah jatuh ke lantai. Sebaik saja melepasi pintu kecil yang disediakan, mata Hanis tertancap kukuh pada satu objek yang terletak pegun di atas lantai marmar. Mengapa begitu familiar ya ?. ‘Oh tidak. Hilang sudah card si stranger tu tadi, Hanis mula menyesali tindakannya yang cuai. Hanis mengetuk-ngetuk kepalanya. ‘Adui, belum sempat tahu nama pulak tu’. Kejadian itu menyebabkan Hanis seribu kali menyesal. Tidak ubah seperti tajuk lagu yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu Terbaik pada tahun 2012 dahulu, Beribu Sesalam nyanyian 3 Suara.
Chapter
10 ( Hanis, Mikail, Zharif meet Aeril at Luton )
Jam yang
melingkari pergelangan tangannya jelas menunjukkan Rif terlambat pada hari ini.
Catatan terbaru yang buruk. Hanis tersengih sendiri. Tidak lain tidak bukan, pasti Mikhail telah
melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan hati Rif. Tanpa berfikir panjang,
Hanis menyorong beg pakaiannya ke arah
sebuah kiosk yang menjual pelbagai jenis
minuman dan makanan ringan yang sesuai untuk dinikmati dalam masa yang singkat
ini.
“Nis, sorry
sangat-sangat. Mikhail ni hah, bersiap mengalahkan Queen Elizabeth !”, mata Rif
menjeling tajam ke arah Mikhail. Entah
sejak bila pemuda itu tiba di belakangnya Hanis sediri tak sedar. Hanis turut
meneliti gaya pemakaian kedua-dua pemuda di hadapannya itu . Zharif sungguh
mengagumkan. Mikhail di sisinya juga tidak kurang hebatnya. Headphone yang
terletak di atas kepalanya jelas menjauhkan Mikhail daripada usia sebenarnya
yang bakal menjejak 25 tahun dalam masa 7 bulan lagi.
“Relaks
brader, brader relaks” sememangnya, wajah relaks Mikhail itu mengundang ketidak
puasan hati yang melampau di wajah Rif. Bimbang berlakunya Sinetron pendek di
kawasan tumpuan ramai tersebut, Hanis menghulurkan sebotol air minuman yang
dibelinya tadi kepada Rif.
“Aku punya
tadak ke ?” Mikhail mula menjuih bibir.
“Tadak. Sape
suruh lambat”.
“Hurm, tak
aci punya mak cik, Rif kau bagi ! Tak
nak kawan”.
“Eeee gedik
tak habis-habis.” Rif menumbuk bahu kiri Mikhail. Melihatkan cara pukulan itu
saja Nis sudah tau tidaklah seberapa sangat sakitnya. Tapi, mendengarkan betapa
riuhnya suara Mikhail mengongoi, Hanis ketawa sendirian. Lantas botol air yang
disorokkannya tadi dihulurkan kepada Mikhail.
“Lots of
trimass dear prof to be !”
Hanis mula
mengatur langkah ke arah ruangan
menunggu. Keadaan Lapangan Terbang Luton London itu tidak banyak bezanya dengan
KLIA kebanggaan negaranya sendiri.
Masih lagi
menempatkan ruangan menunggu, ruangan berlepas, ruangan semakan dan juga
ruangan khas untuk kapal terbang berlepas. Meskipun begitu, hatinya masih lagi
berasa asing dengan suasana tersebut. Walaupun ditemani oleh Rif dan Mikhail,
dia masih berasa canggung. Projek yang berupa percutian itu berlangsung selama
6 hari. Ya, tidak cukup seminggu. Enam hari yang lalu, kehadiran mereka di
Lapangan Terbang Luton disertai oleh 5 orang pensyarah Universiti Putra
Malaysia yang sememangnya memainkan peranan penting dalam menjayakan projek
terbaru yang ingin dilaksanakan di UPM. Namun, dua orang daripada mereka
terpaksa berpisah haluan memandangkan kajian yang dijalankan bukan hanya
tertumpu di kawasan kota London. Malahan kawasan pedalaman juga. Mujur Dr.
Deeja dan Dr. Irham dengan rela hatinya menawarkan diri untuk tinggal lebih
lama di kawasan pedalaman London. Bukan mereka tidak tahu keakraban tiga
sahabat yang telah berkenalan semenjak 5 tahun yang lalu. Pastinya mereka
bertiga tidak mampu bertahan di perantauan jika terpaksa berpisah haluan dan
keadaan. Kini, selepas 6 hari, hanya Hanis, Zharif dan Mikhail sahaja yang
sedang menunggu di ruangan menunggu.
DUSH !
Pandangan matanya dikunci. Ya, tiada ragu. Itulah stranger yang telah
menyebabkan kamera Nikon kesayangan Hanis calar di bahagian lensanya. Tanpa
diduga, lelaki yang pernah menerjah kotak ingatannya itu telah pun berdiri di
hadapannya.
“Hye . We
met again. Such a coincidence”.
“Hurm.
Coincidence or maybe a destiny. So, what
brings you here. I Cuma.. Opss awak faham BM kan?” Hanis mula mencari
kebenaran.
“Ya.
Semestinya. I’m Malaysian ! Rasanya awak pun sama kan.”
“Lah yeke.
Okay. Nampaknya sewarganegaralah kita ya. Eh, flight saya dah kene lined up.
Got to go now.”
“ Eh ,Jap !
Name card or bussines card maybe ?”
Dalam masa
sekejap cuma, kad kecil itu bertukar tangan. Hanis pula dengan langkah laju
mula menurut gerak kaki Mikhail yang sudah lama berada di hadapannya.
Kad yang
diterimanya tadi disisipkan ke dalam wallet. Aeril masih belum lagi melihat
nama gadis tersebut. Manakala Hanis pula dengan penuh gopoh telah pun
mengangkat bagasinya ke atas rail tanpa mempedulikan kad kecil yang sudah jatuh
ke lantai. Sebaik saja melepasi pintu kecil yang disediakan, mata Hanis
tertancap kukuh pada satu objek yang terletak pegun di atas lantai marmar.
Mengapa begitu familiar ya ?.
‘Oh tidak.
Hilang sudah card si stranger tu tadi, Hanis mula menyesali tindakannya yang
cuai. Hanis mengetuk-ngetuk kepalanya.
‘Adui, belum sempat tahu nama pulak tu’. Kejadian itu menyebabkan Hanis seribu
kali menyesal. Tidak ubah seperti tajuk lagu yang pernah memenangi Anugerah
Juara Lagu Terbaik pada tahun 2012 dahulu, Beribu Sesalam nyanyian 3 Suara.

Labels: Aeril, Farhanis Ayuni, Mikail, Zharif
|
Feedback Please.. :) Saturday, 9 November 2013 | 0 Comments Chapter 1 (London Story About Hanis, Mikhail, Zharif and Ariel )

| a b o u t ; ![]()
| s t u f f ; ![]()
|
b i a s ; ![]() |